Mulakan cerita hari ni mesti r letak gambar aku dulu kan..hehe
Hari ni aku ajak kawan2 aku berpicnic dan berbbq memandangkan cuaca cantik ni, rasanya rugi kalau disia-siakan macam tu jer..jadi lebih baik diisi dengan sesuatu yang meriah dan akan diingat sebagai kenangan.
Ternyata memang meriah! apa tak meriahnya, molot aku je tak berenti membebel ngalahkan tongkeng ayam, sabau je r kawan2 aku dengo! dan hari ni aku digelar sebagai makcik kantin! sebabnya aku adalah orang penting untuk menyediakan juadah untuk anak2 murid aku sekelian, kihkihkih
Si Kama tu pasal plak makan sambil berdiri tegak! apa nko baru nak nyanyi lagu Negaraku ke hapa?



Ni plak, pembantu aku! pakcik2 kantin, tanpa diorang ni memang takde sapa nak membako segala jenis benda yang hendak dibako! rajin2 pakcik2 kantin ni, maklom r..gaji besau tu memasing! jadi kije pun kena buat betul2!
Alamak! yang pakai baju putih tu ketua pengawas tau tak! siap tolong juga nih! siapa nak jawab?



Seperti biasalah, makcik kantin dan mula menjalankan tugasnya, jadi sesiapa yang nak makan tu, jangan segan2 ler mintak yer...macam2 ada!
Korang tengok r makcik kantin ni punya r bz melayan murid2 nak makan sampai cucu kat belakang tu pun aku tak terlayan, cian cucu aku membawa diri.



Makcik kantin masih lagi bz, yang nak makannya tak berenti, bukan gheti nak ambik sendirik dorang ni, nak aku jugakkkk! hadohhh!



Makcik kantin pun nak makan gak! lepas murid2 semua makan, dapatlah makcik kantin ni mengisi perut, hehe...tipu! makcik kantin ni sebenarnya start dari datang tadi sampailah dah nak balik pun masih tak berenti mengunyah, makan tak berenti! perut stokin ke apa makcik kantin ni yer...



Kalau bab2 makan, aku mesti nak letak gambar cikgu Din ni, mana taknya, dia ni kalau makan, mesti beriye-iye pas tu pinggan tu kalau tak licin memang tak sah! senang citer jenis macam aku gak r! burok lantak! wakakakaa...hmbekkk nko Din, jawa mencrettt!



Apalah yang dimoncongkan dek makcik kantin tu yer? nak kata bisnes tak laku, boleh tahan laku gak makanan banyak yang abishhh! kekenyangan kot? huhuiii!



Adohhh Poji! dia buat dah! nak jadi penarik beca ke hapa mamat nih? ada ke diletaknya anak dia dalam tu, pas tu dia bawa round pusing2, sib baik tak tergolek budak tu, dah r baru bape bulan je umur dak tu, bapak nko tak berapa betul r dek! mmm...kalau tengok sekali pandang macam Aziz Sattar pun ada si Poji ni, dalam cerita bujang lapok! hehe
Sebenarnya basikal ni memang yang kat belakang tu untuk penumpang, leh letak bebudak r...tapi budak dah beso, kalau kat sini basikal macam ni memang kat mana2 pun ada, melambak kat jalan raya, kalau kat Mesia ada basikal macam ni dibawa kat jalan raya, maunya dah kena saman, memang tak boleh pun, kompom kena langgar pun yer jugak! kat sini memang selamat r bawa benda2 macam ni, bukan basikal je, macam2 pengangkutan yang pelik2 pun banyak kat sini, siap boleh gunakan jalan raya tau! takde saman- menyaman pun! best kan


Berbalik pasal cerita picnic nari, hah! cuba tengok, cuaca panas macam ni memasing taknak lepaskan peluang dari tidak berpakaian, yang tak pakai terus pun ada gak, tapi dorang lepak kat tepi2 pantai r..kang aku masukkan dalam blog ni ada plak blog aku kena censored, mmm...bahaya2.
Dalam banyak2 yang tak pakai baju, ada plak terselit adik pakai tudung dok layan anak! hahaha...nak tahu tak? tu r babysitter anak aku, tengok betul2, dia yang jaga Rhea kat situ, wakakaka....hampon Ala! nko jagakan r anak makcik kantin kejap yer...makcik kantin nko ni bz.



Sebelum balik, makcik kantin sempat bergambar dengan Hakak Muna kita, semoga hari ni kita sesama gembira dan enjoy!
Hadoh! dah terasa penat nih!



Memasing bersalam-salaman sebelum balik, semoga kita berjumpa lagi dipicnic yang akan datang, kalau tak bulan depan mungkin tahun depan! ngeh..ngeh..ngehhhh



Aku juga turut bersalam-salaman, sedih juga nak tinggalkan kawan2 dan suasana yang seronok hari ni, lagipun bukan selalu aku jadi makcik kantin, semoga kita berjumpa lagi yer kawan2.



Salam berpicnic dari rantauan buat keluarga dan kawan2 di Malaysia.

Hari ni pagi2 hakak dah bangun ngejutkan anak2, bebudak tu hari ni telah diajak oleh jiran aku yang tersayang iaitu kel Jens, alah! laki Kirsten tu r...diorang tu memang ler rajin sesangat nak melayankan anak2 aku ni, yang Kirstennya suka dengan Rica, tak abis2 ajak datang rumah dok main masak2 r..tengok tv sesama, bebual-bual, tanam2 pokok, sekarang ni anak aku jarang dah nak ada kat rumah.
Yang laki dia plak, kel jens suka dengan Rico, sampaikan dia tahu cita2 Rico nak jadi pilot, dok ajak Rico naik Cessna atau kapal terbang kecik yang hanya muat 4 orang jew...wahhh! abang Rico memang happy giler



Kel Jens dan cucu2 angkatnya menuju ke kapal terbang..



Sebelum terbang! wahhh! mesti happy tak terkira dalam hati abang Rico, jap lagi impian akan jadi kenyataan, walaupun belom dapat jadi pilot betul2 tapi dapat juga merasa bawa kapal terbang.



Ceewaahhh! gaya dah ada tu! mummy doakan semoga impian dan cita2 Rico nak jadi pilot akan tercapai, amin.
Kata kel Jens memang dia kasi Rico bawa, memula tu ada goyang2 juga kapal tu, dah lama sikit dia steady, memang bakat tu dah ada, cuma nak kena asah je lagi, rajin2 r terbang ngan kel Jens, nanti leh bawa mummy terbang plak! hehe...nak jugak!



Steady r abang Rico, pas ni leh ngecek daddy belikan kapal terbang untuk Rico eh...uhuk! uhuk! daddy terbelahak plak! kapal terbang mainan r daddy! huhuiii!!!



Si joyah ni pun sebok gak nak ikut, nenek dia tu sebok sangat suruh ikut! yang kelakarnya terbang tak berapa lama terus terbarai! muntahhh! wakakaka...pastu lembik! tido sampai landing! mabok udara! kihkihkih...tak layak betul jadi pilot!
Takpe r abang Rico sorang jadi pilot cukup ler...




Abang Rico yang tak sabar nak terbang lagi lain kali, terima kasih kel jens kerana penuhi impian abang Rico nak bawa kapal terbang, pas ni kel Jens kata dia dah ada geng nak terbang, mmm...suka r abang Rico tu.
Ok kita jumpa lagi di next flight! bubyeee!



Cuaca hari ni punya r best, idak ler panas sesangat dan idak ler sejuk, panas yang best! pada aku r...oleh kerana cuaca best nari aku dok paksa Aby balik kije sikalang jugak! dulik hapa! dengan sepantas kilat dan macam lipas kudung Aby kelam kabut balik! wakakaka! banyak r nko! ingat nko anak raja ke hapa, main cakap je orang kena ikut cakap nko!
Sebenarnya aku pujuk lok-elok r Aby tu, aku cakap kat dia balik r cepat sikit nari, leh jalan2 nikmati cuaca yang best! dengan tak menolaknya Aby pun cakap ok! huhuiii! mamat tu apa dikesahnya, kalau dia rasa dia nak balik, main balik jer! tapi kalau dia rasa memang ada kerja yang penting kena buat, takde nak dilayannya muka aku ni! sib baik nari dia kata ok! ahakkk! hakak gumbira dapat merayap!




Pas puas merayap, aku terus ke Fisketorvet...shopping complex ler mana lagi, memang dari tadi dah plan nak ke Fisketorvet pi cari barang2 untuk berpicnic esok, tu pun kalau cuaca best r esok! huhuiii...seronok!
Lom pun nyempat beli barang, anak koret aku ternampak plak kedai baju2 yang dia suka, alah! minah tu kalau nampak baju2 yang banyak kaler pink je terus ajak masuk kedai tu, pas tu abis semua yang kaler pink nak dicubanya, tak kira r baju ke, topi ke atau apa2 lah yang kaler pink! kalau cuba2 je takpe? ni dengan molot tak berenti cakap, mak aihhh! becok macam murai! sampai bingit telinga aku! last2 aku suruh diam kejap, majuk r plak! terus duduk kat stroller buat muka majuk! orang tanya pun taknak jawab! diam je! hehe...dak Rhea ni sejak makin beso makin kuat merajuk! tak leh cakap lain sikit kat dia, terus je nak majuk! ya hadoh!
Arhhh...tak kose r aku nak memujuknyer...malas nak layan! suruh r daddy nko yang pujuk! aku memang tak kose nak layan benda2 macam ni, benda yang meleceh-leceh ni takde dalam kamus hidop aku!
Biar banyak tido (macam aku) jangan banyak leceh! hakak tak kose nyahhh!



Pas puas mencari apa yang patut untuk dibawa berpicnic esok, aku pun bla r...memang hari ni kena cari barang lebih sikit pun, esok kedai tutup kat sini sebab public holiday, hampeh! ada ke sabtu kedai tutup! gila ke hapa?



Tak gheti2 nak tolong? cik abang tu dah r penat balik kije jer nko dah hayak dia merayap! bodek r sikit kan! selalunya aku memang jarang r tolong Aby dok susun barang2 masuk dalam bonet kete, aku kan Queen of Denmark! apa class aku nak kena buat kije cenggitu! bluekkkkkk! nko jangan nak perasan tak sudah kak oi! nak kena pangggg! hehe...amfun yer! sesekali nak bagak apa salahnya, sebenarnya tang kemas2 n susun ni memang kije aku pon, kalau kat rumah r...jadi tak boleh nak bagak lelebih! kena r sedar diri! uhuk..uhuk!


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus mee kuning
  • 6-8 ekor udang basah (saiz besar)
  • 10 biji petai - dibuang kulitnya dan dibelah 2
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 1 keping tauhu - dipotong dadu besar
  • 6 keping fishcake - dihiris
  • 1 batang lobak merah - dihiris nipis
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong panjang
  • 50 gm tauge - dibuang ekornya
  • 4 s/b cili boh atau pes cili
  • 2 s/b udang kering - direndam dengan air sekejap, toskan *
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 sm halia *
  • 4 s/b sos tiram #
  • 2 s/b sos ikan #
  • 2 s/b sos sotong #
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bahan kisar dan cili boh/pes cili hingga pecah minyak, kemudian masukkan pula bahan yang bertanda # bersama dengan sedikit air, kacau lagi sehingga mendidih.
  • Masukkan udang basah, lobak merah, petai dan fishcake, kacau rata hingga udang berubah warna kemerahan, kemudian masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, kacau sebati kemudian masukkan telur, kacau lagi hingga rata.
  • Akhir sekali masukkan mee, daun bawang, tomato, tauhu dan tauge, kacau sehingga kesemua bahan sebati, bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan.
Hari ni punyalah best! nak tahu nape? cuaca panas nko! bukan senang nak dapat cuaca panas kat sini, kadang2 je r tengok nasib r..hehe
Hari ni memandangkan cuaca best dan aku pun ada banyak urusan yang nak diuruskan, ceewah! macam menteri r plak kengkonon banyak urusan! pirahhh! sebenarnya hari ni aku ada appt dengan dr aku dan juga jumpa dentist untuk dak Rica, ada 2 appt r kiranya nari.
Memula tu gi dentist dulu, adoh! asik2 gi dentist je aku ni eh? mana taknya anak dara aku ni nak pasang braces tapi bilanya nak pasang pun tak tahu, kije check gigi je manjang, dah berbulan-bulan asik check! tapi buatnya tak gak! kat sini memang lama r kalau nak buat apa2 pun yang berkaitan dengan kesihatan, kena tunggu giliran nko sampai, barulah dibuatnya! bayangkan berapa ramai penduduk kat Denmark ni, kalau nak menunggu giliran nko baru sampai, maunya makan tahun gaknya, sok aku dah balik Mesia baru nak pasang gaknya, kat sini bukan macam kat Mesia boleh sesuka hati nko nak gi dentist mana yang nko suka! kat sini kena ikut tempat kat mana nko duduk! hah! kat situ r yang dikasinya dentist untuk nko! mencik tol r...buang masa aku jew, apa punya undang2 yang dorang pakai ni pun aku tak tahu! tapi memang ''pengor'' r...
Panas hati satu hal! panas menunggu lagi satu hal! orang plak boleh ramai nari, apa takde hari lain ke nak datang? kena tiba giliran aku kesini je terus je ramai plak orang! dah r tunggu berejam-jam, dr kat sini banyak bertonyehnya dari buat kije...eeee...hangin satu badan r aku nari! mencikkkk!



Sib baik ada tempat nak main2, idak ler dak koret ni merungut kebosanan menunggu lelama! kan dek kan? tengok tu! orang buhsan dia suka gumbira main2 kat situ! tengok muka dia yang macam tu tak jadi aku nak hangin2 sangat! sejuk plak hati ni! huhuiii!



Hadoh! yang hadoh!
Sampai kat klinik tempat aku punya appt plak lagi r terus takde mood! orang lagi r ramai, tah bilanya r sampai giliran aku? sib baik hari ni aku sihat segar bugar! aku datang klinik ni pun sebab buat check-up susulan dari sakit yang hari tu, alah yang aku kurang vitamin D tu hah! konon kurang kena sinaran matahari, kelako pun ada gak mendengonyer...tapi dah memang begitu kejadiannya, nak buat camne kan, hah! hari ni kan panas! apa lagi? jemur r puas2 sampai rentong! kuikuikui!



Tunggu punya tunggu, nama aku pun dipanggil! ghopernya idak ler lama mana pun aku tunggu, gaknya yang ramai2 tadi tu appt diorang lepas aku r tu...kihkihkih...padan muka! tunggu r korang! aku dah penat tunggu tadi kat dentist dak Rica, tiba masanya giliran aku dipanggil dengan cepat! tak payah tunggu lelama! baguih! baguih! buat r selalu pada aku cenggini yer...
Pas masuk kat bilik dr dengan ditemankan oleh dak Rica, abih semua tempat dichecknya, belakang badan! depan badan! amboih! mata! dalam molot! mana2 r yang dr tu suka2 nak check! tanya tu r..tanya nih r...bior bebeno dr ni? arhhh! lantak r..dah kije dia cam tu, nak kata apa kan..layan.



Bila habis check je aku pun bla r dari bilik dr tu, ya hampon! laki sapa r ni yang dok lena diulit mimpi? penat menunggu yer banggg? orang suruh jaga Rhea! ni Rhea plak yang jaga dia! sib baik anak aku tak kena rompak! kot yer pun nak tidoQ kat situ, idak ler payah sampai nak tutup2 bang oi! takde sapa nak mengambeknyer..tettt...wakakaka!



Hah! habis sudah urusan nari! lega rasanya!
Keluar dari klinik je cuaca bertambah panas! apalagi kak oi! nko kan kurang kena matahari! jemur r sampai geseng! bak kata mak aku r...geseng tu dalam bahasa jawa! kalau dalam melayunya hangus! kihkihkih!
Mak! sok aku balik raya jangan tak kenal plak yang anak mak dah geseng nih! ek-eleh! baru sehari berjemur dah kecoh! orang kat Mesia tu hari2 berjemur tak kecoh pun! tapi walau apapun alhamdulillah...dengan usaha semua ni aku dah sihat seperti biasa, tu yang penting!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 keping daging lembu (bahagian belakang) - dipotong tebal
  • 2 s/b herba campuran steak *
  • 1/2 botol kecil sos Lea & Perrins *
  • 2 s/b cuka masakan *
  • Sedikit minyak zaitun
  • BAHAN SOS:
  • 1/2 botol kecil kicap cair #
  • 1 s/t serbuk lada sulah #
  • 1 s/t serbuk pati ayam #
  • 5 biji cendawan champignon - dihiris nipis
  • 4 s/b tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula
CARA-CARANYA:
  • Gaulkan daging bersama bahan yang bertanda * kemudian perapkan selama 2 jam atau lebih.
  • Panaskan sedikit minyak zaitun didalam kuali leper, kemudian masukkan daging dan masak selama 5 minit, kemudian balikkan daging, masak lagi selama 5 minit lagi, buat sehingga habis kesemua daging dan letakkan daging didalam dulang pembakar.
  • Masukkan daging tadi kedalam oven dan bakar pada suhu 200c sambil dibalik-balikkan sekali-sekala sehingga daging masak.
  • Didalam periuk, masukkan bahan sos yang bertanda # dan letakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan tuangkan bancuhan air tepung jagung, kacau sehingga sos pekat.
  • Akhir sekali masukkan cendawan, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.
  • Tuangkan sos cendawan diatas daging tadi dan hidangkan bersama kentang putar dan sayuran sebagai penambah hidangan.
Walaupun cerita ni dah basi, tak abis2 nak cerita pasal stor runcit aku ni lagi..tapi hari ni cerita stor runcit aku yang hampir nak kosong! barang2 runcit aku hampir nak abis! tengok je r tu...dah lapang sampai dinding kat belakang pun nampak peta bertampal-tampal! huwaaa...
Tujuan letak gambar ni supaya kuarga aku kat Jb tu tahu yang barang aku kat sini dah nak abis! so apa lagi! pos r....kihkihkih! banyak r nko punya pos! main order jew..ingat dorang beli pakai air lior kew kak oi! ulur r baru tahu dorang nak poskan..ek-eleh! anak2 sedara aku yang melambak kat Jb tu tak reti2 ke nak payung makcik nko ni! payung r wei! akan aku jelaskan barang apa yang semakin kureng yer...hehe



Rempah ratus aku hampir kering, mana taknya tiap2 hari dok pulun kari-karian dan rempah-rempahan, ada ke ayat ni? tibai r..
Kat sini ada jual rempah kari-karian juga tapi tak sesedap yang dari Mesia, tekak ni dah biasa beduk made in Mesia so aku nak yang Mesia punya gak!




Rempah tumis aku pun tinggal beberapa deret jew tapi kalau tak belikan pun takpe cz kat sini ada jual, cuma regenya mahal nak mampos!



Alas kek dan kotak2 kek juga dah nipis!



Huwwaaaaaa...ni yang buat aku sedih! maggi aku tinggal segitew jew! nak nunggu balik Mesia lagi 2 bulan agak2 boleh cukup kew? oh tidakkk! tulunnn!



Paling penting dalam pemakanan aku ialah lontong dan ketupat pulut! aku memang selalu dok pekena lontong! orang joho r katakan, tak leh lepas ngan lontong! kat sini ada gak jual lontong tapi tak sama ngan lontong adabi yang aku selalu pakai, aku suka lontong adabi sebab baunya yang wangi tu memang tambah selera! ketupat pulut plak rasanya kat sini takde, tak pernah jumpa lagi, tu yang memang kena ada dalam simpanan aku ketupat pulut ni, dan yang sedihnya hanya tinggal beberapa bungkus jew! pada anak2 sedara aku, silalah simpati kat makcik nko ni sikit! uhuk! uhuk!



Kaya tinggal 2 tin leh buat sendiri tapi malas, aku nak yang dah tersedia ada! kapo masak tinggal 2 botol, minyak sapi tinggal 3 tin kecik, kat sini pun ada tapi bau minyak sapi kat sini tak sedap! macam bau kambing! mbekkk! papedom tinggal sikit (ada jual kat sini tapi aku nak yang free) hehe boleh r plak senaraikan barang2 yang tinggal sikit! nko hengat dorang nak belikan nko kew? wahai kaum kerabatku sekalian, korang bayangkan r muka aku yang macam selalu aku buat tu eh? muka sedih mintak simpati!



Bahan kuih pun tinggal sebaris2 jew...paham cukup!



Haaa! esen2 tu tak payah beli pun takpe! pakai pun sikit2 jew tapi kalau nak belanja hakak terima dengan senyuman.... ngeee!
Sekianlah saja luahan hatiku yang dilanda kesedihan dan kemurungan akibat dek kekurangan barang2 runcit aku, semoga kuarga aku di Jb atau lebih senang citer pada anak2 sedara aku yang kaya raya kat Jb tu, ingat2lah makcik nko yang tercampak terasing kat negara omputeh ni yang hampir kehabisan stock!

Pada kengkawan aku yang nak balik Mesia tu, jangan lupa barang2 aku kirim tau! laaa...pau anak sedaranya lain, yang dikirimnya lain, nko ni gila kuasa ke hapa kak oi!
Idak ler ngapa2, hakak nko ni suka standby, jadi kalau barang dah tersedia ada banyak depan mata kan senang! tinggal ambik! ambik! ambik! jew...tak payah nak lari sana, lari sini gi kedai! cuaca kat sini bukan beno sangat, kadang2 je ok tapi selalunya tak ok! tu yang susah! jadi kalau runcit tu penuh kan senang! sapa yang senang? hakak jugak! bila hakak senang! hati hakak pun happy! bila hakak happy, semua pun jadi happy!
Wei! dah r membebel tu! nko dok jew diam2 kat rumah, tunggu je r beberapa minggu ni ada tak barang sampai kat rumah! kalau ada tu, alhamdulillah...kalau takde tu sok nko balik Mesia jangan tak reti2 plak membalun seko2 anak2 sedara yang tak simpati kat nko eh...ni dah kira peras ugut ni! arhhh! tak dulik!




BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 biji kelapa parut (putih)
  • Gula pasir secukupnya
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Gaulkan tepung, kelapa, gula mengikut manis yang dimahukan dan garam sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
  • Tekankan sedikit adunan tadi hingga rata.
  • Taburkan sedikit lagi gula diatas permukaan adunan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180°C hingga masak atau nampak sedikit keperangan.
  • Potong mengikut citarasa dan hidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN LAKSAM:
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • Air secukupnya
  • BAHAN KUAH:
  • 5 ekor ikan kembung
  • 5 cawan santan *
  • 1 biji bawang besar - dikisar *
  • 2 ulas bawang putih - dikisar *
  • 2 sm halia - dititik *
  • 2 sm lengkuas - dititik *
  • 1 batang serai - dititik *
  • 2 keping asam keping *
  • 1 s/b lada hitam - dikisar
  • garam, perasa dan gula
  • BAHAN LAIN:
  • 1 batang timun - dibuang tengahnya, dipotong bulat dan dihiris nipis
  • Tauge - dibuang ekornya
  • Kacang panjang - dipotong kecil
  • Daun selom - dihiris
  • Sambal belacan secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Masukkan bahan laksam kedalam mangkuk kecuali air, kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, biarkan 1/2 jam.
  • Panaskan periuk pengukus dan letakkan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak didalam periuk pengukus, sendukkan 1 senduk bancuhan laksam tadi dan tuangkan kedalam loyang, ratakan dan kukuskan selama 2-3 minit, keluarkan dan gulungkan.
  • Buat proses yang sama sehingga habis bancuhan laksam.
  • Untuk membuat kuahnya, bersihkan ikan dan rebus hingga masak, keluarkan dan asingkan isi ikan daripada tulangnya, kisar kasar isi ikan dan kemudian kisarkan pula tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi, kemudian tapiskan, buang tulang ikan dan ambil airnya saja.
  • Masukkan tulang ikan yang telah ditapis tadi kedalam periuk besar, kemudian masukkan juga isi ikan yang telah dikisar kasar tadi.
  • Masukka juga bahan kuah yang bertanda * kedalam periuk tadi, didihkan diatas api yang sederhana sambil dikacau sekali sekala.
  • Apabila mendidih, masukkan lada hitam kisar, garam, perasa dan gula secukup rasa, kacau rata dan bila kuah agak pekat sedikit, bolehlah ditutup apinya.
  • Cara menghidangkan, potong laksam kira-kira 3cm tebal atau potong mengikut citarasa masing-masing, masukkan kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit bahan lain iaitu timun, tauge, kacang panjang dan daun selom, kemudian tuangkan kuahnya, letakkan juga sedikit sambal belacan dan bolehlah dihidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 600 gm jambu madu - dipotong nipis memanjang
  • 1 biji limau sunkist - dibuang kulit dan dipotong nipis
  • 50 gm udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar merah - dihiris halus *
  • 2 biji cili merah - dihiris halus *
  • 3 biji cili padi hijau - dihiris halus *
  • 2 biji limau purut/kasturi - diambil jusnya
  • 1 s/t sos ikan (nampla)
CARA-CARANYA:
  • Masukkan jambu dan limau sunkist yang telah dipotong tadi kedalam mangkuk besar, kemudian masukkan bahan yang bertanda *
  • Gaul sehingga rata, kemudian masukkan jus limau purut/kasturi, sos ikan (nampla) dan udang kering, gaulkan lagi sehingga kesemua bahan rata, bolehlah dihidangkan, taburkan lagi sedikit udang kering diatasnya.
  • Sesuai disajikan sebagai pembuka selera.
Nak cerita sikit pasal koleksi aku, sebenarnya aku ni minat nak mengumpul cawan2 lama, sikit masa dulu aku agak rajin mencari cawan2 lama ni, kat Denmark ni kira senang nak mencari cawan2 sebegini, cuma masa tu kadang tak menyempat aku nak mengabiskan untuk menilik satu persatu tempat barang2 antik kat sini, ada juga tempat2 yang dipanggil loppemarked kat sini, memang banyak jual barang2 antik termasuklah cawan2 macam yang aku suka ni, tapi Aby tu tak suka plak nak gi tempat macam tu, dulu pernah juga gi kat tempat macam tu tapi tah lah laki hakku tu, lain bebeno perangainya, tak suka tempat2 yang ramai sangat oranglah..apalahh..mencik tau! kalau gi kedai2 antik tu dia ok plak cuma masa terbatas, mana nak cari parkinglah...banyak r plak cekadaknya! kalau gi kedai barang2 kete dia tu jauh macam mana parking pun sanggup menapak! sungguh tidak adil itu horang!
Berbalik pasal cerita koleksi cawan aku yang hampir aku lupakan ni, sebenarnya tadi jiran aku r kiranya, datang rumah aku dok menghantar cawan2 yang baru je dibelinya untuk aku, hari tu dia ada tanya aku yang masih lagi kolek cawan2 antik ke? pas tu aku cakap r masih lagi tapi dah lama tak beli yang lain, dia kata napa tak teruskan hobi ni, sayang sebab kat sini senang nak cari barang2 macam ni, lagi pun tak ramai orang yang suka nak kolek barang2 cam ni, aku tak tahu nak kata apa r..takkan nak bagi alasan yang aku dok bebel kat atas tu kan..jadinya aku cuma cakap tak sempat nak pi cari jew...tu yang gaknya dia datang hari ni dok belikan aku cawan2 ni untuk bagi galakkan pada aku semula kumpul cawan2 ni.
Bila tengok balik cawan yang dia kasi tadi, semangat r nak kumpul semula cawan2 ni.
Tq so much pada Lillian Ravichandran kerana belikan aku cawan2 yang kat atas tu, lepas ni aku akan kumpul semula cawan2 ni.



Di antara koleksi cawan2 aku yang dah lama tak terbela, berabuk! kesian aku tengok cawan2 ni, kenapalah nko dilupakan? sungguh tidak kesian agaknya tuan nko pada nko yer...huhu


Hari ni barulah aku dok sebok2 lap abok2 kat cawan2 ni, tapi bagus juga ada kawan macam Lillian tu, kawan yang bagi semangat untuk buat benda2 berfaedah, kalau tak kerana dialah...gaknya cawan2 ni akan terus dilupakan, oh! tidak!



Lepas ni insyaallah akan bertambah koleksi cawan2 lama macam ni kat rumah aku, walaupun tak bernilai pada yang tak menggemari barang2 lama, tapi pada aku sungguh bernilai, nak tahu kenapa? bernilai kerana kita minat benda2 macam ni.
Mat gebu mesti suka tengok cawan2 ni, tapi aku tak boleh nak kalahkan koleksi dia tu, Mat tu minat semua barang antik termasuklah sumbi atau gigi mas! hehe...aku hanya minat cawan2 lama jew...
Apapun aku happy sekarang kerana pas ni ada kembali aktiviti pi mencari cawan2 lama, pada Aby yang kucintaik, layanlah bini nko ni ehhh...

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin