Tahun ni aku sekeluarga dapatlah merasa white x'mas, walaupun nari snow tak turun dan cuaca memang cantik walaupun sejuk sampai macam nak kancing gigi..hihi...tapi snow yang turun semalam dah cukup putihkan seluruh bumi Denmark ni dan orang yang paling happy dapat merasa white x'mas ni ialah Aby, dia dari dulu memang mengharapkan dapat menikmati white x'mas ni tak kira ar kat mana pun, akhirnya dapat merasa kat Denmark ni, bertuah mamat tu, impian dah jadi kenyataan, pas ni tah apa yang nak diimpikan lagi erkkk?
Jadi sambutan x'mas tahun ni seperti yang telah dirancang, dibuat kat rumah hakak kesayanganku siapa lagi kalau bukan Linda, jom pi serbu rumah dia...yahuuuuuuu!!!




Lekkk luhhhhhh! ek elehhh, party belum start erkkk pasai tu nko monyok yer kak? idak aihhh! tah mamat mana dok ngambek gambo menda alah kat celah telinga ai ni, minat gaknyer..hihi
Ok lah, meh dengo sini aku nak cerita pasal sambutan x'mas tahun di kat rumah Linda sambil nkorang layan ar gambar yang sempat aku masukkan ni erkkk!!!




X'mas tahun ni lain sikit aku sekeluarga nyambut dari tahun2 sebelum ni, tahun ni x'mas disambut dengan cara orang Danish, Kel Jorn hubby Linda tu kan orang Danish jadi ikut ar cara Danish, ni jugalah pengalaman pertama aku sekeluarga sambut x'mas dengan cara Danish, meriah teramat! riuh rendah dibuatnyer...happy giler seh! sib baik tak giler...muahahaha!
Memula tu acara dimulakan dengan nyanyi ramai2 keliling pokok x'mas, nyanyi banyak lagu dan lagu2 x'mas telah dipilih dan disediakan oleh Kel Jorn, lagu x'mas versi english dan Danish, berpintal-pintal lidah aku nak nyanyi tapi hantam sajalah lagu, asal bunyi sama sikit lebih kureng kira ok ar tu kan, dekat 6-8 lagu jugak yang kitorang dok lolongkan tu, naik berpeluh-peluh ketik dibuatnyer, mana taknya, dok lari2 keliling pokok nko, dah macam senaman x''mas plak, ngee..tapi wa memang happy giler...




Dah puas melolong terpekik telolong...tiba masa untuk makan, masa yang dinanti-nantikan, perut pun dah kebuloq dek melolong tak ingat dunia, alah! nyanyi melolong sekali sekala apa salahnyer, bukan selalu dapat nyanyi yang orang lain boleh dengar, ni dah alang2 nyanyi ramai2, apa salahnya serlahkan bakat! wakaka! bakat nyanyi? biar betik? bukan ke sora ai macam suara kodok? ngee :P
Dah..makan..makan..



Oleh kerana perut dah kebuloq, aku pun membeduk masa ni tak ingat dunia sampai merekah kulit perut walaupun konon ngambik sikit2 tapi tah berapa kali tambah pun ntah? hahaha! jemput makan semua..





Haros ada dalam x'mas cara Danish ni ialah lepas makan mesti ada dessert ni, aku lupa ar plak apa kenamanyer tapi memang sedap giler, dalam dessert tu ada almond cincang, krim dan memacam lagi yang berkrim dan dimakan dengan jem buah-buahan, siapa yang bertuah dalam sedokkan dessert tu mungkin ada sebiji almond dan sesiapa yang dapat almond tu akan dapat present u.





Tahun ni dak Rica yang dapat, tapi dia dapat dulu sebenonyer, pastinya akan dapat hadiah ar...dan yang ngelatnyer Linda sengaja dok bubuh almond tu dalam mangkuk Rico, Rica dan Rhea, muahahaaa...tetiga bebudak ni pun dapat hadiah, macam ni ar ghoper kalau Linda yang uruskan majlis, semua lebihkan bebudak, tapi Linda memang baik orangnyer, sebab tu aku sayang kat dia, penyanyang teramat! :D





Lepas makan apa lagi kan? dah tentu2 saat yang dinantikan oleh bebudak termasuk yang kertu-kertu ni, haaaaaaaa! acara ngambik dan membukak hadiah ar...seronotttttttttt! tak sabaq dah ni, suke! suke!
Apapun dulukan bebudak dulu yerkkk!!! yang kertu tu nyabo siket!
Gambar kat atas tu Rico, Rhea bersama anak2 Linda/Kel Jorn, ensem2 dua2nyer..





Amboihhh! semangat sungguh dak kecit nih :D





Antara budak yang dapat banyak hadiah, tapi ikut turn ok, bukak satu dulu pastu biar orang lain bukak plak, kat umah Linda ni dapat present satu terus bukak, pastu turn orang lain dapat dan bukak, pusing2 balik sampailah hadiah habis, bukan dapat sekali harung sebab memasing nak nengok jugak apa present yang orang lain dapat! ntah pukul berapa nak abis nih...sabaq naaa...





Dia lagi...dan lagi...orang lain baru dapat satu dia dah 2-3, best erkkk jadi bedak2





Turn aban Rico plak, mummy letak 1-2 gambaq jer ar ekkk? ni kan blog mummy jadi gambaq mummy yang kena lagi banyak ok..sorriii...




Dak ni juga antara budak yang paling dapat banyak present, napa tah? menci tauuu! jeles ar cenggini..jeles punyer pasai mummy letak gambo nko sikit jer..wakakaka! :P




Ok ar bagi chan sebab nko anak kesayangan mummy jadi gambo lebih siket takper, nak tahu napa dia jadi anak kesayangan? kerana dia banyak bantu kerja2 rumah ai, lap u ar Rica...muah..muah!




Philip anak Linda/Kel Jorn




Martin anak Linda/Kel Jorn




Kel Jorn dan Kim, mmm...Kim ni juga salah seorang yang baik sekali kat sini, happy bila diri dikelilingi dengan orang yang baik2..merry x'mas Kim..




Kel Jorn dapat banyak gak present dan salah satunya menda alah tu ar...waaaaaaa :D




Nak gak tulun bagi2 present, ngee




Hadiah pertama yang aku dapat dari Kim, i like!




Amboih! senyum kambin nampak!!!




Mekasih pada yang memberi...sukeee!




Ehem..ehem..achummm! terbersin plak! ngee suker ar tu..





Santek! macam tahu2 jer ai suka pakai tali pinggang walaupun takde pinggang! hihi...





Gegel jap!




Apa ada dalam nu? macam bantal jer? aha!




Ya hamfun! mak suke sesangat! tak nampak ke mak senyum sampai telinga..




Cayang adikku mamat sorang nih....




Aby suke eyyy? selai jer yang ai mampu bagi kat u..huhu




Dapat banyak buku sebabnyer orang semua tahu Aby suka baca buku!





Ehem...apa ada dalam tu? nak nengok?





Aban Rico bersama Kel Jorn dan anak2 kesayangannyer Martin dan Philip




Aku ler...SueJ bersama Kim dan Linda.





Linda sekeluarga




Linda bersama keluarga campo2...hahaha...bole gitewww





Merry X'mas kami ucapkan pada semua...ho..ho..ho!

Terima kasih pada Puan Lillian kerana kasi aku ole2 ni dan selamat pulang kembali ke Denmark.
Tadi petang Aby balik kerja bawalah satu beg berisi barang2 yang kat atas tu, rupanya Puan Lillian yang kasi, Puan Lillian baru jer balik melawat abangnya yang sakit tenat kat Singapura, dalam masa yang kelam kabut tu masih ingat juga dia pada aku ni, tak lupa jugak nak kasi ole2 dari sana. Puan Lillian ni salah seorang jiran aku kat sini gak, juga orang yang pertama aku jumpa saat aku jejakkan kaki kat bumi Denmark ni, banyak kenangan bersama dengan dia, pastinya kenangan yang indah2 ar..
Terima kasih lagi sekali Lillian :D


NIKMAT APABILA DIFITNAH


UJIAN
Selagi anda tidak difitnah,anda bukanlah sesiapa.Sebaik sahaja anda difitnah tandanya anda sedang berjaya. Mereka yang memfitnah anda sedang mengukur kejayaan anda dan amat takut melihat keupayaan anda melakar sejarah sedangkan mereka berada ditempat yang sama tetapi tidak dapat berbuat apa-apa !

BERJAYA
Jika dibiarkan,mereka merasakan diri akan hilang pengaruh atau mati terus tanpa diingati, maka itulah strategi fitnah pun dibuat.Inilah sebahagian reality kehidupan – manusia memang tidak senang dengan kejayaan orang lain tetapi amat gembira apabila melihat tersungkur dihadapan mata mereka. Anda telah pun menang apabila tidak menyerang balas dengan menggunakan taktik yang sama dengan mereka. Itulah mereka kehendaki, iaitu serangan balas anda serupa seperti apa mereka lakukan !Dari situlah mereka akan semakin menelanjangi anda,akhirnya anda akan semakin nampak bersalah sebab orang begini memang penuh dengan strategi "KESYAITANAN”.
TINDAKAN
Usah peduli dengan provokasi mutakhir ini oleh orang yang tidak mempunyai pendidikan. Bagi mereka, hanya kelompok mereka sahaja yang suci dari dosa dan noda.Pada saya,mereka berpegang kepada falsafah sampah;“membongkar rahsia untuk kebaikan, segala hal yang berbentuk peribadi yang mengaibkan perlu dibongkarkan dan didedahkan melalui umpat-mengumpat kepada masyarakat yang sememangnya ghairah cerita sensasi dan kontroversi
Nampaknya anda telah menjadi mangsa provokasi yang tidak bermoral. Akhirnya,apabila segala tindakan mereka tidak berjaya; mereka akan kelihatan seperti orang yang kehilangan arah dan dungu.Tak percaya,mari kita tunggu dan lihat.

DOA MUBAHALLAH
Ya Allah Ya Tuhanku,jika mereka ingin menyakiti hatiku,menghina ilmu ku dan mencerca kaum keluarga serta para sahabatku, Hanya pada Mu aku memohon segala pertolongan, perihal buruk mereka aku berserah pada Mu yang Maha Bijaksana dan mempunyai Hak Mutlak Maha Keadilan.Amin.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg ubi kayu - yang telah diparut
  • 1 cawan gula pasir *
  • 2 s/b gula merah/perang *
  • 1 cawan santan pekat *
  • 4 s/b minyak jagung *
  • 2 biji telur - dipukul sedikit *
  • Secubit garam *
  • Sedikit pewarna kuning
CARA-CARANYA:
  • Tapis ubi kayu yang telah diparut, toskan.
  • Tuangkan ubi parut kedalam mangkuk besar, kemudian masukkan kesemua bahan yang bertanda (*) kacau sehingga sebati.
  • Letakkan sedikit pewarna kuning, kacau lagi sehingga rata.
  • Tuangkan bancuhan ubi kedalam loyang yang telah disapukan dengan minyak.
  • Kukus selama 1/2 jam dan kemudian bakar pula didalam oven pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga masak.
  • Biarkan sejuk barulah dipotong dan hidangkan.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 200 gm mentega
  • 2 s/b minyak sapi
  • 1 s/b gula kastor
  • 250 gm tepung gandum
  • 150 gm tepung kek
  • 2 biji kuning telur
  • 1 s/t esen vanilla
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit pewarna merah
  • Gula manik - sebagai hiasan
  • Kuning telur - untuk disapukan diatas tart
  • Jem nenas secukupnya - sebagai inti
CARA-CARANYA:
  • Kacau mentega, minyak sapi, kuning telur, gula dan esen vanilla hingga sebati.
  • Masukkan pula tepung gandum, tepung kek dan secubit garam, gaul rata dan diuli hingga menjadi doh yang lembut, jika adunan terlembik, tambahkan lagi dengan sedikit tepung gandum dan jika adunan terkeras, tambahkan lagi sedikit mentega.
  • Bahagikan adunan pada dua bahagian dan letakkan satu bahagian adunan dengan warna hijau dan satu adunan lagi dengan warna merah, uli hingga warna rata pada adunan.
  • Tutupkan adunan dengan plastik selama 10 minit.
  • Panaskan oven pada suhu 180 C.
  • Masukkan sedikit adunan kedalam acuan tart gulung dan picitkan diatas dulang pembakar.
  • Letakkan jem nenas dan gulungkan, buat sehingga habis.
  • Sapukan kuning telur diatas tart tadi dan taburkan gula manik sebagai hiasan.
  • Masukkan dalam oven dan bakar selama 12 minit atau sehingga masak.
  • Biarkan sejuk barulah disimpan didalam bekas.




BAHAN-BAHANNYA:
  • 300 gm mee siam/mee hoon - direndam hingga lembut, toskan
  • 200 gm daging - dipotong kecil
  • 10 biji fish ball - dihiris
  • 100 gm tauge
  • 50 gm daun bawang - dipotong memanjang
  • 20 tangkai cili kering - direbus sekejap, toskan *
  • 2 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 s/b udang kering *
  • 1 s/b ikan bilis *
  • 4 s/b air asam jawa
  • 1 s/b serbuk pati ikan bilis
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan air asam jawa, kacau rata.
  • Masukkan daging bersama air kira-kira 2 cawan, kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan fish ball, serbuk pati ikan bilis, garam, perasa dan sedikit gula, kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan mee siam/mee hoon, kacau hingga bahan rata dan agak kering.
  • Akhir sekali masukkan tauge dan daun bawang, kacau sekejap sehingga kesemua bahan rata, bolehlah ditutup apinya dan hidangkan.
Tinggal beberapa hari lagi xmas akan menjelang, kat Denmark ni sambutan xmas sama jer macam kat tempat2 lain, suasananya memang dapat dirasakan dan pastinya xmas tahun ni akan lebih meriah kerana aku sekeluarga diundang oleh Kel Jorn dan hakak Lindaku untuk sama2 memeriahkan suasana xmas dengan diorang sekeluarga.
Sebenarnya 2 bulan sebelum menjelang xmas ni Linda memang dah ngajak nak sama2 sambut xmas dengan aku sekeluarga, yer ar...Linda pun dah anggap aku macam keluarga dia walaupun kita berlainan agama tapi itu semua bukan menjadi penghalang untuk sama2 memeriahkan suasana xmas dengan diorang, lagipun aku memang dah biasa dengan semua ni, al maklom ar...kawen campur! keluarga aku macam rojak sebenarnya, berbilang bangsa dan agama pun ada, ceewahhh...macam ramai sesangat bunyinya..





Kel Jorn orang yang paling happy sekali dan dialah juga orang yang paling banyak buat kerja. Mula dari tengahari Kel Jorn dan Linda dah bawa Rico & Rica pi beli pokok xmas ni, pas tu dok hangkut bawak balik rumah dia dan bermulalah masa untuk hias-menghias.
Bukan dorang yang dok hias pokok xmas ni kerana kata dorang tahun ni dorang nak anak2 aku yang hiaskan untuk dorang, cantik ke tak ke itu dorang tak kisah! asal bebudak ni yang hiaskan, bebudak tu apa lagi? memang ar suka!



Aku sampai rumah dorang selepas pokok xmas ni hampir siap dihias dek bebudak tu, aku tak join awal2 sebab ada jemputan kat rumah kawan Aby jadi petang baru aku muncul kat rumah Linda dok sebok2 jugak nak hias pokok xmas tu walaupun bukan hias apanya pun cuma tolong Linda dok lilit2 sikit jer...yang lain semua bebudak tu yang buat, alah! yang tua2 nak nompang jugak rasa happy menghias pokok xmas yer dakkk..ngee




Getulah ghoper hasil kerojer bebudak ni, main letak jer sesuka hati dorang, pas tu Linda tak kasi aku repair plak tu, katanya biar jer apa yang jadi! haduh! gatal jer tangan aku nak repair mana yang senget! mana yang herot! mana yang berot! sabau jer ar...




Si Rhea ni lagi ar happy! nak2 dapat sangkut apa jer yang dia nak sangkut kat pokok tu




Linda melayan bebudak




Nak jugakkkk! dapat sangkut satu pun jadilah...nyebok!





Oleh kerana Linda tak hias pokok xmas tahun ni, jadi dia dok hias Rhea, ok tak? hahaha





Nak nyebok jugak tolong Linda susun2 hadiah plak kat bawah pokok nu! Elehhh! nak nolong susun hadiah ke atau nak sekodeng hadiah2 tu semua...haaaa!!! sekodeng hadiah eyyy???





Dapat sekodeng hadiah2 ni pun jadilah! tapi yang pastinya memang best nengok hadiah bebanyak macam ni, sonokkk! eeee....cepat ar xmas, tak sabo nih :D

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin