
Sekali pandang macam restoran seh! dengan pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garfu dah tersedia dok elok tersusun kat tembok tu! nak tahu ni dekat mana? haaaa! ni sebenarnya dekat garden rumah hakak Muna kita itewww...nari minachi tu dok ajak berbbq kat rumah dia, aku pun apa lagi kan..kalau orang jemput makan ni, dengan berbesar dan muka tak malunya aku akan serang ketempat tu, orang ajak makan nko, sapa taknak kan..nak2 kalau tuan rumah tu pandai masak, rogi tak pergi!
Waaa...hari ni memang seronok, tadi lepas je Aby balik kije (cabut balik cepat cz nak tengok bola) dalam pukul 6 petang, kiranya lepas bola abis r...kitorang anak banak gi serang rumah Muna, serang untuk berbbq ler, cuaca plak mak aihhh! seksi betul! suka sangat cuaca macam ni, nak buat apa2 pun takde halangan cuma kena r hangit sikit ketiak tu dek haba panas, hehe...

Apa lagi yang ditunggu, bako, panggang, salai r apa lagi! makanan yang pertama dibakar ialah ikan bakar Hazzim, sebab Hazzim yang dok kerojekan ikan tu, siap dengan bakar beralaskan daun pisang nkorang jangan memain! ingat kat bazar ramadan atau kat restoran seafood je yang buat macam tu, kat sini pun buat cam tu jugak tau! memang laku sebab ikan tu yang habis dulu! pas tu barulah dok bako sate dan ayam percik...perhhh!

Yaaa! ini dia 2 orang pokcik penjual ikan bako dan sate! nampak macam tak sesuai tapi ok lah dari takde yer...kang sapa plak nak membako?

Oleh kerana Pokcik jual ikan bakar dah balik sebab ikan bakarnya habis dan laris dijual, makcik kantin plak yang ambil alih! muahahaha....tak sesuai tau! sebenarnya masa ni Hazzim gi curi tulang berfoya-foya jap ngan Muna! muahahaha...tak sesuai jugak tau! ok lah...sebenarnya masa ni Hazzim gi keluar jap dok ambil kawan dia untuk datang kesini, tu yang mamat tu hilang jap!

Pas sampai kawan2 yang Muna jemput, kitorang pun terus laju dok pulun apa yang patut dipulun! gambar makanan memang tak sempat nak ambil sebab memasing dah tak ingat apapun, cuma ingat nak melantak jew...ya hampon! ni betul2 punya cakap r...nari memang kenyang giler...naik merekah kulit perut aku menggembang dek makan tak berenti!

Sib baik ada hubby kawan Muna ni kat meja nu, kalo tak laki aku sorang je yang nampak hangus! hah B, now u boleh eksen sikit yer...hahaha

Lepas makan, kitorang telah dipaksa oleh Muna untuk main game yang telah disediakan, hahaha! tak r...sebenarnya game ni bukan paksaan pun, Muna tu dah bagitahu awal2 2-3 hari yang lepas, dia buat bbq ni dengan ada buat game sekali yang melibatkan belon dan air, so disuruhnya bawa extra baju, cuma yang bestnya game ni tak banyak basah pun sebab yang mainnya terror2..pompuan vs lelaki dan yang pastinya pompuan masih lagi pegang gelaran juara! team lelaki walaupun tak kurang hebatnya, tapi mana boleh lawan team pompuan, nak2 ada hakak yang pakai baju pink tu, badan beso macam tu sapa sangka dia jenis yang lasak! dan paling bestnya dia ni kepala memang best giler...kepala giler2! aku suka kat dia walaupun molotnya memang tak reti nak diam, cakap tak berenti! time makan pun leh cakap pok pek pok pek! senang citer best r dia nih!

Wajah2 kehampaan kerana kalah! hahahaha! jangan putus asa yer dek! cuba lagi lain kali! kahkahkah! ketawakan nkorang!

Anak dara Muna yang jarang2 sekali nak dapat amik gambar dia, tapi kali ni dapat jugak aku letakkan sebagai penyeri blog aku pada hari ni, memang berseri orangnya, cantik jelita!

Aku akhiri catatan hari ni dengan gambar aku bersama Muna disertakan ucapan (tak abis2 dengan ucapan) dari kitorang pada kengkawan yang berada di Denmark dan M'sia juga dimana juga nkorang berada, semoga menikmati cuaca yang panas terik yang indah ni, hehe...indah kew?
Ini saja gambar yang sempat diletakkan kerana ini jugalah gambar yang sempat di ambil, yang lainnya lebihkan pada makan dan game.
Sampai jumpa lagi dicatatan akan datang...