SUMBER DARI: Mak

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg isi durian
  • 1 kg gula pasir
  • 1 s/t garam
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
CARA-CARANYA:
  • Masukkan isi durian, gula pasir, garam, daun pandan dan air kedalam periuk besar keudian kacau sehingga sebati.
  • Letakkan periuk diatas dapur dengan yang sederhana sambil dikacau sehingga mendidih.
  • Perlahakan api dan terus dikacau lagi sehingga jem pekat dan berubah menjadi warna perang.
  • Sejukkan jem sebelum disimpan didalam bekas.
  • Simpan jem didalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.
  • Hidangkan roti dan jem sebagai pencicah.
Assalamualaikum...syukur pada Allah kerana masih dipanjangkan usia aku, diberikan kesihatan yang baik untuk kembali berblog walaupun aku kesibukkan masa mengalahkan Pm..hihi
Hari ni aku selitkan sedikit waktu untuk mengupdatekan blog aku yang masih lagi dalam mood cuti2 Malaysia, kehkehkeh...banyak ar cuti! orang kalau cuti pi makan angin, yang aku kalau cuti tak abis2 nguruskan urusan...tu ar yang aku cakap! aku ni dah ngalahkan Pm dok nguruskan macam2 hal, yer ar...dalam hidup ni bukan senang nak senang jadi kerja keras tu kena ada walaupun nampak macam aku ni tak kerja tapi dok ngeko Mr J aku nguruskan urusan2 kitorang aku kena ikut gak! sib baik kat sini ada mak dan kakak2 aku jadi anak2 boleh ar suh diorang jagakan waktu aku takde! kang kalau semua pun nak ngeko, bilanya urusan nak sattle! yer dakkkk..
Dalam pada tu juga aku sibok dok nguruskan hal2 majlis perkahwinan anak saudara aku tak lama lagi, segala hal2 yang bersangkutan dengan majlis tu nanti boleh dikatakan banyak juga yang nak kena aku selesaikan, salah satunya buah tangan dari pengantin, semua tu nak aku buat, dok tepek geben ar..bunganya lain, bungkus2nya lain jadi pendek kata memang sibuk selagi tak lepaskan dia kawin! ni pun boleh dikatakan hanya sikit jer yang baru sattle! masih banyak lagi yang dok menunggu! cuma aku tak boleh buat sekarang kerana masanya belum sampai, aku cuma buat yang belum berapa penting jer dulu, kiranya yang ringan2 ar..yang berat2 tu nanti dah betul2 dekat majlisnya baru aku buat!


Antara yang aku dah buat salah satunya ialah duit bunga kendarat ni, memula tu nak letak 2 keping duit 5 hengget pada setiap bunga..waaaaa...dah 10 hengget! tapi mandangkan kendarat punya ar ramai jadi aku kurangkan duit kendarat tu pada duit satu2 hengget! tapi bukan ar satu hengget jer yang diletakkan kat bunga kendarat tu, kira2 adalah beberapa hengget dalam satu bunga tu hah! kiranya semangat ar sikit hakak2 dan abang2 kendarat tu nanti nak buat kijer..
Mmm...pas ni nampaknya ada lagi kerojer yang dah menanti dan tiap2 minggu selagi majlis belum sampai, selagi tu ar ada jer kerojer yang aku kena buat, tolong hakak aku de' sapa lagi yang nak diharapkan kalau bukan aku, yang lain tu memang dok tolong juga tapi bab2 yang bersangkutan dengan hiasan2 dan gubahan2 tu memang aku lebih arif, kata hakak aku ok, aku tak kata pun! ngeee!
Ok lah nanti kalau ada lagi benda2 yang aku nak tunjuk kat nkorang pasal majlis anak saudara aku tu nanti, aku update lagi erkkk!
Sampai kita jumpa lagi dicatatan aku akan datang, aku sayang nkorang sumer...cauuuuuu!!!

Assalamualaikum pada semua, ni mungkin entry aku yang terakhir! jenggg..jenggg! bukan terakhir sampai bila2 yer...insyaallah terakhir buat minggu ni, dah lama sebenarnya aku tak update blog nih, mood belum mali sejak balik kesini, nguruskan banyak hal, busy plak lagi nguruskan diri sendiri, menguruskan ok bukan dok kuruskan badan! maksutnya rutin aku kat sini kembali penuh, tak lama lagi dengan gymnya lain, nak ambil lesen memandunya lain...hurm.
Jadi nengok2lah nanti kalau semua dah ok, kiranya jadual aku dah teratur insyaallah aku kembali lagi berblog dan semestinya akan turun kedapur, rindu tau nak memasak ni, tapi mandangkan belum dapat dapur sendiri, aku sabarkan diri jer ar..
Nari pun sebenarnya aku busy juga tapi dapat ar luangkan masa sikit ngadap blog aku ni, tu pun nengok jam dah dekat 2.30 pagi waktu Msia, mmm...merantuk juga rasa tp tahan jap! saja nak letak gambar Rhea yang cumil ni, masa aku keluar tadi memang aku tak bawa Rhea, sekali masa aku balik tengok anak aku dah berubah ghoper! ni semua kerojer kakak aku ar..berpeluh-peluh anak aku dibuatnya! tapi cumil kan...hihi.
Pada yang merindui Rhea, nengok ar gambar Rhea yang cumil ni yer...tapi Rhea bukan ar pakai tudung terus, berangan jer...dah maknya pun gondol! lagilah anaknyer, mmm...lom sampai seru, insyaallah satu hari nanti!


Ni plak buat tatapan sesiapa saja yang sedang merindui Suejoshua, bluekkkkkkkkkkkkk! ada ke yang rindu? ada kan..kan..kannnnnnnnnn!!!
Ok lah kita jumpa lagi nanti di entry akan datang, tapi tak pasti bila! berilah masa untuk aku berehat dari berblog sekejap, insyaallah kalau semuanya dah ok aku akan kembali.
Pada semua, sabar2lah menanti, tapi ada ke yang nak menanti? ngee

Bubyeeeeeee!!!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin