
Jemputan makan malam hari ni dirumah kawanku Jasmine, kitorang anak-beranak telah diundang 3-4 hari yang lepas, kononnya nak buat bbq waktu siang, tapi memandangkan cuaca beberapa hari ni tak menentu jadi tukar plan pada makan malam.
Kitorang sekeluarga datang terlambat sikit dari waktu yang ditetapkan, al-maklom r mengelakkan terkena hujan sikit tadi, takut sakit balik, hehe..tapi Jasmine dah faham sangat perangai aku ni, dia tu jenis yang tak kisah, sebab tu kitorang boleh serasi berkawan.
Sesampai je kat rumah dia, hidangan pun terus dihidangkan memandangkan aku dah terlambat, lagipun tak boleh nak berlengah sangat sebab aku pun kena balik awal gak, esok Aby kije, anak2 plak nak gi skul.
Terima kasih Jasmine kerana hidangkan aku sekeluarga dengan hidangan yang sedap! aku tak tipu! memang sedap! yang paling sedap bila dapat tapau bawa balik sekali! mmm...memang tak malu aku nih, siap tapau nko!

Pas melantak sampai merekah kulit perut, dihidangkan plak dengan eskim ni, tapi aku jamah sikit je, batuk nko! kalau tak batuk! maunya aku pulun 2-3 piring! vanilla eskim plak tu, peberet tuuuu...nko menyeksa jiwa dan raga aku r Jasmine, laki nko lagi teruk! ada ke dia kata eskim ni sebenarnya ubat batuk! pui! memandai r korang! ni dah makan sikit eskim apalah yang jadi kat suara aku? korang nak tahu tak, la ni suara aku kalau cakap dah macam suara Aby, suara jantan nyahhh! Jasmine..aku tahu nko ketawakan suara aku ni kan? semalam suara hilang terus! ala2 suara cencorot tersepit! hari ni garau plak ala2 suara fundan nyahhh!

Lepas makan kitorang duduk borak2 jap pastu tiba acara tambahan iaitu memotong pulut kuning/kunyit, mak aihhh! ada plak acara tambahan ni, biar betik! hehe...takde pape r sebenarnya, cuma dah niat nak buat pulut kuning/kunyit, niat untuk persahabatan ini, ceewahhh! bukan nak kata apalah kan..sejak kenal minah ni aku happy r..dia ni memahami perangai aku, apa yang aku suka! apa yang aku tak suka! tahu jaga persahabatan, senang citer tahu jaga hati kawan2 r...

Dia buat dahhh!
Ni yang aku malu kalau gi rumah dia, hadiah melambak dikasinya kat anak2 aku, bebudak tu dah biasa, asal gi umah Aunty Jasmine ngan kel Adam je terus suka, lajuuu jew..ni r sebabnya! yang Jasmine ngan Adam plak selalu sangat manjakan anak2 aku dengan hadiah2 dan jajan2, lagi r bebudak tu naik lemak! dah r benda2 macam ni kat sini mahal2, ya rabbi! berapa banyak r nko berabis kat anak2 aku wei? asal jumpa jew, nko kopak! asal jumpa jew nko kopak! semoga apa yang nko buat pada aku ngan anak2 aku ni akan dibalas oleh yang maha berkuasa, semoga murah selalu rezeki nko yer...yang anak2 aku plak sejak duduk kat sini, memang murah rezeki dorang, ada je yang sayang dan suka kat dorang ni! alhamdulillah..

Amboihhh! muka tak kesabaran nak bukak hadiah tu! abihh dirabak jew sampul tu, alahai! sayang aku tengok sampul cantik2 cam tu kena rabak! kalau aku dok bukak elok2 pastu boleh r pakai balik sampul tu, kiasu tol bak kata orang Cina! hehe

Minah ni ketawa sampai ketelinga! suka tak hengat! dapat plak menda yang dia suka sesangat, mmm...menci tau!
Ti Jasmine nko tu tahu je eh apa yang nko suka! kalau aku r..bo layan r aku nak layan minah ni! tunggu hari2 tertentu je baru dapat apa yang dia nak! takde manja2 nyer..

Ni lagi! senyum control suka! padahal suka gumbira tak terkata kalau boleh nak menjerit-jerit! mana taknya, diorang laki bini tu dah tahu sangat apa yang anak2 aku sukakan..jadinya bebudak ni dah tahu kalau dapat hadiah dari diorang laki bini tu memang selalu yang best2!
Kalau ditengokkan dari badan, aku pun boleh dikategorikan cam bebudak gak! tak dapat hadiah kew? wakakaka! poyo! nko selalu dapat hadiah! nak hadiah apa lagik! panggg kanggg!

Kel Adam melayan Rhea, tak penat gaknya kel Adam ni gaknya eh? berejam-jam melayan Rhea, main tu r..ni r..aku yang tengok pun penat! atau kel Adam teringin nak ada anak kecik kot? huhuiii! kel Adam pinjam Rhea dah r..hehe

Amboihhh! kalau tengok macam dua beranak! tapi itu hanak aku k walaupun kulit korang kaler sama, wakakaka

Keluarga bahagia! yang anak pompuan besar ikut mak, yang anak pompuan kecik ikut kaler pak! wakakaka yer r tu! gaknya anak2 aku tu kalau dapat mak macam Jasmine punya r dorang happy! mana taknya, maknya alahai! lemah lembutsss...yang mummy diorang! mak aihhh! dah r garang! macam tarzan! nak2 sekarang ni plak suara macam jantan sebab batuk! lagi r nampak ganas! memang jauh bebeno perbezaannyer antara aku ngan Jasmine, tapi kita serasi...pada anak2 aku, terima jelah hakikat yang sebenarnya yer

Apa lagi mummy! control ayu kalau nak bergambar yer..biar nampak lembut sikit! huhuiii!
K lah, aku akhiri makan malam aku kat rumah kawanku ini dengan gambar kami, pasangan bahagia semoga kekal abadi selamanya.
Terima kasih Jasmine dan Adam dengan persahabatan ini, akan aku kenang buat selama-lamanya.