Selagi tak abis raya, selagi tu r ada jer jemputan open house, sana sini orang buat open house, macam tu jugaklah dengan aku ni, sana sini bz gi open house, pagi petang siang malam, pendek kata makan...makan...makan
Hari ni aku gi 3 open house, tengahari kat umah Mat Gebu di Sedenak, petang kat Taman Daya rumah kawan dan malam plak rumah anak sedara aku kat Taman molek, semua pun kat JB r, penat jugak tau beraya ni, penat berjalan dan penat makan! hehe
Hari ni memang terasa penat, lepas balik dari rumah Mat Gebu dan rumah kawan aku, pas tu aku balik rumah jap, salin baju sebab nak kerumah anak sedara aku plak! memula macam malas nak salin baju, kiranya pakai baju raya r tapi disebabkan ketidak selesaan telah terjadi lagipun nasib baik open house malam ni umah anak sedara so aku nyalin r baju yang agak selesa sikit! walaupun bukan baju raya, tapi lantak r...janji rock! hehe
Aku kan kalau raya atau gi open house umah orang memang suka duduk dekat meja makanan, senang nak ngambik dan senang nak tambah! huhuiii! burok perangai!

Yang ni hidangan yang telah disediakan oleh anak sedara aku, tadi masa gi umah kawan aku tak nyempat nak ngambek gambo, dah penat pas tu ramai orang, jadi macam segan nak over bergambo sakan...cuma dapat aku bagitahu kat sini hidangan petang kat rumah kawan aku tadi ialah ketupat dan lauk2nyer yang banyak melambak, laksa johor dan kuih muih, makan sampai perut jejak kelantai! muahahaha!
Malam ni plak kat rumah anak sedara aku, telah kubeduk nasi lemak kukus, laksa penang dan mee hoon goreng (yang ni aku makan sikit sebab dah kenyang sesangat!)



Haaaaaaaa! paling spesel kat umah anak sedara aku ni ialah otak-otak! punya r banyak aku tibai sampai macam rasa pedih perut tau! gaknyer rempahnya macam pedas sikit! tu pasal r...
Ayam rempah itewww tersangat r lazatnyer...power ranger!



Lagi sekali tayang ghoper otak-otak! walaupun yang ni ada tergeseng (hangus) sikit tapi dalamnyer tetap sodappppppp!



Pencuci molot plak aku tibai puding buah! perhhh! ni anak sedara aku yang jantan tau buat! anak sedara aku yang jantan sorang ni memang pandai masak! nko cakap jer masak apa, semua dia boleh! kengkonon ala2 CMG r tapi CMG tu memang takde tandingnyer, sifu r katakan...




Waaaa! kendondong gitewww! opsss! sedondong! sedondon r...ingatnyer pakai t-shirt selesa sikit tapi ghopernyer makin sendat perut aku! sendat tang perut jer r...hadoh! tak boleh buat apa2 ker dengan perut ni hah? terbarai sekali nampaknyer!!!



Hati kenyang perut senang! salah ehhh???
Perut kenyang hati senang! apa lagi, jom balikkkkk!



Assalamualaikum pada semua keluarga, kengkawan dan sesiapa sajer yang masuk kesini dan salam sejahtera kepada semua...cewaaahhh! macam banyak bebeno yang masuk kat blog aku ni, ntah2 takde pongggg! hehe
Buka catatan hari ni aku letakkan gambar wanita jelita untuk penyeri blog ni, tak lain dan tak bukan, inilah dia wanita yang paling jelita dan anggun di Sedenak Jb, namanya Mak Yah atau nama glemnyer Mak Yah Beautiful! rasanya nama ni baru sajer aku letakkan dan orang2 yang tertentu jer kot yang tahu nama ni, hehe...memandai jer aku ni!
Haaaaa! nkorang nak tahu tak? ni r sebenonyer Mak kesayangan si Mat Gebu itewww...hari ni buat kali yang ke-2 nyer aku menjejakkan kaki di istana indah Mat Gebu, sebenonyer Ben Ashaari yang dok mengajak kerumah Mat ni, pas tu aku tahu plak Kak Ummi Zaihadi pun nak datang jugak, tu yang makin semangat aku nak datang menyerang rumah Mat, mamat tu plak pelawa aku, mmm...dengan muka tak malunyer aku pun join r dorang sekali, berjanjian kita jumpa nari r kat rumah Mat di Sedenak, setibanyer aku kat rumah Mat telah disambut dengan senyuman Mak Yah Beautiful, peluk cium sudah semestinyer...Mak yah ni orangnya memang peramah dan penyanyang, suka r dengan Mak Yah ni, tak macam anak dia si Mat tu, bukan r peramah sangat! tapi kepoooooohhhh! wakakaka! hampon Mat!

Sampai kat umah Mat, makanan sedia untuk dihidang dan dihadap! aku dah r dari pagi bangun tak makan apa2, memang kebulo r...tengok2 lauk2 yang Mat sediakan, makkkkkkkkkkk aihhhhhhhhhhh! tak sabo rasanya nak mencedok! tapi konon kaber lain r kan..cedok selow2! malu ngan Ben sebenonyer, dapat plak makan semeja! ececehhh! macam makan bedamai! hmbekkk nko! pas ni kena gossip panas nih! hehe
Kepada Puan Zila, kiter gambo ngan Ben jap eh, pinjam jap jer...tompang glem sat!
Hidangan yang dihidangkan kat rumat Mat Gebu nari ialah kuih-muih raya, macam2 ada, kek2 lapis pun macam2 ada dan berlapis-lapis...
!Wuiihhhh! lauk mabeles dari air tangan, air dahi, air leher dan segala air r...alamak! lain macam plak bunyinyer...senang citer Mat r yang masak, ada kari ayam, masak lemak ikan asin dengan nenas, sambal udang dengan petai, kobis goreng udang, pecal, jerok petai dan sambal telo untuk Ben sorang jew...menci, jeles aku!



Astaga...ni yang paling tak boleh tahan, muffin, ciskek ngan puding karamel, sedapnyer, pakkal jer kenyang giler...kalau tak maunya semua aku balun tapi sempat jugak aku balun ciskek Mat ni, ya hampon! sedap nko! Aby makan sampai 2 piring, selamba jer mintak tambah! sabo jer r Mat tengok gaknyer...


Wahhh! cantek muka nko! dah kenyang makan sambung mengompat yer...tak r! bukan ngompat! tak baik tau raya2 dok ngompat2! kiter gossip2 jer...muahahaha!
Ketua gossip petang ni ialah Kak Ummi Zaihadi yang telah didatangkan khas dari Pahang!
Hampoooooooon Kak Ummi! gurau jewww!




Sebelum balik, seperti biasa r...memasing bergambo sakan, bukannyer senang nak jumpa yer tak? ni dah berkesempatan jumpa, memang tak lepaskan peluang punyer..
Gambar kenangan aku bersama Ben Ashaari, mamat besi yang glem tak hengat! tapi kan..kan..kan...Ben ni ensem nko! sib baik hakak kuat semangat! kalau tak memang cair r gamaknyer...ngeee
Lariiiiiiiiiiiiii! laki aku perambat ngan lembing!



Inilah dia Kak Ummi Zaihadi yang memang glem dari dulu lagi, orang lama dalam dunia blogging ni! kiranya boleh dijadikan sifu! orangnyer memang cantik! menten muda walaupun anak2 dah beso2 panjang! peramah tak hengat! seronok r jumpa Kak Ummi ni, lain kali kalau ada peluang memang taknak lepaskan peluang nak jumpa Kak Ummi lagi!
Terima kasih sesangat pada Kak Ummi kerana bagi kiter buah tangan, juga terima kasih pada Mat Gebusss kerana tapaukan aku ciskek, muffin ngan kepek pisang!
Selamat Hari Raya pada semua....ada umur panjang, ada masa, ada peluang kita jumpa lagi yer...

Byeeee!


Melaporkan aktiviti hari ni, ceewahhh! siap buat laporan ni, pirahhhh!
Hari ni bangun idak ler pagi sesangat, ada r dalam pukul 10 pagi, memula kena r mandi-manda, nak keluarlah katakan, nak bawak Rico & Rica gi kedai buku, bebudak tu dah lemak bercuti bersuka ria sampai lupa daratan, bukan anak2 jer yang dah lupa daratan, mak pak dia pun dah mula lupa daratan...hahaha!
Sampai jer kat kedai buku, Aby dan anak2 nyer sebok mencari buku latihan/ujian dan aku plak sebok gak mencari buku resepi, waaaaaa....rambang mata nih! macam2 buku resepi yang ada, sampai tak tahu nak pilih yang mana, dari yang murah sampailah yang mahal semuanya ada! selak sana....selak sini...last2 aku dapat r jugak cilok 4 buku resepi, jadilah...esok2 kalau free2 gi r cari lagi.




Selesai tugas hari ni, mmm...cepat plak siapnyer, jam plak baru pukul 5 petang! Aby ajak gi kopitiam, sajer lepak2 sambil pekena roti bakar.




Katanyer roti bakar jer tapi order mee udang plak! hadohhh! lari tujuan nih!





Haaaaaaa! yang ni untuk aku, teh tarik, telur setengah masak ngan roti telur goreng butter dan ketang goreng untuk bebudak, memasing taknak makan sangat sebab masih kenyang lagi, yang macam masih belum kenyang nampaknya cuma Aby jer r...berenti makan kat mana2 pun tetap order yang berat2! paham cukup r yer...tengok saiz dah tahu! ngeee!!!

Pas makan kat kopitiam, kitorang pun bla r balik umah, balik awal sikit boleh rehat2! penat r asik merayap jer...pendek kata ada jer benda yang nak dibuat sejak balik sini, jadi ni r masanya dapat rehat.
Sampai jer kat rumah, anak2 sedara yang kije semua dah balik, selalunya bebudak ni dah malam buta baru balik, tapi nari awal pulak memasing balik!
Tetiba pok'de sound! '' jom gi makan sate! aku belanja!'' haaaaaaaa! apa lagi! memasing sepantas kilat terus keluar rumah dan masuk dalam kereta masing2! aku pun tak nyempat salin baju, pakai baju dari siang tadi sampai malam terus jugak ikut! lambat takut ketinggalan...konvoi 3 kereta gi kempas, tempat sate yang paling pemes kat JB ni, mana lagi kalau tak ''Warong Wak Radol''





Tah pok'de order berapa ratus cocok? yang aku tahu beduk tak toleh kiri kanan! Rhea pun tak lepaskan peluang apatah lagi aku ngan Aby...bedukkkkkk! makan free!!! hehe





Masing2 bz membeduk! yang pok'de napa plak ghoper nko cenggitu? nko tensen ker kena bayar banyak? lekkkkkkkk luhhhhhhhhh! hahaha!
Takder r...sebenonyer Pok'de tu kepenatan kije satu hari suntuk! tapi yang ngajak belanja dia r jugak! takkan r tensen kan, aku tahu pok'de jenis tak kedekut! bukan pok'de jer! family aku ni sebenonyer jenis tak kedekut, siapa ada lebih, mesti belanja semua, masing2 adil! alhamdulillah...sebab tu gaknya rezeki kitorang sentiasa murah!
Ya Allah, terima kasih dengan rezeki yang telah kau berikan, semoga keluarga kami sentiasa dimurahkan dengan limpahan rezeki darimu...amin.





Kannnn! dah nama pun makan free! makan r sampai merekah kulit perot! apa yang ditunggu lagi...bedukkkkkkk!




Sate Wak Radol yang mabeles takde tandingannyer r...nak tahu nape? sebab toke kedai ni sedara mara mak aku! muahahaha! puji sedara sendiri apa salahnyer, kan..kan..kan tapi kalau yang duduk JB ni mesti kenal r dengan Wak Radol! pemes orang tua ni, satu JB pun kenal dia dan yang memfemeskan dia sebab sate dia yang mabeles! tiada tandingannyer! wuhuiii! puji lagi!
Haaaaaaaa! sebelum menutup tirai catatan, makan sate nari memang free! betul2 free sebab masa Pok'de nak bayar, dorang cakap tak payah! hadoh! ni yang malas kalau makan tempat sedara mara! mesti taknak amik duit! sebab tu aku sekeluarga jarang datang makan sate kat sini, malu tau! setiap kali makan kat sini memang dorang taknak amik duit! pas tu anak2 aku siap dapat duit raya nih! tapi nak kata apa kan...rezeki jangan ditolak! musuh dicari takper kalau jenis yang tak boleh dipercayai atau dalam bahasa pasonyer talam 14 muka! booooooo layannnnnnzzzzz!

Disebabkan terbantut pok'de nak belanja nari, katanya esok Pok'de belanja makan kat tempat lain! yahoooooo!

Apa lagi nak dibuat kalau time2 raya macam ni, makan r kerojenyer, beraya umah orang sana, beraya umah orang sini, open house sana, open house sini, makan sana, makan sini, senang citer bz makan r kalau raya...hehe
Hari ni aku gi open house umah mak ngah mai aku, umahnyer idak ler jauh sesangat dari umah mak aku, kitorang sekaum kerabat gi serbu umah dia dan pekena laksa johor! perhhh! memang kawww r laksa johor mak ngah mai ku itewww, selain laksa johor, dihidangkan jugak mee hoon goreng, lontong, lodeh, kuih muih dan semikut2 raya, semuanya pun aku beduk!




Eqa, anak saudara aku yang badan paling kering tapi bab2 membeduk! ya rabbi! ngalahkan orang saiz badan XXXL, jenis perot stokin gaknyer, dalam boleh sumbat bebanyak! wakakakaka!



Yanti a.k.a Mbon a.k.a Mok a.k.a Wakakaka!
Yang ni tak payah cer r eh...tengok saiz dah tahu!
Jangan tertipu dengan semangkuk yang dipegangnyer itew, sebenarnya dah beberapa mangkuk!




Noni, Eqa, Ina dan hakak r siapa lagi, ni 3 dari 9 anak2 saudara aku yang kaki sental a.k.a kaki membeduk! memang jenis burok perangai kalau jumpa makanan! astaga.....




Perot kenyang hati senang! ahawwww!
Nantikan di open house akan datang, pas ni tah rumah sapa plak yang kena serbu! bersediaaaaaaaaaaaa!!! lekkkkk luuhhhhhh!!!!

Disebabkan siang2 memasing bz keroje, aku kena r tunggu malam2 sikit baru dapat merambu dengan anak2 sedara aku, jam dah menunjukkan hampir pukul 11 malam tau tak! masih nak merayap lagi! kat JB ni sebenonyer sebuah Negeri yang tak pernah tido, 24 jam sentiasa hidop! kalau rajin r 24 jam ni ada jer aktiviti yang nak dibuat, cuma larat ngan tak larat jer r...
Dipendekkan cerita, malam ni memasing ngajak merambu cari nyekek kat Danga Bay, orang2 muda nak merayap! kalau dekat 11 malam baru nak keluar rumah, pukul berapa plak nak balik? arhhh! itu semua tak payah cakap! tak kira r balik pukul berapa pun, keluarga aku jenis yang sporting, pergi r nkorang nak merambu kemana pun, asal balik dahhhh! ingat kita2 yang muda2 jer keluar sekali hakak aku nyebok plak nak ngikut! hakak aku sorang ni memang pantang diajak merambu, nak sesaja menceburkan diri, ni yang kalau hakak aku kat kota tinggi ada pun maunya dia nak join sekali! harosss! kiranya keluarga aku ni jenis kaki merambu r kecuali mak aku! dah slow r, kiranya dah cuci kaki kengkononnyer...hehe




Tempat pertama yang dituju dah tentu2 r tempat yang boleh mengisi perut! kat rumah bukannyer tak masak! tapi dah memalam buta ni makanan kat rumah dah tentu2 r abis, pas tu dah malam2 macam ni perut memang mintak diisi, cuba nko tido! dah tentu2 idak ler rasa kebulo! ni lagi malam lagi sego bijik mata!
Hah! kalau kat Danga Bay ni tempat makan yang kiranya sesedap tekak, kat Bangkok ni hah! walaupun makanannyer ada mahal sikit dari kedai2 yang lain tapi kalau kata pun dah sesedap tekak, apa nak dikesahkan kan..bedal jer r...





Pertama sekali yang wajib diorder dah tentu2 r air kan, macam2 air ada yang penting minum sampai ''ngompol'' wakakaka!




Anak dara aku si Rica order kerang bako, 1 pinggan kecik ni regenyer 7 hengget, mahal kan...kan..kan tapi sib baik sosnyer sedap, boleh dimaafkan...




Som tam, hah! yang ni wajib order! anak sedara aku punya r temahak order 2 pinggan untuk dia sorang! buruk lantak punya budaksss! tapi memang mabeles! pinggan belum sampai ke meja tapi baunya dah sampai dulu! teramatlah bachinnyer...tu yang sedapppppp!




Nasik goreng kung pow! bahaya seh bunyinyer tapi yang penting rasanya juga sodappp! tak rugi ngoder!




Haaaaaaaaaa! yang ni kitorang order lebih! rasanyer memang mabeles tahap bawak sampai ketido! baunya juga lekat sampai bawak ketido! nasik goreng belachan...memang mantol!




Nasik goreng USA, alah! dah tahu dah siapa yang punya nasik ni kan? anak bujang aku r...si abang Rico tu siapa lagik! mamat tu selalu memang makan ala2 omputeh kononnyer...menci tak sedo diri tol!




Mee hoon tom yam tak ketinggalan...licin tinggal mangkok kerana si mangkok yang makan! mangkok tol!




Tak hagak2 ok! pencuci molot nak gak! pulut mangga, sedap! manisshhhh!




Pas puas membeduk tak ingat dunia, singgah plak kat Hong Kong! muahahaha...jauh no berjalan yer nko kak oi! alah bukan Hong Kong jauh nuuuuu! ni Hong Kong kat Danga Bay gak! sambil melayan anak2 main game..




Ina anak sedara aku yang tak abis2 ngan peace! Rhea menten kan dek..kan..kan tapi asal nampak minatang yang kena masukkan syiling ni, dia mesti nak naik! sampai kempes beg syiling mummy nko kerojekan dek oi!




Bukan bebudak jer yang kemaruk main game ni, yang dah kertu2 pun nyebok nak main! buat sesak tempat jer...dah r besoooooo!




Hadoh! anak dara aku merempit nko! jangan dibawa sampai ketua yer...selisih mintak dijauhkan! setakat main game macam ni mummy kasi r...tapi kalau beso sok nko nak bawa moto beso macam Fauziah Latiff tu mummy kasi, tu bukan rempit! tu ada gaya! hehe...mummy nak gak macam tu tapi daddy tak kasi! mencik tau! jeles r tuuuuuu!




Bujang aku abang Rico ni memang aku tahu dia minat kereta! sama macam daddy gak! tah macam mana r minat boleh sama! gilakan kereta!
Takper r bang, time2 macam ni dapat merasa naik game kereta pun jadilah! sok beso nak kereta, pi ngecek ngan daddy!




Masing2 dah kenyang dan masing2 dah kepenatan, mata pun memasing dah nampak macam mata burung hantu! meh kita balik! sok kalau ada kederat, boleh merambu lagi!
Hamboi hakak aku tu kan main lagi eh, leh melayan ikut anak2 dia gi merambu ngan aku! laki nko sorang tu melayan radio tadi! gi balik gih! dah pukul 1 lebih pagi nih! balikkkkkkkkkkkk!

Setelah puas bebudak bercuti sekolah sempena menyambut hari raya, hari ni dorang naik semula sekolah! kalau dah bebudak naik sekolah dan orang yang paling bz sekali ialah mak dan kakak aku yang sorang lagi tu, nak tahu kenapa? sebabnya yang satu tauke jajan dan yang sorang lagi tauke air! sebenarnya rumah mak aku ni betul2 berdepan dengan sekolah menengah dan sebelah sekolah menengah tu plak terletaknya sekolah agama, mak aku ni bisnes jajan dan kakak aku plak bisnes air bergas dan kopok lekor goreng! bisnes memang maju! dulu kakak aku yang sulong buat bisnes ni tapi oleh kerana kakak aku dah pindah rumah, sekarang bisnes ni diambil alih plak oleh kakak aku yang ke-dua, mak aku memang menten dengan bisnes jajannya dari dulu lagi, kiranya cucu cicitnyer memang mewah r dengan jajan..hehe
Dulu kitorang memang tak buat bisnes ni, tapi disebabkan mak aku dulu cuba2 jual jajan dalam rumah, ramai plak budak sekolah dok kerumun depan rumah sampai naik sesak! last2 sekarang siap ada payung biru MBJB, maklom r bisnes dah maju! rumah depan sekolah ni memang punca rezeki tau! dulu mak ngan kakak aku malas gak nak bisnes macam ni, tapi daripada takde buat apa2 sambil isi masa lapang, last2 sekarang dah macam jadi pekerjaan tetap plak dorang2 tu! mana taknyer...masyukkk boleh tahan dengonyer...hehe...




Hah! nampaklah sikit gula2 yang mak aku jual, yang jajan2 tergantung tak nampak! dah dikerumun ngan budak2 sekolah! nak tahu tak, seminggu sekali ada lori jajan yang dok ngantar kat depan rumah mak aku ni dan dalam seminggu tu kalau mak amik jajan kat lori tu bermodalkan dekat Rm600-Rm800, pada aku banyak r jugak, seminggu nko! mesti untung kan..kalau tak untung takkan mak aku nak bisnes jajan nih!
Yang kakak aku plak! hari2 ngambek air bergas! berbotol-botol penuh bonet kereta! sehari jer dah pinis! tu yang tiap2 malam lepas bisnes, kakak aku pi ambek air tu! yang kopok lekor plak ada r brother tu setiap 2 hari sekali pepagi lagi dah nganto depan rumah! mmm...selagi ada rezeki dan selagi terdaya, nampaknyer selagi tulah kakak dan mak aku ni bisnes macam ni, idak mengapalah...janji halal, keroje pun senang! kat depan rumah jer...tak payah gi jauh2.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan berikan ni, walaupun bisnes kecik macam ni tapi dah makan bertahun jugak dorang kekal berbisnes macam ni, tu lah kan, kalau ada kemahuan dan usaha, Tuhan sentiasa bagi rezeki tak kira dengan cara apapun...

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin