Hai..hai re hai! waaa...cakap hindustan r plak! hehe amik mood ler..
Rasanya sehari suntok semalam aku tak ngap date, hakak bz plak tetiba! bukannya apa, semalam anak2 aku last day sekolah, jadi aku menyetelkan r dorang punya buku2 dan report card dorang, alhamdulillah...kuputusan pelajaran Rico banyak peningkatan dan boleh buat aku tersengih kambin r...yang Rica plak hanya biasa2 jer...adehhh! lemah mendengonyer...bila r pompuan ni nak ada peningkatan! takde turun naik! mendatar....sama jew...lemah tol aku dengan dak ni, tapi ok lah jugak kiranya dia tu, idak ler lemau sesangat! kalau lemau manjang maunya makan tangan aku!
Kiranya dah setel r urusan sekolah molah dorang ni, dan dorang sekarang gumbira menikmati hujung tahun sekolah, lama gak! sebulan lebih r...dan tiba plak masanya aku dok pikirkan hal2 dorang kat rumah! adehhh! ni pun lemah gak! mana tak lemahnya, dorang kalau kat rumah, memang kena sediakan makanan cukup masa, makanan sampingannya lain, jajan2nya lain, dorang ni walaupun badan kecik tapi perut dorang jenis perut stokin, boleh isi banyak2, budak2 tengah membesar r katakan, sentiasa nak makan...jadinya mak paknya ni apa lagi, kena r sediakan tu semua.
Pagi2 lagi nari aku dah bangun, pas masak siap semua! aku keluar plak pi beli barang2 dan keperluan bebudak tu, mak aihhh! penuh trolley jugak aku dok borong biskut2, jajan2 dan makanan2 untuk dorang, tapi takpe r..beli barang makanan ni apa salahnya, lagipun untuk anak2 sendiri, mak paknya pun tompang sekaki gakkk! hehe



Petang plak aku sambung ke kelas tarian aku, cuaca hari ni memang panas! berpeluh-peluh, berlendir-lendir ketiak aku dibuatnya, eeee....machin r...



Walaupun cuaca panas dan berpeluh-peluh tapi aku memang enjoy giler dengan kelas tarian ni, nkorang tahu r aku ni memang jenis suka buat kije mengelinjang gedik sana gedik sini! jadinya benda2 macam ni memang sesuai dengan kehendak aku, kiranya kije yang aku suka buat r...hehe sonokkk!



Adehhh! bukak ketik babe! sapa yang dok dekat2 aku terbau semacam tu, harap dorang tak r sampai kena resdong yekkk! sabau jer r...



Nkorang bayangkan lepas aku menari, berpeluh-peluh, berlendir-lendir dengan baunya tah tak boleh nak cakap! boleh plak aku gi umah kawan aku dok melawat kawan aku yang baru bersalin hari tu, memang dasar ''kemproh'' mak aku kata, kalau nkorang tak paham apa tu ''kemproh'' gi rujuk kat kamus bahasa jawa yer... hahahaha
Arhhh! dulik r...kalau nak ulang-alik! ulang-alik! buang masa r...dah r aku tengah bz skang ni, jadi buat sekali harong r kan...tak payah buang masa, so pada kengkawan aku semua, paham2 je r yer...
Tapi aku memang happy bila tengok muka baby ni, aku tak tahu nape aku suka sangat kat baby yang baru lahir, kalau dah beso2 sikit aku suka gak tapi aku lagi suka baby baru lahir! suka tengok muka dorang, suci, bersih, tenang...aaahhh...damainya hati tengokkan, badan penat pun jadi hilang semuanya, terus je semangat! cuba tengok gambar baby kat atas tu, cumil sekali! ni r baby yang aku pi tengok tadi, anak kawan aku, baby yang selama ni kitorang nanti-nantikan kat sini, sempat r aku dok dokong2 n belek2 baby ni sebelum aku balik tadi, nak ikutkan memang tak puas! tapi takpe, ada masa lagi nanti aku pi lagi dok gomol2 plak!
Pada Zana, Kama n Afiq, kami sekeluarga ucapkan tahniah pada korang sekeluarga kerana dapat baby yang cumil ni, semoga kehadiran baby baru ni akan lebih membahagiakan dan menceriakan kehidupan korang semua.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 200 gm mentega (pada suhu bilik)
  • 1 cawan tepung gandum - di ayak
  • 1/2 cawan horlick - di ayak
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 5 biji telur
  • 1 s/t esen mentega
  • Biskut Digestive secukupnya - dipatah 2
  • Pewarna kuning, hijau, merah jambu dan biru
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  • Putar mentega bersama gula hingga putih dan kembang, kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis, putar hingga rata.
  • Masukkan susu pekat manis, putar lagi dan kemudian masukkan horlick sedikit2 dan diikuti dengan tepung sedikit2 sehingga habis, putar sebati.
  • Akhir sekali masukkan esen mentega, putar sehingga rata dan sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, cedok kira-kira 6 senduk kecil pada setiap adunan dan letakkan warna yang berlainan pada setiap adunan.
  • Tuangkan adunan warna pertama kedalam loyang dan susunkan dengan biskut digestive, kukuskan selama 20 minit atau sehingga keras.
  • Tuangkan pula adunan warna kedua, dan susunkan biskut digestive, kukuskan semula selama 20 minit, buat proses yang sama sehingga warna yang terakhir tetapi jangan letakkan biskut diatas permukaan kek.
  • Kukus adunan yang terakhir selama 1 jam atau sehingga masak.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 6 ekor ikan sepat masin
  • 1 batang timun
  • 15 biji cili padi *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 keping asam gelugor
  • 6 cawan santan
  • Gula dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Rendam ikan sepat masin selama 1/2 jam, kemudian cuci bersihkan dan toskan airnya.
  • Potong timun memanjang dan buang tengahnya, ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda * dan masukkan kedalam periuk bersama santan.
  • Letakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih perlahan, kemudian masukkan asam gelugor, ikan masin, perasa dan sedikit gula, kacau perlahan.
  • Akhir sekali masukkan timun, kacau rata dan bila timun masak, bolehlah ditutup apinya.
Sebenarnya hari ni hari yang best, mana taknya..aku sekeluarga diundang oleh hakak Muna kita tu untuk datang kerumah dia, tujuannya nak mengucapkan selamat pulang ketanah air Malaysia kepada En Poji sekeluarga, Poji ni salah satu kawan2 kitorang yang nak balik ke Mesia untuk bercuti selama sebulan lebih, walaupun dorang hanya balik ke Mesia untuk bercuti, tapi kitorang kat sini mesti akan terasa ketiadaan dia sekeluarga, sedih juga rasa hati ni, biasa r...kat sini dialah tempat aku mengadu, jadi bila dia takde tu terasa juga ler kekurangannya.
Aku sampai kerumah Muna tadi dalam pukul 6 petang, biasa r kan..hari2 kerja macam ni biasanya kalau buat apa2 pun lepas waktu kije r...sesampai kedepan pintu rumah hakak Muna tu dah terbau masakkan yang menyelerakan...macam bau hidangan hari raya pun ada gak! semerbak ghauuu...ghauuu...bau diaaaa....mak aihhh! terus lapo perut aku dibuatnya! dan tak sampai beberapa lama pun, kitorang dah dijemput untuk makan, aku apa lagi? biasa r dengan muka tak malunya, ku rembat pinggan dulu!
Korang cuci mata je r eh dengan sebahagian dari hidangan santapan aku niari, bukannya apa, sebenarnya memasing dah makan baru aku dok sebok nak mengambik gambo! sedap nko! sampai lupa nak ngambonyer...




Hah! yang ni mesti korang dah tahu, kalau makanan penuh sepinggan macam ni memang biasanya pinggan aku r...tapi memang pinggan aku pun! ada ayam, daging dendeng dan yang tak boleh tahan tu, masak lemak labu dengan udang! perhhh! aku bukan boleh tengok lauk2 kampong macam ni, makan tak toleh kiri kanan punya! adehhh! bikin malu tol r...



adehhh! laki sapa r tu? makan tak toleh kiri kanan jugak! sejodoh betul! Poji tu tak payah cakap r...tah berapa pinggan dibedalnya pun aku tak tahu, yang pastinya kejap2 gi cedok! kejap2 gi cedok! poyo!



Memasing memang tengah sedap membelasah makanan, hakak Muna sempat sengih kambin!



Nari memang seronok, lepas makan kita ada game plak! ni idea dari Muna r...apa lagi! tapi memang seronok giler..riuh rendah dibuatnya rumah Muna nari, molot aku tak payah cakap r...memang jenis molot bertih jagung yang dah nak jadi pop corn tu, pot..pet..pot..pet tak berenti! adehhh hakak ni, kalo tido je baru molot dia diam tau! sabau je r..yer
Tengok je r aksi aku, macam ye ye je kan dok menyoal orang!
Ini game lelaki vs pompuan, kita tengok sapa yang menang!!!




Ha'a nampak je macam beriye-iye pak Herman ni kan? main tipu nko! hahaha...lawak r!



Yaaa! ini diaaa! En Hazzim kita selaku tuan rumah juga menunjukkan bakat! tapi ntah kenapa nari asyik keluar dari molot dia ''Avatar'' dah kena sampuk dengan antu biru ''Avatar'' tu kot? wakakaka!



Giliran isterinya pulak, iaitu hakak Muna yang vogue de' vazz!!!
Arhhh...yang penting game ni memula je nampak susah, dah beberapa round, sonang baitu!



Amboihhh! sampai macam tu sekali memasing tumpukan perhatian pada game ni! nak menang punya pasal!



Poji ni memang kecoh! korang bayangkan je r Poji ni orangnya macam mana yer dan korang dapat bayangkan kalau dia takde! huh! memang tak seronok! pak lawak pun yer jugak dia ni, ye ye sangat r tu lakonkan kengkonon nak menang r! mmm...haremmm! pompuan gak yang banyak menang! huhuiiii!



Muna tu dah sampai tak tahan ketawa! jangan sampai terkencin kat situ dah r yer hakak Muna oi!!! adehhh!



Sebelum balik kitorang semua sempat bergambar sebelum mengucapkan selamat jalan pada Poji sekeluarga, semoga Poji dan keluarganya selamat sampai ke Mesia dan selamat kembali semula kesini, kalau dah sampai Mesia nu ingat2lah kita2 kat sini, nak2 time2 bergumbira kat sana! uhuk! uhuk! Sueeee....aku akan merindui nko! Azzim, ti Sue mesti windu kat Azzim, bayangkan Nini kompom berpeluh-peluh masa kat Mesia nanti! huhu
Terima kasih juga pada Muna sekeluarga kerana menjemput kami semua dengan bersusah payah menyediakan hidangan yang very de' sedap dan game yang memang best r...kitorang memang enjoy!
Len kali buat lagi game yang best2 hokkey!
Cauuuuuu!


Oleh kerana takde resepi yang nak dimasukkan, aku letak r gambo tuan punya blog je yer...alah! bukannya tak masak tapi satu dua hari ni masak biasa2 je lagi pun resepi masakkan yang aku masak satu dua hari ni dah ada dalam blog jadinya sesekali tukar r kisah resepi pada kisah tuan punya blog ni yer...bukannya apa! family aku kat Mesia nu macam mak aku, kakak2 aku, anak2 sedara aku, cucu2 sedara aku dan kawan2 aku, dorang tu memang selalu buka blog aku ni nak tahu perkembangan aku kat Denmark ni, jadi memang aku kena selalu ler catatkan apa2 kisah aku kat sini pun.
Mmm...ok lah, aku nak cerita sikit je pasal hari ni, tadi aku keluar ler petang2 lepas Aby balik kije, lagipun hari ni shopping complex dan kedai2 tutup lambat sikit, tu yang gatal tapak kaki nak merayap! ditambah plak dengan cuaca yang memang cun r hari ni, tak panas dan tak sejuk! kiranya sesedap rasa badan aku ler..kalau orang lain mungkin dorang rasa panas kot? ntahhh? aku memang pantang kalau cuaca macam ni, memang gatal je tapak kaki ni, tapi kalau sejuk! ya hampon! mood pantang pun jadi malas dan terjadilah kisah seorang suri rumahtangga yang terperok dicelah dapo! sebabnya aku ni kalau cuaca sejuk, aku jadi malas nak keluar, tak tahan sejuk! tapi masa tu mood rajin kedapo plak datang! tu yang kalau sejuk2 tu kadang ada je menda yang nak dimasakkan, mengekek r, buat sekut r...memacam r...tapi kalau cuaca macam hari ni, mmm...jawabnya jom kita merayap ler...ngeee :D
Pas puas merayap tadi dan dapat bebenda yang aku nak (berhasil aku mengecek Aby) aku pun balik dengan perasaan yang gumbira! dalam gumbira2 tu dapat berita yang kawan aku selamat dah bersalin anak lelaki! lagilah bertambah gumbira kerana memang kita kengkawan kat sini tunggu je tuk kawan aku yang sorang ni bersalin, mmm...semuanya dah selamat, tadi dia bersalin pukul 6 petang, pukul 10 malam gaknya dia dah balik kerumah, kat Denmark ni memang cam tu, kalau bersalin takde masaalah pape, takde tido2 kat spitalnya, terus je disuruh balik! takpe r...lagipun tido spital bukannya best, tido kat umah lagi best! dari pengalaman aku ler kan..tapi tak tahu r kalau orang lain tu suka tido kat spital! hehe
Waa..bertambah lagi baby anak2 orang Mesia yang lahir kat Denmark ni, pas ni siapa lagi? yang pastinya bukan aku! hakak dah pencen nyahhh! cukup r 3 orang kombet tu saja, tu pun dah separuh nyawa aku menjaganya, macam2 hal, macam2 karenah! hampoon!
Ok lah...dah penat ni! nak titon dulu, jangan jemu tuk nantikan catatan aku akan datang yer...
Cau cin cau...opsss! kat sini takde cincau!
Cau cen dol...hah! cendol ada! hikhik!

Vaaaa! semalam dapat aku cari durian nko! bukan teringin nak makan pun tapi aku teringin nak dibuat lauk! nak buat tempoyak ler...dah bape kali juga aku masuk kedai tu, memang kedai tu tempat biasa aku beli durian tapi beberapa hari lepas memang takde! gaknya semalam baru sampai, aku punggah kat belakang2 leh plak ada durian, dah r baunya semerbak mencucuk kedalam lobang hidong aku, takkan r takde plak kan...perhhh! bukan main elok plak lagi isinya, selalunya kalau nak buat tempoyak ni kena cari durian yang kureng elok, yang agak2 nak masam sikit tu, tapi dah takde! durian elok pun ok r...asal jadi tempoyak!
Lepas habis proses buat tempoyak tu, ceewahhh! siap proses2 ni, macam r buat tempoyak susah bebeno sampai kena proses! gila over nko kak oi! k r pas durian elok aku moyakkan jadi tempoyak, apa bahasa aku pakai pun aku tak tahu janji bahagia, aku simpan lok elok tempoyak tu kat dalam esbok, biar kuperam kasi masam, bukan boleh terus dimakan, kena r peram dulu lelama sikit, baru kaw!
Vavava...pas ni dapat aku melepaskan kemfunan aku, leh masak lemak cili api boh tempoyak, asam rebus boh tempoyak pun syok! sambal belacan tempoyak, mak aihhh! melelehhh!
Selama ni aku memendam perasaan keciwa aku pada si Mat Gebu! ada ke mamat tu selalu jeles kan aku dengan lauk2 tempoyak dia, mana leh tahan jiwa raga aku kat sini! menderita aku! akhirnya....hahaha...dapat aku menempoyak sendirik! Mat, nko ingat nko ada tempoyak! aku pun ada r...huhuiiii!


BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 buku baguette - dipotong serong
  • 8-10 biji cherry tomato - dihiris bulat
  • 150 gm keju mozarella - yang telah diparut
  • 1 s/b serbuk oregano
  • Mentega
CARA-CARANYA:
  • Sapukan permukaan baguette yang telah dipotong dengan mentega, kemudian susunkan diatas dulang pembakar.
  • Suasunkan pula hirisan tomato diatas baguette dan taburkan keju mozarella diatas tomato hingga rata.
  • Taburkan pula sedikit serbuk oregano diatas keju mozarella.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 10 minit atau sehingga keju mencair.
  • Hidangkan semasa masih panas.




''Happy Father's Day'' untuk bapa mertuaku yang tersayang, semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan terima kasih kerana menjadi bapa mertua yang sentiasa mencurahkan sepenuh dengan kasih sayang, terbaik, dan bertanggung jawab.
Hanya dari kejauhan dapat ku curahkan kasih sayang ini.



Juga ''Happy father's Day'' buat En Mohd Farhan Joshua, dengan sepenuh kasih sayang dari Rico, Rica dan Rhea, terima kasih kerana menjadi seorang daddy yang bertanggung jawab, penyanyang dan terbaik!

Dikesempatan ini aku nak ucapkan "Happy Father's Day'' buat kawan2 aku yang telah menjadi bapa, abang iparku, anak2 sedaraku juga yang telah bergelar bapa dan kesemua bapa2 diseluruh dunia.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin