Haluuuuuu! salam ceria dihari sabtu, seperti biasa ar wiken2 macam ni ialah hari yang aku tunggu2 iaitu hari aku menjengkit! ingat plak kat kak senah aku, dulu masa zaman2 aku mude remaje dia selalu dok bebelkan aku sebab aku suka menjengkit! perkataan menjengkit ni memang selalu digunakan khas untuk aku, ekekekkk! nak tahu apa menda menjengkit tu? merayap ar..kalau orang jb mesti pernah dengo perkataan menjengkit ni.
Jadi hari ni aku menjengkit ar seperti yang telah dirancangkan oleh suamiku yang tercayang! haaa...jangan memain, selalu aku yang rancang kalau nak jengkit kemana-mana pun, tapi kali ni dia plak yang rancang nak pi mana, tapi aku tak kisah pun asal dapat menjengkit! sebab kalau dah menjengkit tu dah tentu2 ar dapat nyopping dan nyopping tu adalah terapi paling mujarab oleh sesiapa saja yang ada penyakit kronik macam aku ni, ngee :P
Dah beberapa hari sebenonyer aby dok cakap nak pi cari beg kerojer untuk dia, beg yang lama katanyer dah jemu! dah lama tak tukaq2, sesekali nak gak bawa beg ghoper lain, layannnn...aku ikut jer memandangkan cuaca nari pun nampak santek, matahari terik tapi masih rasa sejuk sampai ketulang! huhu...tulang pun tulang ar...asal tak hujan, dapat jugak jengkittt!




Dari satu butik ke satu butik aku jelajah dok layan aby cari beg kerojer yang dihajatkan tu, tapi hampeh mamat tu sebenonyer cerewet gak! ingat aku jer cerewet tahap ben 10, sekali dia lagi cerewet tahap mr bean! butik pertama masuk dok tinjau sana sini, mmm...takde yang berkenan.




Masuk sini ada yang berkenan sekali dak salesman dok punggah! takde stock plak! menci tau! kalau takde stock yang ditunjuk tayang kat depan tu buat apa? pengor!!!




Siapakah itewww? alahhh...ikut jer ar...sekali masuk sini lagi hampeh! takde yang dikenankan pun tapi kalau tanya aku dah semestinya ada yang dikenankan! ngee...napa dia tak tanya aku? senyap jer...tahu ar mamat tu sebenonyer minat kat brand lain, kalau masuk kat butik tu kan, kompom dia pelawa punyer, menci ah!




Aku ajak masuk sini terus jer dia kata taknak! aku cakap masuk jer...manalah tahu ada yang cantik atau berkenan nanti! 2-3 kali gak aku ngajak! dia kata dia tak suka masuk butik ni ada sebab dan sebabnya &*#$%&%@ hahaha! untuk buktikan apa yang dikatakannya betul ke tak, aku masuk gak! waaa...orang punya ar ramai kat butik ni macam kubu semut! tak terlayan...barang2 kat sini rasanya tak banyak sangat ar yang cun tapi orang punya ar ramai dan aku dah tahu apa sebabnya! ngee : P




Ha! butik ni memang mamat tu suka masuk! dari jauh dah muncung2kan hujung molot dok tunjuk butik ni! mmm...tahu ar...kalau kat sini memang rasanya banyak beg kerojer untuk lelaki, siap boleh tempah2 lagi nak ghoper macam mana pun.
Jumpa memang jumpa tapi sayangnya kata aby beg kulit kat sini semua jenis yang keras2 plak, tanya yang kulit lembut katanya kena order dulu dari italy dan makan baper bulan baru dapat! hadeh...nak tunggu baper bulannyer, dia nak beli beg kerojer baru sebab nak terus pakai nanti, ajer giler nak tunggu sampai makan bulan. Kulit keras taknak ker? taknak!!! kan aku cakap, mamat ni cerewet tahap mr bean.





Tapi yang bestnyer dia tu kan dok pelawa aku tau! ngee...aku ni pantang dipelawa! ajer giler nko nak tolak pelawaan orang tercayang! ececehhh...loya plak tekak!
Gumbira hatiku tidak terkata tapi katanya itu pezen untuk besday aku bulan feb sok! huwaaaaaaaaaa!!! ingat sajer2 nak banjer kiter, pezen besday dah bagi sekarang! jadi sok besday takde apa2 ar yang dapat? mencikkk cenggini!
Apapun masehhh ler bebanyak yerkkk, sok besday baru bukak kotak dalam beg kertas tu! huhu





Inilah butik bertuah! tapak kaki aku dah macam nak tercabut baru jumpa beg yang dikenankan kat sini, apapun terima kasih ler bebanyak wahai butik kerana ada terselit beg yang dikenankan itewww! kalo tak jawabnya tawap satu Denmark ar dok mencari beg kerojer diaaaa.
Cari beg dia tapi naper asik2 muka nko jer yang dok posing tak hengat erkkk???
Eyyy! suka aku ar...idak ker ni blog aku? wakakaka!





Lepas jumpa beg dia baru dapat makan nko! zalim tak zalim ar...hihi, tak ar...aby aku tak ar sezalim tu! masa keluar tadi dah makan jadi idak ler rasa kebulo sangat! jadi dok cari barang pun bukannya gopoh gapah! cuma tempat yang aku gi cari beg ni semua pun berjalan kaki jadi kaki jer ar yang rasa macam nak tercabut! lepas dah jumpa, kitorang pun cari makan ar sebelum balik, dok round2 satu alam gak cari makan yang berkenan sampai dak rhea pun dah tertido dalam kete baru jumpa tempat makan yang sesueiii! apa lagi...serang ar...lagipun wiken memang aku coti masak so semua kena makan kenyang2 sebelum balik.
Gambo makanan kat atas tu aby yang order, napa daging tu ala2 rentong b? jawapan aby ''tengok ar siapa yang order'' wakakaka! yer ar...faham!




Yang ni aku nyer...mmm...sedap! kambin! tapi napa ghoper sikit lebih kurang rentung macam aby punyer gak? ehhh! mana ada? tu hangus sikit2 jer...orang yang makan ni pun bukannyer hangus sangat! hangus sikit jer..hik..hik





Aban rico punyer...beso gak kofta burger ni tapi si aban rico makan siap suh daddy order lagi satu! dak ni kebulo ker atau burok lantak? aku tanya lapo sangat ker? dia kata sedappp! pui!





Rica punyer! minah ni memang jenis tembolok kecik jadik mintak pun yang ala2 celah2 gigi jer...tu pun tak abis!




Rhea punya daddy orderkan mini pie, nama jer mini tapi beso semangkok! memasing makan sebenarnya tak abis melainkan aban rico yang makan kofta burger sekali 2. Mana nak abis, semua makanan tu banyak tau! pinggan punyer ar beso sebenonyer...macam nak termuntah dah aku dok paksa2 sumbat masuk dalam molot, sayang plak nengokkan makanan tak abis tapi nak buat camner...dah tak boleh masuk! kang muntah kat situ sapa nak jawab?
Dahhhh! balik...balik.





Ha! ni ar beg aby yang dia dok kenankan tu tadi, pada mata aku macam besa2 jer...tapi pada mata aby dia kenan ar sangat kat beg ni sebab beg ni jenis kulit lembut, kalau bawak pun jenis tak sakitkan badan. Alahhh...dah beg dia, biar dia ar yang pilih yer dak? janji dia happy dah ar...
Wokeh ar...penat ar menjengkit nari, nak titon...esok nak jengkit lagi cari porcelain lama untuk aku plak! benda yang aku tengah kemarukkan sekarang ni, penyakit berjangkit dari mat gebu! huhuiiii! suke...sukeeeeeeee!!!!


Owahhh! tajuk macam yer..yer jer!
Sebenarnya aku ni dalam pada huha..huha punyer perangai, nampak pun macam sporting tapi kalau menyentuh pasal anak2 aku, memang aku lain macam sikit! sportingnya tu kureng sikit! yer ar...aku taknak ar anak2 aku terlalu bebas nak buat apapun yang dorang suka sesuka hati! nak kata aku tegas pun tak jugak! nak kata aku garang pun tak jugak! tapi anak2 aku kata aku garang nko! hahaha! padan muke korang, mummy korang memang garangggg sebenonyer! roarrrrr...macam singa! tapi aku ni garang selalunyer aku cuma membebel jer...tangan pun tak naik! dulu masa dorang kecik2 ada ar libas2 sikit, campak2 sikit, baling2 sikit, hentak2 sikit! hahaha...ajer giler kalau aku buat cenggitu, jadi lepat anak2 aku kang! betul! aku cuma kuat membebel jer sebenonyer, anak2 pun dah beso! takkan nak dipukul bantai! tak guna buat tu semua, lama kelamaan badan dorang dah kebal kang pukul bantai pun tak rasa, dipukul bantainyer aku balik! sapa nak jawab? apapun disebabkan tak gunakan tu semua ar aku bebel pun dorang dah kecut perut! tu belum lagi aku jerit sikit! mata, hidung terus merah nko! nak2 dak rica, baru aku herdik sikit air mata, air hingus meleleh-leleh keluar! dak tu memang kememeh! gembeng bak kata mak aku! kadang macam tak sampai hati plak nak tengking dia!
Sejak dia sekolah kat Denmark ni banyak juga aktiviti yang cikgu2 kat sini buat, dah banyak kali juga dia ikut aktiviti sekolah pi mana2 tempat, tapi selalunya memang pergi balik hari jer, tak pernah bermalam lagi, kalau rico rasanya dah banyak kali juga ikut aktiviti sekolah sampai tak balik 1-2 hari, tapi disebabkan aktiviti sekolah jadi aku ngan daddy dia izinkanlah, lagipun dia tu budak lelaki, bimbang tu adalah kureng sikit berbanding dak rica.
Semalam masa dak rica balik sekolah, dia ada ar tunjukkan aku kertas undangan yang kawan dia kasi, rupanya undangan sleepover party kat rumah kawan dia, berat juga nak izinkan dia pi tido rumah kawan dia tu walaupun sehari, yer ar sebelum ni tak pernah biar dia tido rumah orang melainkan rumah saudara mara terdekat jer, ni kan pula rumah orang yang aku tak kenal! tapi kalau ditengokkan yang dia dah membesar, nak rasa juga kebebasan sesikit, nak rasa juga bergembira dengan kengkawan dia, jadi aku izinkan jugalah, tu pun belum tanya daddy dia lagi! huhu...parah kalau tanya orang tua tu! nko jawab ar sendirik nak oi!






Tak sabo nko budak rica ni nak menjengkit, daddy dia sampai umah lom sempat lagi duduk, baru jer dok bukak2...mmm...bukak2...mmm...bukak kot ar..dia terus jer terpa! dengan buat muka minta simpati ala2 cumil tak sudah! dia pun mulakan ayat bodek! ''daddyyyyyy...bole tak adek tido rumah kawan adek? sehari jer daddy! adek tak penah tido rumah kawan2 adek! bole tak daddy? pleaseeeeeeeeeeeeeee!!!!" no!!!!!! bunyi macam keras gitew! dah ar muka ala2 pengebom berani mati! seram seh wa nengok! air mata dak rica mulalah berlinangan! alah! dak tu memang kememeh! tapi aku faham juga ar kalau dah berlinangan tu memang ar dia rasa sedih, tak dapat apa yang dihajatkan!
Aku pun dok pujuk gak kat daddy dia, kiranya cuba ar tulun2 cakapkan bagi pihak rica, lama juga nko mamat tu nak bagi jawapan, menci tau aku nak nunggu! kasi cakap ar kasi, boleh aku tulun kemas2 barang budak tu sikit! ni lama baru bagi jawapan, budak tu pun dah nak tido baru ar dia kata ''ok'' tu pun dia kata esok siang dia pi sekodeng kat rumah tu dulu! pas tu dia suruh rico pastikan rica betul2 naik kereta parents budak tu baru rico boleh balik dari sekolah.
ya hamfun! ini macam olang pun ada ker?
Akhirnya tadi dak rica selamat dah pergi rumah budak tu, semoga dia bergembira dengan kawan2 dia dan ni semua akan jadi kenangan bila dia dah balik kemesia sok.
Dalam hati aku pun risau gak ni tapi ...alah! harap takde apa2 ler...lekkk ar.
Esok daddy amik rica ok! huhu


BAHAN-BAHANNYA:
  • 300 gm hati ayam
  • 200 gm pedal ayam
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 6 biji cili padi *
  • 2 s/b serbuk ketumbar #
  • 1 s/b serbuk jintan putih #
  • 1 s/t serbuk jintan manis #
  • 1 s/t serbuk kunyit #
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Satukan bahan yang bertanda (#) dan bancuh dengan sedikit air, kemudian campurkan dengan bahan tumbuk tadi.
  • Gaul sebati kesemua bahan campuran tadi pada hati dan pedal ayam, perapkan selama 1 jam.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, gorengkan hati dan pedal ayam yang telah diperap tadi, tutup kuali sambil dikacau sekali sekala.
  • Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula, kacau perlahan sehingga kuah kering, tutup apinya.
Agak2 kalau pakai kasut2 ni kat Msia sok orang ingat aku giler tak? nak dibuang terasa sayang! nak kasi orang ntah siapalah yang muat saiz kasut aku yang kecik2 ni.
Tadi aku sebok ar dok pilih kasut2 mana yang nak dibawa balik dan mana yang nak dihumban! dan yang bersusun kat tangga nu hah adalah kasut yang tak lama lagi idak digunakan, sayang jugak kalau ditengokkan tapi kalau dibawa balik ke Msia siapa plak nak memakainyer, takkan aku plak nak pakai kasut2 pesen ghoper ni kat Msia tu, dah ar cuaca kat sana panas! maunya haprak kaki aku ni kang! Aby cakap kena gak simpan 1-2 pasang, manalah tahu esok2 nak pi holiday kat tempat2 sejuk, boleh pakai jugak! yer ar...1-2 pasang jer...yang lelain tu nak buat apa? buat periasan simpan dalam gobok sebagai kenangan! wakakaka! ajer giler...orang simpan pinggan mangkuk antik dalam gobok tapi aku simpan kasut haprak ni! pui!
Pada sesiapa yang nak kasut2 ni, sila bagitahu kat aku erkkk!





Salah satu gobok baju2 tebal aku, rasanya mungkin aku asing2kan dan nak bagi2 pada orang2 kat sini, pada sesiapa yang nak ar...tapi bukan semua yang nak dikasi kat orang, agak2 yang rege riban2 tu aku nak simpan, manalah tahu nak digunakan masa time2 holiday sok kan.
Paling boring ialah saat2 nak memilih barang yang mana taknak dan yang mana nak dibawak dan yang mana nak dimasuk kontena! hadohhhh...fenin ar...tu belum lagi baju Aby dan baju anak2 dia, tensennnnn i...



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg udang besar - dibersihkan
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 6 s/b serbuk cili - dibancuh dengan sedikit air, jadikan pes
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 helai daun limau - dimayang halus
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda (*) dan campurkan bersama cili pes, kacau rata, ketepikan.
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bahan kisar yang telah dicampurkan dengan cili pes tadi, kacau sehingga pecah minyak.
  • Tuangkan air asam jawa, kacau lagi hingga sambal agak pekat.
  • Masukkan Udang dan kacau rata.
  • Taburkan daun limau purut, kacau lagi sehingga sebati.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam, perasa dan gula, kacau perlahan sehingga udang masak, bolehlah ditutup apinya.
Masa yang aku nanti2 belum pun tiba sebenarnya, kalau dikira-kira adalah sebulan lebih aku kat Denmark ni lagi, tapi tadi Aby dah bawa balik tiket untuk kitorang sekeluarga balik ke Msia, yahoooooo!!! gumbira tak terkata, maunya tak gumbira! tiket dah dapat, tinggal berangkat jer jer kena nunggu, pening pun ada gak ni, kalau ditengokkan masa macam tinggal kejap jer lagi, maklom ar sekarang ni cepat sangat masa berlalu, tapi masih ada barang2 yang belum sempat nak dibeli, tu belum lagi barang2 yang family aku dok ngirim! Aby plak sejak2 dah nak balik Msia ni punya ar banyak kije kena sattlekan dulu, memang bz manjang! wiken jer dia free dan masa tu ar jugak aku dapat pi mencari barang2. Sebulan lebih jer lagi u! ahawww! ai dah tak lena tido malam, wajah mak aku yang tersayang sentiasa kat depan mata, tu belum lagi wajah2 kakak2, anak2 saudara yang noty2 dan cucu cicit aku lagi, heeee sonoknyer! tak sabo nak jumpa diorang semula.
Yahooooooooooooo!!!!!!!


Hari ni aku pi memburu lagi, kali ni aku redah kedai antik tak jauh dari rumah aku, pagi2 dah bangun sebab jarang kedai tu bukak pada hari ahad tapi minggu hari tu masa datang kedai dia, kata tuan kedai tu hari ahad depan (hari ni) dia buka untuk 2-3 jam jer...tu yang aku gi redah kedai dia nari.
Pemburuan aku nari terasa seronok sebab aku dapat cawan yang gambar kat atas tu, aku gelar "Calendar Cups" sebabnya setiap cawan ada tertulis nama bulan dan yang bestnya semua cawan ni cukup 12 bulan.
Cantik sangat! condition cawan ni memang masih elok, nampak bersih dan takde sompek walau sikit pun, sukeeeeee!!!




Yang ni pun aku suke! dapat 5 set cawan dan yang menarik perhatian aku pada cawan ni ialah corak kat cawan ni disaluti dengan 24k gold, percayalah...




Kan!!! dan sebab aku beli kelima-lima set cawan ni, tuan kedai tu bagi aku sekeping pinggan saiz sedang, design dan brand yang sama sebagai pezen, suke ai tau! walaupun sekeping tapi free kan..rembat jer ar dah orang nak kasik!



Kali ni aku bukan dok cari cawan2 lama jer...teko2 atau apa2 yang cun pun aku rembat juga, saja beli lebih2, manalah tahu sok dah balik Msia ada orang yang berkenan, boleh let go kat dorang2 tu kan?? banyak jugak nari dapat teko lama dan salah satunya macam kat dalam gambo kat atas ni hah!




Teko bentuk minatang plak dapat seketui jer, nampak besa2 jer tapi aku rembat jugak sebab condition teko ni elok sangat, bersih dan takde sompek, buat periasan pun cantek ni!




Pinggan perhiasan, condition pinggan ni pun masih cantik dan bersih, aku suka sebab pinggan ni sebesar 39cm, buat periasan kat atas kabinet pun santekkk! sukeeeee!!!




Sayangnya tureen hanya dapat seketui jer, bukan tak ada lagi kat dalam kedai tu tapi aku hanya pilih barang yang bersih dan masih cantik jer, yang ada kat situ macam dah sompek2 dan nampak buruk so yang nampak bersih dan elok hanya yang dalam gambo kat atas ni hah! satu pun satulah...aku dah pesan ngan tuan kedai tu kalau2 ada lagi tureen yang masih cun, tulun simpankan untuk aku, hihi
Aku tengah kemaruk cari barang2 porcelain lama2 ni, sok esok kalau jumpa yang cun2 nanti aku update lagi erkkk!!! pada yang minat kat porcelain lama2 macam ni mesti suke nengok!
Cauuuuuuuu!!!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin