
Oleh kerana badan pun baru nak sihat jadi selera makan datang balik, tekak terhengen nak makan memacam termasuklah ketam! tapi bukan nak makan ketam yang masak beriye-iye, nak yang macam mak aku selalu buat, cuma rebus ketam tu serai, bawang ngan garam je...mmm...sedapnyer..
Jadi hari ni misi mencari ketam pun bermula, tempat yang dituju dah semestinya kedai2 ikan segar..pusing2 merata kedai ikan bukan takde ketam, ada! tapi sepit ketam je dorang jual, apa ke poyo r dorang ni, last2 aku ajak Aby gi Fullhouse, kat situ pun selalu aku leh dapatkan ikan2 dan seafood lain2 yang segar! mmm...berbaloi wa cakap lu! punyalah banyak ketam! besau2 plak tu! mak ketam, bapak ketam, nenek atok moyang ketam semua ada! waaaa! hakak suke! tapi yang nak makannya aku ngan dak Rica je! Rico memang tak suka ketam, Aby plak baru pas cabut gigi kemarin so kena r jaga makan, nak2 plak gusi dia ada jahitan! so hakak rembat 2 ekor je r..sorang seko dengan dak Rica, huhuiii.
Masa balik dari mencari ketam tengok jam baru jejak pukul 2 petang, cuaca hari ni makkkk aihhhh! memang tersangatlah cun sekali, panas nko! bukan senang nak jumpa cuaca secantik macam hari ni! dah r dari tepi jalan nampak ramai orang dok baring2 berjemur..mana leh tahan! aku nak gak berjemur! hari tu masa gi check Dr ada cakap yang aku ni kurang vitamin D dan salah satu sebab kekurangan tu kerana aku tak terdedah pada matahari, hah! jangan memain korang! tak kena matahari pun bahaya tau! jadi apa kata aku dok berjemur kejap dah alang2 matahari keluar ni kan..jommm

Sampai je kat tempat yang nak dijemurkan tu, punyalah ramai manusia, semuanya pun dok berjemur..muzik plak kuat berdengung! kalau lagu best takpe r gak, ni lagu techno! tak masuk betul! dak Rico suka r..arhhh...layan je r..asal leh berjemur

Ya hampon! mana aku nak parking pun tak tahu, semua tempat pun penuh! ada yang pakai baju sampailah yang tak pakai baju pun ada, adooo! lantak korang asal bahagia!

Yang pakai baju pelik pun banyak! tapi best dorang kat sini, takde nak malu2 cover2, main tibai je apa nak pakai! orang sini pun takde r nak tengok2 ke atau macam jakun kalau orang pakai baju lain macam sikit ataupun tak pakai baju, huhuiii! dorang ni semua open minded, besttt! takde nak cakap2 belakang punya! negara bebas! biasa r..negara omputeh! hakak suke! i am free!

Dalam bebas2 hakak jumpa bapak gendang! kalau ditibai kompom pekak telinga korang! wakakaka

Ahawww! tak panas ke nko nyah? orang panas2 nko siap pakai gaun kembang nyah! lantak nko r nyah! asal nko bahagiaaa...

Macam2 ragam manusialah yang jumpa kat sini, lanun pun ada gak! tapi dorang ni semua tak kacau orang tau! semua baik2, dorang hanya nak happy2 je menyambut cuaca yang sangat cantik! layannn..

Pas melantak anak beranak kat situ, ada ramai yang jual makanan kat situ, kira dah macam pasar lambak r..perut pun kenyang, cari parking r apa lagi!
Semua dok je r kat rumput tu ey? dah nama pun tak planning nak kesini jadi dok je r atas rumput tu melambak anak-beranak!

Arhhh...nekmat! panas! memang panas! orang lain dok bogel kat situ, yang aku berselubung! hakak tak pakai sun block r..maunya rentung kulit2 aku kalau dok lama kat situ! tapi betullah hari ni memang panas! kalau aku tahu sepanas ini, memang aku pakai togel2 je, idak ler berselubung! dah naik berlendir ni tau dak! bluekkk! hangit! esok kalau cuaca macam ni lagi, maunya aku berjemur lagi kat sini, leh bawak barang2 sikit, makan2, jemur2, waaa best nih!

Anak2 aku pun aku dok paksa baring panas2 biar kena matahari walaupun korang cukup vitamin! takut nanti jadi macam aku, kurang kena matahari nanti asik sakit jew..hah! jemur korang bior hitam! wakakaka

Oleh kerana berjemur pun tak lama2 sangat! yer r kalau lama sangat kang penyakit lain plak yang datang! penyakit hitam! huhuiii! sun block tak pakai nko! apa ke gilo kebal kulit nko main jemur2 sebarang takde lapek apa2! bahaya wooo...pe lagi! balik r pi rebus ketam nko tu! ntah apa cer r kat dalam bonet kete, dah r cuaca tengah panas! maunya terus masak plak ketam tu dalam bonet!
Tapi alhamdulillah...elok je ketam tu dok diam tersipu malu 2 ekor dalam plastik!
Sampai je kat rumah aku pun rebus r apa lagi..pastu ratah camtu je! nekmat! jemput makan semua yer..














