BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm hor fun
  • 300 gm udang basah - dibuang kulitnya
  • 150 gm tauge
  • 4 tangkai daun bawang - dihiris
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 s/b pes cili
  • 3 s/b cili sos
  • 8 s/b sos tiram
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan cili sos, sos tiram dan sedikit air, kacau sehingga sebati dan udang, garam, perasa dan gula secukup rasa, kacau rata.
  • Apabila kuah agak pekat, masukkann hor fun tadi, kacau rata kemudian tuangkan telur pada hor fun, kacau lagi sehingga hor fun sebati dengan telur dan akhir sekali masukkan tauge dan daun bawang, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya, hidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 5-6 potong ikan tenggiri - dibersihkan
  • 1 biji bawang besar - dihiris *
  • 3 ulas bawang putih - dihiris *
  • 2 cm halia - dihiris - dihiris *
  • 12-15 biji cili padi - dipatah *
  • 2 batang lobak merah - dipotong kecil
  • 3 biji tomato - dipotong kecil
  • 8 s/b cili sos
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 s/b gula merah
  • Garam dan perasa
  • Minyak secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak secukupnya.
  • Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan goreng ikan sehingga masak, angkat dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan yang bertanda (*) hingga naik bau, kemudian masukkan cili sos, air asam jawa dan lobak merah, kacau rata dan biarkan sehingga lobak merah hampir masak.
  • Masukkan gula merah, garam dan perasa, kacau sebati dan masukkan ikan bersama tomato, kacau lagi sehingga kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya dan hidangkan.
Baru 2-3 barang beli kat butik LV dan start ar ni tetiap bulan dok nganto catalogue kat aku! ni gara2 dok join LV punya product ar..kelmarin masa dok beli barang kat butik tu diorang ada cakap nanti kalau ada product baru diorang akan bagitahu, ni yang dah datang ni! waduh!!! waduh!!! ni yang nak kena sekodeng ni! hahaha! alasan singai bak kata anak sedara aku! bak kata Aby apa plak? huhu...mamat tu senyum kambin jer manjang...biasa ar dia, mana banyak bunyi! tapi sekali dia bunyi! hmbekkk nko!





Dok belek2 catalogue tu memang banyak barang2 yang menarik perhatian, kalau ikutkan hati memang boleh cair u! tapi!!! alah...bukan aku takde barang dari LV ni jadi idak ler rasa ralat sangat pun kalau tak dapat! ada rezeki sok boleh beli lagi..kan B kan..kan..kalau takde, pakai jer ar apa yang dah ada!




Harga beg ni puluhan rebu nko! ajer giler kalau aku yang beli! lain ar kalau kasi free! hahaha! cantek muka nko! ingat nko tu sapa orang nak bagi free beg puluhan rebu cam ni! mmm...mmm...abis siti nurhaliza tu laki dia dok hadiahkan beg puluh2 rebu regenyer!
Itu siti nurhaliza!!! nko tu saper? Suejoshua! siapa yang kenal? redebar teksi kat joho tu pun tak kenal nko!!! tolong jangan perasan, pelissssslaaa!!!!





Waaa...bayangkan aku dokong beg ni bawa gi paso! bahaya nko! ada yang dok sekodeng sambil naik moto kapchai! huhu...tidakkkk!




Santekkkk! regenyer pun santekkk gakkk! huwaaaaa!!!





Huwaaaaaaaa!!! nak yang ni bole? bole sesangat! bulu kaki kan banyak, gadai jer ar...huhu...beg yang sangat gorgeous!!!




Nanti-nantilah dulu yerkkk! kalau ada rezeki terlebih boleh datang lagi, kena penuhkan tabung ayam tu dulu! ada sesiapa nak tolong penuhkan tabung ayamku itu tak? huhu


BAHAN-BAHANNYA:
  • 3 bungkus lontong adabi (saiz besar)
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 s/b udang kering *
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 cm lengkuas - diketuk
  • 1 s/t serbuk kunyit
  • 1/2 biji kobis - dipotong kecil #
  • 3 biji lobak merah - dipotong kecil #
  • 10 batang kacang panjang - dihiris #
  • 1/2 biji sengkuang - dihiris halus #
  • Sedikit tauhu kering - direndam hingga lembut dan dipotong kecil #
  • Santan secukupnya
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
  • BAHAN LAIN:
  • Sambal tumis secukupnya
  • Telur rebus secukupnya - dibelah dua
CARA-CARANYA:
  • Rebus lontong hingga masak, angkat dan toskan airnya, ketepikan.
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bahan kisar tadi bersama serai, lengkuas dan serbuk kunyit hingga agak garing, kemudian masukkan santan secukupnya, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih perlahan, gunakan api yang sederhana.
  • Masukkan pula bahan yang bertanda (#) kacau sebati.
  • Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula, kacau perlahan sehingga sayur masak, bolehlah ditutup apinya.
  • Potong lontong mengikut citarasa, kemudian tuangkan kuahnya dan hidangkan bersama sambal tumis dan telur.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 cawan beras wangi - dicuci dan toskan
  • 2 helai daun pandan - disimpul *
  • 1 batang serai - diketuk *
  • 1 s/t alba *
  • Sedikit garam *
  • Santan mengikut sukatan beras *
  • BAHAN LAIN:
  • Sambal tumis secukupnya
  • Ikan bilis goreng
  • Telur dadar
  • Hirisan timun
CARA-CARA:
  • Masukkan beras yang telah dicuci tadi kedalam periuk, kemudian masukkan juga bahan yang bertanda (*) kedalam periuk berisi beras tadi, kacau rata.
  • Masak nasi sehingga setengah masak atau nasi sebati dengan santan.
  • Tuangkan nasi kedalam bekas, kacau rata dan masukkan kedalam periuk pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu, gunakan api yang sederhana.
  • Kukus nasi sehingga nasi masak sepenuhnya.
  • Hidangkan nasi bersama sambal tumis, ikan bilis goreng, telur dadar dan hirisan timun.


















Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin