
Rumah siapa ni? inilah rumah Linda, iaitu jiran yang juga telah aku anggap macam hakak aku kat Denmark ni, wawawa...banyak hakak nko sekarang ni yer...
Hari ni aku kerumah hakak Lindaku untuk sama2 menikmati suasana summer sambil berbbq, aku kesini pun sebab diundang beberapa hari yang lepas untuk datang kerumah hakak Linda ni, sebenarnya antara aku dengan Linda ni semakin hari semakin close, mana tak closenya? rumah kitorang memang dekat, adalah kena lalu dalam 3 rumah je! dah pun sampai rumah Linda ni, selalunya kalau gi rumah dia memang jalan kaki r...gila kuasa ke hapa dok dekat2 nak naik kete! peluh belum sempat keluar pun dah sampai!
Beberapa minggu ni ada aje jemputan, jadi hakak memang bz sikit! rajin plak dorang nak menjemput aku ni ek! sebabnya gaknya aku ni idak ler sombong mana pun, lagipun aku ni berkawan dengan sesiapa je! aku tak pilih kawan pun, dari yang tua sampailah yang muda, semuanya masuk kat aku r...yang penting orang tu ikhlas nak berkawan dengan aku, salah satu kawan yang baik kat sini dengan aku, ni r hakak Linda ni, dia orang Punjabi dan asal memang dari M'sia tapi dia kawin dengan orang Denmark n dah duduk kat sini dekat 30 lebih tahun dah, kira orang M'sia yang dah lama r kat sini.
Wah! panjang plak ceritanya...

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, meh cuci mata dengan perhiasan kat rumah Linda ni, aku memang suka datang rumah Linda ni, aku suka tengok hiasan dalaman rumah dia, banyak barang2 lama yang cantik! rumah dia dah r besar gedabak! kalau nak dibandingkan dengan rumah aku maunya nak ada 4 rumah aku baru boleh samakan dengan sebuah rumah Linda ni, memang besar nko! kalau Kat Mesia confirm dah kena sekodeng dengan pak2 penyamun tarbus! tapi kat sini rumah besar2 pun alhamdulillah lah...nampaknya selamat!

Tembaga atau dalam bahasa omputehnya copper, banyak kat rumah Linda ni, gaknya dia minat dengan barang2 macam ni, aku pun suka juga tapi malas nak jaga, hehe..

Bukan je perhiasan dia banyak yang antik, perabut dia gak banyak yang antik, kalau jual ni maunya makan ribu riban, tapi Linda ni jaga barang2 dia punyalah kilat! kalau kat rumah aku maunya penuh dengan habuk dan debu, caya lu lah Linda!

Hah! yang ni bukan perabut antik ok, ni fireplace! time2 summer macam ni benda ni memang tak digunakan, tapi time sejuk datang sok, memang perlu sesangat! kalau kat Mesia ada gak menda ni tapi takde dekat dalam rumah r...cuma ada kat rumah mayat! ehhh? sekarang mana ada rumah mayat main bako2 macam ni, sekarang pakai karan ok! dah moden!

Ni pulak dekat tepi luar rumah linda yang penuh dengan bunga, waaa...macam taman bunga tau! toleh kiri ada bunga, toleh kana pun ada bunga, romantis sekali rasanya, sesiapa yang nak dating kat taman bunga, mai lah sini! hehe

Bunga rose yang bukan je cantik tapi baunya memang kuat, sedap betul! tak payah pakai perfume r kalau datang sini, bau bunga ni dah cover bau2 badan yang hapak tu!

Garden rumah dia ni kalau nak dibandingkan dengan garden rumah aku tu tah apa lah sangat kan, garden Linda ni memang besar r...tak tahu macam mana dia boleh rajin dok jaga garden yang sebeso ni hah! kalau rumah aku ada garden macam ni, maunya jadi hutan simpan dah! tapi hubby Linda ni, kel Jorn memang jenis yang rajin buat kije, tak kira r kije apa pun termasuk gardening, sebab tu rumah dia sentiasa bersih, bunga2 pun rajinlah dia dok tanam! aku ni lain r...jenis yang tak boleh tanam bunga, bukan apa! tangan aku kalau tanam apa2 pun kompom kojol! tak tahulah nape? kalau kat Mesia biasanya kalau nak suruh tanam2 aku akan suruh mak atau kakak2 aku, hah! dorang memang terror bab tanam2 ni termasuk tanam orang! muahaha...tak r...nko gila ke hapa nak tanam orang! kang kena jel bak kata mak aku!

Hah! ni yang best! kalau gi rumah Linda ni kan, mesti ada je aktiviti yang dah diplankan, so nari kita main croquet plak! nampak macam senang je kan dok tonjol2 bola tu macam main hoki, tapi sebenarnya susah juga tau! yang pastinya tetap best dan tak sangka ni kali pertama aku main tapi aku leh menang! aku ni biasa r...kalau masuk game apa2 pun selalunya macam luck tu menyebelahkan kat aku, ada ong punya olang tau! hahaha...bagak r plak!

Hah! tonjol r apa lagi! penat nunggu minah ni tau! lemauuu...

Aby jugak tunjukkan bakat yang terpendam! terror jugak mamat ni bab tonjol menonjol tau! hehe

Yaaa! siapa lagi kalau bukan hakak! apa2 game pun hakak sauk! yang penting happy! huhuiii!

Yaaa! tuan rumah tak lepaskan peluang tunjukkan bakat dengan penuh perasaan sampai tak pakai kasut, kaki ayam lagi selesa! tapi sayangnya dialah orang yang last sekali, muahahaha....ketawakan Linda! :D

Lepas berpenat-penat main croquet tu tadi, tiba masanya kita nak bako-membako! aku biasa r...mesti tolong kel Jorn punya! ya...tolong kacau! hahaha
Memula kita dok bantai burger yang dibuat sendiri, dagingnya...mak aihhh! tebal giler...makan satu dah kenyang! pastu kita dok beduk jagung bako! memang sedap dan manis! yum...yum

Rasanya kat celah2 perut masih ada ruang lagi, kita sambung membako kebab kambing yang memang sedap r Linda buat! sayur2 dah semestinya kena ada!

Huwaaa...dah tak boleh masuk sebenarnya dalam perut ni, dah rasa sendat macam nak meletup! tapi dek kerana udang ni, aku belasah jugak sumbat dalam molot! ya hamfun! nko nak jadik hapa makan sampai dah tak boleh makan?

Tapi ni cakap tak tipu r...udang ni memang sedap! tah apa yang Linda letak kat udang ni, aku makan sampai tak bagi chan kat dorang nak amik lebih2 udang ni, aku memang hantu udang walaupun aku allergy sebenarnya! alah...ubat gatal dah tersedia ada kat rumah, jadi aku memang bantai je apapun yang boleh dimakan, yang penting tak memudaratkan diri aku.

Haaaa! sebenarnya hari ni birthday dak Rica yang ke 10, jadi kita sambut birthday dia kat rumah Linda ni, terima kasih pada Linda kerana rajin nak dok pacak2 penuh kat atas kek segera tu!
Sebenarnya aku biasa buat birthday Rico & Rica sama2, jemput ramai2 tapi tahun ni tahap kemalasan aku dah melampau-lampau! jadi tak r buat pun! hehe

Itu diaaa...birthday girl tiup lilin lepas kitorang nyanyi lagu birthday terpekik terlolong ikut sesuka hati melepaskan vokal yang sumbing dan sumbang..

Alahai minah senget ni! asal suruh senyum je mesti senget!

Makan kek sebelum balik rumah, masa ni pun dah jejak pukul 11 malam, kalau dah dok berborak dengan Linda ni memang lambat r gamaknya balik kerumah, ni pun aku yang cepat2 ajak balik sebab esok ingatnya nak merayap jap! ha...merayap lagi? apa nko tak penat gaknya asik merayap tak berenti!
Alah aku ni sebenarnya dah lama rasa tak merayap membeli belah, asik2 ada jemputan makan2, ni ada masa tengah orang tak kije ni dan esok takde jemputan apa2, tu yang dok gatal tapak kaki nak ajak gi cari barang! penat tu memang r rasa penat tapi seronok tu yang penting!
Pada Linda and kel Jorn juga aku ucapkan terima kasih banyak2 kerana rajin nak menjemput dan melayan karenah aku sekeluarga, budi baik yang tak dapat dibalas dengan kata2...cayang Linda and kel Jorn selalu....