Hari ni bangun idak ler pagi2 sesangat, kiranya cecah pukul 10 pagi jugak, tu pun kepala macam pening2 lalat, gaknya kurang tido r...
Raya ke-8 nari tapi nampaknya line clear, belum ada orang calling2 lagi untuk datang beraya, lagi pun tengahari ni aku nak amik dak Dayang dayang dari Sarawak, nampaknya dia seorang jer r yang beraya rumah mak aku ni hari, dari jauh nko dak Dayang ni datang, sambil beraya sambil berkenal-kenalan dengan kuarga aku r..
malam plak aku masuk S'pore, nak ke Changi Airport gi nganto Dayang nak balik ke Denmark plak!



Hah! tu diaaaaa...beg sampai tak cukup2, kotak pun dibalunnyer dok hangkut masuk kapal terbang, walaupun terlebih berat tapi alhamdulillah boleh lepas, kiranya dorang tak berkira sangat r...lebih kurang jer...macehhh pada S'pore Airline kerana bersikap lebih kurang dengan kiter...ceewahhhh!
Pada Dayang, semoga selamat sampai ke Denmark, jangan sedih2, kita jumpa tak lama lagi ok!

Hari ni raya ke-7, rumah mak aku masih lagi dikunjungi dengan saudara-mara, pagi ni dalam pukul 10 pagi makcik aku sampai kat rumah mak, dialah adik-beradik pompuan mak aku duduk berdekatan, sebenarnya ada lagi 2 orang tapi masing2 dah uzur, adik-beradik mak yang lelaki pun tinggal sorang jer lagi, tu pun dah tak kenal dengan orang, dah uzur sesangat, umur pun dah jejak 90 tahun, hari tu raya ke-2 aku dah pi jumpa, yang datang nari ialah makcik yang aku sayang sekali sebab muka dia seakan muka mak, kalau dalam gambar nampak macam lain sikit, tapi kalau berdepan dengan dia memang nampak sepesen tau!
Layan borak dengan dia dan anak2 dia adalah dekat 2 jam, pas tu dia mintak izin nak beraya kerumah lain..
Aku tunggu plak lagi tetamu ke-2 tapi dorang tak jadi datang sebab ada kecemasan, jadi nampaknya line macam clear r plak, rumah pun dah siap2 kemas, bebudak dok ngajak merayap! mata aku sebenonyer ngantuk, ingat nak sambung tido pepetang, tapi kesian plak ngan bebudak ni hah! nak taknak aku layankan jugak r...

(opsss! nkorang peratikan jari jemari mak aku, kesian nko! jari dia kena wap masa masak lontong, aku tak kasi dia dok selak2 tutup periuk tapi mak tu kalau masak memang nak cepat, jengok sana, jengok sini, nampak macam parah gak tau! kesiannyerrrr...makkkkkkkkkkk!!!)




kaki sambung menapak sampai r plak ke Senai Airport, ngambek tiket nak ke.....
biarlah rahsia......hehe



Aby menunggu dengan penuh kesabaran...biasa r...M'sia..ngeee




Bawak plak r bebudak gi Disneyland, hah! jangan memain kat JB pun ada Disneyland okeh! muahahahaaa.....




Bermandi-manda tapi aku macam kompius r...air tu kaler ala2 kunin...bluekkkkk! atau memang kalernyer macam tu? ntah? tapi puas gak bebudak tu berendam kat air yang kaler semacam tu!



Pas puas bebudak tu berendam, bawak r plak dorang gi pam pe! tapi pam pe ni banyak yang orang dewasa punya mainan r, jadi yang orang2 dewasa jer r nampak happy semacam! pada yang taknak ikut tadi, rugi nkorang! padan muka dok umah buring mengadap tb! hahahaaa




Jommmmmmmmmmm!!!!!




Berangan jugak main game ni, konon dengan harapan dapat r bear beso ni, kalau tak muat masuk kete, boleh sewa lori, hampeh nko! habis dah banyak gak tapi dapat yang kecik2 jew...menci! nkorang tipuuuuuuuu aku tau!
Hah! dah tahu kena tipu pun berangan nak main lagi, duit plak dah banyak dilabur...menciiiiiiii!!!




Yang ni langsung tak dapat! aku geram jer..tapi bawak balik idak ler tangan kosong, dapat pen cap ayam 3 batang, teddy bear 2 ekoq, duit abis dekat seratus lebih! hampeh tol!




Pas tu barulah nak insap, dan barulah nak melayan anak2 main2 kat situ!
Cute Rhea dengan kete ijo kombet! hehe




Kat sini pun banyak bebudak ni habiskan duit! nampak tu ''mesti dapat hadiah'' katanyer...dapat memang r dapat tapi jenis2 dapat yang cap ayam jugak! menci tau!




Lesing keleta...sekona lagi sampai! lek luhhhhhhhhh!




Rica, Rico dan sepupusnyer...hamboi! seronot nampak! bergumbira nampaknya anak2 aku nari, aku sukeeeeeeeeeee!




Kepohnyer nampak kakak tu! nak naik robokop tu dok r diam2, bleh plak lagi nak menjerit-jerit! hah! nanti jerit r pepuas yer...
Hambek nko! tah apa kenama robokop yang aku dan anak2 sedara aku yang dah kertu2 tu naik ni dok pusing2 tinggi2 sampai macam nak terpelanting keluar! (bebudak tak leh naik menda nih!) seram nko! jerit sampai tak keluar suara tau! hilang jap anak tekak hakak! pas tu perut memulas, tekak loya, kepala pening! yang anak sedara aku sampai muntah2! penangan naik robokop ni r...mak aihhh! ni pertama dan terakhir aku naik menda ni, best memang best! tapi yang tak bestnyer pas naik pening tak ilang, tekak loya macam nak muntah! tak suka r plak nak rasa macam ni! tapi apapun aku anak beranak bersama kaum kerabat aku yang ikut tadi tersangatlah gumbiranyer


Baru sempat nak masukkan gambar beraya, ni pun hanya beberapa keping jer...disebabkan line internet yang lembab tahap siput poyo kat sini, jadinya aku dapat masukkan apa yang termampu jer r ekkk!!! ni pun berejam nak masukkan 3-4 keping gambo...menci tau!

Dari start raya ke-2 sampai lah sekarang ni, aku teramatlah seboknyer, beraya rumah kawan2 pun tak abis lagi, setakat ni hanya dapat gi 3-4 rumah jer, yang saudara mara pun banyak yang belum nyempatkan diri, maklom r kaum kerabat ramai! kalau tak sempat tahun ni, insyaallah kalau dipanjangkan umur, tahun depan r hehe.. boleh gitewww! jemputan open house pun ada jugak tapi tak dapat nak datang disebabkan ramai saudara mara datang beraya kat rumah, jadi aku kena r tolong mak! tu yang kadang2 jer dapat bergerak! penat tu tak payah cakap r...tapi dah nama pun RAYA, mesti r cenggini ghopernyer...




Tapi acara balik kampong beramai-ramai memang haros dilakukan walaupun tahun ni ramai yang tak turut serta, biasa r memasing dah ada mertua...uhuk! uhuk! kurang forum tak best tau! tapi walau apapun suasananya tetap kecoh! cuaca yang teramat panas tak menghalang kitorang gi beraya, tapi tak sampai setengah jam memasing dah panas punggong dok dalam umah, memasing gi lari kat luar cari parking tempat teduh yang agak berangin sikit, macam2 karenah r...kelakar pun yer gak! ada yang singseng kain dari baju kurung jadi skirt, ada yang bukak baju (yang lelaki2nyer r) ada gak yang tak pakai kasut dek kepanasan, kalau pijak tanah tu rasa macam sejok jer...cuba tengok sapa yang dok bimbit kasut? tak senonoh betul pi beraya umah orang tak pakai kasut!




Ahawwwwww! hakak bersama pondan operate ok! cuma tang perot tak sempat nak operate lagi tu! wakakakaaa...hamponnn! sebenarnya ni abang ipar aku tau! sporting giler abang ipar aku nih, lagi dulu sampailah la ni perangai dia sama jer....jenis kepala giler2, buat lawak manjang! penat r aku ketawa kalau dia ada! kalau beraya rumah saudara-mara pun aku mesti nak dia ada, kalau dia takde kompom boring! yang kelakarnya kalau abang ipar aku ni ada, dia akan buat lawak kat setiap rumah yang kitorang gi..pendek kata suasana akan jadi kecoh dan happy!

(Pok'de kat belakang tu nampak stressszz jer...kepanasan ker? lekkkk luuhhhhhh!)




Hah! sampai tak muat2 rumah mak aku, dari yang dok kat dapo sampailah kat depan tu hah! umah mak aku pun bukan beso sesangat, kecik jer..setiap kali saudara-mara datang beraya memang gini r ghopernyer...penuh sesak! sebenonyer dari raya pertama sampailah hari ni rumah mak aku ni sentiasa ada jer tetamu yang datang, alhamdulillah...murah rezeki mak aku tu...semalam sampai aku import kakak aku suruh datang kerana aku tak larat nak buat kije ngan mak jer, ni ok sikit r kakak aku datang tolong! nak tahu tak hari ni punya cerita r...pukul 12 malam pun ada tetamu lagi yang datang, jangan tak percaya plak! tapi memang betul! pukul 2 lebih pagi baru semua clear...pinggan mangkuk dan cawan2 plak memang berlonggok tapi tu kije anak2 sedara aku, biar dorang yang berehkan...hari ni hakak memang penat giler...nak tido ni sebab esok nak bangun awal gak, nak gi paso sebab ada tetamu lagi nak datang, esok kan cuti 1 M'sia, jadi ada yang amik kesempatan sambung beraya...tadi ramai yang call mak aku (saudara-mara) katanya esok ni nak datang, kiranya aku kena bersedia, jumaat plak ada tetamu dari Sarawak, pastu nak masuk S'pore...alahaiii! tanggal tulang2 hakak u...tapi raya punya pasal, setahun sekali plak tu, hakak rela..

Selamat Hari Rayaaaaa....





Raya ke-4 aku beraya kat rumah Sis lin dan Mat Gebus, suasananya tersangatlah meriah! nak tahu apa yang buat meriah? hah! molot Sis lin ngan Mat Gebu r...ya hamfun! dorang tu punya r kecoh! kelakar badak aku ketawa tak berenti, silap haribulan kalau tak kemut betul2 boleh putus urat kentut tau! best sangat jumpa dorang tu, hati yang tawar pun boleh jadik manis, perasaan yang sedih pun boleh jadi gumbira, hotak yang mereng pun boleh jadik lagi tambah mereng...tapi senang cerita dorang2 tu memang kepala best gilerrr.
Aku tak keseorangan masa gi umah Sis lin kerana ditemankan oleh hakak kesayanganku iaitu Kak Ct Delima bersama keluarganya dan En Azman Ahmad atau nama glemnya ''Kasawari'' juga bersama keluarganya, kitorang dihidangkan dengan mee kari mabeles!
Sebelum kitorang bertolak kerumah Mat Gebu, nyempat lagi bergambo-gambo bagai nak rak! gambar kat atas tu aku bersama Kak Ct Delima dan Sis lin yang memang sporting giler...aku sukeeeeeeee!




Haaaaaa...bukti aku dah jejakkan kaki kat rumah Mat Gebu! ni dia tiffin biru Mat Gebu yang glem itewwww...seram nak pegang! takut jatuh! hehe
Masuk rumah Mat Gebu terasa sejuk jer mata mandang, hiasan rumah tersusun rapi, koleksi si Mat tu tak payah cakap r...rasanya sampai tak cukup tempat kot? hidangan soto ayam, mee hoon goreng dan segala bagai kek2 lapis, kuih-muih terhidang dengan mesranya sekali! banyak sampai tak termakan! yang pastinya si Mat tu memang power memasak! tapi tak tahu r kalau si Mat tu ada bela orang halos! cepat beneno dia buat kije! tah2 dia suruh orang halos dia yang buat kije! hehe hampon Mat! tapi aku tahu nko memang power ranger r...serba serbi power! tak puas rasanya jumpa si Mat ni, tapi apakan daya, masa tak mengizinkan, kitorang balik dengan hati yang gumbira dan perut yang sendat!
Terima kasih kat Mat kerana kasi aku kek buah! and aku suke mak nko yang baik itewww...tapi mak nko dok cium gomol2 pipi aku terasa macam baby kejap! ngee :D
Ada umur panjang, insyaallah kita jumpa lagi yer Mat, Kak Ct Delima juga Sis lin, jangan lupakan kiter tau!





Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin..
Dari Suejoshua sekeluarga.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin