Hari ni cadangannya nak bawa bebudak join kengkawan kat sini "sledding" kat tasik Virum, dulang hikmat yang beli tahun lepas masih elok tersimpan kat basement rumah aku, tinggl nunggu masa yang sesuai jer nak dibawa merempit! tapi kalau dinengokkan salji yang turun tak berenti-renti ni rasanya takut mengundang penyakit plak kat anak2 aku, kalau salji dah beku memang sedap merempit tapi ni salji masih turun lebat! dak Rhea dah ar berhinguih, kang lambat plak nak baiknyer...nampaknya kena nunggu salji berenti dulu ar baru dapat gi merempit!
Memandangkan salji masih tak berenti sedangkan aku dah bersiap-siap nak merempit jadi kitorang tukar plan plak! cadangannya bertukar ke shopping complex, best gak gi shopping complex, tak ar sejuk sangat, aku suka! hihi...suka ada makna tuuuu...alah! gi jejalan tengok2, jeling2 jer...
Tugas pertama kalau nak tuju ke shopping complex? ni hahhhhhhh!!! kete kasi clear!!! apa yang clear? nu hah...salji yang penuh dok tutup kete nu kasi clear ok? hahaha! keje yang Aby paling tak suka nak buat, tapi terpaksa buat! sabau jer ar ye B..



Ahhhh...nyamanyer aku rasa...pui! nyaman kemendanyer...nengok muka dah tahu! sejuk ok! ya rabbi...sejuk sampai ke tulang som-som tapi best gak main dengan salji sesikit! sikit jer...kang banyak2 sakit plak tulang sendi aku ni, ai kan ada penyakit sendi, kang malam2 ada plak orang tukang dok sapu minyak panas satu badan ai...huhu..kesian diaaaaaaaaa.......




Aby dok bawa kitorang gi Lyngby Centre, shopping complex ni tak ar beso sangat tapi xmas decoration kat dalam shopping complex ni boleh tahan santekkkkk! tu yang nak datang sini dok cuci2 mata...kan xmas season ni, jadi gi mana2 pun ada jer xmas decoration santek2! eeee...sukernyer kiter tau!




Pak santa buat semikut ey??? hamboihhh! semangat nak kismes eyyy...




v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v

Aby...nak gakkkk!!!




SueJ...pun nak gakkkk!!! ey...mesti ar...ni blog ai ok! ngeee :D




Akhiri catatan kali ni dengan lampu2 yang menerangi pemandangan aku nari, semoga cahayanya akan terus bersinar dan menyinari kehidupanku sekeluarga, kini dan selamanya...huhuiiiiiiiii!!!!!!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 200 gm tempe - yang telah dipotong dadu
  • 100 gm hati ayam - digoreng dan dihiris #
  • 100 gm pedal ayam - digoreng dan dihiris #
  • 3 biji bawang merah - dihiris *
  • 2 biji bawang putih - dihiris *
  • 1 cm halia - dimayang halus *
  • 2 biji cili merah - dihiris *
  • 3 biji cili hijau - dihiris *
  • 1 s/b ikan bilis - direndam sekejap dan toskan airnya *
  • 15 biji petai - dibelah 2
  • 2 keping tauhu kering - direndam hingga lembut dan dipotong
  • 50 gm sooh hoon - direndam hingga lembut, toskan airnya
  • 500 ml santan
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang bertanda (*) hingga layu, kemudian masukkan pula bahan yang bertanda (#) kacau rata.
  • Tuangkan santan, kacau sekejap dan biarkan hingga mendidih perlahan, gunakan api yang kecil, masukkan tempe, petai, tauhu kering dan sooh hoon, kacau lagi hingga sebati.
  • Akhir sekali masaukkan garam, perasa dan sedikit gula, kacau rata dan apabila kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 100 gm isi ayam - dihiris nipis
  • 100 gm udang basah kecil - dibuang kulitnya (Sue tak letak)
  • 3 biji telur ayam - didadar dan dihiris halus
  • 1 keping cendawan fungus - direndam hingga kembang dan dihiris halus
  • 2 biji bawang merah - dihiris *
  • 3 biji bawang putih - dicincang halus *
  • 1 s/t serbuk pati ayam
  • 1/2 s/t serbuk lada sulah
  • Garam
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang bertanda (*) hingga layu, kemudian masukkan isi ayam, kacau hingga isi ayam masak, masukkan pula udang basah jika mahu, kacau rata.
  • Masukkan serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan sedikit garam, kacau rata dan kemudian masukkan cendawan bersama nasi sejuk tadi, kacau sehingga rata dan akhir sekali taburkan telur dadar yang telah dihiris halus, kacau lagi hingga sebati, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan.
Hari ni bangun tidur seperti biasa ar...pepagi dah bangun nyiapkan anak2 punya sarapan dan bekalan untuk kesekolah, tapi sebelum tu aku memang dah tak sabar untuk jengok keluar rumah, maklom ar malam tadi salji turun boleh tahan lebat jugak! lama plak tu, tah sampai pukul berapa dia berenti pun aku tak perasan bab dah zzzzzz....waaaaaaaaaaaa!!!!!! putih semuanya cukup indah dipandang mata, ni baru sehari dia turun, sok2 kalau turun 3-4 hari tak berenti-renti maunya jejak keparas lutut kot? hihi sonottttt!
Lepas jer bebudak gi skul, aku apalagas...capai kamera ar tembak mana yang boleh, al maklom ar...sejuk nko!





Tempat selalu yang aku paling suka tengok ialah garden jiran belakang rumah aku, fuhhh! garden dia cantik tau! tapi ni dah diselaputi dengan salji masih nampak cantik!




Ni plak aku ngambik dari bilik atas rumah aku, biasa ar rumah depan jalan raya, yang nampak hanyalah jalan raya dan kete2 lalu lalang...mekak tapi aku suka sebab tak sunyi! dan yang paling mekak kalau kete polis lalu...malam ada ar sunyi sikit tapi sesekali ada gak kete lalu...aku suka! tak ar rasa takut!




Pagi ni kete yang lalu lalang memang diselaputi dengan salji, nko pakai ar kete apapun tapi kalau dah kena timbus dengan salji, hampehhhh! dah ghoper macam gobok (lemari/almari ar...) pun ada gak! kehkehkeh..





Ni kete yang parking kat depan umah aku, ntah kete sapa? ghoper kete ni dah macam gunung! gaknya tuannya beku kot kat dalam tu? gggrrrrr....





Ni memang ghoper garden kat belakang rumah aku, sungguh besa2 ajer, yang ada cuma menda alah kepunyaan Aban Rico ni jer, tiada yang istimewa tapi walau apapun rumah aku tetap ada garden, boleh main kejo2! nko giler!!!!!! sesejuk camni nak kejo apanyer? kancing gigi nko kanggg...sapa nak jawab? alahhhh masa summer kemarin banyak aktivi berjalan dengan meriahnya disini okkkk!!! ngeee




Nasib nko ar kosi!




Kosi meja yang tak lagi digunakan, getulah ghopernyer...tuannya pemaleh gaknyer nak ngemeh! hampehhhh!




Tebal gak salji ni...kiranya kalau pakai kasut tapak tenggelam abis ar...




Sejuknya mak aihhhh tatkala aku dok sauk salji ni, kejap jer dah sesemut hujung2 jari, kalau lama maunya beku jari jemari aku yang cantik ini! bluekkkkkkkkkk! isi bakul hangkut sendiri, pirahhhhhhh!
Apapun aku tengah enjoy pepuas dengan salji2 ni, maklom ar ni gaknya tahun terakhir aku berenjoy dengan salji kat Denmark ni, len kali kalau pun bukan kat sini, manalah tahu merasa main salji lagi kat tempat lain...gaknyer ar...tu pun kalo ada orang tu nak ngajak kiter pi holiday kat tempat yang ada salji, tak gitu awakkkk? ngeh..ngeh..ngehhhhh



BAHAN-BAHANNYA:
  • 6 biji pisang montel - dilecek kasar
  • 1 cawan tepung gandum *
  • 1/2 cawan pati santan (pekat) *
  • 1/2 cawan gula pasir *
  • 2 s/b gula merah *
  • 3 s/b madu *
  • Sedikit garam *
  • Daun pisang secukupnya - dipotong empatsegi
CARA-CARANYA:
  • Campurkan pisang yang telah dilecek kasar tadi bersama bahan yang bertanda (*) kacau sehingga rata dan sebati.
  • Kemudian sudukan sedikit adunan pisang tadi diatas daun pisang, lipatkan dan letakkan didalam periuk pengukus.
  • Buat sehingga adunan pisang habis dan kukuskan selama 15 minit atau hingga masak.
  • Keluarkan dari periuk pengukus dan biarkan sejuk sedikit, bolehlah dihidangkan.

Baru nak update cerita, penat tak hilang lagi melayan anak2 kat LEGOLAND semalam, iyerlah pergi sana bukannya dekat sangat, adalah kira2 2 jam lebih drive kesana baru sampai, walaupun bukan aku yang drive tapi dok kat sebelah pun penat gak! Aby yang drive aku tengok ok2 jer...gaknya sebab aku memang kurang sihat semalam, flu ni mengganggu aktiviti aku ar kiranya, nak buat apa2 pun macam tak bermood tapi dah janji ngan anak2 punya pasal, aku kuat2kan badan ni jugak! bebudak tu dah memang excited nak gi, terutamanya aban Rico, mamat tu memang dah lama nanti2kan saat2 nak gi LEGOLAND ni cuma tak bawa2 lagi sampailah la ni baru ada peluang dapat bawa, padahal aku ada jemputan majlis Hari Raya Haji rumah kawan aku Puan Zana, terpaksa kami tolak undangan dorang semata-mata nak bawa anak2 gi LEGOLAND, lagipun Aby dah beli tiket awal2 kat internet untuk Xmas season ni, pergi time2 macam ni lagi seronok, lagi cantik ar dengan decoration2 menjelang xmas.
Memandangkan hari semakin sejuk dan LEGOLAND tu hanya dibuka untuk xmas season ni, jadi kitorang gi ar sekarang sebelum hari bertambah-tambah sejuk! grrr....gi semalam pun dah terasa kesejukkannya, hinguih meleleh tak berenti...huhu




Pepandai ar nkorang bawa diri yer anak2, buat ar tempat ni macam daddy nkorang yang punyer...hahaha! sesuker...
Mummy tak larat jaga nkorang, sejuk ahhh!




Tangan sentiasa dalam kocek! sejuk bagai nak rak! ya rabbi...sejuk sampai ketulang nko! ai kekecutan u!




Saat anak2 hilang entah kemana?




Lek ar Rhea...tengok muka Rhea tu macam tak suker jer ada tah anak sapa nompang posing sekali kat situ! kata Rhea ''taknak ada budak tu...sana..sana!'' hahaha sabau jer aku!




Bergambar bersama pokcik yang tido mengorok memekak tak berenti! hadehhh! tak kose nak mendengonyer...




Sebenonyer kebanyakkan kesemua menda yang kat sini pun dibuat menyerupai lego, memang cantik2 ar gamaknyer, 2012 kita nengok plak LEGOLAND kat Msia ada tak cenggini ghopernyer?




Cantik kan..kan? ada banyak lagi yang cantik dan menarik tapi nkorang layan jer ar apa yang ada ni erkkk? tak larat ai nak tepek bebanyak!



Suker yang ni, sangat detail..




Hmboiiiii! sukernyer diaaaaaaa....




Rhea juga adalah yang paling happy sekali semalam walaupun hinguihhh tak berenti melelehhh....hihi




Mummy pun happy gak! tapi sejukkkkkk! grrrr...




Aban Rico dan hakak Rica sayangggg...




OMG!!! sejukkkkkkkkkk!!! tak mungkin aku akan naik menda alah ni! nooooooo!!!




Salah satu daripada bermacam-macam show yang ada tersedia kat situ untuk kanak2 dan dewasa pun layan gakkk! seronok!




Kalau dah namapun xmas season mesti ar banyak present2 yang tersedia untuk bebudak! ada juga yang untuk dijual! untuk aku ada tak? ada! ada! beli sendirikkk! hahaha!




Ni sebenarnya present2 yang telah disediakan untuk bermacam-macam game yang dorang sediakan kat sana, tapi kitorang tak tunggu sampai game start sebab dah tak larat menahan sejuk, lagipun cuaca dah nampak gelap walaupun jam baru pukul 5 petang.
Sebenarnya kat situ lagi gelap lagi cantik, penuh dengan decoration xmas, lampu2 merelip sana sini, cuma kitorang dah tak tahan sejuk nak melayan keindahan kat situ!





Sebelum balik tu memang bagi chance kat anak2 beli menan ke apa ke untuk dorang! dah alang2 datang takkan tak beli yer dak? mummy daddy bagi chance kat nkorang ni pilih sendiri apa yang nkorang nak? apalagasss???




Sebelum balik daddy nyempat bergambo ngan anak2! tapi semalam daddy pun nompang happy nampaknyer...nyempat jugak beli menan untuk diri sendirik! hahaha...nak jugakkkk!
Takper pasni kalau nak beli lagi, beli kat LEGOLAND Msia erkkk? lagi 2 tahun..huhuiii...lama gak tu..takper..janji ada!





Bye..bye! LEGOLAND DENMARK! tak tahu kita dapat jumpa lagi atau pun tak, tapi kalau diizinkan dan kalau ada rezeki, insyaallah dapatlah menjejakkan kaki ni lagi kesini, tapi pastinya semalam adalah hari dan saat2 yang terindah kami sekeluarga dan akan sentiasa menjadi kenangan didalam perjalanan kehidupan kami sekeluarga.


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin