Haloooo! selamat hari sabtu pada semua, hari ni aku memang bizi dan jugak penat! dari semalam sampailah nari, aku berjalan tak berenti sampaikan masa tido pun aku berjalan...hahaha! tipu r tu...eh! betul r..aku mimpi kan, aku berjalan dah sampai ke Mesia tau! berjalan gak kan namanyer tu..mmm...nyampah orang dengo yer dak? tak abis2 citer pasal Mesia! tau r tak lama lagi nak balik Mesia, tapi tak payah r kecoh sesangat! tak sebulu orang nak mendengonyer...
K lah...aku citer pasal nari eh...sebenarnya aku ngambek gambo punya r banyak tau! tapi disebabkan penat dan malas so aku masukkan mana yang termampu jer r yerk! dan semestinyer banyak gambo aku jer r...biasa r hakak nko ni mesti enter frame lebey! lagipun enter frame kat blog sendiri apa salahnyer kan..kan..kan..jadi nkorang cuci mata jer r ngan gambo yang ada nih yer..
Gambo kat atas tu memulakan entry aku pada hari ni, gambo aku bersama Lin Abdillah dan Jah, kitorang ni kat rumah Sara dan Cikgu Sudin, dorang suami isteri ni menjemput kitorang pada hari ni kerana dorang adakan majlis tahlil dan besday untuk anak kecik dorang yang baru masuk 1 tahun umurnya nari, jadi kedatangan kitorang ni memanglah memeriahkan suasana...hahaha..perasan!
Aku datang terlambat sikit! ehhh...terlambat banyak nko! jemputan pukul 12.30 tengahari tapi aku sampai pukul 3 petang! lambat banyak namanyer tu kak oi! tapi dorang tu dah tahu aku datang lambat nari sebab pagi tu aku ada jemputan lain, lagipun aku dah bagitahu dorang pun! so dimaafkanlah kan...hehe




Waaa...bahagia sekali pasangan ini nampaknyer yer...baru anak satu ke kak? hehe...banyak r nko! anak aku dah 3 deret tau tak??? ini pinjam anak orang de' al-maklomlah...hakak dah tutup kilang! jadi kalau2 teringin nak pegang dan gentel baby tu hakak pinjam jer r baby2 kengkawan, ok per..
Mmm...dah lama aku tak jumpa baby ni, namanya Adam, memang cute sangat dak ni, kecik jew tau! sedap dokong dia ni, melekat je kat badan, bau dia pun sedap, biasa r bau baby memang r sedap! jadi aku melepaskan kerinduan kat baby Adam ni, hari tu jumpa dia masih dalam hari lagi, ni dia dah abis hari (mak dia dah merdeka!) tu yang aku dok berkepit jer ngan baby Adam nih! pinjam eh Zana anak nko!




Tak sah r gi majlis tapi tak makan kan...jadi nilah saja gambar yang mampu aku tepekkan kat sini, yang lelain tu hanya mampu masuk dalam perut aku jer r..
K lah aku bagitahu hidangan yang disediakan oleh tuan rumah pada hari ni ialah nasi daging bersama lauk2nyer, laksa penang dan kuih muih dan semestinyer aku makan sampai terbosey perot! hambek nko!




Kaki botol!!! ya hamfun...laki saper r ni oi! yang sorang tu kenapalah plak gelas letak atas perut? tahu r perut dia paling tinggi kat situ, tapi tak payah r nak tunjuk2 kan???




Masa baca doa...sssshhhh! diam2!




Hah! pas baca doa leh nyanyi lagu besday plak! tapi gambar ni menandakan yang dorang ni dah abis nyanyi! uhuk! uhuk! cameraman tak pro r...




Hulaif potong pulut kuningnya dan genaplah umurnya 1 tahun.
Hepi Besday untuk Muhammad Hulaif, T Sue doakan semoga Hulaif panjang umur, murah rezeki, sihat2 selalu dan jadik anak yang soleh...amin.




Waaa! dapat pezen banyak! tapi T Sue mintak maaf kerana tak sempat nak cari pezen Hulaif, nanti ada masa T Sue kasi pezen untuk Hulaif ok! hutang pezen ni! pas tu datang melantak banyak buat muka tak malu! huhu..




Adoh! tak nampak plak dak Rhea ni main mainan Hulaif! sebenarnya dengan muka tak malunyer anak aku si Rhea ni main mainan dari pezen2 dak Hulaif tu! dah r tak kasi pezen, pastu main plak lagi mainan orang! mak ngan anak sama jer...




Ahawww! hakak akhiri catatan nari dengan gambo hakak r sapa lagi..sebelum balik nyempat plak berposing! kat depan bank plak tu! biasa r hakak ni kan mata duitan! jadi memang suker sesangat bergambo depan bank! ngee : P
Tunggu catatan esok yer...

Cau cin cau..



BAHAN-BAHANNYA:
  • 180 gm beras pulut - direndam semalaman
  • 150 ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 6-8 ulas durian
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Basuh pulut yang telah direndam dan toskan.
  • Masukkan pulut kedalam bekas (tahan kukus) dan kukuskan selama 10 minit.
  • Masukkan pula santan dan daun pandan kedalam pulut tadi, kacau rata dan kukus lagi selama 20-25 minit.
  • Kacau rata dan teruskan mengukus sehingga pulut masak.
  • Bila pulut masak, biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan pulut kedalam acuan kecil yang disukai, buat sehingga pulut habis dan letakkan seulas durian pada setiap pulut yang telah diacukan dan bolehlah dihidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN PULUT:
  • 180 gm beras pulut - direndam semalaman
  • 150 ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan - disimpul
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Basuh pulut yang telah direndam dan toskan.
  • Masukkan pulut kedalam bekas (tahan kukus) dan kukuskan selama 10 minit.
  • Masukkan pula santan dan daun pandan kedalam pulut tadi, kacau rata dan kukus lagi selama 20-25 minit.
  • Kacau rata dan teruskan mengukus sehingga pulut masak.
  • BAHAN SERUNDING:
  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1/2 cawan udang kering - dikisar halus
  • 10 tangkai cili kering *
  • 2 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 inci lengkuas *
  • 2 batang serai *
  • 2 s/t jintan putih #
  • 1 s/t jintan manis #
  • 1 s/b ketumbar #
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 s/b gula merah
  • Garam, perasa dan gula
  • 6-8 s/b minyak masak
CARA-CARANYA:
  • Goreng tanpa minyak (sangai) bahan yang bertanda # kemudian kisar kering sehingga menjadi serbuk.
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan kisar bersama udang kering kisar sehingga naik minyak, kemudian masukkan pula bahan # yang telah dikisar kering tadi bersama air asam jawa, kacau sehingga agak garing.
  • Masukkan kelapa parut, kacau sehingga bahan sebati dan akhir sekali masukkan gula merah, garam, perasa dan gula pasir secukup rasa, kacau sehinggalah serunding agak kering, bolehlah ditutup apinya.
  • Masukkan serunding didalam bekas dan biarkan sehingga sejuk.
  • Cara membuat pulut serunding, ambil sedikit pulut yang telah dimasak terlebih dahulu tadi, kepalkan atau bentukkan bulat seperti bebola, kemudian leperkan sedikit, gaulkan pula pulut tadi dengan serunding, buat sehingga habis dan bolehlah dihidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 400 gm bendi - dipotong serong
  • 4 keping isi ikan kurau masin - dipotong kecil
  • 5 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1 s/b serbuk pati ikan bilis
  • 5 s/b minyak
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan ikan kurau masin hingga agak garing, kemudian masukkan bahan hiris, kacau seketika dan masukkan bendi, kacau rata kemudian masukkan serbuk pati ikan bilis, kacau sehingga sebati dan bolehlah ditutup apinya.
Beberapa hari ni takde apa yang nak diceritakan jadi idak ler aku ngepo nak mengupdate, masak pun yang besa2 jer tapi yang tu memang aku masukkan supaya blog ni tak terus menyepi, iyerlah...sekurang-kurangnyer nkorang masuk sini adalah jugak gambo makanan, iyer dak...
Tapi nari aku ada cer sikit! tak banyak r...sikit jew..tengahari tadi aku keluar jap nak pi cari barang dapo sikit sambil2 nak pi cari radio kecik untuk mak aku yang tercinta! citer radio nanti kendian2 r aku citer eh...ni aku nak citer pasai tembikai, tadi masa aku keluar pi cari barang dapo, aku ngajak r kawan seangkatan jawa aku iaitu Cikgu Sudin atau dengan bahasa kasarnya kawan gonjol aku (gonjol tu ialah ''gila'' dlm bahasa jawa) masa dok cari2 barang tu ternampak r tembikai berlonggok punya r banyak macam baru sampai! mak aihhh! tembikai jenis badak gaknyer...punya r beso2 kiranya sebiji kalau aku sekeluarga makan maunya jejak seminggu baru abis! hahahaha! tapi oleh kerana keluarga aku ni jenis yang kureng suka dengan tembikai ni, jadi hanya kawan aku si Cikgu Sudin tu saja yang sapu tembikai tu!




Yaaa! ini dia Cikgu Sudin bersama tembikainyer...hah! pulun r tembikai tu puas2 Din sampai terbarai sok pun kuar tembikai! wakakaka!
Sebenarnya masa ni Cikgu Sudin menahan berat! tengok muka pun dah tahu! ntah2 dah terkeluar angin kot nko tu Din! ngee :P




Ni dia yang sebenarnya aku dok mencari untuk mak aku yang tercinta itew...alah! macam r kat Mesia nu takde radio sampai sebok2 sangat nak belikan dari sini, buatnya pecah atau rosak radio tu sok dicampak-campak masa kat dalam kapal terbang nanti, tak ke hampeh! mmm...kengkonon nak belikan buat buah tangan kat mak aku, dia tu suka dengo radio kecik masa time tido, selalunya radio kecik dia akan letak tepi bantal sambil dengo lagu2 nasyid atau orang ngaji, jadi aku macam suka sesangat nak belikan dia radio kecik2 ni, sebenarnya dah selalu jugak aku belikan dia radio kecik dan selalu jugak radio kecik dia tu rosak! yer r dah nama pun radio kecik! memang r cepat rosak! cuba nko belikan dia HiFi, hah! makan tahun gak nak rosak gaknya kan..tapi mak aku tu kalau aku belikan dia HiFi bukan dia yang dok mendengo radio tu tapi cucu cicitnyer yang buat harta! lagipun mak aku tu bukan gheti pun pakai menda2 macam tu! kang tah apa2 yang ditekannyer...hahaha! lagipun mak aku kata kalau nak belikan dia radio kecik, bior yang boleh masuk beg, senang nak bawa sana sini! lagipun katanya kalau yang lain2 dengo lagu rock, aku leh dengo lagu aku, lagu nasyid! wakakaka! kelako r mak aku nih!
Tadi ni aku dok mencari gak radio yang kecik, tapi tak jumpa yang kecik sangat, kiranya kalau masuk beg tangan pun memang muat r...adoh! ingat ada lagi ke zaman ni radio kecik yang aerial besi panjang leh tarik panjang2 tu? dah takde tahu tak? zaman dah moden kak oi! radio semua pun dah moden, kalau ada yang kecik pun memang kena pakai CD, tu lagi r mak aku tak tahu...hadoh! mak! nampaknya takde rezeki mak r nak dapat radio kecik! kang aku belikan jugak radio kecik moden ni, dia tak tahu nak pakai plak! kena bubuh CD lagi...nanti kalau balik Mesia aku cuba cari kat kedai2 apek area2 pekan gaknya masih ada radio cenggitu! hehe



Wakakaka! nko giler ke hapa? takkan nak belikan mak nko radio cam ni plak? kang mak aku sayang plak nak pakai pastu dia buat periasan atas gobok dia plak! hehe...idak ler...aku cuma ngambek gambonyer ajer...kiut nko radio2 ni, apasal r zaman2 aku kecik2 dulu takde ghoper radio cenggini yer..kalau ada, maunya masa tu aku nangis guling2 kat depan kedai tu nakkan radio cenggini, kalau nak tahu aku ni masa kecik2 mak aku kata kalau tak dapat menan yang aku nak, kompom aku nangis duduk kat situ tak bangun2 sampai dapat menan tu! hadoh! teruk bebeno perangainyer...sib baik anak2 aku takde yang temuron!
Makkk! aku sayang mak kerana banyak bersabar melayan karenah aku masa kecik2 dulu...nanti aku pi carikan mak radio kecik eh...kalau masih tak jumpa kat sini aku carikan masa balik Mesia sok! cayang mak foreber...muahhhh



BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN A:
  • 400 ml susu segar
  • 2 s/b tepung kastard
  • 2 s/t esen vanilla
  • BAHAN B:
  • 10 gm serbuk agar2
  • 4 cawan air
  • 150 gm gula pasir
  • BAHAN KARAMEL:
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 s/b air
CARA-CARANYA:
  • Untuk membuat karamel, masukkan gula kedalam periuk kecil, letakkan diatas api yang sederhana, kacau perlahan sehingga gula larut dan berubah warna perang, tutupkan apinya dan tuangkan air perlahan-lahan sambil terus dikacau sehingga menjadi karamel, tuangkan kedalam acuan, ketepikan.
  • Campurkan semua BAHAN A kedalam bekas, kacau sebati dan ketepikan.
  • Masukkan BAHAN B kedalam periuk, kacau rata dan masak sehingga mendidih, kemudian tuangkan BAHAN A, kacau perlahan sehingga pekat dan barulah ditutup apinya.
  • Tapiskan dan tuangkan kedalam acuan yang telah berisi karamel tadi.
  • Biarkan puding sejuk dan mengeras, kemudian masukkan kedalam peti sejuk.
  • Apabila puding dah sejuk, bolehlah dihidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 200 gm bunga kobis - dipotong kecil
  • 150 gm kacang papan - dipotong serong
  • 150 gm kacang buncis - dipotong kecil
  • 100 gm putik jagung - dipotong bulat
  • 200 gm kacang pis
  • 1 batang lobak merah - dipotong kecil
  • 3 biji cili merah - dihiris nipis *
  • 2 biji cili hijau - dihiris nipis *
  • 1 biji bawang besar - dimayang halus *
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus *
  • 2 cm halia - dimayang halus *
  • 1 s/b serbuk jintan putih #
  • 1 s/b serbuk jintan manis #
  • 1 s/b serbuk ketumbar #
  • 2 s/b rempah kari #
  • 2 s/t serbuk garam masala #
  • 1/2 cawan kecil air asam jawa
  • 4 cawan susu segar
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak sayuran
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak didalam periuk, tumis bahan yang bertanda * hingga layu, kemudian masukkan pula bahan yang bertanda # bersama air asam jawa, kacau hingga pecah minyak.
  • Tuangkan susu segar dan kacau sehingga mendidih perlahan, kemudian masukkan lobak merah, kobis bunga, kacang papan, kacang buncis, putik jagung dan kacang pis, kacau sehingga rata.
  • Akhir sekali masukkan garam, perasa dan sedikit gula, kacau sebati dan bila sayuran masak dan kuah pekat sedikit, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama roti canai atau apa2 jenis roti.
Peace! pembuka bicara dan gambar ini ditujukan pada semua kawan2 aku walau dimana jua mereka berada!
Peace No War!
Huwakakakaka...apalah kena mengena dengan semua ni yer tak? eh ada! cuba tengok gambo mamat pakai cermin mata 3D tu? adoih! silalah ketawa golek2! nkorang caya tak yang mamat ni sebenonyer seorang cikgu? percayalah...dia memang cikgu, aku gelarkan dia Cikgu Sudin, orangnya tak payah kenal r..tengok gambo ni jer nkorang dah tahu yang Cikgu Sudin ni camner...dah nama pun geng sekepala dengan aku so gitulah ghopernya kalau kawan aku, jenis2 kepala yang tak berapa nak betol! hancusss!





Kita citer pasal nari eh! aku sekeluarga telah diundang oleh kawan aku iaitu Puan Jah dan suaminya untuk kemajlis tahlil dan sambutan besday anak2 dia, jadi hakak nko ni kalau orang jemput makan, memang r laju je aku datang! tu pun kalau aku sihat r...hehe
tak nyempat nak ngambik gambo orang bertahlil, maklom r memasing tengah khusuk! yer r tu...padahal terlupa! pui! oooooo...gambo orang bertahlil boleh plak lupa! kalau nko yang nak bergambo gediks2 tu tak lupa plak!
Yer...r...marah r aku ni! tapi memang aku lupa tau! masa makan pun lupa nak bergambo tau! pastu sebok ngambik gambo yang bebukan! adehhh!



Sup tulang yang dah kering kat mangkuk tu barulah sebok nak ngambik gambonyer...apapun hidangan nari nkorang tengok jer r pada gambo tu, tapi ada gak yang takde dalam gambo, ada yang lupa dan ada jugak dah licin so mintak maap jer r yer...



Aku tunjukkan hidangan mana yang aku dok melantak tanpa segan silu yer...semestinya tiramisu dari Jah, memang mabeles! ni lah gambo yang sempat diambil sebelum aku beduk tiramisu tu sampai licin tau! siap mintak lagi yang Jah buat dalam esbok dia aku suruh tapaukan untuk aku! arhhh! lantak r...Jah dah tahu aku akan ngecek tiramisu dia nyer..sebab tu dia buat bebanyak! hahaha!




Karipap daging, tinggai 4 bijik baru teringat nak ngambik gambo! ni jugak antara kuih yang banyak aku beduk!




Biasa r kalau mak cik kantin ada kat majlis tu, dah semestinya mak cik kantin gak yang dok ngepo menghuru-harakan suasana...hahaha
Jangan salah sangka yer...ni bukan majlis besday anak2 aku tapi majlis besday anak kawan aku! tapi yang kepohnya adalah aku! semua pun dah tahu tuuu!




Hepi Besday buat Aqilah, Atiqah dan Ahmad, semoga menjadi anak yang baik2, murah rezeki, berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat, amin.




Waaa...seronok bebudak ni dapat pezen, bukan bebudak jer yang seronok yang tompang tengok pun seronok gak! nak2 yang dah kertu2 ni, yer r dulu jaman kecik2 kalau buat besday pun mana r dapat pezen cam ni..hehe




BBQ atau nama sebenarnya Hulaif




Shin Chan atau nama sebenarnya Eilman Zulqarnain



Seperti biasa sebelum balik haros ngambik gambo! yang ni memang tak lupa!
Bersama hadekku DZ, huwah..huwah..huwah...DZ muka berseri selepas terima panggilan dari Mesia tadi! : p




Juga bersama hadekku Suriati, huwahhh...hakak kat sini banyak hadek nko! takper..best tau orang banyak hadek ni, meriah sekali suasananyer kalau berkumpol!




Gambar kenangan sebelum menjelang Ramadhan, ceewahhh!
Semoga kita berjumpa lagi diramadhan yang akan datang tak lama lagi, aku sayang nkorang semua...
Cauuu!

SUMBER DARI: Rozzan

BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 2 cawan gula halus (atau gula biasa yang telah dikisar) *
  • 3/4 cawan serbuk koko *
  • 1 s/t baking powder *
  • 1 s/t soda bikarbonat *
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 5 biji telur
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Ayak tepung, serbuk koko dan kesemua bahan yang bertanda *
  • Masukkan bahan ayak kedalam mangkuk adunan, gaul rata dan buatkan lubang ditengahnya, masukkan telur, susu dan minyak, kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan air panas, kacau sehingga betul2 rata, tuangkan kedalam loyang yang telah dialaskan dengan kertas minyak dan boleh dibuka dibahagian bawahnya.
  • Kukuskan selama 1 1/2 jam atau sehingga masak.
  • Pastikan cucuk dengan lidi ditengah bahagian kek untuk pastikan kek sudah masak atau belum.
  • Bila kek masak, biarkan sehingga sejuk, kemudian keluarkan dari loyang.
  • Hiaskan mengikut citarasa.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin