
Setelah hampir seminggu lebih aku tersadai terlantar sakit kat rumah, baru la ni aku keluar rumah, tu pun sebab dah lama sebenarnya Mr Ravi dan isterinya Puan Lillian dok jemput aku sekeluarga datang kerumah dorang, sebenarnya dorang tunggu jer aku sihat, katanya sebelum aku balik ke Msia dorang nak adakan majlis untuk aku sekeluarga, macam majlis perpisahan ar gitewww...lagipun dah lama juga aku tak jumpa dorang sekeluarga tu, maklom ar masing2 bz, kiranya ni ar peluang aku dapat jumpa dorang sebelum balik Msia sok, majlis ni pun Puan Lillian yang rancang awal2 lagi cuma aku jer tak berkesempatan nak hadirkan diri lebih2 lagi baru2 ni aku tak berapa sihat, jadi apa2 rancangan pun macam tergendala, apapun alhamdulillah....aku dah sihat seperti biasa cuma tinggal batuk jer tak baik lagi, kalau ditengokkan badan memang dah tinggal rangka jer...muka plak memang pucat macam mayat hidup ar...kali ni aku sakit memang teruk! tapi alhamdulillah semuanya dah berlalu...aku lalui dengan tabah!
Jadi hari ni aku gagahkan kuatkan badan yang baru nak sihat ni meredah rumah Mr Ravi dan Puan Lillian, lagipun rumah dorang bukan jauh sangat dari rumah aku pun cuma memandangkan nari cuaca memang ar sejuk sampai ketulang! ya rabbi...memang sejuk! menggigil menggeletaq satu badan! tapi nak jumpa dorang punya pasal aku kuatkan semangat! tak sabar pun yer juga nak jumpa dorang tu, bukannya apa, dorang sekeluarga sentiasa mengingatkan aku saat aku baru pertama kali jejakkan kaki kat Denmark ni, dioranglah insan pertama yang aku jumpa disini, dioranglah yang tunjuk banyak tempat dan ajar segala hal yang berkaitan dengan denmark ni, jadi diorang memang banyak berjasa pada kitorang sekeluarga, dorang dari keluarga orang yang baik2, bahagia bila disamping orang yang sebegini.

Sampai kat rumah dorang, hidangan memang sedang menanti, tuan rumah memang ramah melayan kitorang sekeluarga, makanan yang Puan Lillian sediakan memang sedap2! kali ni kitorang dihidangkan dengan makanan indian style dan chinese style, maklom ar tuan rumah pun kawen campur jadi gitu ar ghoper hidangannya, macam aku gak! kawen campur! macam2 ada! hihi :D

Ghopernya dalam diam2 Puan Lillian rancang buat birthday kek untuk aku, maklom ar birthday aku baru 2 hari yang lepas, tak sangka plak dia ingat birthday aku, mungkin dia selalu tengok fb aku! terima kasih yang tak terhingga pada Puan Lillian sekeluarga, terima kasih juga kerana bagi aku hadiah, huhu...aku terharu!

Segan juga masa ni, tetiba dorang padamkan lampu pastu anak bujang Puan Lillian dok main piano lagu birthday sambil nyanyi lagu birthday untuk aku, sedih pun yer juga! tak sangka dorang buat sampai macam ni sekali pada aku, sememangnya saat macam ni memang tak dapat aku lupakan.

Lagi sekali ucapan terima kasih aku tujukan pada Mr Ravi, Puan Lillian, Prince dan Josiah kerana melayan kami sekeluarga, ada umur panjang kita akan berjumpa lagi dimasa kan datang.