BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Minyak secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Rebus keledek yang telah dikupas kulitnya bersama sedikit garam hingga keledek masak, kemudian angkat keledek dan toskan airnya.
  • Lecek keledek sehingga lumat dan gaulkan bersama tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
  • Ambil sedikit adunan doh tadi dan bentukkan seperti bebola, leperkan dan tekankan ditengahnya sehingga berlubang, bentukkan seperti donat.
  • Buat sehingga habis dan ketepikan.
  • Goreng kuih keria yang telah dibentuk tadi sehingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
  • Didalam kuali, masak air bersama gula sehingga berbuih pekat, kemudian masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi, kacau perlahan sehingga gula menyelaputi keseluruhan kuih.
  • Apabila gula sudah melekat pada kuih, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Halooooooooo!!! semua! setelah hampir 3 minggu aku dah menjejakkan kaki kat bumi Malaysia yang bertuah ni! bertuah ker? mesti ar...ni kan tempat tumpah darahku...macam mana pun tetap dianggap bertuah! mmm
Segala urusan persekolahan anak2 dah pun hampir selesai! walaupun sebenarnya belum boleh dikatakan selesai lagi! nak tahu naper? sebabnya bebudak tu hanya sekolah sementara jer kat rumah emak aku, maklom ar buat masa ni aku dok menumpang kat rumah mak, jadi aku sekolahkan dululah anak2 kat situ! bebudak ni akan sekolah tetap bila aku dah berpindah kat rumah sendiri sok! yang pastinya sekolah dorang sok mesti yang dedekat dengan rumah jer...mmm...rumah masih dalam proses itulah...inilah...so semua kena sabarlah menanti walaupun sebenonyer dah tak sabo nak pindah umah sendiri! huhu
Sebenarnya badan ni masih lagi terperanjat dengan cuaca panas kat sini, berhari-hari dok dalam bilik jer..dah kat situ jer yang ada ekon, pendek kata ekon 24 jam! Rico & Rica plak sampai sakit2 kepala menahan cuaca panas kat sini, balik jer dari sekolah selalunya memang dorang terus mandi berendam kat bilik air, hihi...Rhea tak payah cakap ar...muka naik merah padam! badan pun jadi masam 24 jam, melengas sekali! cesss! tapi memang kesian ar kat anak2 aku ni walaupun lama2 sok ok ar tu...terperanjat kejap jer ni, maklom ar masih baru sampai setelah badan dah biasa dengan cuaca sejuk setelah bertapa 3 tahun kat Denmark nuuuu...cuma yang kesainnya dengan dak Rhea ar...walaupun dak tu tak pernah nak merengek-rengek atau menangis tak tentu pasal! semuanya ditahan sendiri, aku ni yang sebagai mummy cuma mampu kesian jer ar...apa yang boleh dibuat tu aku buat ar semampunya, contohnya macam kurangkan penderitaan dia! waaaaa!!! guna ayat penderitaan ni, macam derita sesangat bunyinyer...tapi untuk budak sekecil Rhea tu memang aku anggap macam derita ar apa yang dia tanggung tu! panazzzzzzz!!!!
Baru2 ni aku ambil keputusan untuk hantar Rica & Rhea pi salon, tujuannya apa lagiii...dok gondolkan rambut dia ar..tapi dak Rica taknak plak nak menggondolkan rambut dia, biasa ar budak dah beso, dah pandai nak melaram! sanggup tahan panas dan rimas semata-mata nak rambut panjang dan cantik! tapi aku suh dia janji dulu ngan aku, kalau taknak gunting rambut, dia mesti kena ikat rambut dia kemas2 supaya tak rasa panas dan rimas! yer ar dak tu sorang memang suka mengerebang rambut macam kuntilanak! jadi kat Msia ni kalau buat cam tu kompom nko pitam nak oiii!!!
Dak Rhea plak memang tak tahu apa2 pasal pesen2 rambut ni, lagipun rambut Rhea yang kerinting tu asal balik Msia kerintingnya mesti hilang! kalau kat Denmark rambut dia jadi kerinting, tapi kalau kat Msia hilang plak kerintingnyer tu...angin kat sana dan kat sini lain kottt??? boleh ubah2kan rambut orang plak! pelik2!!!


Haaaa!!! gambaq kat ateh tulah ghoper Rhea yang terbaru setelah rambutnya digondolkan! akceli tak ar gondol mana pun, cuma gunting ala2 kadar jer...kang atok dia sound plak kalau terlebih gondol! jadi gunting yang agak2 tak merimaskan ar...tak boleh nak buat pesen apa dah dengan rambut Rhea tu, nak kata kinting tak jugak! nak kata lurus pun tak jugak! aku tengok dah ghoper pongkes ada ar...kesian! nak hanto rebonding dak tu kecik lagi! arhhh! biar ar ghoper cenggitu, sok dah beso pepandai ar buat pesen sendirik! walau apapun dak Rhea tetap nampak cumil kan..kan!!! ngeee...cumil konon! hidong kemvang tu cumil ker??? huhu



BAHAN-BAHANNYA:
  • 250 gm udang geragau basah (segar)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 helai daun kunyit - dimayang halus
  • 1 s/t serbuk pati udang
  • Sedikit garam
  • Air suam secukupnya
  • Minyak secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Masukkan udang geragau, tepung gandum, daun kunyit, serbuk pati udang dan garam secukupnya kedalam mangkuk, kemudian tuangkan air suam secukupnya sambil dikacau sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali, sudukan sedikit adunan cucur tadi dan masukkan kedalam kuali, buang sehingga habis.
  • Gorengkan sehingga cucur masak keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
  • Hidangkan cucur udang geragau bersama cili sos.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg ikan putih (ikan air tawar) - dibersihkan
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air perahan limau kasturi
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Gaul ikan bersama air asam jawa dan air perahan limau kasturi, perapkan selama 15 minit.
  • Cuci semula ikan hingga bersih dan gaulkan ikan bersama garam.
  • Bakar ikan sambil dibalik-balikkan sehingga ikan masak.
  • Hidangkan ikan bakar bersama air asam sebagai pencicah.

Hai!! hai!!hai!! penat tak hilang lagi ni, baru balik dari selangor semalam, nari dah menjengkit plak kat Tebrau City Jb, memula tu malas jer rasa nak keluar tapi ada plak batu rongsen dok nyocok katanya kat tebrau city tengah ada pomosen MAC, kali ni MAC buat special adition dengan tema ''Wonder Women" hamboihhh! kemarin MAC buat special adition dengan tema ''Hello Kitty'' la ni wonder women plak! memacam kan dorang ni nak cari duit! mangsa yang selalu terhasut jenis2 orang macam aku ni ar...hahaha! MAC punya pasal memang cepat terhasut u!!!
Memole tu kengkonon nak beli apa yang dah nak abis jer sebab barang2 make up aku kebetulan memang dah nak abis pun, lagipun MAC ni memang dari dulu pun aku dok pakai, serasi kat kulit muka aku, kalau pakai memang takde jerawat tumbuh! tak macam product make up yang lain yang pernah aku pakai, mahai gila babas pun tatap kadang ada jerawat tumbuh sebijik dua, tapi MAC ni pakai lama pun kulit tak tumbuh jerawat! sesueiiiii kata orang!


Ha! ni ar yang dimaksutkan, special adition dari MAC, wonder women ar kononnyer...terpikat sebab kaler kotaknyer terang menderang! hihi


Setepek 4 kaler ni dijual dengan rege rm155 kalau tak silap aku, kiranya murah ar kalau dibandingkan aku selalu beli 1 kaler rm60, jadi apa lagi, rembatttt ar...aku pilih 4 kaler yang ni sebab aku memang suka kaler2 jenis2 cenggini, ala2 kaler wonder women ar kononnyer! ahawwww!


Terhasut dengan pujukkan dak yang dok jual menda alah ni, special adition untuk berus dari MAC ni kalau beli siap dapat beg lagi! hah! yang ni pun aku rembat walaupun dah ada sebenonyer...rege pun boleh tahan gak ar..rm250 untuk 3 batang berus tu campur beg, ya rabbi nko ni! bila nak insap!


Dah beli eye shadow 4 kaler yang special adition tadi masih lagi dok beli kaler yang seketui2 tu plak lagi! biasa ar i ni suka tambah koleksi, sok nak pakai senang! macam2 kaler boleh boh kat mate kan, celak memang tak sah kalau tak beli walaupun tah ada berapa batang dalam simpanan tapi tatap celak musti dirembat! peh tu aku beli ar yang lelain gak macam compax powder yang dah nak ilek dan tah apa2 lagi krim ar..


Ha! walaupun tak puas rasanya dok rembat barang dari MAC tu tapi mandangkan dah tengah2 bulan mengambang ni jadi paham2 jer ar yer...beli sesikit dulu! jangan tamak halobe! kang kije beli make up manjang pas tu sok2 nak makan apa? ni pun dah abis makan sehebu! duit dah buat beli make up jadi makan maggi sebulan ar yer...ekekekkkk!!!

Pstttt! citer pasal menjengkitlah, make uplah!!! bila nak start masak ni? mmmm....tang masak2 tu kat sini aku nak bagitahu kat nkorang yer...buat masa ni aku masih lagi dok menumpang umah mak aku sebab rumah masih belum dapat! maksutnya rumah masih dalam proses lagi jadi sok2 kalau dah ada umah sendiri baru rajin nak masak, dah ada dapo sendiri nanti senang ar nak masak kan!!! skang kalau masak pun masak besa2 jer...kalau rajin aku up date ar...kalau maleh tunggu jer ar aku dapat dapo aku sendiri nanti yer...sabaq naaaaaa!!! tunggu! dan buat sementara ni layan jer ar catatan harian kehidupan SueJ di jb setelah hambir 3 minggu balik dari Denmark. Kita jumpa lagi dicatatan akan datang! bubyeeeeeeeeeee!!!!


Ni citer 2 hari yang lepas sebenonyer...aku ni kadang kat timur, kadang kat barat, kadang kat utara, kadang kat selatan, al-maklom ar aku ni kan bakal gantikan menteri jadi memang bz madang! ekekekkkk!
Bebenonyer 2 hari yang lepas ni aku memang ada kat shah alam selangor, ada ar kijer yang nak dibuatnyer tu, nguruskan hal2 yang yang masih belum sattle lagi jadi tempat penginapan untuk hari tu ialah dekat hotel grand blue wave, jom kita nengok best ke tak kat dalam nu hah!


Pemandangan kat area2 lobby, besar memang ar besar...lapang dan luas boleh buat padang bola! hahaha!


Oleh kerana datang sini kali ni cuma bertiga, jadi kita ambil bilik yang sedang2 jer..lagipun bukan stay lama2 pun, apapun katil memang besar dan kira2 kalau nak golek2 idak ler sampai tergoleks jatuh kebawah!


Bilik air nampak cantik walaupun tak besar, tapi ok ar...cantik!


Penat masih rasa, dah sampai kat bilik rasa macam malas nak keluar lagi walaupun perut dah berhip hop! kalau nak ngoder dari dalam bilik pun boleh kan..tapi mandangkan dak rhea sebok ngajak keluar, katanya boring! hamboihhh! kecit2 dah tahu boring yer...kekwat betul! mmm...jadiknya daddy budak kekwat tu ghajin bebeno nak melayan anak koret dia keluar dari bilik, kengkononnyer bawak amik angin ar...angin pus..pus
Pas meround kitorang terus masuk kat restoren dalam hotel tu dok ngoder makanan. Kerana dah terlalu berhip hop perut ni jadi time ngoder tu ala2 lupa daratan plak tau! aku ngoder air tembikai dan air nenas, tuk aku sorang tu! tamak halobe betul!


Sandwich ayam pengalas perut sebelum makanan aku sampai, semua yang ada dalam pinggan tu aku beduk kecuali carrot yang ala2 rumpai tu aku tak rela nak beduk, buat terbelit anak tekak jer buat apa!


Mr J order wantan mee, ciput jer mamat tu makan tau! tak tahu ar napa kali ni dia dok ngoder sikit jer...padahal sebelum ni kalau ngoder ala2 orang tak makan doploh hari tapi kali ni segitewww jer ar yang dimakannyer, katanya tak selera sangat! mmm...tak tahu naper Mr J ni tetiba buat perangai!


Lamb chop atau dalam bahasa tak berapa betulnyer kambin golek2 ateh pinggan! hahaha! sesuker hati jer dok gelokanyer..arhhh hade!
Mmm...kalau dinengok ghoper dagin gambin tu macam masih ala2 pink lagi erkkk!! memang masih pink pun, nak2 tang kat tengah2 tu tapi aku maleh ar nak komen apa! la ni tak leh sesuka hati komen tak hengat! kang kena saman sapa nak jawab??? haru! baik dediam sadap kuayet zip2 dahhhh!!!


Haduh! dia buat lagiii! masuk air ke hapa minah ni??? toksah layan ar...kita jumpa len kali kedestinasi hotel yang lain plak, cau cin cauuuuuuuuuuuuu!!!!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin