Antara gambar2 kenangan yang akan dibawa balik ke Malaysia.
Pastinya aku sekeluarga akan merindui musim sebegini, musim sejuk bersalji dan inilah tahun terakhir aku main salji puas2, kalau umur panjang insyaallah akan rasa main salji lagi, tapi ntah dimana..




Aby bersama anak2 yang kesejukkan...




Rhea memang suka main dengan salji ni, dah banyak kali main pun masih tak puas2 sampai hidung tu sentiasa berhinguihhhh...eee..




Rico & Rica memang dah biasa dengan salji, dekat sekolah pun selalu bebudak ni main salji dengan kawan2 memasing, kadang tu time balik rumah baju2 memasing basah dan kotor berkeladak! tapi aku tak kesah ar..main ar nkorang puas2..sok dah sekolah kat M'sia tak merasa lagi nak main salji, main hujan ada ar atau banjir..hihi




Aku pun suka gak main salji walaupun tak tahan dengan sejuk tapi aku redah jugak, bila lagi kan walaupun dah masuk 3 tahun merasa main salji kat sini aku takkan jemu...aku suke!




Grrrr...sejuk satu badan tapi best punya pasal, lantak ar...rasa macam nak golek2 tapi ai menten...takot comot!




Saat yang paling indah dan cantik sekali apabila salji turun melayang...ya tuhan...indahnya ciptaanmu ini, aku terpersona..




v
v
v
v




Kenangan musim salji di Copenhagen Denmark 2010


Haluuuuuuuuu!!! seperti biasalah tiap2 bulan kalo dah dekat hujung2 bulan aku mesti dok nengok ar gaji aku dapat baper? aku bukannyer kijer pun tapi ai dapat gaji tetiap bulan u, siapa lagi kalau bukan Nuffnang yang bagi, dulu masa diawal-awal bekerja dengan Nuffnang, mak aihhh! banyak ar nko "bekerja" dok umah goyang kaki apa yang nko kerjakan? ngee...alah! semua orang pun tahu kan apa yang patut dikerjakan sampai Nuffnang bagi gaji! dulu ar...masa baru2 letak iklan Nuffnang dalam blog aku ni tetiap bulan nak ngambik gaji rasa macam segan plak! mana taknyer 1-2 bulan gaji hanya dapat 60-70 hengget, nak cash out kan pun rasa macam buang karen jer tapi atas nasihat kengkawan yang dah dapat gaji ribu riban dari Nuffnang, kata dorang amik jer tiap2 bulan tak kira ar dapat baper banyak pun cuma kalau kurang dari 50 hengget memang tak boleh amik dulu ar..hihi
Berkat sabo dengan gaji sejemput tu lama2 gaji tiap bulan makin naik, walaupun bukan naik banyak tapi kiranya tiap2 bulan dah ada gaji bergelar ratus ar...seingat aku ar 4-5 bulan yang lepas tiap2 bulan gaji yang aku cash out dari Nuffnang adalah 200 lebih hengget, tu pun dah rasa happy dari takde kan, cuma bulan ni gaknyer rezeki aku lebih sikit, tadi aku nengok bulan ni punyer gaji lebih sikit u, tak sangka bulan ni banyak sikit dari bulan2 yang sudah, lagi ramai yang masuk blog aku, lagi ramai yang klik iklan kat dalam blog aku ni, lagi banyak gaji yang aku dapat! jadi pada yang sesiapa yang dok rajin masuk blog aku dan rajin jari2 nkorang klik iklan dalam blog aku ni, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada nkorang, kerana nkorang jugalah aku dapat gaji tetiap bulan.




Ni lah gaji aku untuk bulan Dec, nak cash outkan dah ni walaupun aku tak pakai lagi semua gaji dari Nuffnang tapi aku tahu duit2 ni selamat dalam account aku kat Msia tu, hari tu masa balik msia aku ada gak check baki account aku dalam bank tu dan nampaknya memang setiap kali aku cash outkan gaji dari Nuffnang ni memang ada masuk dalam account aku kat sana, biar dia berkepuk dulu! hihi...alhamdulillah...walaupun bukan masuk banyak tiap2 bulan macam blogger2 yang dah tersohor disinun, ehemm...ehem..Cik Mat Gebu, BA dan Red Mummy (Kak Red) contohnyer, rebu2 lion2 wa cakap lu sekali masuk! ngee...tapi nkorang jangan ar pi rompak dorang, naya kanggg! tapi tu semua berkat usaha dorang jugak, dorang teramatlah rajin menggg up date blog dorang, tu pasal ramai jugak yang rajin masuk blog dorang dan berkat kerajinan tu ar dorang dapat ganjarannyer, jadi pada nkorang yang ada blog, kalau nak dapat gaji dari Nuffnang ni nkorang kena ar letak iklan2 dari Nuffnang (amboi promote nampak? berapa Nuffnang bagi gaji yang ni plak? hihi) dan rajinlah juga menggg up date blog yer...dah pastinyer blog nkorang mesti menarik supaya orang tak jemu nak datang..sambil datang jengok2 blog sambil klik2 ok!

Pada yang datang masuk keblog aku, dari yang aku kenal sampailah silent readers, sambil jari2 tu klik iklan, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada nkorang, hanya Tuhan yang dapat membalas kebaikan nkorang.
Jangan jemu datang keblog aku yer...selalulah kesini.
Sayang nkorang...muahhh...muahhh


SUMBER DARI: Chef Nor Asmawati

BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 keping kek span nipis
  • 250 gm krim segar - diputar
  • 300 gm keju mascarpone
  • 40 gm gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 1 keping gelatin - direndam
  • 1 cawan air kopi (nescafe)
  • Serbuk koko - sebagai hiasan
CARA-CARANYA:
  • Pukul kuning telur bersama gula hingga kembang, masukkan keju mascarpone, pukul perlahan.
  • Kemudian masukkan gelatin dan krim, pukul perlahan hingga sebati.
  • Tuang sekata air kopi diatas kek span untuk melembutkan.
  • Letakkan selapis kek didalam bekas dan tuangkan sebahagian adunan keju, ratakan.
  • Ulang proses yang sama supaya nampak berlapis-lapis.
  • Sejukkan didalam peti sejuk beberapa jam, lebih sedap kalau disimpan semalaman.
  • Taburkan serbuk koko sebelum dihidangkan.


Aku memang suka bila nengok gobok cermin aku tersusun dengan cawan lama, semakin lama kalau dinengok semakin menggelodak hati nak menambah lagi koleksinya, pantang nampak ada ruangan kosong, mesti nak diisi, cuma aku kenalah kurangkan pencarian cawan2 lama sekarang ni disebabkan ruangan gobok cermin aku dah penuh, yer ar...gobok cermin aku bukannya besau sangat jadi sekarang ni nunggu jer ar kalau2 ada orang tu..tu hah! nak banjer kita gobok cermin besau yang lagi kukuh kan best! leh mulakan operasi semula...ngee :D



v
v
v
v
v
v
v
v
Antara koleksi yang bernilai




Ni juga antara koleksi kesayangan aku, terima kasih kepada Aby yang memahami kehendak aku dan sanggup mengeluarkan duit untuk barang2 ni semua.
Walaupun tak digunakan dan hanya dibuat sebagai perhiasan tapi aku suka dengan semua ni.
Semoga semangat mengumpul cawan2 lama ni akan terus kekal didalam hati aku.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm sotong - dibersihkan
  • 6 biji cili merah *
  • 5 biji cili padi *
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm belacan *
  • 2 s/b tempoyak
  • 2 helai daun limau
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak masak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan tempoyak, kacau sebati, masukkan sedikit air, kacau lagi hingga agak pekat.
  • Masukkan daun limau dan sotong, kacau rata.
  • Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula, kacau lagi sehingga sotong masak, bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin