
Hari ni hari cuti kat Denmark, terasa buhsan r plak nak melepak kat rumah walaupun sehari je cuti, tapi Aby terus cuti sampai minggu depan, jadinya memang free r minggu ni kalau nak merayap atau nak buat apa2 pun cuma terpulang je pada cuaca, kalau elok, dapat r merambu, tapi kalau hujan je manjang macam semalam, mmm...hampeh! dok je r kat rumah, sini bukan macam Mesia kalau hujan pun orang main redah je! sini kalau hujan, ya hampon! panjang cerita r...lecehhh r senang citer.
Jadi hari ni memandangkan cuaca ala2 teratai layu ditasik madu, ek eleh! pujiah latip lagi! hehe...mendung r...tapi semangat nak keluar merambu tu mendidih-didih, dulik hapa kan asal tak hujan dah r, Aby plak nak ajak bebudak gi tengok istana lama, jadi dengan semangat yang membara walaupun pergi dah dekat nak pukul 2 petang, apa ketidaknya! memasing dok nunggu aku bangun je dah tengahari, nak nunggu aku siapkan makan lagi, nak nunggu aku bersiap-siap lagi, maunya tak jejak kepetang, lagipun aku bangun tido baru Aby dok bercerita pasal istana tu, jangan r salahkan aku plak! bukannya tak tahu perangai aku ni, kalau nak ajak lain kali 2-3 hari sebelum pergi kena pukul canang sebelah telinga aku nih, baru r on time! kwang kwang kwang

Sampai sana pun bukan r lama sangat, kejap je! alah! Copenhagen ni bukan besau sangat, cilok sana cilok sini sampai r.
Jadi dengan tidak melengahkan masa, aku pun cilok r gambar sana sini, mana taknya, ada ke tak boleh bawa masuk h.p dengan kamera, gilo kapo! h.p leh r off kan, tapi kalau kamera? ek eleh rugi babe tak boleh ngambik gambo! jadi sapa suruh tak leh ngambek gambo kan? aku cilok r apa lagi walaupun pak guard sana sini mata dok melilau tengok kalau2 ada orang curi2 cilok gambo, aku tengok pun ada gak orang dok cilok ngambik gambo sembunyi2, aku pun dulik hapa! selamba r dok cilok jugak! gambar kat atas tu ialah bangunan asal istana lama yang aku gi ni, tapi sekarang istana ni dah tinggal batu2 bersepai je sebab istana kat sini dari kisahnya katanya dah 2 kali terbakar.

Gambar ni aku ambil sebenarnya sebelum masuk istana lama ni, hah! kat sini boleh ambik gambo! tapi setakat bergambo kat luar ni apalah yang adanya, cermin beso ni ada r, pui!

Tengok je r eh gambar yang sempat aku cilok tanpa gunakan flash, kurang terang dan tak berapa clear...tapi nak buat camne, dah tu je yang mampu aku buat! arhhh buhsan r cenggini padahal kat dalam ni sebenarnya cantik tau!

Kesian gambo ni, hakak gegel jugak nko masa nak mencilok gambo ni, buatnya pak guard sergah aku amacam? grrrr
Tapi dalam takut2 tu nyempat jugak aku cilok! suka tengok meja makan ni, panjang bebeno sebenarnya, kalau keluarga aku campur keluarga Aby duduk semeja ni cukup kot? hehe

Jam lama yang ala2 macam nak pupus sesangat aku melihatnya! dah tak idup pun tapi tetap bernilai.
.jpg)
Amboih! asyik bebeno cik abang tu dok tengok piano lama, mana tak asyik! cuba korang tengok piano tu punya r banyak kaki, macam takut roboh sangat gaknya, berat kot piano tu? huuiii!

Jadilah eh bergambo kat patung batu sedih! hehe...cuba tengok patung batu tu, sedih bebeno ghopernya, menunduk malu...lek r bro, body tu kabe sikit!

Rico ngan Rica nak gak bergambo kat patung batu sedih tu, tapi oleh kerana dorang ni kemetot so nampak kaki bro tu jer r ehhh

Tang yang kat sini ada seram sikit, nilah ghope istana lama yang dah hancur musnah kerana terbakar tu dan runtuh ditelan zaman, istana ni dah ujud beratus tahun dulu, jadi yang tinggal hanyalah sisa2 saja, jadi barang2 perhiasan dan perabut dalam istana ni telah dipindahkan kat bangunan sebelah yang aku tengok kat atas tadi tu, yang tak boleh nak ambik gambo tu, yang kat dalam ni boleh plak ambik gambo! ooo...dah tinggal batu2 baru kasi ambik gambo, apa je yang ada kat sini selain sisa2 batu, tapi ok r dari takde kan, sekurang-kurangnya dapat r gak tengok batu2 dinding istana ni yang tinggal serpihan2 je.

Dalam pada tinggal batu2 je, ada jugak r sikit2 barang yang tinggal kat sini, contohnya macam kat gambar ni.

Dalam pada tu ada plak batu ke mosaic ke aku pun tak tahu, tapi ada tertera nama hakak! cuba tengok bebetul! gaknya permaisuri dedulu ada yang nama Sue kot? tu r nama Sue ni nama orang yang ada class je! bluekkkkk! tetiba nko jadi cenggini kenapa hah? dah lupa daratan ke hapa? tobat cepattt!

Ya hamfun! ni laki sapa r plak dok dalam penjara? tapi napa plak macam suka je dalam penjara eh? gaknya dia lagi suka dok sini kot dari dok kat rumah! wakakaka

Puas aku merepair gambo ni tapi muka aku tetap kelihatan macam funtianak! seram r plak aku menengoknyer atau tempat ni berant....kot? grrrrr

Adoh! dia buat dahhh! lantak korang anak beranak r..kena hempap betul2 kang baru tahu! tahu tak ni bangunan lama, buatnya dia runtuh! sapa nak jawab? ya hamfun! selisih! tetiba cabul molot plak!

Kat sini pun ada perigi gak, yer r zaman dedulu mana ada air paip! jadi kat mana2 pun tetap ada perigi, tapi seram bila tengok dalam perigi tu, punya r dalam dan masih ada air lagi, takuttt!

Dah habis semua dijelajah, tunggu hapa lagi kan, balik r...

Hanya ni saja yang aku beli dan yang berkenan dihati, banyak juga cenderahati yang ada jual kat dalam tu, tapi kat mana2 aku pergi pun ada jual benda yang sama je, cuma ni je r kot yang aku belum jumpa, hasil kerja tangan dan yang buat bekenan tu sebab batu2 tu berbentuk ''love'' hakak suke tau!
K r..harap korang tak buhsan tengok gambo2 kat atas tu eh..
Cau cin cau! mmm...teringin plak nak minum air cincau! Mattt! air cincau segelas! hehe