BAHAN-BAHANNYA:
  • 250 gm biskut marie - dipatah 4
  • 125 gm mentega - pada suhu bilik
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2 cawan milo *
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 2 s/b serbuk koko *
  • 2 biji telur
CARA-CARANYA:
  • Masukkan telur didalam kuali, pukul sedikit dengan whisk, kemudian masukkan susu segar dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan yang bertanda (*) kedalam kuali tadi, kacau sehingga bahan larut dan tidak berketul- ketul
  • Letakkan diatas dapur dan gunakan api sederhana, masukkan mentega, kacau hingga mendidih perlahan dan masukkan biskut, tutup apinya.
  • Kacau hingga kesemua bahan tadi menyaluti keseluruhan biskut dan tuangkan kedalam loyang yang telah dialas dengan plastik, tekan padat dan biarkan sehingga kek sejuk sedikit.
  • Masukkan kek kedalam peti sejuk selama 2-3 jam atau sehingga kek agak keras, potong dan bolehlah dihidangkan.

8 Ulasan:

Mat Gebu berkata...

salam sue...waaa aku suka yg ni, ada lagi tak? eh kat sana boleh dpt eks stok biskut marie..

Sis-Lin berkata...

amboiiiiiii...aku pun suka dgn anak2 aku kek batik nie..tp klu aku bukin x le mcm kek batik jawa ko ni..skli siap ala2 kain sarung jek..hahahahhaa

Suejoshua berkata...

Mat Gebu~ W'salam Mat, anak2 aku hantu makan kek batik jawa ni Mat, tak menyukup-nyukup kalau sekali buat! ehh..biskut marie melambak kat sini Mat, omputeh pun makan biskut marie, dah nama pun "marie" kan..hihi

Sis Lin~ Kain sarung pun ok gakkk! hihi

Tanpa Nama berkata...

kek batik jawa ni biasa je. rasa dia tak begitu menyerlah. sy punya resipi sangat istimewa. bukan sahaja dengan kesedapannya, malah dgn kelembutannya. slrppp. memang sodap!

Suejoshua berkata...

Sipolan yg tanpa nama...kalau resepi awak tu istimewa dan sedap sangat, pasai pa pi sekodeng resepi saya yang tak begitu menyerlah ni yer??? Muskil betul saya...

epal ijau berkata...

Minta izin, saya share kat fb saya sbb saya nak try buat, TQ for the recipe..

CT Delima berkata...

As'salam sue.. kak ct bab kek batik ni suka jamah2 jer. Kalau anak dara lily tu memang hantu. Nanti suh dia buat hihi

rinduan citarasa berkata...

Waduhhhh...
Sgt menyelerakannn

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin