Mesti nkorang menyampah, masuk blog ni nak tengok resepi tapi asik2 gambar periuk belanga yang terpampang!
Alah! sesekali aku tepek gambo2 macam ni takper ar kan???
Ceritanya tadi sebenarnya aku pergi ketempat hari tu yang aku dok beli barang2 tefal nu hah, nama tempat tu Ringsted dan kat situlah terletaknya factory outlet, barang2 memang boleh tahan murah, tengah sale ni kat situ! tempat tu memang jauh sikit dari rumah aku, masuk ni baru 4 kali aku kesana sepanjang hampir 3 tahun kat Denmark ni, jadi ingat hari tu dah tak datang lagi ke Ringsted ni, tapi diatas permintaan kaum kerabat yang dok mengirim barang2, kena ar redah jugak pergi lagi...huhu




Ha! tu diaaaaaa!!! barang yang kaum kerabat aku dok ngirim, lega rasanya dapat belikan apa yang dorang dok kirim, tapi pada yang mengirim barang2 ni, barang nkorang lambat sikit sampai ok, sebabnya barang2 ni akan dibawa dalam kontena dan menyelam ikut laut! so tungguuuuuuuuuu dengan penuh kesabaran ok!!!




Kepada anak sedaraku Cmoon, BM nko dah pun aku belikan ni hah, kalau nak meroti tu sabolah menunggu erkkk? sementara BM nko belum sampai, beli jer ar dulu roti abang bai, ngee...




Yang ni pulak barang2 bakal pengantin baru, anak sedara aku punya gak! si mok, nyebok dok ngirim peiuk, kuali dan senduk! tah bilanya nak pakai untuk masak pun tak tahu, sebabnya aku tengok dia ni selalu makan kat luar jer manjang! katanya takper, sajer ngirim buat standby, manalah tahu sok esok mak mertua datang rumah, kiranya ada ar tersedia periuk kuali ni hah!
Yer ar tu, yang nak masaknya nanti nko ke atau mertua nko? muahahaha! bertuah punya anak hantu!


BAHAN-BAHANNYA:
  • 250 gm biskut marie - dipatah 4
  • 125 gm mentega - pada suhu bilik
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2 cawan milo *
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 2 s/b serbuk koko *
  • 2 biji telur
CARA-CARANYA:
  • Masukkan telur didalam kuali, pukul sedikit dengan whisk, kemudian masukkan susu segar dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan yang bertanda (*) kedalam kuali tadi, kacau sehingga bahan larut dan tidak berketul- ketul
  • Letakkan diatas dapur dan gunakan api sederhana, masukkan mentega, kacau hingga mendidih perlahan dan masukkan biskut, tutup apinya.
  • Kacau hingga kesemua bahan tadi menyaluti keseluruhan biskut dan tuangkan kedalam loyang yang telah dialas dengan plastik, tekan padat dan biarkan sehingga kek sejuk sedikit.
  • Masukkan kek kedalam peti sejuk selama 2-3 jam atau sehingga kek agak keras, potong dan bolehlah dihidangkan.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 5-6 isi ikan salmon - yang telah dipotong
  • 200 gm nenas - potong ikut citarasa sendiri
  • 2 tangkai daun kesum - diambil daunya
  • 20 tangkai cili kering - direbus dan toskan airnya *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 2 cm belacan - dibakar *
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
  • Air secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda (*).
  • Panaskan minyak didalam periuk, tumis bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian tuangkan air asam jawa, kacau hingga agak garing.
  • Tuangkan pula air secukupnya, biarkan sehingga mendidih kemudian masukkan ikan dan daun kesum, kacau rata.
  • Masukkan nenas dan kacau perlahan, akhir sekali perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula, kacau sebati dan bila ikan masak dan kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN RAVA TOSEI:
  • 100 gm tepung suji
  • 100 gm tepung beras
  • 40 gm tepung gandum
  • 1 s/b jintan putih - ditumbuk
  • 1 s/t biji sawi
  • 1 s/t halia - yang telah ditumbuk
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 5 helai daun kari - dihiris
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • BAHAN SAMBAR KENTANG:
  • 6 biji kentang - dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar - dicincang *
  • 3 biji bawang putih - dicincang *
  • 2 cm halia - ditumbuk halus *
  • 6 s/b rempah kari sambar - dibancuh dengan sedikit air
  • 1 s/b rempah campuran *
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 1 kuntum bunga lawang *
  • 4 biji buah pelaga *
  • 4 kuntum bunga cengkih *
  • 6 helai daun kari
  • 200 gm kacang dhall
  • 1 keping asam gelugor/asam keping
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • CARA MEMBUAT RAVA TOSEI, campur semua bahan rava tosei kecuali garam dan air, kemudian tuangkan air, bancuh hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, letakkan sedikit garam, kacau sebati dan simpankan bancuhan selama 1/2 jam.
  • Panaskan kuali leper non stick, sapukan permukaan kuali dengan sedikit minyak, tuangkan sesenduk bancuhan rava tosei dan ratakan nipis, apabila dasar rava tosei keperangan, balikkan dan biarkan hingga masak, lipatkan dan angkat.
  • Buat sehingga habis bancuhan.
  • CARA MEMBUAT SAMBAR KENTANG:
  • Rebuskan kacang dhall hingga masak kembang, kemudian kisar kasar bersama 400 ml air.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang bertanda (*) hingga naik bau, masukkan daun kari, kacau sekejap dan masukkan rempah kari sambar, kacau lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit air bersama kentang, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
  • Tuangkan kacang dhall yang telah dikisar bersama air tadi dan juga asam gelugor, kacau rata.
  • Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula, kacau perlahan dan biarkan sehingga kentang masak dan kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan Sambar kentang bersama rava tosei.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin