
Assalamualaikum....selalunya kalau tak muka aku terpampang dulu untuk mulakan tajuk cerita, gambar makanan ar apa lagi, dah blog aku ni pun memang selalu penuh dengan masakkan dan makanan jadi macam tak berseri gitewww kalau takde gambar makanan.
hah! sebenarnya tadi aku gi rumah kawan aku si Noi tenoi tu, minah ni lagi hari tu dah teringin bebeno nak makan masakkan kampong, pastu nak plak makan beramai-ramai kiranya macam makan cara berjemaah ar...astaga...makan pun ada macam cara berjemaah ni? nko biar betik? dipendekkan cerita, nengokkan jemputan dia macam ramai ar jugak jadi kitorang buat ar pot luck! kitorang? boleh ar...kesian jugak minah tu kalau nak masak sengsorang, maunya tanggal kaki tangan! dah ar memasing jenis makan macam ikan pirana! mana bleh masak sikit2, jadi memasing yang datang tu bawa ar sorang sikit lauk2 dan juga ada yang bawa kuih muih.
Memang best nari punya makan! lauk kampong nko! ntah macam2 ar..payah nak sebut yang aku nampak kat depan mata adalah sambal tumis udang & petai, patin masak tempoyak, jantung pisang rebus, sambal belacan, tempoyak, ikan sepat masin, kerabu daging, singgang tulang kelate style, sambal goreng jawa, ulam petai dan macam2 lagi ar...gambar kat atas tu hanya tinggal belen jer...yang lain2 dah pinis telah dibeduk oleh pirana2..hahaha!

Oleh kerana benda ni aku yang buat jadi aku ngambek gambar ni jer ar erkkk!! ni ialah pais ikan kembong, ikannya tak nampak dan yang nampak hanyalah daun pisang kering! ngeee
Nari aku kureng sihat sikit, berhinguihhh! jadi mood nak masak tu memang terganggu, aku hanya mampu buat pais ikan ni, kari daging dan bingka ubi, dah nama pun masakkan kampong jadi buatlah sedaya upaya masakkan yang ala2 kampong, aku tengok ada gak kuih seri muka, agar2, kuih bakar pisang dan apa lagi erkkk? haaaaa! ubi rebus makan ngan sambal thotok goreng! hantuuuuuuuu dorang! ada ker aku yang very vogue the vazzz ni (bluekkkk!!!) disuruhnya kopek ubi ngan buat sambal thotok goreng? kijammmmmmmm betul! tapi demi kawan2 yang kucintaik! aku buatkan jugak!!!
Sorry takde gambar ubi rebus ngan sambal thotok! sudah licin dibeduk dek pirana2 itewww..

Inilah aku, SueJ...walau dimana juga aku berada, kalau tak dapo, depan mejalah tempat aku melayan tetamu! ececehhh! macam ar kat rumah aku siap melayan-layan tetamu nih! tapi sebenarnya aku memang suka buat benda2 macam ni, benda2 yang melibatkan makanan, ai suke u..

Cute dan tembam budak ni, geram nengok pipi dia yang tembam dan pink2 tu, pakkal jer dia tak nak dengan aku, kalau dia meleset kat aku, nak jer aku gigit pipi dia! hahaha
Abang Ben 10 tombammmm...anti geget pipi bleyyy???

Ya rabbi...nak jadi apa ar orang2 lelaki sekarang ni? takde kije lain ker hah! dari siang jejak ke malam dok main judi tak berenti, pas tu buat rumah macam kasino, riuh rendah macam nak gugur rumah! yang pakai baju belang-belang berjanggut tu kepalanyer tuuu!!! hihi
Tak ar...pitenah tau nko ni, dosa nipu!!! dorang ni sebenonyer main UNO ar, bukan main judi ok! tak baik tau buruk sangka ngan orang! wink kewink wink...ngeee :P

Tak larat mak nak tepek gambo bebanyak, kemengahan dek perut yang kenyang jadi mak letak gambar mana yang clear jer ar yerkkk.
Malam pun mula berlabuh...ciwahhh! tuan rumah pun nak tido gak jadi kami2 yang datang pun tunggu apa lagi? perut pun dah sendat! balik ar..
Pada tuan rumah iaitu En Abdillah dan Puan Noi (Lin) sejak bila ar aku bersupan santun berencik-encik dan berpuan-puan nih??? terima kasih kerana mengundang aku sekeluarga, juga kengkawan yang lain, len kali jemput lagi! hihi...suasana nari memang meriah dah macam hari raya pun yer gakkk! kecoh setaman! seb baik jiran tak komplen! hihi
cau cin cauuu air cincau











