Dah malam rasa macam tak terlelap plak mata ni, berangan tak abis terbayang wajah2 keriangan mak dan sanak saudara yang tersayang waktu jumpa aku dimsia nanti, dalam hati plak macam2 perasaan pun ada, bercampur-campur! ntah kenapa? selalu kalau nak balik msia time holiday ar, tak ar rasa cenggini, agaknya nak balik terus kot? tu pasal macam2 rasa yang aku rasa, tapi paling terasa ialah perasaan gembira yang tak terhingga! tak dapat nak duucapkan lagi dengan kata, senyum kambin jer manjang...ngeee
Teringat plak dalam tak boleh nak lelap mata ni pada blog aku yang akan sunyi sepi 2-3 hari ni, mungkin aku tak update blog untuk beberapa hari sehinggalah aku free, jadi jangan rindu-rinduan pada aku ok, yang pastinya aku akan update juga nanti..
Ok lah, catatan last kopek aku nari...berapa kali last kopek daaa!!! sebenonyer malam ni tadi kami mendapat kunjungan dari kawan Mr J, bukan kunjungan meminang tapi sekadar menghantar present buat anak2 aku dan yang tak sangkanya kawan Mr J tu sanggup dok nganto present malam2 kat hotel ni untuk anak2 aku! mmm...tak tahu nak kata apa dahhh...cuma aku tahu isteri kawan Mr J tu selalu masuk blog aku ni, isteri dia kawan aku gak sebenonyer, kenal dari kat msia lagi, dari dorang muda lom kawen sampailah dah ada anak ni, kiranya kawan lama dan kini dia dok kat denmark ni, jadi dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada Jonathan dan Elaine kerana kasi hadiah2 ni pada anak2 aku.
Hugs and kisses to Amanda :D


Huhu..terharu! dah tinggal beberapa jam lagi nak terbang balik msia linda dan Kel Jorn masih lagi ingat kat kitorang, sanggup datang jengok kitorang sekeluarga kat hotel tempat kami menginap buat yang last kopeknyer...aku tahu linda memang sayang kat aku, terutama Mr J adik kesayangannyer itewww!


Ohhh huhu!!! aku memang sayang kat Kel Jorn, mana tak baiknya, dialah yang banyak sponsor kain baju aku sekeluarga, baju2 baru ok! tapi aku sayang kat dia bukan sebab tu jer...sebabnya dia memang baik! orang danish ni kalau kita baik dengan dia dan balasannya memang dapat layanan istimewa tau! so buat baiklah pada orang2 danish! orang msia macam mana plak? orang msia memang baik but!!!!! yang dimsia ok! didenmark ni orang msianya tetttttttttttttttttttttttttttttt...tit..tit..tot..tetttttttttttt!!! hotak &%@#!&??? but!!!! bukan semua! alah, bukan semua konon! macam ar orang msia ramai sangat kat sini! setakat 4-5 kerat jer! jadi yang bukan semua tu kira yang ok2 boleh dikira ar...yang tak ok tu biar jer ar dorang dok kat sini, tak payah balik msia ok! buat nambahkan lagi masaalah orang kat msia jer kanggg! dok kat sini dediam dengan geng2 nko ok! ngeh..ngeh..ngehhhh!!!


OMG!!! lindaaaaaaaaa!!!! terima kasih kerana masih lagi nyempatkan diri datang jengok adikmu ini, aku akan sentiasa ingat pada linda sekeluarga!


Rica juga sayang sangat kat linda! selalu dok melepak kat rumah linda, kadang linda pinjam anak2 aku suh lepak kat rumah dia, pastinya linda akan terasa sunyi tanpa bebudak ni nanti!


Peluk rhea kuat2! nanti linda juga mesti rindu pada rhea yang cumil ni! hihi


Kel Jorn and Mr J
Psttttt! kulit sama kaler! macam taik cicak! ekekekkkkk!


Tahu sebenarnya dorang ni sedih nak berpisah! sampai kita ketemu lagi yer linda, kami sekeluarga sayang pada linda sekeluarga, linda selalu didalam ingatan kami.
Selamat tinggal linda : ((
Nari aku last day kat hotel sementara nunggu esok pagi untuk terbang, memula tu macam malas jer nak keluar tapi disebabkan dah last2 kopek ni masih ada barang kiriman anak2 sedara aku yang masih belum dapat beli jadi memang ar kena keluar gak! sambil2 tu buleh ar round2 kat area bandar copenhagen ni lagi erkkkk!!!
Dok ngajak anak2 semua taknak ikut, diorang lagi suka lepak kat bilik hotel main game! si aku hangkut rhea jer ar walaupun dia jugak taknak ikut, tapi bahaya nak tinggalkan dak kecik tu ngan abang kakak dia, mmm...bebudak tu kalau dah main game memang adik dia kemana-mana tu kang...ohhh...noooo! memang kena hangkut dak kecik tu!
Bila keluar jer dari hotel tu cuaca memang cun, tak berapa sejuk macam selalu tu sambil ada sikit2 snow turun, waaaaaaa...hari yang indah nari, mak happy nyah skang ni, lagi2 esok dah nak terbang pas tu dapat jumpa mak yang teramat-amat aku rindui, makkkkkkkkk aku dah nak balik ni! tungguuuuuuuuuu!!!! :D
Gambar kat atas tu menandakan aku sedang happy dan aku kalau happy mental ada kureng sikit! ekekekkk!


Masa ni ar snow turun sikit2 berterbangan indah sekali, hati yang happy bertambah happy! nari asik senyum sampai telinga! ngeee :D


Rasanya idak ar satu bandar copenhagen ni aku dok meround, cuma pi yang dekat jer mandangkan ada tinggalkan budak berdua tu kat hotel jadi hati ada bimbang sikit walaupun 2-3 kali gak aku dok callling2 tanya keadaan dorang.
Penting sekali gi Hard Rock ni, sebabnya anak2 sedara aku dok ngirim banyak barang kat sini, terutamanya cmoonku salinggg! wahai cmoon, barang nko sudah pun aku dapatkan, sukerler tuuuuuuu!! haaa! En Ben 10 punya barang pun dah aku dapatkan, ngeee...tak sabo ni nak jumpa Ben Ashaari yang ensem itewww! Bennnn...tunggu aku naaaaaaa! yang lelain jangan jeles ok, kita kengkawan jer...jangan pk yang buruk2 tang aku, tak baekkk tau! ngeee :D


Yaaaaa!!! masuk jangan tak masuk, beli jangan tak beli! dah beli punnnn! tapi belikan barang orang jer...huhu


Sempat cilok bergambar dengan awek cun yang kije kat Hard Rock ni, awek ni punya ar cun, nak2 tang mata dia tu! mata biru ijo u, alah mata i biru gak, kadang ijo, kadang cekelat dan kadang itam, ok aper leh tukar2 kaler mata lagik! ekekekkk! apapun aku tak sanggup nak nengok gambo ni sebab muka aku tak semengah! bedak pun tak pakai! make up dah packing, maleh nak punggah! bedal ar...dah last2 kopek ni takde sapa yang nak herannyer dengan muka nko tu kak oi! pirahhhhhhh!!!


Ni lah Mr J yang aku sayang, orang paling penting dalam kehidupan aku terutamanya dia financier aku, ngeh 3x...mamat ni jarang2 nak bergambo, kalau tak dipaksa memang dia taknak, tapi nari aku paksa gak! ensem kan? ensem pada mata aku ar...ensem nko Mr J ni sebenonyer, macam MGR masa muda2 dolu2! kehkehkeh!!! senggugut tekak nkorang! pirahhhhhhhhh!!!


Setiap kali lalu kat bandar copenhagen ni aku suka tengok pub ni, jengok kat dalam tu macam pub pesen2 lama orang dolu2, dapat bergambo kat depan kedainya pun jadilah...
Pas ni singgah souvenir shop jap cari lagi barang sesikit and terus calo balik hotel!
Weeeeee....dah nak balik msiaaaaaa...yahuuuuuuuuuu!!!

Huwaaaaa...nari aku sekeluarga last day kat rumah aku di denmark ni, pas petang sikit setelah selesai semua barang dok humban dalam kontena aku akan terus ke hotel menghabiskan saat2 terakhirku di denmark ni, alah! taknak cakap saat2 terakhir ar...bukan tak datang lagi kat sini, insyaallah kalau ada umur panjang, ada rezeki lebih boleh datang berholiday kat sini, tak gitewww!
Tengok gambar kat atas tu hati terasa sayu, kesian kat anak aku dak Rica, asik tengok2 sekolah dia dengan harapan dapat jumpa lagi kawan2 dia sebelum kitorang bertolak ke hotel, nak tahu tak? dekat 2 hari juga dak rica ni asik rambah menjejeh air mata kalau cerita pasal pindah sekolah dan pasal kawan2 dia kat sini, bayangkan bujang aku rico pun dok nangis nak tinggalkan sekolah kat sini, aku sedih betul tengok keadaan anak2 aku, tapi daddy dia selalu bagi semangat, katanya nanti balik msia akan dapat kawan baru jadi jangan sedih2 sangat! kata bebudak ni plak mana nak sama, kawan2 kat sini lain, cikgu plak baik2 dah macam kawan, semangat nak gi sekolah pun lain! dapat melaram lagi, kat msia benda yang diorang boleh buat kat sini tapi tak boleh buat kat sana..mmm...macamner tu aku nak jawab! daddy pun tak dapat nak jawab! cuma boleh senyum kambin sambil gosok2 belakang badan diorang ni jer ar..huhu...sabaq naaa!!!


Waktu dok nunggu dorang packing barang2 aku, kat tembok ni ar tempat aku bertenggek! dah takde tempat nko! semua tempat penuh dengan kotak dan dorang tengah buat kije, sopa pun dah packing jadi tembok pun tembok ar...janji bahagia...yer bahagia dok nonggeng kat situ sambil keluarkan apa2 gas berachun yang nak dikeluarkan...pui! sadis kat bebudak yang tengah dok buat kijer tu, malang sungguh pernafasanmu nari...ekekekkk! ada aku kesahhh!!!


Kontena sebijik memang beso, panjang ar kiranya leh sumbat banyak barang tapi bila diisi dengan barang2 aku masih tak penuh ponnnn! ada sesiapa kalau nak ikut masih muat lagi dalam kontena nu...hahaha!


Kejap jer bebudak ni buat kije, kejap dah sattle!


Sebelum...


Selepas...huwaaaaaaa :((


Sebelum..


Selepas..huk...huk!!!


Disinilah segala makanan dan hidangan disediakan, dapur tak ar beso sangat tapi amat bermakna buat diri aku, banyak kenangan terindah kat dapo ni tau!!!


Kini dapo ni kosong tanpa penghuni, lepas ni siapalah pemilik dapo ni yer? huhu


Selamat tinggal rumahku, selamat tinggal Bernstorffsvej 29, Hellerup Copenhagen, selamat tinggal Denmark! sampai kita ketemu lagi, aku akan sentiasa mengingati segala kenangan2 terindah disini.
Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan selamat tinggal pada kawan2 yang mengenali aku disini, andai ada silap dan salah saat perkenalan kita, seribu kemaafan zahir dan batin aku pohonkan, kenang aku dalam doamu.

Packing lok elokkk tauuuuuuu!!!


Hari ni pagi lagi aku dah bangun! huhu...sungguh tidak suka aku bangun pagi2, ganggu tido aku jer tau! tapi nak buat camner...suka tak suka memang kena bangun pagi2 sebab orang2 yang ditugaskan untuk packing barang2 rumah aku akan datang untuk memacking barang, memacking? apa kemenda punya perkataan tu? arhhh...bedal ar ikut suka molot aku nak cakap apa!!! jadi seawal 7 lebih diorang dah dok tekan door bell, 3 orang yang datang hari ni, kalau ditengok-tengok cepat juga diorang buat kije tapi pelik pun ada, pukul 4 petang masih ada barang yang tak abis dipacking lagi...


Mamat ni memang ditugaskan untuk packing segala porcelain aku, sebijik cawan dia packing guna kertas punya ar banyak! kompom tak retak atau pecah insyaallah tapi tak tahu kalau dah kat dalam kontena sok, kalau dibaling-balingnya kotak2 tu, mesti ada gak sebijik dua yang tercedera...berserah jer ar...



Masa ni bebudak yang datang packing tu dah balik, dah petang! barang masih tak abis lagi dipacking walaupun aku tengok diorang kije macam lipas kodong! hahaha! dah lipas kodong mana nak cepat, hadohhh!!! jadi sambung esok!


Ni area dining, sattle! clear dahhh!


Antara kotak2 yang penuh kat dalam umah aku sekarang ni, malam ni tido atas kotak ker? hahahaaa!!!

Hari ni hakak aku Linda plak buat farewell party untuk aku sekeluarga, bila sebut pasal farewell party ni memang terasa sayu tapi apa nak buat! huhu
Sampai kat rumah Linda suasana macam sayu, anak2 aku dilayan oleh Martin iaitu anak bujang Linda yang memang rajin melayan bebudak! tapi apapun hakak aku sorang tu jenis riuh rendah orangnya jadi suasana sayu tu terlindung dengan keriuhan molot dia! pas ni pastinya aku akan merindui riuh rendah molot Linda!



Sampai tak berapa lama Linda dah siapkan hidangan untuk kita makan bersama-sama sebelum acara berborak gather2 last kopek!


Hidangan yang Linda hidangkan malam ni memang sedap sangat, makanan india, 3 jenis kari, sayur-sayuran, udang sambal power giler dll, aku makan puas2 masakkan Linda, pas ni pastinya akan teringat-ingat masakkan Linda yang sedap ni! huk..huk!! : ((


Cekelet kek yang sedap! kek ni Kim yang buat! dia memang terror bab2 buat kek atau dessert apa2 pun, pas ni aku juga akan merindui dessert dari Kim, lebih2 lagi dia punya tiramisu! sedap gilerrrrrrr!!!



Gambo ni aku mesti nak letak! nak tahu naper? sebab nilah hidangan yang paling sedap terhamat malam ni, sepinggan ni tak cukup anak2 aku membedal! tu belum lagi mak pak dia! memang sedap ar terutama sos dia yang kat atas tu, sedapnya Linda buat!!! nampak pun sedap kan!! kan!! kan!!!!


Pas kenyang dan berborak hampir 5-6 jam kalau tak silap aku ar, kitorang pun ambil keputusan untuk balik walaupun dihalang oleh Linda, tapi memang kena balik juga walaupun sebenarnya kitorang berat hati nak balik, maklom ar macam tak puas lagi berjumpa tapi mandangkan ada lagi kije yang nak diuruskan, kemas mengemas ar cz esok kontena dah datang nak hangkut barang! tu pasal kena balik gakkk!
Masa ni Rhea pun sedih nak tinggalkan Martin yang dari sampai hinggalah nak balik dak Martin ni kije nyakat dak Rhea jer...menjerit-jerit anak aku macam kena rasuk! padahal kena sakat jer...apapun Rhea tetap suka kat Martin! good bye Kel Martin, kata Rhea!!!



Aaaaaaa....Rica orang paling sedih nak ninggalkan T Linda yang tersayang : ((


Selamat tinggal Kim, ni lah insan2 yang selalu buat hati aku gembira disaat aku berada di denmark ni, insan2 yang tak pernah bagi masaalah pada aku, senang sangat berkawan dan kenal dengan dia, semoga kita akan berjumpa lagi yer Kim, memang dah rancang sok kalau Kim balik Msia (untuk renew pasport) pastinya kita akan berjumpa! Kim ni dah hampir 30 tahun dok kat denmark ni, dia akan balik kemsia setiap 5 tahun untuk renew pasport dia jadi kalau ada umur panjang pastinya kita jumpa dimsia sok! lagi 2 tahun rasanya dia akan balik msia untuk renew pasport so masa tu kita jumpa yer Kim : ))
Terima kasih tak terhingga juga kerana bagi hadiah yang istimewa, i likeeeee!!! thanks Kim..thanks...thanks...thanksss, muahhh...muahhhhh!!!!


Kel Jorn juga antara insan2 yang aku sayang kat denmark ni, banyak tolong, banyak bagi kain baju, bagi hadiah, selalu jemput makan, bagi kasih sayang jugak! rasanya takkan jumpa lagi orang yang macam ni, kalau ada pun takkan sama macam Kel Jorn! : ((


Ohhhh tidakkkkk!!! tak sanggup rasanya tapi aku gagahkan juga! tiada kata2 yang terucap saat ni hanya kesedihan yang menyelubungi perasaan aku, Linda adalah insan yang paling aku sayang kat denmark ni, tempat aku mengadu, tempat menumpang kasih dan sayang, tempat segala-galanya untuk aku jadi berpisah dengan Linda terasa satu perasaan yang paling tak sanggup aku lalui, apapun pastinya kalau ada umur panjang memang kita akan berjumpa lagi, tahu Linda ni selalu juga datang kemsia, jadi aku akan sentiasa menanti kedatangan Linda sekeluarga.
Linda, Kel Jorn and Kim sentiasa dihati ini.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin