Tiada hadiah istimewa yang dapat aku berikan padamu Cik Mat Gebu, hanya doa semoga dirimu dipanjangkan usia, dimurahka rezeki, dipermudahkan segala tugasan dan berbahagia selalu.
Happy Birthday yang ke 35 tahun teristimewa untuk sahabatku MAT GEBU.

Dari Suejoshua sekeluarga, Copenhagen Denmark.

SUMBER DARI: MamaFami

BAHAN-BAHANNYA:
  • Nasi sejuk secukupnya
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 2 biji cili merah *
  • 5 biji cili padi *
  • Ikan bilis - direndam, toskan *
  • Udang kering - direndam, toskan *
  • 4-5 biji telur - dipukul
  • Sayur yang disukai
  • Sedikit minyak
  • Garam dan perasa
  • Bawang goreng - sebagai hiasan
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*).
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan agak garing, masukkan garam dan perasa, kacau rata.
  • Masukkan telur sambil terus dikacau hingga rata, kemudian masukkan sayur, kacau sekejap.
  • Akhir sekali masukkan nasi, kacau hingga kesemua bahan betul-betul sebati, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama sedikit bawang goreng.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Filet ikan - beberapa keping
  • 2 s/b tepung gandum
  • 2 biji telur - dipukul
  • Serbuk roti secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Minyak secukupnya
  • BAHAN LAIN:
  • Kentang yang telah digoreng *
  • Brokoli/putik jagung dan buncis (dicelur) *
  • Jagung *
  • Baked Beans *
  • Cili sos *
CARA-CARANYA:
  • Gaul ikan bersama garam dan serbuk lada sulah, perap selama 15 minit.
  • Lumurkan ikan dengan tepung gandum dan celupkan didalam telur.
  • Salutkan pula serbuk roti pada ikan sehingga menutupi keseluruhan ikan.
  • Panaskan minyak secukupnya dan gorengkan ikan sehingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
  • Letakkan ikan didalam pinggan dan hidangkan bersama bahan yang bertanda (*).


BAHAN-BAHANNYA:
  • 400 gm buncis - dipotong
  • 130 gm putik jagung - dihiris
  • 3 biji bawang merah - dihiris *
  • 2 biji bawang putih - dihiris *
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan yang bertanda (*) hingga layu sedikit, masukkan buncis dan putik jagung, kacau sehingga sayur setengah masak, masukkan garam dan perasa, kacau rata.
  • Tuangkan telur kedalam kuali, kacau rata sehingga keseluruhan sayur terkena telur, apabila semua bahan masak bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg ayam - dipotong kecil
  • 3 helai daun limau
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 keping asam gelugor/asam keping
  • 500 ml santan
  • Sedikit minyak
  • Garam, perasa dan gula
  • BAHAN KISAR:
  • 8 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3 batang serai
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji buah keras
  • 3 cm kunyit hidup
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak didalam periuk, tumis bahan kisar bersama serai yang telah diketuk hingga pecah minyak, kemudian masukkan ayam, kacau rata.
  • Tuangkan santan kedalam periuk, kacau sebati dan masukkan pula asam gelugor dan daun limau, biarkan hingga mendidih sambil terus dikacau perlahan, gunaka api yang sederhana.
  • Akhir sekali masukkan garam, perasa dan sedikit gula, kacau lagi hingga sebati, apabila kuah agak pekat dan ayam masak, bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4-5 kepingan daging lembu (kira-kira 1 1/2 kilo)
  • 1 s/b paprika *
  • 8 s/b Lea & Perrins *
  • 1 s/t serbuk lada sulah *
  • 250 ml minyak zaitun *
  • Garam secukup rasa *
  • BAHAN SOS:
  • 6 biji bawang merah - dicincang halus
  • 3 biji bawang putih - dicincang halus
  • 1 s/b tarragon
  • 300 ml stok daging
  • 1 s/t lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit bancuhan air tepung jagung
CARA-CARANYA:
  • Perap daging bersama bahan yang bertanda (*) selama 15 minit.
  • Bakar daging tadi dalam oven pada suhu 180 C hingga masak, ketepikan.
  • UNTUK SOS: Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan tarragon, stok daging, lada sulah dan garam secukup rasa, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih, tuangkan sedikit bancuhan air tepung jagung, kacau hingga sos agak pekat, tutup apinya.
  • Celupkan kepingan daging yang telah masak tadi kedalam sos, kemudian bolehlah dihidangkan.
Ada apa dalam BM tu? sebenarnya dalam tu ada bahan2 yang akan diadun sehingga menjadi ketulan doh. Sebenarnya dah beberapa hari aku dok teringin nak makan kuih ni tapi tak berkesempatan nak buat, memandangkan tahap teringin tu dah sampai tido malam termimpi-mimpi bangun pagi air liur meleleh-leleh (bluek!) jadi kena ar buat gak! hihi




Tu diaaaaaaaa!!! kuih pau kaya, bab2 mengepau ni selalunya aku akan ikut resepi Cik Mat Gebu kiter tu, selalu kalau ikut resepi dia memang menjadi ar kuih tu, kalau aku ikut resepi dia tapi tak menjadi itu menandakan aku telah menderhaka! hahaha!
kali ni aku buat kuih pau kaya cuma aku buat kecik2 dari saiz yang Mat buat, sajer nak nampak cute2 walaupun tak cute pun! tu ar...sapa suh menderhaka? hampun Mat, aku derhaka sikit jer...cuma kecik2kan saiznyer jer...mintak dihalalkan resepinya yer
Nak tahu pau kaya ni jadi ke tak lepas dikukus? tungguuuuuuuuuu!!!!!!!

Bermulalah tugasan harian aku seperti biasa, anak2 pun dah nak naik sekolah, pagi2 dah nak kena bangun sediakan sarapan dan bekalan untuk anak2, lepas anak2 gi sekolah aku sambung tido balik! wakakaka!
Nasib baik Aby pi keje tak sarapan sebabnya dia memang tak biasa sarapan pagi, senang kan..kan
Memandangkan esok anak2 dah start sekolah dari bercuti selama 2 minggu dan Aby pun dah start kerja dari bercuti selama 3 hari jerkkk!!! jadi nari Aby bawak ar aku ngan anak2 pi shopping complex jap, pi makan2, jalan2 dan ada ar gak pi beli kain baju untuk bebudak ni, sale nko! rugi tak beli tapi bukan nyopping sakan pun, beli kain baju sekolah untuk dorang ar...sekolah kat sini tak pakai uniform jadi memang ar kena sediakan kain baju banyak2 untuk dorang pakai kesekolah, lagipun kat sini cuaca memang sejuk! sekali pakai baju bukan 1-2 lai tapi berlai-lai-lai-lai, tu belum sarung tu lah...sarung ni lah, hadushhh...memang leceh! tapi tada papa laaaa...banyak2 sabarlah yerkkk tinggai baper bulan jer lagi kat sini, lekkkk luhhhhhhh!!!
Apapun aku memang happy dah masuk tahun baru ni, tahun 2011 yang aku tunggu-tunggu sudah pun menjelang, semoga hari2 aku disini membawa kebahagiaan dan kegembiraan sebelum aku balik ke Msia.
Yihaaaaaa!!!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin