Assalamualaikaum....dan selamat sejahtera kepada pengunjung yang datang ke blog aku ni, maaf kerana blog ni dah lama takde catatan dari aku mau pun resepi, bukan sebab aku malas atau takde apa yang nak dicatatkan tapi sebab aku masih lagi dalam kepenatan! maklom r aku ni baru je sampai kat M'sia ni, pas tu line internet kat sini teramatlah siputnyer, nak masukkan satu gambar boleh ngambek masa yang buatkan kesabaran aku tercabar! ciiwaahhh! tu yang main catat jer r apa yang patut dulu, nanti aku cari r tempat yang line ok sikit! bawah pokok kelapa sawit ke, bawah jembatan ke kan..hah! baru aku tepekkan gambar eh..banyak gambar ni, tapi sayangnya masih belum dapat ditepekkan kat sini..banyak2 bersabar yer..

Kepada nkorang juga kawan2 ku semua, untuk pengetahuan nkorang aku dah 2 hari kat M'sia, balik bercuti u...seronokkk!

Kita jumpa dicatatan akan datang...selamat berpuasa!


Sedih r nak citer bab2 perpisahan nih, tapi kena citer gak! apapun kita amik mood dulu eh! taknak sedih2 dulu!
Hari ni aku berjanjian dengan muna nak jumpa kat rumah dia sambil buka pose sesama, jadi masa sampai rumah muna aku agak terlambat sikit, jadi sampai jer terus buka pose! sib baik tak lambat sangat, hanya beberapa minit jer...mintak maap yer hakak munaku..
Hidangan enak buka pose aku nari ialah ayam kurma muna style, lain dari yang lain dan semestinya memang sedap, bukan tu jer, adalah lauk pauk lain juga yang dihidangkan tapi ayam kurma ni istimewa sikit! dalam umah macam bau hari raya tau! dah r sampai rumah dia jer terasa macam dah nak raya sebab pintu masuk dah terpasang lampu lip lap! tapi lupa nak ngambek gambo! hehe
Makan2 gak! tapi borak memang tak dilupakan..cian muna dok tercampak hujung meja nu, dah macam bibik plak! tapi sebenonya dia nak bertentang mata sambil makan dengan cik abang dia nu, tu pasai satu hujung sini satu hujung sana...tapi kan masa makan ni tah apa yang menarik sangat citer En Hazzim tu sampai Aby terkejam-kejam mata dan aku dok terpaku mendengonyer...yang muna tak kisah apa pun, suruh makan dia makan, suruh posing dia posing! hehe



Mintak maap banyak2, gambar ayam kurma istimewa tu tak sempat nak dingambek gambonyer, memasing dah membedal tak ingat dunia, maklom r time buka pose, dah tak ingat nak bergambo, asal perut diisi dulu, itu yang penting! harap muna akan masukkan resepinya nanti kat fp dia, nkorang cuba r jengok2 resepi ayam kurma tu kat http://munafadaaq.fotopages.com/ dan dessert best dari muna ialah ice-cream ngan crumble apatah kenamanya aku lupa, tahu makan jer..teruk tol r aku ni..




Haaaaaaaa! ni biskut raya yang paling banyak aku makan! punya r sedap biskut ni, resepinya juga ada dalam fb muna, tak rugi kalau buat biskut ni, aku jamin sedap giler...ghoper macam biskut makmur kan, tapi bukan! sedap! sedap! dan sedap! tu je yang boleh aku cakapkan.




Hari pun dah malam, saat2 perpisahan semakin dekat, anak2 tak lepaskan peluang bergambar sesama ngan Elsa iaitu satu2 nya anak dara muna yang cun melecun..macam hindustan pun ada gak!
Mmm...tah bilalah kita dapat jumpa lagi yer Elsa? mungkin kalau diketemukan balik masa tu pun time Elsa jemput datang kawin kot? hehe..lama lagi tu!




Huwaaaaaaa! dalam hati sedih bagai nak rak! masing2 cover sedih! gambar kenangan aku, aby, muna dan hazzim, ada umur..ada masa jika diizinkan Tuhan insyaallah mungkin kita akan dipertemukan lagi walaupun bukan kat Denmark ni tapi mungkin ditempat lain.
Oppsss...lupa nak citer, muna sekeluarga akan berpindah ke Florence, Italy tak lama lagi, kiranya kalau aku balik semula ke Denmark ni dari bercuti bulan Oktober nanti, muna ni dah takde kat sini! jadi sebab tu aku jumpa muna nari sebelum aku berangkat balik bercuti ke Msia khamis ni, tapi kita masih boleh calling2 kat email atau fb kan muna kan..kan




Selamat tinggal muna sayang, percayalah...selama mengenali muna, hidup sue kat Denmark ni bertambah ceria, muna kawan yang baik, yang memahami hati, perasaan dan perangai sue, walaupun kita akan berjauhan tapi kita akan selalu dekat dihati, sue akan selalu ingat pada muna.
Semoga persahabatan kita kekal abadi..

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin