Tak ku duga, tak ku sangka! bangun pagi2 nari tengok tingkap luar salji sedang rancak turun dengan lebatnya, putih bersih...arhhhh....redup mata memandang...
Kalau ditengokkan pada ramalan cuaca, katanya nari hanya hujan tapi tak ar sangka salji plak yang turun, lebat plak tu! apapun ini adalah saat2 yang aku sentiasa nanti-nantikan, memang bebila masa jer aku tunggu salji turun, aku suka! ntah kenapa? tapi memang suka! harapnya biarlah dia turun lama sikit nari, biar putih bersih sekejap bumi Denmark ni, kalau bebanyak kang dia turun jejak 3-4 hari dah jadik lecak hitam plak! tapi walau apapun aku tetap suka salji.




V
V
V

V
V
V

V
V
V
V
V
V


Haluuuuuuuuuu! haaaa! jangan terperanjat plak nengok gambo yang macam lampu menyala ni, terang sekali kan? tapi sajer jer ai buat gambo macam ni, nak cover sikit sebenonyer warna kulit, kedut kulit, kedut mata, bengkak mata dan apa2 lagilah yang boleh dicover, kalau gambo cam ni kureng ar nampak kechachatannyer kan..kan
Sebenonyer gambo ni mengena sikit jer dengan title nari, gambo ni diambil lepas balik dari pi cari present orang2 untuk xmas nanti, sajer nak tunjuk muka penat! tapi barang yang dicari hampeh jer yang dapat!




Tempat dituju dah tentu ar shopping complex, memandangkan nari Aby kata ada potongan rege untuk staff, 20% jer...jadiklah! tu yang aku sambung semula pencarian xmas present ni, aku gi tempat yang kat atas tu ar...tapi tak banyak pilihan sebab aku rasa tempatnya bukan ar beso sangat, jadi barang2 pun bukan ar banyak sesangat! mahal pun boleh tahan memandangkan takde sale lagi, yang ada pun cuma offer2 besa2 dan tambah dengan yang 20% ni ar...masih mahal! ai tak mamfu u..





Pergi pun dah lambat jadi balik dah jejak pukul 10 malam, waaaa tak perenah aku keluar dari shopping complex kat sini pukul 10 malam, maklom ar kat sini kan selalunya tutup awal tapi disebabkan tempat tu memang adakan potongan untuk staff, sampai pukul 10 baru tutup! kalaulah semua shopping complex kat sini memang tutup pukul 10 malam kan best erkkk? ni kaddang! kaddang! jewww! buhsan ahhh!
Pencarian nari memang tak jumpa banyak barang, lagi ar tambah buhsan! masih kena cari lagi ni! hadohhh! sebenarnya aku buntu nak presentkan apa untuk dorang tu nanti, kalau bebudak senang jer nak cari, belikan jer menan! huhu...menan pun belum sempat beli! alah tu menda senang cari, bebila boleh rembat! ni nak carikan yang orang2 dewasa! tak tahu apa yang depa suka erkkk? nampaknya tahun ni semua pun dapat present, tak sedap ar kalau pihak aku tak beli apa2, kedek sangat ghopernyer nampak kak oi! takper...pelan2, lagipun xmas lama lagi, manalah tahu bebila jalan sana jalan sini terjumpa barang menarik, boleh terus rembat!
Aku ni sentiasa bersemangat pada apa2 perayaan pun, maklom ar kawen champor, dari dulu sampai la ni pun semua perayaan aku dok sebok menyebok! tapi bukan ar sampai lupa aku siapa! cuma sekadar memeriahkan suasana jer...hati pun jadi gumbira, tak gitew awak? ngeh..ngeh..ngehhhh



Hanya kata2 tulus ikhlas dari kejauhan dapatku ucapkan pada Ibundaku yang tersayang, sanak saudara, kaum keluarga, kawan2 dan seluruh muslimin muslimat ''Salam Aidil Adha'' untuk semua semoga dihari yang indah ini hidup kita akan lebih diberkati.
Ikhlas dari: SueJoshua sekeluarga, Copenhagen Denmark.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg ayam - dipotong kecil
  • 1 batang kulit kayu manis #
  • 1 kuntum bunga lawang #
  • 4 biji buah pelaga #
  • 15 tangkai cili kering - direndam dengan air panas, toskan *
  • 8 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 4 cm lengkuas *
  • 2 batang serai *
  • 1 s/t jintan manis *
  • 1 s/t jintan putih *
  • 1 s/b ketumbar *
  • 2 helai daun limau
  • 2 keping asam gelugor (asam keping)
  • 2 s/b kerisik
  • 500 ml santan kelapa
  • 2 s/b gula merah
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan yang bertanda (#) hingga naik baunya, kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan kelapa dan kacau sehingga mendidih, masukkan ayam, asam keping dan daun limau, kacau sekali sekala sehingga ayam hampir masak.
  • Masukkan pula kerisik, gula merah, garam dan perasa secukup rasa, kacau lagi sekali sekala sehingga ayam masak dan kuah pekat, bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin