
Seperti biasa lah, kalau hari sabtu memang hari untuk aku menjengkit! hihi...teringat kat kakak aku, dia suka sangat cakap perkataan "menjengkit" tu pada aku dulu, asal dia membebelkan aku, mesti ada terkeluar perkataan "menjengkit" tu dan sekarang ni rasanya dia rajin cakap macam tu kat anak2 dara dia, wakakaka! padan muka nko! sekarang ada anak dara berderet kan, hah! nko rasakan, aku dah selamat dari nko sebab dah tak ada gelaran anak dara tu lagi...tapiiiiiiii....uhuk..uhuk..aku pun dah ada anak dara gak sekarang ni, jadi giliran aku plak dok membebel! walaupun membebel aku baru nak bermula tapi aku tahu tak lama lagi aku akan lebih selalu membebel, haduh! memang pening! tapi menda2 macam ni memang tak boleh nak lari, kena hadapi juga! bukan senang nak jaga anak dara, padan muka aku plak, dulu dok buat mak dan kakak aku sampai tak senang dorang kijer nak menjaga aku, perati apa yang aku buat, pendek kata serba serbi sentiasa diawasi! sekarang dah ada anak dara sendiri, tibalah giliran aku, terimalah pembalasannya...huwaaaa...seram! semoga tuhan sentiasa melindungi anak2 aku dari benda2 yang tak baik didunia ini, amin.
Ok lah, lupakan dulu citer menjengkit zaman2 anak dara aku, sekarang citer aku menjengkit hari ni, walaupun cuaca sejuk tapi aku tetap nak keluar menjengkit, bebudak pun memang dari pagi dah ngajak mencari memasing punya keperluan, mmm...tahulah keperluan dorang apalagi kalau bukan baju2 lah, accessory lah, mainan lah, macam2 yang dinakkan, maklom ar...memasing ada keinginan sendiri, pendek kata macam2 ragam, lagi ramai anak lagi banyak ragamnya, tu belum ragam mak paknya lagi, ngeee

Selalunya memang kitorang pergi shopping complex tapi minggu ni rasanya macam nak gi tempat terbuka sikit, soooooo kita terjahlah kat Stroget nu hah! fuhhhhh!!!! memang sejuk giler cuaca nari, tapi berkat pakai baju dan seluar berlapis-lapis, kurenglah sikit rasa sejuknya tu! aku yang kering ni pun dah nampak bulat macam robot dek kerana pakai baju berlapis-lapis, tu belum lagi lapisan yang lain2...hihi

Kat Stroget ni sebenarnya macam2 kedai ada, dari kedai yang jual barang morah2 sampailah kedai...opsss...butik branded! kalau dah jual barang2 branded takkan nak panggil kedai yer tak? tak sesueiii gitewww! walaupun jarang2 datang sini tapi aku suka gak kat Stroget ni, cuma selalunya malas nak datang sebab Aby tu selalu bebel katanya susah nak cari parking, kalau parking selalu kena menapak jejauh, menci ah! kalau dapat parking dekat2 tu kira nasib ar...alah! dah nko datang weekend, memang ar tempat ni sesak!!!

Sambil2 nikmati cuaca sejuk (nikmati nko!) sambil2 cuci mata dengan apa yang ada kat sini, sambil2 perli ceq aban tu...manalah tahu perli2 aku ni termasuk dalam lobang telinga dia, kalau dia dengar ar...contohnya "Bbbb...cantik tak yang tu? atau Bbbb...ok tak kalau ai pakai yang tu" hah! lebih kureng macam tu ar..ngeee
Ok lah...penat citer ni, cuaca pun sejuk bebeno, lidah dah macam kelu plak nak citer pepanjang, badan pun penat semacam dok meredah cuaca sejuk tadi, aku akhiri citer nari dengan gambar aku bersama Rhea yang kepenatan.
Aku nak rehat plak baring2 kat sofa nengok tb sambil minum melo panas, mmmmm...layan.
Bubyeeeeeeeee!!!!
























