SUMBER DARI: Mak


BAHAN-BAHANNYA:
  • 3 kilo daging lembu - dipotong
  • 200 ml santan cair
  • 200 ml santan pekat
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 keping asam kelugor
  • 200 gm kerisik
  • 8 s/b ketumbar - disangai dan dikisar halus *
  • 2 s/b jintan kasar - disangai dan dikisar halus *
  • 2 s/b jintan halus - disangai dan dikisar halus*
  • Garam, perasa dan gula
  • Minyak untuk menumis
  • BAHAN KISAR:
  • 20 biji bawang merah kecil
  • 10 biji bawang putih
  • 3 cm halia
  • 4 cm lengkuas
  • 1 cm kunyit
  • 3 batang serai
CARA-CARANYA:
  • Masukkan bahan yang bertanda * kedalam blender dan kisar bersama bahan kisar.
  • Tuangkan bahan yang telah dikisar tadi pada daging dan masukkan juga perasa, gula, asam gelugor dan daun limau, gaul sebati.
  • Perapkan daging selama 8 jam dan disimpan kedalam peti sejuk.
  • Panaskan minyak dan tumiskan daging perap tadi, kacau hingga air daging kering, kemudian masukkan santan cair, biarkan sehingga daging agak empuk, barulah dimasukkan santan pekat, kacau lagi hingga agak kering.
  • Masukkan garam secukup rasa, kacau lagi hingga sebati, kemudian masukkan daun kunyit.
  • Akhir sekali masukkan kerisik, kacau hingga pekat dan kering, barulah ditutup apinya.
Suejoshua Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Seluruh Keluarga, Teman2 Dan Sesiapa Sahaja Yang Mengenali Diri Ini, Mohon Maaf Zahir dan Batin, Semoga Aidilfitri Kali Ini Akan Membawa Kebahagiaan dan Kegembiraan Kepada Semua.

Salam Aidilfitri Dari Suejoshua Sekeluarga.

Malam raya sedang aku dok tolong mak masak, Aby plak dok melayan anak2 main2 bunga api dan mercun! seronoknya rasa malam raya, meriah suasananya, aku sukeeeee!




Pas Aby melayan anak2, pok'de plak balik kije terus melayan plak anak2 aku, lagi r meriah, pok'de tu jenis yang rajin nak melayan bebudak! dengan suaranya yang kecoh lagi tambah meriah! tapi kat M'sia ni memang tak boleh main mercun tau! kiranya kita2 ni main ikut nasib jer r...harap2 masa main mercun ni pak polisi jangan r lalu depan rumah, kalau idak! naya teman!

Ya hamfunnn! kebohsanan aku nari sehari suntuk takde gi mana-mana hanya nunggu masa untuk buka pose! hanya aku anak-beranak ngan mak jer, pastu memasing dok main game, yang mak plak sebok dok kat dapo siapkan bahan2 nak buat serunding, aku memang tak tolong nyer...mak tak kasi! buat menyemak dapo jer, mak tu kalau masak memang tak nak diganggu! nanti banyak plak tangan, lain plak rasanyer...katanyerrr!
Aku ni dah r bangun lambat, pas tu bukannyer buat kije apapun! kalau dah balik M'sia ni aku memang pemalas! mana tak malasnyer, dah r kena manja2 pas tu semua benda pun ada depan mata! tu yang tambah lagi ngada2 gediknyer.
Sambil2 nunggu masa buka pose tadi ni kat dalam bilik dok berangan sesorang ngambek2 gambo sendiri, pas tu berangan plak nak masuk dalam blog, padahal muka tak semengah macam momok! dengan tak bebedaknyer! buruk bebeno ghoper nko SueJ.
Idak mendapa-apalah...aku memang sesajer nak letak gambo buruk ni, selalunyer nkorang tengok aku dengan bermake-up 4 inci, kali ni tengok plak muka aku yang sebeno-benonyer! jangan mimpi ngeri dah r eh..

Sampai jumpa lagi, Selamat Menyambut Hari Raya yang akan menjelang tak lama lagi ni, kalau ada catatan raya nanti, pasti akan aku up-datekan.
Raya jangan lupa kat aku tau!



Mengenangkan jem kat mana2 pun time2 weekend macam ni kat JB, jadi aku ngan anak sedara aku dok merambu masuk S'pore, dekat pun dekat! jalan bukannya tak jem tapi kureng r sikit dari hari kije! masuk S'pore pun bukan pi yang jauh2, hanya jejak kat Woodlands jer, tu je tempat yang paling dekat dan senang sekali nak dituju, Woodlands ni ala2 pasar baru kat Jb dulu2 r...kalau gi Woodlands ni mesti teringat kenangan pasar baru kat Jb masa aku kecik2 dulu..macam2 ada r gamaknya!




Operasi mencari baju raya masih lagi dijalankan, sampai masuk S'pore dok mencari baju raya! tapi dah nama pun jenis cerewet! takde pun yang berkenan! nak cari macam mana lagi pun aku tak tahu r...sebabnya banyak sesangat pesen! jadi tak tahu raya ni nak pakai pesen jenis apa? susah2 pakai baju kupu2 (baju tido) dah r..murah pun murah, hehe




Lain yang dicari, lain yang dibelinyer...tah apa2 jer yang aku nyoppingkan tapi ternyata kat sini memang murah! dan yang paling best sekali radio kecik mak aku telah aku temui disini, radio yang aku belikan mak memang kecik giler, segenggam jer tau! dan macam tu yang mak aku nak, senang nak masuk dalam beg! puas mencari dari Denmark sampai ke M'sia, last2 jumpa kat S'pore! ok r tuuuuuuuuuuu!


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin