
Tak pernah lagilah kejadian hari sabtu aku tanpa Aby! tapi minggu ni kiranya first time dalam hidup aku kat Denmark ni Aby takde pada hari sabtu! huk! huk! huwaaa...
Selalunya mamat tu pergi kurang dari seminggu, tapi kali ni dia pergi hampir seminggu lebih! mmm...apa nak dikeluhkan! dia pergi mencari rezeki! hakak reda! alahhh! sedih nooo bunyinyer...lek r kak oi! ada orang tu kena tinggal sampai berminggu-minggu, berbulan-bulan, diorang lek jer..nko baru bape hari dah keco macam dunia dah nak berakhir! senyum sikit? ececehhh! cam kambin r plak! ngeee!
Pagi ni aku bangun je, pagi kew kak oi? ok lahhh...tengahari ni aku bangun je anak2 mintak nasik lemak! aku blur r kejap! ooo...nasik lemak! sib baik nko mintak nasik lemak nak oi! buatnya nko mintak nasik minyak! mak aihh! tak dapek den nak nolong ehhh! leh kerana nak nasik lemak, aku buatkan r kan..bukannyer susah sangat! cuma nak menyambal tu aku ni pk 2-3 kali jugak! mana taknya, kat sini cuaca tengah tak elok! aku ni kalau masak yang nyambal2 ni adanya berbau satu rumah! pastu rumah aku ni kureng tingkap! kalau masak tu memang berbau r gamaknya! nak bukak tingkap? grrrr sejuk nko! kang kejong aku kat dapo tu! tapi nko buat nasik lemak kalo takde sambal bukan nasik lemak namanya yer dak? buat jugak r sambil kejap2 dok bukak tutup tingkap kasi bau hilang!
Tengah dok sebok menyambal kat dapo, Aby tepon! biasa r mamat tu sehari tah bape kali tepon pun aku tak tahu, kadang sampai dah tak tahu apa nak dicakapnya, sana diam, sini pun diam, last2 ok ''bye'' hehe...tapi hari ni banyak plak yang nak diceritakannya pada aku! adehhh! time2 aku sebok ni r time2 tu r dia nak bercerita! memula tu dia tanya r masak apa? aku cakap r buat nasik lemak kosong je! tetiba dia menjerit! ''waaa!!! bestnyer'' bior bebeno nasik lemak kosong pun menjerit! hal kisahnya! ghopernya dah bape hari ni dia kata dia makan tak betul2, makan alas2 perut je sebab susah kat sana nak cari makan yang dia boleh makan, sampai dia kata ''i pakai seluar dah longgar'' wakakakahhhhh! yang ni aku plak ketawa beso! mana tak ketawa beso? macam tak cayer je yang laki aku pakai seluar dah longgar? jarang kejadian ni nak terjadi selain masa dia muda2 dulu! muahahaha....tak baik nko ketawakan laki nko dengan nada perli lak tu! hampon yer B, ok lah...aku percaya! sok balik aku kasi makan sampai sendat balik perut tu yer...bukan sendat lagi! sampai merekah kulit perut! ngeee...
Tapi esok katanya dia dah sampai ke Dubai, kat sana memang senang nak carik makan yang berkenan dengan tekak dia, aku dengar pun happy ler kan..waaa...Dubai yer...jangan lupa belikan buah tangan untuk aku! huhuiii!

Pas siap nasik lemak sambal kupang aku tu, aku buat r plak bubur merah bubur putih, pada aku ni r dessert yang paling senang nak buat! petang2 ti boleh r dibeduk anak-beranak! nak buat yang berat2 pun tulang aku tengah berat ni! nak melayan kain baju yang dah setia menanti! adehhh! kalau difikir2 pasal kain baju ni memang meroyan aku dibuatnya! tapi siapa lagi nak buat kak oi! dak Rica tu dah tolong membasuhnya, cuma bab2 melipat ni aku memang tak kasi dia buat! tak berkenan kat mata aku! senget sengot! aku ni cerewet sikit! kalau melipat kain tu nak sama rata, tegak je! bukan apa kan..senang nak susun! pastu sedap je mata mandang kalau bukak gobok!
Hah! nak cerewet2 ni buat r sendirik yer...
Berejam jugak aku menyetelkan kain baju tu, tapi akhirnya setel jugak! berehhh!
Pas makan tadi ngan anak2 dah tak tahu apa nak buat! mmm...layan ler lagu2 hindustan sengsorang! aku ni tengah kemaruk dengan lagu2 hindustan, yer r sejak2 masuk kelas bollywood hari tu, terus je kemaruk nengok lagu2 hindustan! arhhh...asal bahagia! seronok nko sesekali layan hindustan ni, tanpa ganguan plak tu! anak2 plak sebok melayan memasing punya kije! ada yang dok main remote control car, ada yang layan katon kat bilik lagi satu nu, yang sorang lagi dok menyerak atas meja buat apa tah gunting sana sini! yang penting pastu kemassss! kalo tak? hah! suara tarzan pompuan akan bergema satu Denmark!
















