Dah lama sebenonyer snow tak turun..alah! lama pun idak ler lama mana, kurang lebih dalam 3 minggu cenggitu ar...diganti plak dengan hujan manjang, tapi idak mengapalah...hujan rahmat tu namanya selagi tak banjir kan..tapi nari turn plak snow ni, boleh tahan lebat gak ar untuk hilangkan rasa kerinduan aku pada snow, ececehhh! bole rindu plak kat snow, sok dah balik Msia kalau rindu snow gi jer ar kedai mamak dok ngoder ABC..huwaaaaaaa!!!!
Ni sajalah gambo yang dapat dirembat tadi masa snow tengah rancak turun! boleh buat kenangan! nengok tu ada 2-3 ketui yang nampak bentuk snowflakes, cantik sebenonyer snow ni bila dia turun dan kalau nak tahu, tiap2 satu bentuk snowflakes ni adalah unik! tiap2 satunya punyai bentuk yang berlainan! amazing kan..sampaikan anak dara aku si dak rica tu punyalah suka dengan bentuk snowflakes ni sampai minta aku beli pendant bentuk snowflake, macam2..





Wahai snow...turunlah dikau buat mengubat rindu dikala aku masih ada disini..huhu





Hari ni mood meroyan gaknyer...penat pun yer jugak dok ngerojekan langsir dari tingkat atas punya langsing sampai ar yang kat bawah ni aku dok bukak dan basuh, senang nanti tinggal lipat pas tu dah boleh bungkus bawak balik Msia, rumah sudah gondol takde langsir! ingat nak pasang tuan rumah ni punya langsir sebab dulu masa pindah masuk rumah ni memang ada langsir tapi penat punya pasal nak panjat2 lagi jadi biarlah dia gondol dulu sementara.
Pas ngerojekan langsir aku sambung plak ngeroje pinggan mangkuk dan porcelain2 koleksi aku dalam gobok cermin nu hah, dok ngasingkan ler...kang tukang packing datang main campur jer semua ajer pening kepala aku nanti! jadi sebelum dia datang ni, beh baik aku ngasing2kan dulu! dalam pada ngasing2kan sambil lap2 habuk kat porcelain ni aku dok teringat kat hakak Muna aku yang dah jauh nun disana, teringat saat2 bersama, berjumpa bergurau senda, kepala hakak Muna tu macam aku gak, kepala giler2! tapi memang best kalau jumpa dia, hati yang sedih pun jadi gumbira, dia tu happy go lucky orangnya, ketawa jer manjang! kadang apa2 pun aku dok ngadu kat dia dan selalulah dia suruh aku bersabar, suruh aku happy2! huhu...rupanya sebelum aku pindah balik Msia dia dah pindah dulu dok ninggalkan aku! huk..huk!!! walaupun kita berjauhan tapi kita selalu berhubung dialam maya, rasanya baru 2-3 hari lepas baca email dari dia, Mr J pun rasanya baru2 ni ada juga bersms dengan hubby Muna tu! sebenarnya kita berjanjian nak jumpa sebelum aku balik Msia tapi disebabkan Mr J aku tu bz jadi rancangan nak gi jumpa Muna sekeluarga telah dibatalkan, frust jugak hakak tu tapi apa nak buat, aku tahu Muna faham keadaan aku! insyaallah kalau ada umur panjang, ada rezeki kita pasti akan berjumpa!
Teringat masa mula2 kenal Muna dulu, ingat dia sombong tapi bila dah kenal hati budi dia, barulah tahu Muna ni orangnya memang baik, tersangatlah sesuai dibuat kawan baik, orangnya jujur, ikhlas so pada yang masih tak kenal dengan Muna ni please ar jangan dok ngata! dok kutuk2 yang bebukan ok!!! kenali dulu orangnya baru boleh komen! alah yang dok ngutuk tak hengat tu sebenonyer jeles sebab Muna ni ada kelazzz! nko hade??? lepaskan geram jap! huhu
Pasal business porcelain ni aku happy sebab muna suka apa yang aku buat sekarang ni! kalau ada kawan2 yang suka apa yang kita buat, dah tentu2nya semakin bersemangat kan..
Kepada Muna, Sue doakan semoga Muna sentiasa bergembira dan berbahagia disamping keluarga tersayang.

P/S: Psssstttt!!! Munaaaaa...alahai ku terguda tengok rumah yang 2 tingkat tu! cantekkkkknyerrrrrrr!!!! apapun Sue tahu Muna punya taste memang mantap! pilih yang cun2 ok!! muahhh...muahhhhhhhhh!!!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 800 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 1 s/b rempah masala
  • 1/2 s/t serbuk ketumbar
  • 1/2 s/t serbuk jintan putih
  • 8 helai daun kari
  • 2 tangkai daun bawang sebagai hiasan - dihiris
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Satukan rempah masala, serbuk ketumbar dan serbuk jintan, letakkan sedikit air dan jadikan pes.
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan tumbuk bersama daun kari hingga naik bau, kemudian masukkan pes rempah tadi, kacau hingga pecah minyak.
  • Masukkan daging dan kacau rata, tutupkan kuali sambil dikacau sekali sekala.
  • Perasakan dengan garam, perasa dan gula, kacau lagi dan biarkan sehingga daging masak.
  • Taburkan daun bawang dan hidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 cawan beras wangi - dibersihkan dan toskan
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 2 inci halia - diketuk
  • 2 s/b mentega
  • Rempah tumis - 4 beradik
  • Stok pati ayam secukupnya - mengikut sukatan beras
  • Sedikit garam
  • BAHAN NASI GORENG:
  • Nasi ayam secukupnya - yang telah dimasak terlebih dahulu
  • 6 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 biji cili merah *
  • 1/2 s/t lada sulah
  • 2 tangkai daun bawang - dihiris
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
  • BAHAN LAIN:
  • Ayam goreng - dipotong
  • Sup
  • Timun - dipotong kecil
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk, masukkan mentega kacau hingga cair, kemudian masukkan rempah tumis, halia dan daun pandan, kacau hingga naik bau.
  • Masukkan beras bersama stok pati ayam mengikut sukatan beras, kemudian masukkan juga sedikit garam, kacau rata dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.
  • Apabila nasi masak, kacau nasi dan alihkan kedalam mangkuk besar, biaskan nasi sejuk sedikit.
  • Tumbuk atau kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga agak garing, kemudian masukkan nasi yang telah disejukkan tadi, kacau rata dan perasakan dengan garam dan perasa, kacau sebati dan bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan nasi goreng bersama ayam goreng, sup dan timun.
SUMBER DARI: Sa'adiah mohamad


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 mangkuk gula pasir *
  • 1 mangkuk telur *
  • 1 mangkuk tepung gandum *
  • 1 mangkuk santan *
  • 3 helai daun pandan - dikisar bersama sedikit air ambil jusnya 50 ml
  • 2 s/t bijan - disangai
  • Sedikit minyak sapi
  • (Semua bahan yang bertanda (*) gunakan mangkuk yang sama sukatan)
CARA-CARANYA:
  • Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung, santan, dan jus daun pandan, kacau sehingga sebati dan tapiskan supaya tidak bergentel.
  • Panaskan acuan bahulu atau apa2 acuan yang disukai dengan minyak sapi.
  • Tuangkan adunan kedalam acuan.
  • bakar didalam oven dengan api atas bawah pada suhu 180 C selama 10 minit.
  • Keluarkan acuan dan taburkan bijan diatas bahulu.
  • Bakar semula selama 15 minit atau sehingga masak.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 8-10 cili api
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 s/b tempoyak
  • 4-5 biji telur
  • 1 keping asam gelugor (asam keping)
  • Santan kelapa secukupnya
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Masukkan santak kedalam periuk.
  • Tumbuk kasar cili api bersama kunyit, kemudian masukkan kedalam yang berisi santan tadi, kacau rata dan letakkan diatas api yang perlahan.
  • Apabila memdidih, masukkan tempoyak, asam gelugor, garam, perasa dan gula, kacau sebati.
  • Pecahkan telur sebiji demi sebiji tapi jangan dikacau sehingga telur betul-betul masak.
  • Apabila telur masak, kacau perlahan dan dan bolehlah ditutu apinya.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm udang basah - dibuang kulitnya
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 cm belacan *
  • 15 tangkai cili kering - direndan dengan air panas, toskan *
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 s/b gula merah
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan yang bertanda (*) hingga pecah minyak, kemudian tuangkan air asam jawa, kacau lagi hingga pekat.
  • Masukkan udang, kacau hingga udang setengah masak, masukkan gula merah, garam dan perasa, kacau sebati.
  • Bila udang masak dan sambal pekat, bolehlah ditutu apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm daging batang pinang
  • Lada hitam kisar
  • Garam
  • BAHAN SOS:
  • 6 s/b sos tiram *
  • 4 s/b sos Lea & Perrins *
  • 4 s/b kicap manis *
  • 2 s/b kicap cair *
  • 100 ml air *
  • 1 s/t lada sulah *
  • 1 helai daun bay *
  • 1/2 s/t oregano *
  • garam dan gula *
  • Sedikit bancuhan air tepung jagung
  • BAHAN TAMBAHAN:
  • Kentang rebus (Digaul bersama mentega dan sedikit garam)
  • Kacang pis (Dalam tin)
  • Kacang panggang (Dalam tin)
CARA-CARANYA:
  • Perap daging selama 1 jam bersama lada hitam dan sedikit garam.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali non stick, masak daging sehingga setengah masak, kemudian masukkan didalam oven dan bakar pada suhu 180 C sehingga daging masak.
  • Ddalam periuk kecil, masukkan kesemua bahan sos yang bertanda (*) dan letakkan diatas api sederhana sehingga mendidih, kemudian tuangkan sedikit bancuhan air tepung jagung, kacau hingga kuah agak pekat sedikit, bolehlah ditutup apinya.
  • Letakkan bahan tambahan didalam pinggan hidangan, kemudian susunkan daging yang telah dibakar tadi.
  • Tuangkan sos diatas daging dan hidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 peket tauhu telur - dipotong
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 4 s/b kicap cair
  • 8 s/b sos tiram
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • Sedikit lada sulah
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit air
  • Minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak didalam kuali non stick, gorengkan tauhu telur hingga keperangan, angkat toskan minyaknya, ketepikan.
  • Didalam kuali yang sama, kurangkan jumlah minyaknya, gunakan minyak kira 3 sudu besar sahaja, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan kicap cair, sos tiram dan sedikit air, kacau sebati.
  • Apabila mendidih, masukkan serbuk lada sulah, garam, perasa dan gula, kacau rata dan masukkan telur yang telah dipukul tadi, kacau lagi hingga telur hancur dan akhir sekali masukkan tauhu telur yang telah digoreng terlebih dahulu tadi, kacau perlahan hingga kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya dan hidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 ikat kangkung - dipotong
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji cili merah *
  • 1 biji cili hijau *
  • 6 biji cili padi *
  • 2 cm belacan *
  • Garam dan perasa
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga agak garing, kemudian masukkan kangkung, kacau sebati.
  • Tuangkan sedikit air, kacau rata dan perasakan dengan garam dan perasa, kacau hingga kangkung layu, bolehlah ditutup apinya.


Salam semua, selamat berhujung minggu.
Seperti biasalah kalo hujung2 minggu cenggini kerojer aku ialah pergi menghunting! haaa! ada ker perkataan menghunting tu yerk? mana ada! tapi pada peminat, pengumpul, penjual porcelain memang dah biasa dengar perkataan menghunting ni kan..kannnnnnn??????
Sebenarnya minggu ni sepatutnya aku dok rehat jer kat rumah, sebabnya anak koret aku dak rhea tak berapa sihat, tapi disebabkan kegilaan mummy dia yang tak abis2 nak menghunting, diheretnya budak tak sihat tu ikut pi menghunting! ya hamfun! kijam sungguh mummy nko yerkkk rhea!!!
Walau apapun hunting aku minggu ni ada terkureng mood sikit, sebabnya fikiran tak berapa nak normal! huhu...rhea tak sihat jadi mood nak hunting pun terganggu!
Cuba nengok gambo kat atas tu! dalam pada takde2 mood tapi tetap menonggeng tonggeng dok punggah geledah satu kedai tu! apa taknyer...semua pelusok kat dalam kedai tu diletaknya porcelain termasuk bawah2 meja nu! apa lagi...gitu ar gayanyer yang jadi! kehkehkehhh

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin