
Huwaaaaaa! kakakku linda ngan kel jorn dah pindah rumahhhh! aku sedih r jugak sebab sebelum ni linda ngan kel jorn duduk berjiran dekat sesangat ngan rumah aku, selalu dok melepak, makan2, borak2 kat rumah dia, tapi dia dah pindah sekarang! mana aku nak dok melepak lagi pas ni? ek-eleh! macam jauh bebeno linda tu pindah! meh aku cer sikit kat nkorang eh..nkorang kenal kan linda ngan kel jorn? dorang selalu gak aku masukkan dalam blog aku ni, takkan tak kenal plak!!! semalam linda ngan suaminya kel jorn dah pindah rumah lain, sebelum ni dia memang berjiran dengan aku, tapi disebabkan dah lama sangat dia duduk rumah beso dia tu, lagipun anak2 dia dah beso panjang, memasing dah tak duduk sama, linda ngan kel jorn pun dah berumur, jadi susah untuk dorang nak jaga rumah beso tu lagi, nak jaga garden lah, nak ngemas rumah sebeso banglo nko rumah dia tu, kalau ditengok dari umur diorang memang kesian nak ngemas rumah sebeso tu, lagipun sekarang dorang dah dok berdua jer, jadi dorang ambik keputusan nak sewakan jer umah beso dia tu dan dia laki bini nak sewa rumah kecik sikit r...tu yang diorang pindah semalam, menda ni dorang plan dah lama, dulu pun dorang ada cer ngan aku, jadi aku memang dah tahu yang dorang nak pindah, sedih memang sedih tapi nasib baik rumah sekarang ni tak jauh sangat! jadi bebila aku boleh lagi datang melepak! hehe
Sebenarnya dorang pindah semalam tapi disebabkan elektrik rumah baru dorang tu belum ada, aku malas r nak datang semalam, cuma linda dok hangkut rico & rica je bawa gi sana, bebudak tu boleh tolong gak t linda dia tu, nari aku plak datang tolong ngemas! punyalah banyak dengan kotak2, adoh! pening dibuatnya, apatah lagi linda tu kalau tak ditolong, kesian plak dia nak buat sesorang! penat nko kalau bab pindah2 rumah ni, banyak kije r gamaknya...tulang belulang tak payah cakap r...kompom sengal! kesian kat dorang tu walaupun ada yang tolong termasuk anak2 dorang tapi tuan rumah mesti rasakan lagi penat! sabo jer r linda eh..semoga cepat siap dan sattle semua urusan rumah, pas tu kita pi holiday plak kat sarawak! waaa...kalau ikut kita punya plan, aku sekeluarga bersama linda ngan kel jorn akan bercuti di kucing sarawak bulan depan pas raya..yuhuuuu seronoknyer! tapi aku balik mesia dulu r, linda ngan kel jorn berangkat lambat sikit sebab nak ngemas rumah dulu betul2.
Yang bestnyer aku ngan kel jorn dah pakat nak melantak seafood sampai merekah kulit perut! katanya kat sarawak seafood murah! jadi selagi boleh lantak, memang aku akan lantak sepuas hati! hehe

Ni hall rumah linda, boleh tahan besar jugak tapi masih berselerak r..banyak benda lagi yang masih belum selesai, biasa r kalau pindah ni bukan terus boleh clear 2-3 hari kan, makan masa punya!

Waaa! ni plak ghoper hall rumah linda lepas dah dikemas! nampak cantik walaupun belum seratus peratus disusun, dinding2 masih kosong, gambar2, cermin2 beso, frame2 gambar, lampu, semua belum letak kat dinding tu, jadi nampak macam lapang sikit, sok dah penuh dinding tu maunya berpino plak mata menengoknyer...tu pun linda ni tak bawa semua barang2 rumah dia, kiranya dia hanya bawa sikit jer untuk rumah baru ni, barang2 yang lain ditinggalkan jer kat rumah lama, kiranya sesiapa yang menyewa rumah tu memang full furnished r..tinggai cuci kaki jew..best gak eh, tapi kalau aku memang tak mampu nak sewa rumah dia tu, beso bebeno pastu yang pastinya tak mampu aku nak membayonyer tiap2 bulan, hehe

Pas mengemas, kita pun dok balun chapati ngan kari, memandangkan dorang menghormati masa berbuka aku, jadi semua pun tunggu sampai masa aku berbuka! kesian kat dorang, dah r kemas tak ingat nak makan, pas tu bila nak makan kena plak tunggu sampai masa aku buka! tapi aku tahu dorang buat ni semua kerana penghormatan! aku memang hargai kebaikan dorang. Tengok r kan..bangsa lain pun boleh hormat pada kita lebih2 lagi masa bulan ramadhan, apatah lagi sesama kita ni..

Tak pose pun sebok gak nak buka! padahal makan tak berenti dari siang tadi, nampak orang makan, dia pun sebok nak makan tapi balun sekeping roti ngan kari jer..pas tu tah mana hilangnya....

Wooo...hilang pi siniiii! sebok menyelit tengok movie! takper r asal tak lari sana sini time orang nak ngemas dah r..pepandai r bawa diri yer anak2, makpak pas kenyang makan, nak dok borak2 jap sebelum balik! esok nak kena keluar lagi, ada lagi urusan belum selesai! barang2 yang nak dihangkut balik mesia pun masih belum packing nko! tah bila r ada masanya nak packing tu! kain baju dah penuh atas katil rhea dok bertimbun mintak disumbat dalam beg! tapi belum berkesempatan! bab2 packing2 ni sebenonyer kije aby tapi mamat tu ahad ni nak pi amsterdam 3 hari, aby balik tinggai 1 hari je masa untuk packing nanti sebelum berangkat ke mesia! gila kelam kabut dibuatnya nanti! tak cayer tengok r..kije tangguh2! hah! ini r ghopernyer...hmbekkk nko!




















