(Kel Jens dan buah hatinya, Rico)

Arhhh...sabtu yang indah, makan sambil lepak2 bersama jiran depan rumah aku, siapa lagi kalau bukan Kirsten dan suaminya Kel Jens, dorang ar jiran aku yang paling baik sepanjang aku berada di Denmark ni selain dari Linda dan Kel Jorn, pendek kata semua pun baik ar kat sini dan senang bercampur dengan dorang berdua ni, pada aku merekalah tempat mengadu nasib kat sini, biasa ar dorang pun dah berumur jadi aku memang perlukan orang2 seperti dorang ni dalam hidup aku kat Denmark ni selain kawan2 yang lain.
Sebenarnya dorang dah jemput aku sekeluarga untuk makan2 dan lepak dengan dorang 3 minggu yang lepas, biasa ar orang kat Denmark ni kalau nak jumpa dorang akan jemput awal2, kadang ada yang sebulan lagi nak jumpa dah dah dok calling awal2 tetapkan tarikh, tapi itu cara dorang dan ada kebaikannya juga, gaknya untuk kita senang nak aturkan masa supaya tak kelam kabut kemudian...kan




Tak sempat duduk lama pun, sampai kat rumah dorang tak sampai 15 minit tuan rumah dah ngajak makan, kitorang sekeluarga terus ar duduk kan apa lagi...yeayyy! makan time!
Kalau ditengokkan dari gambar kat atas tu siapa sebenarnya yang tuan rumah erkkk??? ahhh!!! tak kira ar siapa pun, kel Jens dengan Aby memang selalu cenggini, dorang memang close, maklom ar teman berborak, umah pun depan2 jer...jadi memang selalu ar dorang jumpa depan umah sambil borak2, kadang Kel Jens ada gak mintak tolong kat Aby, maklom ar orang takde anak!
Nak kata takde anak tu sebenarnya dorang ada anak, cuma anak dorang duduk kat negara lain, pastu bawa hal masing2, umur anak dorang ada yang sama dengan Aby tapi belum kawen, ha! anak ada 2 jer, dedua pun cenggitu...jauhhh, bayangkan ar..mana ar dorang ni tak sunyi, sebab tu selalu jer dorang takde kat Denmark ni, dok pergi cuti habiskan usia tua dorang berdua suami isteri, mmm...



Ni lah cucu yang selalu disebut-sebutkan, dorang dah anggap Rico & Rica ni macam cucu dorang, bebudak dua orang ni pun selalu kena pinjam ngan dorang, maksut aku dorang selalu call suruh bebudak berdua ni datang rumah dorang, nak makan sesamalah...tengok movie sesama...masak sesama dan berborak bersama, kadang bawa pi jalan2 ker..alah macam atok nenek ngan cucu ar...




Ni pun cucu dorang gak! hahaha! jangan nak perasan ok, yang dah kertu tu apa pekdahnya nak jadi cucu dorang, tak sesuaiiii...ngabehkan boreh yo! (macam ar dorang makan boreh, selalu nampak macam makan roti jer..huhu) kalau yang kecik berhinguih tu kurang close sikit ngan dorang sebab Rhea ni cuma nak datang kalau ada aku atau daddy dia jer...hampes tol budak ni! anak koret ar katanyer...




Hidangan pertama yang disediakan sebenarnya tak sempat nak ngambek gambonya sebab dah bersih dan licin kena ngap! pas tu baru teringat nak amek gambonyer, jadi macam tak sesuai cuma dapat ngambek gambo pingan kosong bekas makanan yang telah dibeduk! mmm...sebenarnya hidangan pertama yang tuan rumah sediakan ialah ayam panggang cara dorang, boleh tahan sedap sebab aku suka tang kulit yang garing2 nya tu, pas tu ayam panggang tu dihidangkan bersama mashed potato dan sosnya yang lemak berkrim, sedap nko! sesekali makan cenggini.
Hidangan kedua plak macam gambo yang kata atas tu ar...smoke salmon, roti dan salad juga sedikit dil, menda ni memang dah biasa makan kat sini jadi tiada masaalah untuk tekak aku anak beranak, sedap!
Selain tu ada juga dihidangkan biskut makan bersama cheese, tapi aku tak makan biskut tu sebab dah kenyang membeduk ayam panggang, mashed potato dan smoke salmon tadi, hihi




Selalunya kalau datang makan kat rumah dorang ni memang dessertnya tidak menghampakan, selalu yang sedap2 sajer...beshhh!
Kel Jenssss...apa lagi? keluarkan cepatttt!!!!! hihi!!!




Eskrim! yer eskrim!!! sesejuk macam ni dok pekena eskrim, tapi kat dalam rumah dorang ni idak ler rasa sejuk, kalau pekena eskrim pon sodap! tapi memang tak rugi makan eskrim ni walaupun cuaca kat luar nu sejuk! nak tahu naper? sebab sedap sangattttttttttttt!!!!!




Biasanya kalau gi rumah dorang ni orang yang jadi mangsa sakat ialah aku! Kel Jens ni ghajin bebeno menyakat aku, lagipun aku pun kaki dengi, jadi disebabkan aku berdua nilah yang membuatkan suasana menjadi lebih ceria, ahawwww! biasa ar ai ni selalu kan menceriakan suasana...tak kira ar suasana apapun, tetap ai nak ceriakan jugakkk! wink...kewink...wink





Ehemmm...hemmm...dapat pezen apa tu? happy jer nkorang erkkk..




Susah nko nak ngambek gambo Kirsten ni betul2, kalau dapat pun kira nasib ar...kalau dia posing tu kena cepat2 ar ngambek, kalau tak memang getu ar ghopernyer, Kirsten ni selalunya malu kalau diajak bergambo, nak2 kalau rencu (gincu) dia dah hilang, memang dia taknak pandang depan, memang cari jer alasan nak pandang sana sini, tapi coba ar rencu dia merah menyala! senyum sampai telinga nko! hahaha! sori yer Kirsten...ai gurau2 jer u..
Kel Jens...steadyyyy!
Sampai kita berjumpa dilepak-lepak king akan datang, bubyeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg isi scallop - yang telah tiada kulitnya
  • 2 s/b tempoyak
  • 8 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 10 biji besar cili padi *
  • 3 biji buah keras *
  • 3 helai daun limau
  • 400 ml santan
  • 1 keping asam gelugor (asam keping)
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk kasar bahan yang bertanda (*) dan masukkan kedalam periuk, kemudian masukkan santan kedalam periuk tadi, kacau rata dan letakkan diatas api yang sederhana.
  • Masukkan asam gelugor dan daun limau, kacau rata dan apabila mulai mendidih perlahan, masukkan tempoyak, kacau sebati dan biarkan lagi sehingga mendidih.
  • Masukkan scallop, garam, perasa dan sedikit gula jika mahu, kacau lagi sehingga scallop masak, bolehlah ditutup apinya.
Dari pihak Suejoshua sekeluarga mengucapkan takziah kepada Mat Gebu kerana pemergian abangnya yang tersayang ke rahmahtullah
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...al-fatihah..

Semoga Mat, Mak Yah, Bak dan seluruh keluarga yang lain tabah hadapi semua ini.

Seperti kebiasaanlah tiap2 tahun menjelang xmas company Aby semestinya akan kasi semua staffnya present termasuklah Aby.
Dapatlah setiap sekotak seperti kotak diatas tu.
Selalunya aku yang excited dok ternanti-nantikan present tu, apa yang aku nantikan dalam kotak tu?




Yesssss! aku nantikan kotak putih yang tertulis "Royal Copenhagen" tu, didalamnya tak kiralah apapun tapi semestinya bernilai sebab barangan "Royal Copenhagen" kat Denmark ni nilainya memang mahal, tahun ni dapat jug putih tu hah, nampak besa2 jer, takde yang istimewanya tapi harganya dah pasti mencecah ratusan kroner, kalau duit msia pun masih lagi ratusan ringgit cuma hanya satu barang yang kecil jadi memang bernilai ler gamaknyer, lagi pulak sekarang ni aku memang tengah kumpul sikit barangan royal copenhagen ni untuk dibawa balik kemsia sok.
Mmm...yang lelain dalam kotak tu seperti biasa ar, ada coklat, kukis, kekacang, wine dan memacam ar...selalunya kalau dapat xmas present ni bukan semua yang aku ambil kat dalam kotak tu, ada yang aku kasi kat kawan disini, apapun aku memang sentiasa nantikan xmas present dari company Aby pada tiap2 tahun.
Tapi ni ialah tahun terakhir Aby dapat xmas present dari Denmark, pasni dapat xmas present kat negara lain plak! kat mana tu, msia juga ke? tungguuuuuuuuu!!!!!!!!! ngeee :D


BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 kg daging kambing (bertulang) - yang telah dipotong kecil
  • 2 batang lobak merah - dipotong memanjang
  • 4 biji kentang - dibelah 4
  • 10 helai daun kari *
  • 1 s/t jintan manis *
  • 1 s/t jintan kasar *
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 2 kuntum bunga lawang *
  • 6 biji buah pelaga *
  • 4 kuntum bunga cengkih *
  • 1 keping asam gelugor (asam keping)
  • 6 s/b serbuk cili
  • 1 s/b rempah kari daging
  • Sedikit minyak
  • Garam, perasa dan gula
  • BAHAN KISAR:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
CARA-CARANYA:
  • Masukkan bahan kisar bersama serbuk cili dan rempah kari kedalam mangkuk besar, kemudian masukkan pula daging kambing tadi, gaul rata dan perapkan selama 1/2 jam.
  • Panaskan minyak didalam kuali besar, tumis bahan yang bertanda (*) hingga naik bau, kemudian masukkan daging kambing yang telah diperap tadi, kacau rata.
  • Masukkan sedikit air kira-kira 1 cawan besar, masukkan juga asam gelugor, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih perlahan, gunakan api yang sederhana dan tutup periuk sambil dikacau sekali-sekala daging tadi.
  • Apabila daging hampir masak, masukkan kentang dan lobak merah, kacau lagi sehingga sebati.
  • Masukkan garam, perasa dan sedikit gula jika mahu, kacau perlahan.
  • Apabila daging, kentang dan lobak merah masak, bolehlah perlahankan apinya sehingga kuah agak pekat, tutup apinya.
Dari pihak Suejoshua sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua, semoga hidup kita akan lebih diberkati.






Haluuuuuu!!! kiter jumpa lagi yer...haaa! ada sesiapa kenal tak siapa jejaka ensem ni? jejaka??? banyak ar jejaka! ni lah hubby kesayangan kawanku iaitu hakak Muna kiter, En Hazzim dan rasanya kalau nkorang rajin masuk blog aku, mesti pernah nampak En Hazzim ni dalam blog aku, dulu selalulah jugak kita sekeluarga berjumpa, tapi sejak Muna dah pindah, memang susah nak jumpa, kali ni kita berjumpa pun sebab Muna balik semula ke Denmark sekejap, tu pun sebab sattlekan barang2 pindah, tak lama lagi dia akan pergi semula..huhu..sedih memang terasa sedih, kat Denmark ni dialah kawan yang paling sporting, suka melawak, kelakar orangnya dan jenis happy go lucky, kalau jumpa dia mesti rasa ceria jer...nak tahu nape? sebab muna ni orangnya suker ketawa, suara ketawa dia jer dah cukup menceriakan suasana, resepi awet muda u.
Ok lah cerita pasal jumpa Muna, kiranya masih taknak lepaskan peluang untuk berjumpa walaupun Muna dah nak terbang pindah, hihi..
Hari jumaat ritu kita pakat2 kalau2 weekend ni free buleh kita jumpa untuk dinner, mmm...memang ar free sebab kalau tak free pun aku freekan jugak, ni jer lah masa aku dapat jumpa Muna lagi, nanti bila Muna dah terbang pindah, ntah bila ar dapat jumpa lagi, tu yang aku ambil peluang ni dengan hati yang happy.





Dah nama pun dinner, mesti ar ada gambar tengah makan tapi hampes aban cameraman aku dok berborak tak berenti sampai kalau tak suruh ngambek gambo dia idak ler sebok nak ngambek! tapi biasa ar orang lelaki ni tak sepantas orang pompuan lebih2 lagi kalau disuruh benda2 yang dia tak selalu buat, jawabnya memang kena suruh baru gerak! mmm...takper! buleh dimaafkan, jadinya hanya inilah sajer gambar yang ada dan layan erkkk.
Apapun nasi beryani bersama lauk-lauk yang Hazzim dan Muna order tu semua sedap2 belaka, sesejuk makan macam ni memang sesuai!
Dikesempatan ni nak ucapkan terima kasih pada En Hazzim dan Muna kerana belanjer kiter sekeluarga dinner nari, malu ar plak rasanyer...hihi



Ni sajer gambar yang sempat ambil...hihi




Antara yang paling sedap, aku suke!





v
v
v
v

Akan aku merindui senyuman itu...





Semoga ianya menjadi kenangan indah kita berdua.





Masa balik sempat kita semua dok berlonggok main2 snow untuk habiskan masa2 yang indah ini bersama-sama.
Aban Rico dengan snow heartnya, hamboi! dah jadi mat jiwang ke bujang aku sorang ni?




Wooooooo...kasi plak kat anak dara orang, berani nko erkkk? hihi...idak ler bagai dikata, sebenonyer aku yang suruh aban Rico kasi snow heart tu pada Elsa si gadis jelita anak dara Muna, takde maksut apa2...sekadar untuk ambil gambar kenangan, kalau ada perasaan pun hanya perasaan dari adik dengan kakak, tu jer..semoga kita semua akan berjumpa lagi, insyaallah..




Bukan anak2 jer main snow, mak pak pun tak lepaskan peluang dok gigilkan badan kat situ! grrrr






Budak yang paling comot dan basah main snow ialah dak Rhea ni, ya rabbi...lama juga bebudak ni main snow termasuk si Rhea ni, sampai taknak balik! tapi macam ne pun nampak bebudak enjoy nari dapat berjumpa dan main2 walaupun sejuk!





Saat kita bersama akan sentiasa menjadi kenangan indah dalam hidup SueJ, semoga kita akan berjumpa lagi dimasa akan datang.
Kenang daku dalam doamu...feeewwwiiittttttttttttt!!!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin