
Hari rabu! hari biasa2 jer..biasanya memang aku kat rumahlah takde nak buat apa2, hanya lalui hari macam biasa dan petang hanya tunggu Aby balik dari kije! tu jer r rutin hidup aku sehinggalah sampai hari jumaat, sebab biasanya hari sabtu aku akan keluar merayap atau kerumah kawan2 kalau ada jemputan dari diorang, hah nko! berbelit-belit aku cakap! nkorang paham tak ni? kalau tak paham, ada aku kesah! wakakaka! sesekali aku dengki kat nkorang! alah aku tahu nkorang paham!
Tapi hari ni tengah dok melepak petang2 sambil tunggu Aby balik kije, hakak Linda aku tepon ngajak datang melepak sambil makan2 kat rumah dia, katanya anak bujang dia nak main bola dengan Rico, anak bujang aku tu r...tapi anak bujang Linda tu dah beso membujang! yang bujang aku tu masih selengko lagi, belom melengko! tapi kalau setakat melayan main bola kiranya dak Rico tu boleh r walaupun aku tahu anak aku tu kaki bangku! kihkihkih!
Mmm...dah takde apa pun nak buat, tengah free pun nari, lepas Aby balik kije je, dok rehat kejap pastu aku terus je kerumah Linda anak-beranak, Aby plak memang laju je kalau kerumah Linda tu, aku tahu kenapa?

Hadohhh! ni yang lemah kalau kerumah Linda! nak tahu nape? kenyanggg! burppp! macam nak meletup perut aku dibuatnya, Linda tu selagi tak abiskan makanan dia akan suruh nko makan kenyang2 dok uluq makanan selagi terdaya! aku rasa aku dah makin tombam r sekarang dek kerana makan tak berenti! hapa nak jadi nko kak oi! muka nko dah sembab tu! pakai seluar pun macam susah je nak zip! uhuk! uhuk! bahaya nih! sok nak ghaye tak boleh pakai baju kebaya ler yer...pakai baju tido butterfly yang macam mak aku selalu pakai jer tu yang layak! hehe

Kel Jorn yang steady! best giler kel Jorn ni, sporting habis r...aku tengah dok memujuk kel Jorn ngan Linda ni nak pi holiday sesama dengan diorang, mesti best kan dok holiday dengan diorang! meriah punya!
Jom r kel Jorn! jom r kita pi holiday! hehe

Hah! ni lah yang Aby suka kalau gi rumah kel Jorn ngan Linda ni, tak abis2 ngan main pool dia, dok menonjol bolau tu! lantak nko asal beg tangan burok tu nko bawak sekali ok!

Laaa... ingat beg tangan burok tu ikut daddy dia jer...ghopernya ngan kel Jorn pun dia ada gak! nak jadik beg tangan burok kel Jorn pulak kew Rhea oi!

Pas penat makan, hahaha...makan pun penat eh! dan pas penat main pool, kitorang dok melepak kat back yart rumah linda ni sambil berborak berbual pasal cerita2 sensasi dan kontrovesi! ceewahhh! banyak r nko punya sensasi dan kontrovesi, ingat ni gossip artis ke? alah! kitorang berborak pasal cerita2 biasa2 jer...cerita family dan cerita2 yang tak penting pun! dah nama pun berborak! jadi apa yang diceritakan tu semuanya pun borak! adoh! belit2 lagi nko cakap kak oi! tak paham dahhhhh!
Borak punya borak sampailah dah gelap! kalau nak balik Linda tu biasa r dok tahan2 sampailah jejak kemalam buta! sib baik rumah dekat jew..lagipun esok Aby kije, memang tak boleh ditahan-tahan lagi, memang kena balik gak walaupun berjalan dari rumah Linda sampai kat rumah aku tu tak sampai 10 minit pun.
Pada Linda, kel Jorn dan Martin...terima kasih kerana menjemput aku sekeluarga dan melayan karenah anak2 aku, memeriahkan suasana petang rabu aku ni dengan layanan yang istimewa kat rumah u all, best sangat.
Kim, terima kasih kerana datang jugak! len kali kita jumpa sesama lagi ok!