Seperti hari2 sabtu biasa, aku memang tak lekat dekat rumahlah...yer r..dah tu je hari yang aku dapat merambu sakan, kalau hari biasa tu susah ler sikit, almaklomlah..ridebar kije! jadi hari ni aku sebok ngajak Aby nyopping kat Stroget, tempat ni kiranya kat bandar Copenhagen r..mana2 pun orang akan nyopping kat sini selain dari shopping complex, cuma bezanya kat sini kedainya sederet dan banyak..macam2 ada kat sini tau! tapi kadang aku selalu fikir 2-3 kali kalau nak datang kesini, sebabnya nyampah kerana ramai bebeno manusia kat sini, sesak! rimas! bau tu tak payah cakap r..macam2 bau! nak2 musim panas macam ni! hadoooh!



Tengok r tu! manusia punyalah ramai..kalau nak jalan tu macam kena tunggu giliran jer, kalau bawa stroller dok heret dak Rhea tu lagi r..kena r jalan slow2...heee...takde kesabaran langsung aku menanggungnyer...menciii!



Kadang kalau dah terlalu sesak sangat dengan manusia ni, nak beli apa2 pun cam takde mood! jadi hari ni mood aku memang macam kureng jer tau! jom cuci mata jer r ehhh...



sale memang tak payah cakap r...kat mana2 pun tengah sale! kat sini dipanggil ''Summer Sale'' haaa...kalau tengah musim panas macam ni, kiranya orang memang tunggu2 r summer sale nih! sebabnya ni macam sale besar-besaran r..tak kira r barang apa sekali pun, semuanya sale! tapi aku takde herannyer pasal summer sale ni! nak tahu nape? sebabnya pada aku kat Denmark ni hari2 pun sale! hahaha...cuma summer sale ni selalunya regenya memang jatuh habis r...tu yang orang dok tunggu2.
Kalau nak dicakap pasal pesen, aku memang tak heran kot pesen kat Denmark ni, sebab pada aku kat M'sia atau S'pore pesennya lagi dasyat berbanding kat sini, ntah? orang sini tak tahu berpesen atau aku kot yang tak tahu berpesen? tapi kalau pesen kat negara barat yang lain pada aku memang cun, cuma kat sini tak tahu nape dorang macam buat pesen ni macam tak penting jew..pakai pun macam asal boleh! kalau musim panas macam ni r...kalau musim sejuk tu tak payah r nak cakap! memang semua pun berselubong! memang tak boleh nak berpesen r gamaknya! selubong atas bawah! grrrr



Habis cerita pasal pesen! meh tengok gelagat manusia kat Denmark ni! macam2 ada!!!! tengok mamat tu! kijenya pegang menda alah tu sampai tamat time kije! dapat gaji gak! senang kije nko eh??? tapi kalau nko nak terbe... ke, nak terken... ke, camne r? hahaha




Ni lagi senang kije nko! pakai je baju pelik2..pas tu letak cawan depan nko! nanti ada jer r orang dok campak duit kat nko! hamboi! banyak lawo muka nko? lawo ke?



Hahaha! hadoh! macam ni pun ada! layan jer r...




Yer lah tuuu...duduk r nko berejam kat situ! kompom berpeluh-peluh nko kat dalam baju tu kan? apa nak buat! carik rejeki! sabar jer r ye bangggg...




Sebooooook r..dah r sesak dengan manusia kat sini, nyebok je nak enterprem kat tengah2 alam ni! dah r beso! gi r sana...sebenarnya kuda ni pun carikan rejeki untuk tuan dia gak! apa daa...tak baik tau marah2! kalau kat Mesia yang ngangkut orang bawa jalan2 tu naik kereta lembu, kat sini kereta kuda r..baru gerek!




Cesss! anak seton mana r yang jadi penunggu kat sini? lantak nko! jangan ganggu orang dahhh! ingat muka nko lawa sangat sengeh2 cam tu! pirahhh!




Lepas berpenat-penat membuang tenaga, buang masa, buang duit dan buang tebiat, hahaha...selilish! yang tu belum lagi..mintak dijauhkan.
Perut dah mula menunjukkan nada irama dan lagu, memula bunyi macam merdu je, nada manja..lama2 dah macam bunyi gong nko! apa lagi! menggelabah r cari tempat membeduk! tekak plak macam teringin nak makan makanan Thai! kat mana yer nak cari? tapi aku tak susah mana pun, geng bas sekolah aku ramai kat Denmark ni, koling2 je r...hah! kali ni aku koling kawan aku yang dok jauh kat Hoje Taastrup nu semata2 nak tanya pasal kat mana nak cari makanan Thai yang boleh dibeduk! biasa r kawan aku tu bab2 makan ni memang semua tempat pun dia tahu, kiranya dia tu banyak info! senang aku dapat kawan cenggitu kan..kan..kan
Haaa! dapat aku makan makanan Thai nari, sesekali tukar selera walaupun rasanya dah jemu gak makan makanan Thai ni, alah! masak sendirik r.. tapi dah tekak nari teringin nak makan yang kat kedai punya, tu yang menggagau pi cari!
Jadi hidangan nari ditaja oleh...banyak r nko ditaja? nko ingat nko artis ke apa? siap ada tajaan! cermin diri dulu hakak oi! nko tu ditaja oleh Aby jer...dia je yang sanggup taja nko! hahaha...ok r tu! ada gak orang nak taja kan..ngee
K r...aku order mee goreng ayam, permintaan dari anak dara aku! nengok macam maggi goreng jew...aku pun leh buat nih! hehe..




Daging goreng dengan sayo, nak kata sedap tu idak ler sedap bebeno! tapi boleh masuk r...




Kari ayam dengan rebong! hah! yang ni aku memang suka! bukan kesedapannya tapi sebab ada rebong! rasanya pun kira boleh masuk r...besa2 jew
Nasik goreng yang nampak je cantik dan menyelerakan..tapiiiiii! malas r komen!




Sate ayam! yer r tu! boleh terbegik babe makan sate beso2 cenggitu, tapi dah memang gitu pesennyer...beduk jer r...jangan banyak tanya




Tak sah r kalau masuk restoren Thai tapi tak order tom yam kan..jadi aku ngoder r tom yam udang ni walaupun yang nampak banyak ialah cendawannya jer, udangnya ada r 4-5 ekor...tu pun beso jari kelingking Rhea, hahaha...layan..jangan banyak hal!
Tapi kalau nak tahu r...aku ni adalah manusia yang tersangat cerewet tentang masakkan dan makanan yang aku makan! maksutnya kalau aku pergi makan kat tempat tu, makanannya mesti sedap dan penuhi citarasa tekak aku! kalau tak sedap! memang kena kutuk jer r atau molot aku tak berenti membebel! yer r...bak kata aku '' Hidop Biar Sedap'' kannnn...hidop ni hanya sekali! jadi kalau boleh apa2 pun kena sedappppppppp! tak kira r makan atau kehidupan! tetap nak sedapppppppp!




Burok bebeno ghoper anak bujang aku tu! lek r bro..cover2 r sikit! tahu r tengah kebulo! mamat ni makan sotong celop tepong cicah thai sos tak ingat donia nko! lajuuuuu! nak mintak sikit pun pandang serong kat aku, pirahhh! kedekutsss! pastu makan laju2 biar cepat abis! takut orang ngecek!




Suruh aku ngoder mee goreng ayam! yang sampai macam maggi goreng! hahaha! ketawakan nko Rica! tapi dia kata sedap! mmm...dah kebulo letak apa depan nko pun nko kata sedap!



Anak koret kesayangan aku makan apa tah kenamanya daddy dia orderkan...yang penting dia kenyang dan hepi! senyum sampai telinga!
Ya hampon! pinggan mangkok sapa yang licin tu? bukan aku punya eh...




Aku memang kenyang membeduk nasik dengan lauk2...tapiiiii???
B, jom kita pi makan eskim! ngeee
Napa muka nko macam senyum tak ikhlas ha kak? ada yang tak kena ke? pada Lin Abdillah, sila tepon aku kalau ada masa plissss!




haa! kalau nak tahu yang pinggan mangkok licin tadi tu mamat ni punya r..sebab tu senyum manjang...
Hah! korang pasan tak rambut Aby makin banyak yang putih? nak tahu napa? kalau tengok muka tu idak ler kertu sangat, menten lagi aku tengok! kedut pun belum ketara r sangat kan...tapi tang rambut tu memang ketara keputihannyer...napa yer?



Hah! nkorang tengok bini dia! sekarang nkorang boleh tahu napa rambut dia makin terserlah keputihannyer...hahaha...sabau jer r kak oi! kalau nko nak laki nko rambut hitam balik! rentikan lah tabiat burok nko ni!
Alah! sesekali pun bisin! aku nyopping sesekali jer tau! bukan selalu! yang selalu merayap merambu tu aku jalan2 cuci mata jer...aku ni bukanlah orang yang boros kalau nkorang nak tahu! dan aku ni orangnya jenis yang berjimat cermat! blueeekkkkk! toksahlah!!! rentikanlah omong2 kosong nko yang tak berpaedah ni! takde sapa yang sudi nak dengo! uhuk! uhuk!


SUMBER DARI: Ummi Zaihadi


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 tsp sugar
  • 1 tsp yis kering
  • 2 ½ cwn tepung
  • ½ tsp garam
  • ¼ cup gula kastor
  • 3 tbsp mentega yang dicairkan
  • 1 biji telur
  • ¾ cwn susu segar suam
• 2 tbsp mentega cair – for sapuan
• jem atau custard untuk picit dalam donut dan gula icing untuk tabur

CARA-CARANYA:
  1. Dalam mangkuk kecil, campurkan yis, 1 tsp gula and 1/4 cawan air suam. Biarkan sebentar hingga naik berbuih.
  2. Dalam mangkuk besar, satukan tepung, garam dan 1/4 cawan gula kastor. Tuangkan bancuhan yis, mentega cair, telur dan susu, gunakan whisk/"mixing spoon" dan adun sehingga adunan benar-beanr sebati (lebihkurang 5 minit). (Doh akan menjadi agak melekit, seperti adunan kek).
  3. Kemudian tutup doh dengan plastic wrap dan biarkan naik hingga dua kali ganda. Sementara itu, gris loyang dan alas dengan kertas baking.
  4. Memandangkan doh sangat melekit, pastikan papan uli ditabur tepung rata-rata. Tuangkan doh ke atas papan adunan. Adunan akan sendirinya "spread out" kerana ia benar2 lembut dan berbintil2/berketul2 (lumpy). Jangan uli atau tepuk kuat, nnt akan hilang udaranya dan donut takkan jadi berangin (airy).
  5. Ratakan sikit doh lebih kurang 2cm, tekan dengan "cookie cutter" yang telah dicelup dengan tepung terlebih dahulu agar tidak melekat, potong doh dan gunakan spatula untuk memindahkan dari papan canai ke atas loyang. Tutup doh dan biarkan rehat selama 20 minit.
  6. Pre-heat oven pada suhu 375 degree F (set 175C). Sapukan donut tadi dengan mentega cair dan bakar selama 12 minit atau hingga sedikit kekuningan. Keluarkan dan sejukkan di atas rack.
  7. Sediakan piping bag dengan nozzle bulat panjang (Wilton No 402-23o round tip). Picitkan ke dalam donut tersebut dengan jem kesukaan atau jem kastad. Kemudian taburkan icing sugar sebelum dihidangkan.
Dah beberapa minggu kat Denmark ni terasa bahang asmara...acecehhh! asmara kemendanyer...bahang kepanasan tau dak? dah nama pun musim summer, memang ler panas! owahhh! panas yang tak dapat nak cakap dah! siang, malam, pagi, petang memang panas tak hilang2! ya rabbi! mengucap je lah dalam hati, nak buat macam mana kan, dah memang itu hakikatnya, terima je lah dengan pasrah walau apapun yang terjadi, uhuk! uhuk! sedih bebeno ler bunyinyer yer...alah! dulu kat Mesia, panas sampai berdengung telinga nko! boleh plak nko tahan! tetiba bila dah dok kat Denmark ni panas macam ni nko dah banyak songel! pirahhhh!
Tapi nak kata apa kan..dah kulit dan badan ni terbiasa dengan cuaca kat sini, dah nama pun dok sini, jadi gini ler ghopernya...jangan ingat aku tak sedo diri plak! nkorang tak rasa, nkorang memang tak tahu! apapun aku tetap tahankan jer lah yer...nak meraung sampai koyak molot nko pun, takde sapa nak pujuk kak oi! memasing pun kepanasan! jadi sama2 ler rasakan.
Aku cuma kesiankan anak2 aku jer..dorang tahu apa? asyik2 merungut! tapi yang beso2 tu bolehlah juga paham..cuma yang kecik tu yang kesiannyer...badan dah start keluar ruam merah2, kulit macam mengelupas, pas tu baju memang tak pakai r..main sarung pempes jew..hehe..tapi senang jugak kije, tak payah nak basuh baju banyak2..memasing togel! hahaha

Akhirnya WC pun dah berakhir malam ni waktu Denmark, kalau kat Mesia dah awal pagi, hehe
1-0 dan kemenangan milik Spain, itulah yang diharap-harapkan oleh peminat Spain termasuk Aby, terlalu gumbira mamat tu malam ni! semoga malam yang panas ni Aby tido dengan senyuman..huhuiii!



Saat gembira Spain memegang piala emas WC
Kalau piala tu aku yang dapat! memang aku bawa gi pajak gadai! kayo mokcik!


Berakhirlah WC malam ni, pas ni dah takde menda yang spesel nak dinengokkan kat tv tu selain dari citer2 yang dah lebih 5-6 kali dok ulang2..
Lepas ni pepandai r cari aktiviti lain yer...WC dah finish!

Hari ni pagi sikit aku bangun, tapi bukannya pagi mana pun, dalam pukul 10 pagi, hehe...sebabnya dah tak boleh nak seronok tido disebabkan cuaca yang panas berdengung! nak taknak kena bangun jugak! adoihhh! potong tol r...
Semua kije pun dah siap, perot pun dah kenyang! siap gunting rambut Aby lagi..pas tu macam tak senang duduk dalam rumah! macam cacin kepanasan! nak bogel kang anak2 ingat buang tebiat plak! wakakaka! jadi aku pun sebok2 lah buat tuna sandwich dan dok kemas2 apa2 makanan yang boleh dibawa untuk berpicnic bersama anak beranak jap lagi nih...vavava...seronok juga nih!




Cari beach pun yang dedekat rumah jer r...malas nak gi jauh2..kang macam buang minyak jew..pastu takde tempat nak parking! maklom r musim2 panas macam ni memang susah nak cari parking, semua orang pun tak duduk dalam rumah, memasing bersidai menyalai badan kat beach nuu...jadi tempat parking akan selalunya penuh sesak! kalau ada tu kira nasib r...




Memang tak boleh nak kata apa r...sampai je boleh plak ada satu parking macam sengaja disediakan untuk Aby parking, hehe...tu nasib namanya..
Tapi manusia punya r ramai, bersalai macam sotong salai...tapi memang panas sangat hari ni, kulit sampai rasa perit! macam ne r dorang yang tak pakai baju2 ni yer...idak ke kulit dorang rasa perit? aku yang pakai baju pun rasa macam baju ni melekat kat kulit, sakit, perit! ntah...susah r nak cakap! panas yang tak macam kat Mesia tau! kat sini kalau panas memang rasa teruk! awan kurang! tu yang teruk rasanya gaknya!




Dah panas2 macam ni apa lagi yang sedap dibuat selain berendam dalam air sampai kembang, tak kira r apa yang kembang! asal best dah r...tapi aku idak ler berendam dalam air ijo tu, geli r plak rasanya, macam air lumut! pas tu tah sapa2 je yang masuk dok kencin kat situ, bluekkk! tengok jer dah r..cuci mata! tapi kat tepi jeti ni berangin sikit! tu yang dok melepak kat sini...cuma tak lepak lama sangat sebab dak Rhea dah bisin nak ngajak main pasir! hadohhh!




Melepak laki bini ni sambil kepanasan dan sambil2 melayan anak2 main kat tepi beach nu...tapi best jugak sekali-sekali cam ni, teringat masa jaman2 berdating dengan Aby dulu, macam ni r jugak! tapi lomantis sikit r...sekarang askar berderet nak ikut! kalau kat Mesia ada gak sekali-sekala berdating dengan Aby, askar2 aku tinggal ngan mak atau akak aku yang jagakan r..hehe




Kat sini kalau nampak bebudak main pasir tu dah macam perkara biasa r...kalau kat Mesia macam koto je rasanya kan..tapi kat sini kalau main pasir! takde plak nak ada penyakit kulit ke, kurap..panau..kudis..kayap..tokak dan segala bagai penyakit kulit r..agaknya pasir kat sini bersih kot? ntah! tapi setakat ni memang takde kejadian anak2 aku kena penyakit macam ni, mintak simpanglah eh..amit2 selisih malaikat 44 kata mak aku! hehe...
Tapi gambar kat atas tu bukan anak aku yer...tapi anak omputeh mana tah! cute sangat dok korek2 bersemangat main pasir! rasanya pempes dia tu memang dah penuh dengan pasir tu! ni kalau mak aku nampak, kompom dia akan kata ''kang kena tungau dak tu'' hahaha




Haaa...yang ni baru anak aku! ni pun seluar dalam memang dah penuh dengan pasir! takpe r dek! asal tak de cacin dah r...ni kalau maktok nko yang tengok! memang menjerit r orang tua tu! kihkihkih...




Main..minum..main..minum..tu je yang termampu dibuatnya sekarang ni..panas ya hampon! kesian kat bebudak ni jer..dorang mana tahan kalau macam ni...orang tua pun dah tak tahan, apatah lagi bebudak! aku pun dah macam cacin kepanasan kat beach ni..dok sebok ngajak Aby balik! kang rentong aku kat sini...kulit dah r rasa perit macam dah nak terkopak je rasa nih! bebudak merungut taknak balik tapi aku dah tak tahan panas! jommm balikkkk! sebelum hati aku plak yang panasssssss!!!!





Sampai rumah aku dok ngambek hati bebudak yang tengah boring tak dapat melepak lama2 kat beach tadi, so aku sambung berpicnic plak anak-beranak kat garden belakang rumah aku sambil ngajak dorang main croquet, best jugak nih!




Aby yang sakit lutut pun tak nak lepaskan peluang main croquet ni, memang enjoy main menda alah ni, nak2 kalau main ramai2..lagi r seronottttt! macam aku sekeluarga ni dah kira seronot r...riuh rendah..nak2 molot si joyah anak dara aku 2 orang tu...macam tongkeng ayam! huhuiiiiii!




Aku bersama adik-adik aku..hakakaka...tetiba! alah..time2 main2 macam ni anggap je macam adik-beradik atau kengkawan..baru best! kalau dah masuk rumah nanti character aku terus berubah jadi mummy! so kalau nkorang (anak2) nak bergumbira melayan kepala aku yang sengal sewel ni, hah! time2 macam ni r...





Kat garden belakang rumah aku ni banyak jugak bunga, nak2 bunga rose! baunya memang semerbak wangi harommm...kalau malam memang seram! hahaha...



Bunga ni pun banyak gak! berbau! tapi macam bau kentut! hahaha...




Haaa...aku akhiri catatan hari ahad aku dengan gambar buah apple kat garden rumah aku yang baru nak berbuah ni, masih ijo dan masih kecik lagi! sok2 kalau dah merah baru aku petik! sedap! dah 2 kali aku bawa balik Mesia, tapi tak tahu tahun ni sempat tak dia beso dan merah sebelum aku balik Mesia! rasanya macam lambat sikit kali ni dia nak membesar! napa tah! lagi pun apple ni lain dari yang lain, apple ni kecik2 macam jambu batu yang kecik2 tu, rasanya pun macam jambu sikit! sedap tau! mak aku suka! tapi tak tahu r tahun ni dapat bawa ke tak! ijo lagi nampaknya tu, aku plak nak balik Mesia lagi sebulan! adehhhhh!

Waaa...tengah musim bola ni, kat mana2 pun memasing kemarok tengok bola! aku yang tak tahu pasal bola pun tetiba boleh jadi tahu dek tompang sekaki tengok dengan Aby! tapi memang selalunya tengok kat rumah je, cuma hari ni kita pakat ramai2 nak tengok kat rumah kawan aku Zana, kat Virum nuu..
Kalau dah nengok bola, tak seronok r kalau takde mamam2 kan..jadi dengan gumbiranya aku nak masak nari untuk kawan2 aku sambil sesama tengok bola!
Kita cerita pasal bola dan makan2 jer r eh..
Menu hidangan WC nari ialah chicken parethal dan kobis goreng kunyit indian style, menu ni memang wajib ada disebabkan Aby punya favorite food ni..hehe...al-maklom ler...paham cukop!




Dan hidangan yang tekak2 kampong macam aku ni, kali ni aku rajin nak masak lemak tempoyak ikan patin buboh petai (aku cilok resepi Mat Gebu!, Mat! mintak halal r yer..) dan ada gak kawan aku yang tak makan ikan patin, aku masakkan lemak tempoyak ikan selar..jadi masing2 tetap merasa kerana aku kalau sayang kat kawan2 aku, akan aku buat seboleh-bolehnya untuk dorang!
Masa makan patin tempoyak ni tadi, memang best! tak rugi ikut resepi Mat Gebu ni! mabeles!




Permintaan anak dara aku, Rica. Dia mintak sotong masak hitam! tapi yang jadi sotong kunyit! ok r ehhh...janji ada! sedap gakkk!




Sup babat atau perut lembu! tapi babatnya tenggelam de'....berat perut kot? tu yang tenggelam hah!




Ulam-ulam tak tinggal kalau dah makan lauk2 kampong ni! tapi tengok bola masih nyempat mengulam yer...alah! masa makan ni bola lom start! jadi beduk r pepuas dulu!




Tak sah kalau ada ulam tapi takde sambal-menyambal, jadi kita pekena ulam dengan sambal belacan tempoyak! mak aihhh! berair segala ketiak2, hidong, mata dan segala tempat2 yang boleh berair! wahahaha
Dah r musim panas kat sini, leh plak membeduk banyak tempoyak! malam tido kompom kepanasan! ditambah plak dengan angin2 yang mengeluarkan gas berbau petai! harooommm! wakakaka!




Ni bukan aku yang buat, tapi Kak Ct Nivo, iaitu orang lama kita kat sini, murtabak goreng! sempat orang tua ni buat makanan, padahal siang tu dorang ramai2 gi main bowling! aku tak ikut, kiranya cancel last minute sebab Aby sakit lutut! adehhh!




Kuih talam yang haroos dibeduk! sedappppppp! juga Kak Ct yang buat! dekat 10 bijik juga aku membeduk kuih talam ni! sesedap rasa tekak aku! jadi dengan tak malunya aku beduk sampai lupa daratan! belasah jer r..dorang dah tahu sesangat perangai aku!




Dessert dari aku, tapai pulut dan tapai ubi, nak kata sedap sangat tu, dok aihhh! tapi ok r dari takde! bukan senang kat Denmark nak jumpa tapai kan..kira ni ok r..



Habis bola sebelom balik sempat berkepit dengan baby Adam, kecik dan kiut je masa peluk dia ni, rasa nak pinjam buat balik jer..dah r tak banyak ragam! nak2 kalau tidokan kat badan macam ni, susu plak dia banyak minum susu botol, senang kije! pinjam bole? ngeee :D
Ya hampon muka aku tak semengah dah tu, kepanasan! berkilat! hangus rentong dek matahari kat sini, perhhh! memang tengah musim panas! bukan panas2 biasa tau! panas kat sini menghanguskan kulit sebab tak banyak awan, UV yang tinggi! huwaaa...panas berpeluh-peluh dan hangos kulit aku dah ni! tapi bila peluk dak Adam ni rasa nyaman je! nyaman kat hati...
Adammm...comennyer dia..macam anak tonyet melekat kat badan! T Sue polok dia kuat2, gerammmm..


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin