BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg ketam
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 2 cm lengkuas *
  • 2 cm kunyit *
  • 1 batang serai *
  • 1 s/t lada hitam * (kalau nak pedas letak lebih)
  • 1 1/2 biji kelapa parut - diambil santannya
  • 2 tangkai daun kesum - diambil daunnya
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Bersihkan ketam, potong dua dan letakkan kedalam periuk.
  • Kisar bahan yang bertanda (*) dan masukkan kedalam periuk berisi ketam tadi.
  • Tuangkan pula santan secukupnya dan letakkan periuk diatas api yang sederhana, kacau perlahan sehingga mendidih, kemudian masukkan daun kesum.
  • Perasakan dengan garam, gula dan perasa, kacau rata dan bolehlah ditutup apinya.
Cepat kan masa berlalu...pejam celik dah 5 hari Mr J ku itewww pergi ke Australia, nari dah pun balik! kiranya ni kisah kesinambungan cerita hari tu dok nganto dia ke Changi Airport ar...
Petang baru bertolak gi ambil Mr J di Changi, ha??? bertolak gi Changi? bila masanyer nko nak sampai kak kalau dok bertolak? ekekekkk! buat2 tak faham plak! menci ahhh! orang tengah semangat ni nak ngambik my aby...jadi dalam pukul 6 lebih gitewww baru gi, biasa ar wa punya redebar datang amik! waaaaaa!!! manyak lawa lu punya muka! redebar ndas mu atos! haaaa! kan dah cakap jawa! alah! tunang anak sedara aku si mok tu yang datang ngambik aku tapi tunggu punya tunggu mamat tu terlambat da! ni semua sebab jalan jem! tapi takper ar...asal ada yang nak nganto!
Wahai Mr J, kalau dah sampai dulu, tunggu naaaaaaaa!!!


Terlambat 1/2 jam, jalan jem tah naper nari semua tempat pun jem termasuk Spore, jadi sesampai di Changi, Mr J dah dok tunggu kat depan dah! kiranya tak sempat nak ngabiskan kesinambungan drama hari tu! mmm...takper ar...sambung len kali sebab Mr J ni memang selalu travel pun jadi citer2 macam ni takkan abis! huhu...travel? tekanan aku menyebutnyer!!!


Dok lama dalam kete meredah jem! perut mula bergazal dan berzapin, tu belum yang nak terkucilnyer lagi! ya hamfun!!! kalau dah lelama dalam kete memang macam2 rasa ar dibuatnyer...haru tol! tapi lega rasanya bila dapat melepaskan diri dari jem.
Pas sattle apa2 rasa yang nak disattle, apalagas...pi membeduk ar...destinasi nari ialah pi beduk kat satu tempat makan ni, tema kat sutu ala2 kampong, nak bersila boleh! nak duduk kat bangku batu ala2 tunggul kayu balak pun boleh! makanan kat situ boleh tahan sedap! kiranya dalam keadaan dah kebuluran kalau dapat makan yang sedap terasa dek tekak kira macam puas hati tau!
Kali ni gambar makanan tak sempat nak diambil, makanan sampai terus beduk tak hengat! yang tinggai hanyalah sisa2 tulang belulang dan pinggan kosong, nampak memang tak cun so dari pada tak cun beh baik tak payah nampak terus!
Alhamdulillah...kenyang! jom gengggg kita pulanggg!

(sila abaikan budak pakai topi tu, dak tu memang masuk air sikit! hahahaaa!)


BAHAN-BAHANNYA:
  • 3 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 10 biji cili padi * (kalau nak pedas letak lebih)
  • 1 s/b ikan bilis
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 2 cm belacan - dibancuh dengan air jadikan 1/2 mangkuk kecil
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan tumbuk, ikan bilis dan bahan hiris hingga naik bau, kemudian masukkan air belacan, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan pula bunga kantan, garam dan perasa, kacau lagi sehingga bunga kantan menjadi lembut (layu) bolehlah ditutup apinya.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 20 biji telur burung
  • 6 batang putik jagung - dipotong
  • 1 mangkuk kecil - kobis yang telah dipotong kecil
  • Bunga kobis, lobak merah dan sayuran yang disukai (optional)
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 1 sup bunjut
  • Rempah tumis
  • Daun sup - dihiris
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Rebus telur burung hingga masak, kemudia kopek kulitnya dan ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan mintak didalam periuk, tumis bahan tumbuk bersama rempah tumis hingga naik bau, kemudian masukkan air secukupnya, sup bunjut dan biarkan sehingga mendidih.
  • Apabila mendidih, masukkan pula sayur-sayuran dan juga telur burung, kacau rata.
  • Masukkan garam dan perasa, kacau sebati dan akhir sekali taburkan dengan daun sup, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya, hidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm sotong
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 3 biji cili padi *
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Sotong dipotong bulat, asingkan hempedu sotong dan ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan sotong bersama hempedu sotong, kacau sekejap hingga sotong menjadi warna hitam.
  • Masukkan pula garam dan perasa, kacau lagi hingga sotong masak, bolehlah ditutup apinya.
Dari jb aku terus ke Changi Airport, nak tahu naper? hiks..hikss...nak nganto Mr J aku tu pi terbang jauh atas urusan kerja! biasa ar mamat tu kalau dah terbang memang urusan kerja jer ar...huhu...baru balik Msia dah kena tinggal! menci tak suka tau! sib baik sekarang dah ada kat jb jadi idak ler terasa sangat kesedihannya ni, maklom ar..kuncu2 i yang dok teman banyak u..


Sampai Changi jer 3 minah mentel ni terus jer posing...kalau posing port baik takper ar jugak! ni kat tong kitar semua! apa kelaszzz!!! hadohhh!!!


Haaa....kalau kat sini posing tu ok ar jugak! munge2 oket! santekkk! apasal plak aunty gedik nkorang tu erkkk? meroyan ker aper??? dah sot kot? huhu


Sedih juga sebenarnya masa ni, maklom ar Mr J aku nak pi jauh tapi disebabkan ada 2 orang anak saudaraku yang gonjol ni, hilang ar juga kesedihan hati..ek elehhhh! macam tak besa kena tinggal! biasa tu biasa ar gakkk tapi kalau ada Mr J disisi aku rasa macam selamat jer kalau nak buat apa2 pun, lagipun kalau nak nyopping apa2 tak payah ar pakai duit sendirik! mesti ada yang tulun bayokan...ngeee :D


Hik..hiksssss!!! bbb...kalau pi sana tu jangan lupa ole2 untuk i seperti biasa yer! ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


Nampak macam drama swasta jer kan..haaaaaa! berderama yer kat Changi nu! tajuk drama ialah ''Ku hantar kau pergi, ku tunggu kau pulang'' ekekekkk! poyos habis! datang ar mengarutnyer tuuu! start ar datang angin meroyan..


Bye bbbbbbbbb...ingat2 kat i selalu tau! i tunggu u balik sini dengan selamat!

Pssstttt B! jangan lupa lagi sekali i ingatkan ni, ole2 i tauuu jangan lupa! ngeeee!!!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin