
Alhamdulillah...selamat dah sampai kat Denmark ni hah! pagi2 buta lagi aku dah menjejakkan kaki kat bumi bertuah ni, sesampai kat sini cuacanya tak payah cakap ar...sejuk mak aihhh! gaknya badan aku dah lama ngan cuaca panas kat Mesia, sekali balik sini punya ar terasa sejuknyer, mana tak tasa sejuk! pagi tadi sampai jer temperature kat sini dah jejak 5 deg C, grrr sejuk! gegel ai tau walaupun berselubung dengan baju sejuk tapi memang tak cukup tebal gaknyer baju tu, yer ar pakai baju sejuk dari Mesia, siapa sangka dalam masa hampir 2 bulan aku bercuti tetiba balik sini cuaca sejuk bebeno ghoper ini, sib baik kejap jer rasa sejuk! pas tu terus dok dalam teksi sampai ar kat rumah!
Sampai jer kat rumah, pas punggah semua beg2 bawak masuk dalam rumah, aku terpandang ar plak kat atas meja ada pezen, semalam kawan aku yang ensem dulu belajo kat Malmo, Sweden ada calling2 aku, mamat tu dah tamatkan pengajian dia kat Sweden nu, jadi semalam dia calling2 aku ar bagitahu yang dia dah balik ke Mesia, sebelum balik Mesia hari tu dia ada singgah rumah aku kat Denmark ni hah, tujuannyer nak letak barang sikit kat dalam rumah aku, ada ar kitorang punya projek sikit, sambil2 letak barang tu mamat ni nyempat tinggalkan pezen kat atas meja rumah aku ni, bukak punya bukak, mamat ni bagi aku kain songket, brooch dan perhiasan, yang aku paling suka ialah kain songket tu ar...santek kalernyer, ai suke u..
Kepada kawanku En Khairul Tazril Tarmizi (waaa...nama penuh tau aku sebut!) terima kasih banyak2 kerana bagi pezen kat aku ni dan terima kasih jugak kerana sampai Mesia jer nko calling2 aku dok borak ngan aku, ingat gak nko kat aku ni erkkk walaupun dah lama tak jumpa! nko tunggu aku balik lagi 6 bulan erkkk? kalau nak kawen pun tunggu aku balik Mesia dulu tau? wakakaka!

Ingat sampai nak ar rehat, maklom ar mungkin masih jetlag lagi tapi pelik bebeno balik kali ni aku tak jetlag pun, pening pun tak! ngantuk pun idak! heran2! tu yang angin ngemas sampai tu! puas aku punggah isi kandungan dalam beg2 yang aku hangut dari Mesia nu hah!
Nak tahu tak? barang yang paling penting pada aku yang haros aku uruskan dulu ialah...jeng..jeng..jeng..tu diaaaaaa! ikan bilih musti ada! penting dalam kehidupan harian aku! pas tu musti ada udang kering, ikan kering, belacan, cencalok dan budu! haaaaaa! benda2 bacin ni semua musti ada dalam rumahtangga aku, kalau tak hidup tak harmoni! kihkihkih....boleh gitewww!

Yang ni pun kena hangkut! jajan anak2 aku, maklom ar kan, mak aku kat Mesia nu tauke jajan, sikit2 pun musti nak dibawakkan tuk cucu2 dia ni hah!
Macehhhh makkkkkkk!

Ya hamfun! ni lah aku peberet aku kalau kat Mesia, memang selalu ar melantak air ni, nak dikatakan tiap2 hari aku dok beduk air ni, sayangnyer kat Denmark takde air ni, tu yang seludup sikit beberapa tin dok sorok dalam beg! takut gak nak bawak banyak2, ni dah terlepas pun kira nasib ar...boleh ar minum sikit2 time terhengen! pada sesiapa yang sayang kat aku, sila poskan air ni pada aku kat sini yer...hehe..perasang nyer! ada ker orang sayang kat aku erkkk?

Lepas berkemas-kemas apa yang patut, aku terlelap ar sekejap pas tu Linda hakakku kat Denmark ni dok ajak datang rumah, ngajak makan malam kat rumah dia, memandangkan aku belum beli apa2 lagi untuk dimasak, bawang lada semua pun takde lagi, aku pun ok jer ar terima pelawaan Linda, anak2 lagi ar happy dapat jumpa Linda and Kel Jorn, rindu ar gaknya kat dorang tu, maklom ar dulu memang selalu bebudak ni dok melepak baca buku kat rumah Linda, kadang aku keluar ngan Aby, bebudak ni Linda yang dok jagakan, lagipun Linda tu layan budak2 dengan penuh kasih sayang, dimanja-manjakan, tu yang bebudak ni suka kat dia, kalau ngan aku ni memang takde chan ar bebudak ni nak ngada2! bo layanzzzz!
Rhea ar yang paling happy nak jumpa Linda and Kel Jorn.

Punya ar semangat hakakku ini melayan aku sekeluarga makan, candle light dinner lagi nko! hidangan malam ni ialah burger, steak dan ada gak nasik bersama lauk2, sedapppppppppp!

Terima kasih pada Linda and Kel Jorn kerana menaja makan malam kami sekeluarga! hahaha! tak agak2! apa nko ingat nko artis ada orang nak taja2, pirahhhhhh! idak ler...ai gurau jer...sebenonyer aku memang dah besa makan kat rumah Linda ni hah! walaupun selalu makan kat rumah dia, tapi aku tetap nak ucapkan terima kasih banyak2 kerana selalu sangat ngajak aku sekeluarga makan kat rumah dia dan faham plak nari aku baru sampai sini, terus jer ngajak makan! masehhh erkkk Linda, lebiyuuu ar..



















