
4hb May, ya betul! nari, Rhea menyambut hari lahirnya yang ke 3 tahun, oleh kerana hari lahir Rhea jatuh pada hari ni, iaitu hari biasa, semua pun gi sekolah, semua pun gi kije, tinggal r aku 2 beranak kat rumah, Aby memang tak leh cuti, kat opis tu tengah banyak kije jadinya nyambut birthday Rhea petang2 je r lepas daddy dia balik kije, sambut anak beranak je ingatnya, so tengahari tadi aku buatkan r Rhea cupcake, leh gak nanti petang tiup lilin bila daddy dah balik! masa dok buat kek tu dak Rhea ni cakap r plak yang nanti leh nyanyi lagu birthday n tiup lilin ngan abang Afiq (anak Zana/Kama) pastu nanti ramai orang datang! ok aloh! sedih r plak aku dengonyer...aku terus je call Aby, citer r kat dia yang anak dia cakap cenggitu, adoh! mana nak carik dak Afiq? dak tu ikut mak pak dia gi kusus, minggu depan baru balik! tapi untuk tidak menghampakan Rhea kerana nari kan birthday dia, kalau boleh nak dia happy2.
Kitorang pun dok calling2 r kawan2 yang terdekat, Poji sekeluarga, Dayang Z, Linda n Kim, semua pun dapat datang kerana Rhea birthday, cuma aunty Yamin (Jasmine) dia je tak dapat datang hari ni cz uncle Adam bz sesangat hari ni.
Hidangan hari ni idak ler banyak mana pun sebab masak pun dah saat2 terpetang, malu ah nak cakap masak apa, yang datang je tahu hidangan yang tak seberapa itu! uhuk..uhuk

Biasa r hakak kalau bebual memang dengan penuh perasaan, jadi sesiapa yang dengar hakak cakap pastinya akan terpegun macam Kim dan Aby tu, Rhea tak heran pun!

Pas makan2 dan borak2, aku dok keluarkan r cupcake yang aku buat untuk Rhea tadi, dak ni dah tak sabo nak tiup lilin tu!
Daddy dia kalau yer pun betulkan r dulu lighter tu, bengkok semacam! lilin kemana, api dituju kemana, kang cair plak kek tu! hampeh tol dalam hati Linda cakap gaknya, hehe

Hah! pak pandir dan mak andeh, ikut suka nko r nak buat apa dengan kek tu, janji bahgiaaa.

Masa ni kan, orang2 dok nyanyikan Rhea lagu birthday, tetiba dia malu r plak! pastu buat muka sedey, apa kehenyer? tadi masa orang2 belum sampai beriye nak nyanyi lagu birthday, bila orang nyanyi kekuat nko malu r plak! adehh dak ni!

Pastu orang suruh tiup lilin pun dia diam jew, pelik aku r tengok dak ni, tetiba buat perangai, tak buat apa2 pun cuma diam tunduk kebawah, macam malu sesangat r gitu! bukannya tak pernah sambut birthday pun, tiap tahun buat birthday tapi makin beso makin jadi pemalu r plak! cuba ikut macam mummy nko ni, jenis selamba badak jew! arhh...nko taknak tiup bior mummy r yang tiup! huhuiii!

Inilah ghope cupcake yang aku buatkan untuk Rhea, ok r eh dari takde! aku pun bukan terror sangat nak hias2 kek ni, jenis tangan kejong! layannn

Anak daraku Rica yang tak sihat bersama anak dara Suepoji, bila aku tengok rambut anak aku yang tertutup mata tu aku pun naik tak sihat! ghimas tol, apa ke pesen r bebudak sekarang ni bikin rambut, kang aku cakap dia ingat aku tak sporting plak, lantak nko r nak, asal nko ghase nko lawo dah r..

Amboih Yang, dah berangan nak ada baby kew? hehe
Suepoji yang dah merdeka! gaya dan pesen baru dari Suepoji, suka aku tengok, nampak muda sekarang nko! maintain ok!
Anak sapa r yang pakai baju pink makan kek sengsorang tu? ciannyer! mana mak pak dia r?

Huhuiii! sebelum balik sempat ngambik gambo ni dengan harapan tak kena sound lagi dengan Pok'de, menci r mamat tu, asik nak soh tayang gambo dak Dayang ni jew, ingat blog Dayang kew? uhuk..uhuk..terbatok plak!
Pada sesapa yang tak paham catatan ni, tok sah r layan eh, baca yang paham jew r.

Ni lah geng yang paling best sekali kalau berborak! Linda dan Kim, selalunya kalau aku ada buat majlis apa2 pun r tak kira majlis beso atau pun kecik macam nari, aku akan jemput dorang ni untuk memeriahkan suasana, korang tengok dorang ni pun boleh tahu macam ne kecohnya kalau dapat berborak dengan dorang, tu belum ketawanya lagi, mak aihhh! bergegar satu Denmark! huhuiii!