
Panjang nko cerita aku kali ni, dah macam baca novel, sapa yang terlarat nak baca tu, silalah...tapi sapa yang ada semput tu..kalau tak larat nak baca, tak payahlah yer...kesian kat nkorang nanti! lelah! letih dibuatnyer! tapi kalau nak baca gak! bacalahhhh....
Mmm...memandangkan aku baru baik dari demam, kije pun tak banyak kat rumah ni, masak pun yang simple2 jer...takde menda nak dimasukkan pun kat dalam blog ni, jadi masa baring2 macam ni sambil beribakan notebook, meh dengar cerita aku masa dari aku mengandungkan anak koretku (bongsu) sampailah dia dilahirkan (dah cakap dalam hati biarlah Rhea ni jadi anak yang bongsu, dah tutup kilang)
Di awal kandungan aku kira2 2 minggu, aku mula rasakan badan aku memang macam orang tak sihat, tak tentu arah! nak kata demam! tak jugak! tapi memang lain macam r rasanya...dulu memang masa Rico & Rica tak rasa macam ni, normal jer macam orang lain gak! sebab darah sama kot!
Nak tahu tak, berat badan aku hanya 32 kg masa kandungan aku 3 bulan, bayangkan lahhhh...dan percayalahhh!!!
Bila kandungan mulai membesar, selera makan pun memang dah takde! badan dah mula susut! dah r aku ni jenis badan kering kontang, ditambah plak kalau tak berapa nak makan, memang r makin kering! jejak ke 7 bulan aku ngandungkan Rhea, badan aku semakin menyusut sehinggakan tinggal 35 kg jer, yang naik hanyalah berat kandungan kot...nkorang bayangkan betapa kering kontangnya badan aku, macam jerangkung nko! ya hampon! takuttt! macam minah gian pun ada gak! yang membuncit hanyalah perut! tengok kat cermin dah macam orang Ethiopia tau! nyampah aku nak tengok cermin masa tu! kalau gi klinik tu tak payah cakap r..dah berpuluh kali, nak tahu sebabnya? hah! rupanya baby aku ni tak sama darah dengan aku, baby sama darah dengan daddy dia iaitu darah "O Neg" dan aku "O Pos" so badan aku tak boleh terima baby tu dan cuba nak gugurkan baby tu, kiranya kandungan tu asik nak jatuh jer...sebab tu aku selalu gi klinik, kena selalu check-up dan ambil ubat untuk tahan kandungan dari keguguran dan ambil ubat untuk aku jugak dari vitamin sampailah ubat apa2 yang boleh kuatkan badan aku cz aku memang dah takde selera makan pun.
Disebabkan aku tak ada selera makan dan badan dah tak kuat, memang aku hanya baring kat sofa dari pagi sampai malam, bangun pun time nak kebilik air atau masuk tido kebilik, masa tu mak aku yang jaga aku, lap2kan badan aku, salinkan aku dan dialah yang masakkan untuk aku sekeluarga, suapkan makan untuk aku, kalau tak memang aku tak makan r..tu kira makan kena paksa walaupun 2-3 suap jer tapi kalau mak aku suap baru aku nak makan, mak jaga aku sampai aku habis hari! pengorbanan mak yang tak dapat dibalas...sayang aku pada mak hingga akhir hayat aku, Ya Allah..kau panjangkan umur emakku, berilah dia kesihatan yang baik, senangkan hatinya, bahagiakanlah hidupnya, semoga selagi ada hayatnya, aku ingin membalas budi dan jasanya semampu aku, insyaallah...
Berbalik pada cerita aku ni, kalau nkorang nak tahu dari awal kandungan aku sampailah kandungan aku membesar, aku punyalah suka minum air tin red bull, kata orang tak bagus minum air tu tapi dr aku cakap kalau aku dah tak makan apa dan hanya air tu jer yang boleh masuk so minum jer r dari takde apa2 pun yang masuk dalam badan lagi bahaya! nkorang nak tahu tak? dr aku ni ialah dr peribadi, family dr Aby, ni semua mak mertua aku dah uruskan dr mana yang harus jaga aku masa tengah ngandung! nak tahu tak? dr ni ialah dr masa mak mertua aku lahirkan Aby tau! satu keturunan nko pakai dr yang sama, dari Aby ni anak yang sulung sampailah adik dia yang last sekali dan sekarang sampailah ke anak2 dorang ni plak! nkorang bayangkan r tua tak tua r dr ni..hehe
Dulu aku pernah cakap jugak ngan mak mertua aku yang aku taknak ambil family dr yang di recommendkan pada aku ni, tapi bila dah kenal dan dah selalu jumpa, buat check-up dengan dia, rupanya dia adalah the best dr yang pernah aku kenali, takde tandingannya r pada aku, sampai sekarang pun kalau balik Mesia memang aku pi melawat dr ni r...sayang seh aku kat dr ni, nama dia Dr Norjahan tapi kitorang panggil Dr Nor jer...
Ok! bila kandungan aku 7 bulan, aku memang dah tak tahan nak menanggungnya dan dr aku cakap kalau dah tak tahan, aku boleh stop ambil ubat tahan kandungan tu dan aku boleh terus beranak! tapi Dr cakap bila lahirkan anak 7 bulan, banyak risikonya, baby terlalu kecik dan sistem2 pembesarannya belum cukup sempurna dan dia nasihatkan aku untuk kuatkan semangat dan tahan perasaan sehingga lagi 2 bulan jer, maknanya dia suruh aku beranak cukup 9 bulan, tu pun kalau aku boleh tahan lagi r...semuanya terpulang pada aku dan dia kasi aku masa untuk berfikir panjang dulu.
Makan 2-3 hari jugak aku dok fikir2 sambil Aby, mak aku, mak mertua dan family yang lain cucuk2 nasihatkan aku, jadi aku ni semacam kuat semangat plak nak teruskan kandungan ni, yer r...buatnya aku lahirkan baby 7 bulan, pastu ada risiko lain, maunya nyesal tak sudah nanti, tu pun aku selalu takut cz aku ngandung dengan makan tak betul, minum red bull lagi, mmmm...macam2 yang kat fikiran aku, tapi Aby selalu cakap jangan fikir yang buruk2 lagipun Dr aku selalu cakap yang baby aku sihat kat dalam perut! tu yang buat aku sayang kalau ada apa2 yang jadi.
Akhirnya aku teruskan kandungan aku sehinggalah masuk 9 bulan, masa tu keadaan aku tak payah cakap r...hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasakan, kalau fizikal aku lagi r susah nak dikatakan...ngeri nko! berat badan dengan ngandung 9 bulan hanya 37 kg...arhhh...ngeri nak citer...nkorang bayangkan jer r...jangan tak caya plak! percayalahhhh...aku nyanyi lagu Dato Siti kuat2 nih! hehe
Saat yang dinantikan, 2 hari jer aku berenti makan ubat tahan kandungan tu, tanda mulai keluar (tanda orang nak bersalin ler...yang dah pernah bersalin mesti tahu nyer..) persiapan memang dah lama tersedia, tinggal tunggu dihangkut jer...apalagi terus jer r gi spital (Pantai Medical Centre Klang) bila dah masuk wad, tunggu punya tunggu..takde apa2 pun yang menandakan baby nak keluar! hadoh!!! time tak kasi keluar nko nak keluar sesangat! time suruh keluar nko malu2 plak nak keluar! dugaan tol r...akhirnya Dr Nor pecahkan water bag aku setelah menunggu sehari suntuk tunggu dia pecah tapi tak pecah2...hah! 1/2 jam lepas water bag pecah, sakit yang kuat mula terasa! sakitnya tak payah cerita r kan...yang pernah bersalin mesti tahu nyer...yang tak pernah bersalin macam Mat Gebu tu atau yang lelain tu...nkorang bayangkan jer r sambil gosok2 perut yer...wakakaka!
Oleh kerana aku memang takde tenaga, macam mana r nak melahirkan baby kan...nkorang bayangkanlah lagi...tapi nasib baik gak aku bedal red bull nko, kiranya air tu gak yang membantu aku! yeeehhhaaa!!! menanduk macam red bull..kihkihkih! takde maknanya, sama jer..tetap takde tenaga pun! pastu masa tu spital tu boleh takde elektrik, lampu ada r tapi perkakas untuk operate memang tak leh pakai r...kalau nak operate memang kena hantar kat cawangan spital yang lain, ada gak cawangan yang berdekatan tapi kalau tengah sakit, ya hampon! sapa larat nak kesana...oh tidakkk! tapi itulah yang aku alami! baby dalam perut mulai lemas dan aku masih tak larat nak keluarkan (menerannn!!! ahawww malu plak nak cakap! takut nkorang bayangkan time aku ber...plak! ngeee..)
Dr cakap kalau aku tak larat nak keluarkan baby, aku memang kena operate dan sah2 lah aku kena berpindah ke spital lagi satu! huwaaa...aku taknak! bukan taknak kespital lagi satu tu tapi aku taknak di operate! taknak! taknak! dan kerana taknak itulah semangat aku jadi kuat! tetiba aku jadi Wonder Woman nko! tah mana datangnya semangat tu aku pun tak tahu! dr suruh Aby masuk bilik bersalin tapi aku taknak! aku tahu kalau Aby masuk nanti aku akan jadi manja, ngada2 pun datang, sebab Aby memang selalu manjakan aku walau dalam keadaan apa sekali pun lebih2 lagi time aku sakit! oh tidak! lebih baik biar aku hadapi sesorang! biar aku kuat sikit semangat! takde nak boleh ngada2, manja2 lagi, hadapilah nko sendiri! dengan cara ni aku boleh jadi kuat! aku tahu itu!
Dengan semangat Wonder Woman yang tetiba datang tu, aku selamat melahirkan baby girl yang tersangat comel sekali walaupun kat rambut penuh dengan kotoran...bluekkk! hehe..
Dengan seberat 2.92 kg dan dalam keadaan sihat dan cukup sifatnya, dia diberikan nama Rhea Alicia Binti Mohd Farhan Joshua, waaa...nama bapak lagi panjang nih! dan inilah anak aku yang terakhir (dengan izin Allah) kerana aku, Aby dan family semua dah tahu yang aku dah memang taknak bersalin lagi, tapi ini adalah rancangan kita sebagai manusia, kita tak tahu rancangan Allah yang maha berkuasa, jadi sebagai manusia, inilah rancangan aku.
Nak tahu tak? sepanjang aku dalam hari, punyalah senang nak menjaga dak Rhea ni, dah r tak bangun pun malam sampai ke subuh, hanya bangun pagi untuk susu, pastu tido! tengahari susu lagi..pastu tido! petang bangun susu pastu tido! 9 malam susu pastu tido sampai kesubuh baru bangun! minum susu campur kadang kasi susu aku, ahawww! tapi kebanyakkan kasi susu botol sebab dia macam kenyang minum susu botol! gaknya susu aku sikit jew..dia tak puas! maklom r nasik lemak singgit jew..mana banyak bekalannyer kan..hehe! dan tu r yang terjadi sampai dia hampir 2 bulan, nangis pun sikit2 jer..pendek kata memang senang dan memang tak myusahkan langsung! anugerah Tuhan yang terlalu istimewa! mungkin inilah ganjaran dari kesusahan masa aku ngandungkan Rhea kan? Tuhan kan maha Adil! memang terasa sangat keistimewaan yang dia telah berikan, sampaikan aku dan family rasa macam miracle lah! jangan nak muntah plak nkorang dengo! tapi percayalah kat hakak ni yer...
Bila umur Rhea 3 bulan, aku mulai rasa lain sikit sebab Rhea macam tak boleh nak minum susu, selalu perut dia meragam, buang air besau selalunya cair! kiranya macam tak normal r untuk baby macam dia tu!
Bila bawa gi jumpa dr, ghopernyer Rhea ni sebenonyer alah dengan susu yang ada laktosa (lactose) dan baru kitorang tahu gak yang Rhea sama ngan daddy dia, tak boleh minum susu, kompom coroi! hadoh semua sama nko ngan daddy dia! napalah dak sorang ni macam2 ragam yang pelik2 macam daddy nko jugak! tapi bukan salah dia pun, dah ada keturunan macam tu, adalah yang ngikutnyer..lagipun dari bab lain Rhea ni memang senang nak jaga, cuma bab2 yang pelik2 ni pun masih lagi senang nak jaga kalau tahu caranya, dr kata susu soya jer yang bersesuaian dengan Rhea kerana susu soya memang takde laktosa, dah nama pun dr kan, memang betul r apa yang dia cakapkan! sampai umur Rhea 1 1/2 tahun Rhea minum susu soya, pastu dengan dah duk kat Denmark ni dr kat sini suruh berenti susu kalau boleh dr kat sini taknak ada budak yang masih lagi minum susu pada umur macam tu, katanya bila budak dah masuk 1 tahun, budak tu kena diajar berdikari, kasi makan dan minum macam untuk budak dah besar, nanti dibagitahu r apa yang patut dan tak patut dimakan dan minum..sampai sekarang umur Rhea dah 3 tahun, kasi makan memang senang, semua yang aku makan, dia pun makan gak! tak cerewet nko! nasik suam ngan budu pun dia beduk apatah lagi lauk2 lain, semua pun dibeduk gak! senang r dak ni punya makan, minum plak biasanya dia minum air ribena dan sekarang dak tu suka sangat minum air sirap, tekak kampong r dak tu! tapi sebenarnya air apa2 pun dia minum kalau berjalan kat rumah orang r...kiranya apapun dia beduk r macam tekak mak dia, anak aku Rica tu pun jenis makan tak cerewet, semua pun dia beduk! budu, cencalok, belacan, petai dan apa2 yang bau paing semua dia beduk r..lain plak perangainya denga Aby dan Rico, tekak omputeh r konon! leceh nko! aku selalu kena masak 2 jenis masakkan, kalau sehari tu aku nak masak lauk kampong, kiranya untuk aku, Rica ngan Rhea r..pastu aku kena masak lauk lain plak untuk Aby ngan Rico, yang paling senang kalau aku malas, aku buatkan burger, pizza atau lasagne jer untuk dorang berdua tu.
Hah! yang tu tak tahu napa Rhea tak ikut tekak daddy dia! leh plak ikut tekak aku! pelik! pelik! dan kalau nak tahu semenjak Rhea mulai membesar ni, umur dah 3 tahun ni, banyak plak yang dia dok ikut perangai aku, semakin hari semakin macam seghoper cuma yang tak sama tang molotnyer r...tak sama ngan aku sebab molot aku jenis molot tak boleh berenti cakap! yang Rhea plak kalau bercakap kuman pun belum tentu boleh dengar! tapi sesekali kalau main2 ngan abang and kakak dia, dengar jugak dia menjerit! gaduh2! tu biasa r kan..budak dah beso! tapi alhamdulillah lah...sampai sekarang ni aku takde tekanan apapun bab2 jaga dak Rhea ni! nak tekanan apa nko tu kak oi! dak Rhea sepanjang masa berkepit jer ngan daddy dia, nak itu ini pun mintak daddy dia, bukan tak nak mintak ngan aku, tapi tak suka gaknya dak tu nak mintak apa2 ngan aku, banyak soal! banyak tanya! aku ni bab2 jaga anak ada tegas sikit! garang pun yer gak! macam singa! jadi anak2 aku kalau nak apa2 pun pi mintak daddy dia, kalau ngan aku memang kena banyak soal! itulah aku! tapi bukan mendera ok! aku nak anak2 aku jadi yang terbaik! dan aku ada cara aku sendiri macam mana nak menjaga anak2 aku, dengan daddy dia pun aku tahu yang Aby tu tegas orangnya kalau ngan anak2 tapi bebudak tu dah tahu sangat perangai daddy dia, bila time mintak memang tak dapat! tapi 2-3 hari tak sampai hati dok terfikir-fikir tak boleh lelap mata! pi belikan atau tunaikan apa2 yang bebudak tu dok mintakkan...tak ke hampeh namanya tu! tapi kalau dengan mummy dia ni, alooo! mintak maaf yer..kim salam! kalau dia layak dapat atau berhak dapat dengan perbuatan, pelajaran dan perangai2 dia, ok! tunjuk jer apa nko mahu wahai anak oi! akan mummy persembahkan pada nkorang! tapi kalau semuanya hampeh! jawapannya, kim salam jer r...itulah aku sebenarnya.
Tapi syukur alhamdulillah...anak2 aku jenis anak yang nak dengo kata! maunya tak dengo kata! sekali aku besokan mata! dorang dah tahu apa nasib dorang! sekarang semua pun dah beso, tak payah nak beso2kan mata lagi, memasing dah pandai jaga diri, jaga kelakuan walaupun tanggungjawab aku masih lagi banyak, masih lagi kena perhatikan bebudak tu tapi tak banyak kerja sangat r...masing2 dah tahu tanggungjawab masing2, cuma Rhea sikecil tu yang masih lagi dalam perhatian walaupun pada aku dak Rhea ni tak payah ajar banyak pun dia akan tahu dengan sendirik! tu r aku cakap, Rhea ni memang anugerah Tuhan yang paling istimewa pada aku! kiranya anak bertuah! dan ayat ni memang selalu aku cakap kat dia! moga bertuah sepanjang hidup dia yer...juga pada anak2 aku yang lain, amin.
Lagi satu sebelum aku akhiri cerita aku yang panjang lebar ni, leh buat novel dah ni, tu belum kisah hidup aku lagi tu! kiranya sesiapa yang sudi nak menulis tentang perjalanan hidup aku, silalah jumpa aku, buatlah novel pasal aku ni, kompom novel nkorang laris punya! hah...dah jauhlah melencong tu, ok lah..sambung citer sikit lagi nih pasal dak Rhea, sekarang ni kalau masuk kedai mainan mana2 pun dia akan mintak untuk masuk kedai tu, dia akan pegang dan tengok puas2 mainan yang dia suka atau minat! pas tu dia akan kata "ok dah! jom go out!" maksutnya dia dah puas pegang ngan tengok, dia nak keluar dari kedai tu! walaupun kita cakap Rhea taknak menan apa2 ke? dia akan kata nak gi tempat lain atau angkat2 bahu macam tak tahu nak pilih yang mana satu! kadang aku amik je satu mainan yang dia dok pegang2 masa kat dalam kedai tu! aku belikan r...tapi bila kat rumah dia tak main pun, banyak mainan dia yang kitorang belikan dia tak berapa nak main pun! apatah lagi dia nak mintak2! memang susah nak dengar! kadang gi umah kawan2 aku yang ada anak2 tu mainan dorang dak Rhea nak main gak, tapi main kat situ jer r..cuma kadang ada yang dia berkenan, nanti dia akan cakap kat aku atau daddy dia yang dia nak mainan macam tu, nanti mummy and daddy belikan antuk Rhea eh? katanya! tapi dia hanya akan cakap sekali jer..kalau tak dibelikan pun dia takkan nangis atau menagih! terus je dilupakan! Rhea ni dia paling suka ngan buku2 macam buku2 kaler2, buku2 untuk budak2 tu, suka baca walaupun tak faham apa yang dibacakannyer, kadang kakak abang dia buat sesuatu dari buku atau apa2 r yang budak beso buat, yang tu r yang dia nak! malas r citer lebih2..kang ada plak yang loya tekak sampai muntah hijau ingat aku over mereka cerita! tapi kebenarannya hanya aku dan mereka yang terdekat dengan aku jer yang tahu!
Apapun aku hanyalah kongsi pengalaman hidup aku yang satu ni pada nkorang semua, ingatlah...apa yang terjadi dan apapun kesusahan yang kita alami dan lalui...semuanya ketentuan dari yang maha esa dan semestinya ada hikmah disebaliknya, percayalah..