
Hari ni adalah hari yang paling aku suka sekali, bukan Aby aku tu jer yang minat kereta, aku pun minat gak! tu yang ada jer apa2 car exhibition Aby mesti ngajak aku pergi, dari duduk Msia dulu sampailah kat Denmark ni pantang dengar apa2 pasal kereta mamat tu mesti sebolehnya nak pergi.
Haaa! jadi kat Denmark ni bermula semalam sampai esok ada car exhibition, tu yang dapat tahu jer terus Aby masuk dalam kepala yang memang dia nak pergi, ni pun kije En Abdillah jugak, dia yang update ngan aku kat Denmark ni kalau ada apa2 yang menarik mamat tu mesti bagitahu, bagus tau kawan macam ni, tak payah susah2 aku nak tengok ngadap berita terkini kat internet dah ada yang tolong tengok2kan...hihi...tq Abdillah, len kali kalau ada apa2 yang menarik kat Denmark ni cepat2 calling2 aku wokey???
Untuk mulakan cerita nari aku letakkan ar dulu gambar pembuka bicara iaitu gambar kereta yang memang besar, rasanya kereta ni tak boleh jalan kat jalan raya biasa, maybe untuk movie jer kot? ntah? tak sempat nak baca2 tanya2, tapi pada aku kereta ni nampak antik dan cantik!

Aku suka tengok kereta ais ni, kengkononnyer macam ais ar dia punya artwork kat kereta ni, kalau aku bawak confirm semua mata dok jeling! huhuiiiiii! lesen tadak berangan nak bawak! sok aku balik Msia aku buat ar..penting! senang nak merambu dengan kerabat! huhuiii!
Banyak gambar yang aku ngan Aby ambil tapi aku masukkan apa yang terlarat jer ar..penat ar nak masukkan satu2, kalau kat Fb senang sikit main masuk satu album jer, kalau blog sendiri mau ingat ar...letih dek oiiiiiii!

Garang gak nampak kereta ni! nkorang tengok dulu ar gambar2 apa yang ada ni ehhh...layan....






Aban Rico suka sangat kat kereta ni, mummy sssakap kalau nak kereta ni sok beso beli sendirik! wukakakaka!
Sok Rico dah beso kereta ni dah jadik kereta antik gaknyer yang oi! hihi

Rhea kata Rhea takut, ni moto momok! hihi


Santekkk arhhhh!!!

Tempat2 camni kalau takde model2 seksi seksa memang tak cara namanyer erkkk dan nari model2 punya ar banyak menayang body memasing! ada yang body cun gak, biasa ar masih budak2 lagi, bak kata mak aku, budak baru nak naik! layankan jer ar...tapi bukan layan apanyer, layan mata jer! lantak nkorang nak pakai apa, badan nkorang, masing2 punya hak, apa ada kesah! sendirik yang tanggung kan? kalau ada sesiapa yang kesah tu cakap jer ngan dia ''nko hade?'' wakakaka!

Mak aihhh! renunganmu sungguh tajam! masa ni kalau nkorang nak tahu, mata Mr J aku yang bolat tu semakin kecik! orang kalau tengok menda2 macam ni semakin ar bolat kan? ni tak nko? semakin kecik! ala2 konon2 malu2 taknak nengok! mana taknyer...aku dok jeling besokan mata kat dia! hahaha! takotttttt nko, dia.
Ek elehhh! pirahhh! takde kosernyer aku nak besokan mata kat dia, lantak dia ar sana, idak aku herannyer, mana nak heran, model2 kat situ harap badan jer tinggi menonjang, tapi muka ala2 fundan operate nko! seram kalau tengok lagi dekat! ada ni kang Rhea ngigau tido malam! hahaha! nko kak kalau ngutuk kan main lagi erkkk???

Mak aihhh! baik punyer posing! tapi dah itu kije nko...jalankan tugas cepattttttt!

Tapi model dua orang ni memang best! aku nak amik gambi terus jer dia posing, pastu boleh plak dok tanya aku datang dari negara mana? ek elehhh muka aku tak macam omputeh ker nko dok tanya? wakakaka! nko mamai ke hapa orang nak ingat muka nko macam omputeh? kalau muka nko betul macam omputeh, dorang tu tak tanya nko dari datang dari mana kak oi??? aku cakap ar aku sekeluarga dari Malaysia, pastu dorang kata ar pernah dengar nama Malaysia! sib baik nkorang cakap pernah dengar! kalau nkorang cakap tak pernah dengar Malaysia! maunya makan kasut kanggg! hahaha!

Hadoh! kalau bebudak masuk blog ni pastikan mintak izin ngan makpak dulu erkkk? hihi
Kalau ditengok model2 ni semualah, alahai! kot yer pun nko nak jadik model yang oi, gi ar kasi modify dulu body tu...kalau setakat body macam ni, cutting mak lagi layan dekkk! hahahaha! tercekik tulang nkorang baca statement mak! bluekkkkkkk!

Ni bukan berangan jadik model ok??? mak dulu dah puas jadi model nyahhh... walaupun model sambilan tapi mak puas! sekarang mak dah pencen, sebenarnyer mak berangan nak bawak kereta macam yang kat sebelah tu....fuhhhhh!

Buat tatapan kawanku LYN aka NOI yang tak dapat datang tadi kesini kerana nak terbang ke Spain, aku tujukan gambar ni khas untuk nko, tengok tu aku siap tayang nama nko tau kat kereta tu, tapi tutup sikit ar...semoga nko selamat pergi dan balik semula ke sini! winduuu!

Ehem...ehem...ehemmmmmmmmmm!!!!



























