BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN NASI:
  • 3 cawan beras wangi
  • 125 gm mentega
  • Sedikit garam
  • Air mengikut sukatan beras
  • BAHAN MAKANAN LAUT:
  • Isi ketam atau crab stick - dipotong dadu #
  • Isi ikan tenggiri - dipotong dadu #
  • Isi udang #
  • Sotong #
  • Serbuk cili
  • Serbuk kunyit *
  • Serbuk lada hitam *
  • Sedikit garam *
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Campurkan bahan yang bertanda (*) dan gaulkan pada bahan yang bertanda (#) kemudian tuangkan sedikit minyak, gaul sebati dan perapkan selama 1 jam.
  • Masak nasi seperti biasa dan apabila nasi masak, gaulkan nasi bersama mentega sehingga mentega cair dan sebati pada nasi, taburkan sedikit garam, kacau rata dan tutupkan semula periuk nasi.
  • Cucuk bahan yang telah diperap tadi berselang seli dengan isi ketam atau crab stick tadi.
  • Bakar diatas kuali leper non stick sambil dibalik-balikan sehingga masak.
  • Hidangkan nasi mentega tadi bersama makanan laut yang telah dibakar.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan beras sushi - dicuci dan toskan
  • 3 s/b cuka *
  • 1 s/b gula *
  • Sedikit garam *
  • Air secukupnya
  • Bijan - yang telah disangai keperangan
  • Rumpai lauk kering
  • Wasabi
  • Crab stick
  • Timun- dipotong kecil memanjang
  • Teriyaki sos
CARA-CARANYA:
  • Masak beras sushi bersama air hingga hampir masak, kemudian masukkan bahan yang bertanda (*) gaul sebati menggunakan senduk kayu.
  • Tutup semula penutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya.
  • Apabila nasi masak, renjiskan sedikit cuka sambil digaul menggunakan senduk kayu dan biarkan sehingga nasi sejuk.
  • Taburkan bijan sangai pada nasi dan gaul rata.
  • Susunkan rumpai laut kering diatas buluh penggulung sushi dan tuangkan pula nasi tadi, ratakan nipis.
  • Sapukan sedikit wasabi diatas permukaan nasi.
  • Susunkan crab stick dan timun ditengah-tengah nasi tadi, gulungkan sambil ditekan sehingga padat.
  • Potong sushi menggunakan pisau yang tajam.
  • Hidangkan sushi crab bersama teriyaki sos.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Pastri secukupnya
  • 200 gm daging cincang
  • 2 biji kentang - dipotong dadu kecil
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 3 s/b rempah kari daging #
  • 1 s/t serbuk cili #
  • Rempah tumis
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
  • Kuning telur - untuk sapuan
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan minyak didalam kuali.
  • Campurkan bahan kisar bersama bahan yang bertanda (#) kacau rata.
  • Masukkan rempah tumis didalam kuali, kacau hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar yang telah dicampur tadi, masukkan sedikit air jika perlu, kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan pula daging cincang, kacau sebati kemudian masukkan pula kentang, kacau lagi sehingga rata, masukkan lagi sedikit air.
  • Kacau sekali sekali, tambahkan garam, perasa dan gula.
  • Apabila inti agak kering, bolehlah ditutup apinya.
  • Biarkan inti sejuk sedikit.
  • Canai pastri, potong mengikut citarasa dan letakkan inti daging tadi, lipatkan dan susun diatas dulang pembakar.
  • Buat sehingga habis dan cucukkan permukaan puff dengan garfu.
  • Sapukan permukaan puff dengan kuning telur, bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 12-15 minit atau hingga keperangan.

































Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin