(Sekadar gambar hiasan)

Diam tak diam dah sebulan aku berada di Msia, yang bestnya aku dah balik terus di negara tanah tumpah darahku ini, awwww! macam tak cayer jer!! buruk baiknya aku tetap suka berada disini dan yang paling penting emakku yang tersayang dan seluruh sanak saudara juga berada disini, sentiasa dekat dimata dan juga dekat dihati.
Buat sementara waktu ni aku menumpang dulu kat rumah emak dan sambil2 tu aku sentiasa habiskan masa untuk mencari rumah, kali ni memang cari rumah untuk dibeli! dulu masa duduk Denmark aku dan Mr J dah berjanji yang kita akan sedaya upaya kumpul seberapa banyak duit untuk beli rumah yang diidam-idamkan jadi aku idak ler dapat enjoy sakan dok berholiday semasa kat sana semata-mata nak kumpul duit untuk beli rumah kat Msia ni. Alhamdulillah selama 3 tahun duduk sana tanpa dapat berholiday dan bershopping sakan dapatlah akhirnya aku ngumpul duit seberapa yang mampu. Dari hari kehari aku dok mencari rumah mengikut kemampuan dan akhirnya adalah berkenan kat satu rumah ni, rumah tu masih didalam Jb dan masih lagi dekat dengan rumah mak aku, dimana tu aku masih rahsiakan dulu yer...mungkin keluarga dan kawan2 terdekat dah tahu cuma selagi tak pindah masuk rumah tu selagi tu aku nak rahsiakan dulu! tapi bukan ar rumah banglo atau rumah yang berjuta-juta tu dan juga bukan rumah yang didalam gambar kat atas tu yer...alah! rumah aku tu nanti biasa2 jer...dah mampunya pun segitu, apapun aku tetap bersyukur impian untuk ada rumah sendiri akhirnya diperkenankan tuhan, insyaallah.



(Sekadar gambar hiasan)

Dan rumah aku tu nanti nak ada taman walaupun taman kecil asal ada tempat untuk anak2 aku main, ada sebiji wakaf untuk dok melepak petang2 dan ada kolam ikan koi, ececehhh! beranganlah pulak!


(Sekadar gambar hiasan)

Waaaa! letak gambar tak agak2, tah rumah sapa ar ni yang aku dok tepek? alah! pinjam gambau ar erkkk!!! aku nak rumah aku tu nanti ada karpet kat tangga macam dalam gambar kat atas tu! jadi idak ler licin time aku nak turun naik nanti, maklom ar aku ni masih fobia lagi asik jatuh tangga jer masa dok rumah kat Denmark dulu! lagipun aku ni jenis kelam kabut, huru hara terlebih jadi menda2 macam ni insyaallah boleh mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku!


(Sekadar gambar hiasan)

Haaaaa!!! yang ni memang penting! yaaaa!!! dapur!!! sebab kat dapurlah aku banyak habiskan masa aku tu nanti, walaupun dapur aku tu tak ar sebesar mana tapi aku nak dapur aku tu nanti ada kabinet, memudahkan aku nak menyorokkan periuk belanga aku yang berkeladak! kehkehkehhh!


(Sekadar gambar hiasan)

Ruang tamu, meja makan dan bilik aku tu nanti aku nak bertemakan vantage warna lembut! bukan vantage yang sarat dengan bunga rose merah tu tau! aku nak vantage ala2 lace dan satin dengan warna lembut mendamaikan! kalau boleh dok dalam rumah tu nanti terasa sejuk jer mata memandang, jiwa tenang dan romantis gitewww! feewwiittt!!

(Sekadar gambar hiasan)

Nak cari katil yang ala2 macam gambar kat atas tu, dah macam katil cerita dongeng ar plak! takpe...usaha tangga kejayaan! nak cari gak katil ala2 cerita dongeng macam ni! pastu tido malam atas katil tu mimpi jadi snow white ker...jadi cinderella ke kan..ngeee
Nkorang doakan semua impian aku akan tercapai yerkkk!!! masehhhh!


Koleksi peribadi Suejoshua.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin