
Aktiviti hari sabtu aku pada minggu ni ialah pergi ke Indonesian Embassy, tujuannya nak tengok karnival r apa lagi...walaupun bukan di Malaysian Embassy tapi orang Malaysia dan sesiapa dari mana2 negara pun juga dijemput bersama-sama memeriahkan suasana! oleh kerana Malaysian festival hanya dibuat kat Stockholm sebabnya Malaysian Embassy kat sana nu, kat Denmark hanya ada Malaysian Consulate Office jer..mmm...jadi kalau orang2 Malaysia nak ke Malaysian Embassy, kena r ke Stockholm sana...jauh juga tu, kena naik kapal terbang...adehhh!
K lah, kita cerita pasal karnival hari ni yek! aku dengan kawan2 aku sebenarnya dah berpakat dari hari tu lagi memang nak ke karnival ni, lagipun kitorang ada kenal beberapa orang dari Indonesia yang jugak pelawa kitorang untuk datang memeriahkan suasana kat sana, tu yang kitorang pergi! lagipun orang2 Indonesia kat Denmark ni semua pun macam kita gak, diorang baik2! takde r sampai berpuak-puak atau terjadi berselisihan apa2 pun, tu yang bagus kan...
Sesampai kat sana, orang dah memang ramai, biasa r aku ni selalu terlambat! dah bangun pun jejak ke tengahari, memang r selalu pun lambat! mmm...dah terlepas nak tengok joget lambak! tapi takpe r...yang penting makanan memang ler banyak, melambak-lambak orang jual! cuma makanan tu makanan orang2 Indonesia ler macam bakso, sate padang, nasi padang, kuih-muih diorang dan macam2 makanan r yang aku tak tahu apa kenamanya, main beduk je! janji kenyang! bukan senang nak dapat makanan orang Asia kat sini selain dari masak sendiri kan, ni dah melambak depan mata, hah! apalagi? selagi boleh masuk, bedukkkk r...

Dah macam picnic r jugak, memasing melambak duduk cari parking untuk makan, aku memang tak bawa tiko, dok tumpang Linda! alah...aku tahu Linda mesti bawa peralatan yang lengkap punya! hehe..
Puas aku makan hari ni, selagi boleh masuk kalau boleh semua pun nak rasa, yer r makanan Indonesia bukan semua yang sama macam Malaysia, banyak jugak perbezaannya, yang pelik2 pun banyak! tapi aku ni memang suka cuba benda baru, tu yang kalau pelik sikit aku nak rasa, tapi cari yang boleh dimakan r kan..bukan main tibai je semuanya, nanti orang ingat aku larong plak! sabau je r hakak!

Anak sapa r pegang tiang sambil makan sate ni? ntahhh??? ''Dek, mak pak awak mane?''

Wah! uwah...uwah...dah kenyang nko terbongkang kat sini sambil posing eh? mana anak2 nko bersepah? budak makan sate yang kat tiang tadi anak nko eh?
Ehhh..ehhh! anak aku hilang r...

Banyak jugak acara kat karnival ni, ada cabutan bertuah! tapi aku tak bertuah kerana nombor yang aku dapat memang takde onggg! mencik tol!

Gamilan ke gamelan ke namanya, aku main tibai je sebut, pun ada ni hah! layan je r walaupun tak minat! hehe...

Hah! yang ni ok sikit r tengok sebab nampak ganas seh kakak nih! baru bukak langkah je kakak ni dah bukak ketik! cuba tengok muka dia, garang nko!

Joget ala2 zapin pun ada, tapi zapin diorang lain r...tak sama macam Malaysia punya zapin, yer r...lain negara lain caranya, yer tak?

Ang klong pun ada! tapi tak sama macam Atoy dulu main kat restoran anjung warisan r...orang joho tahu r kisah ni, paham cukup!

Hahaha! tengok tu, serope tapi tak sama! tapi jaket sama beb! sebenarnya ada 3 orang yang pakai jaket sama ngan Aby, tapi yang sorang dah balik dulu! ni hah tinggal berdua, sebelah menyebelah lagi! tapi memasing konon buat2 tak nampak! pirahhh!

Petang jugak r kitorang baru balik, abih! memasing dah jumpa kaum kerabat, apa lagi! dok bertonyeh r tak berenti...
K lah, aku akhiri catatan hari ni dengan gambar aku bersama Dayang Zaidel, awek Sarawak yang dok belajar kat sini, makan tahun jugak dah kenal minah ni, masih solo lagi! sebarang pertanyaan sila hubungi aku, kihkihkih...
Cauuuu













