
Cak! cak! cak! salam dihari sabtu pada semua yang singgah ke blog aku ni, aku tahu korang mesti masuk sini sebab nak tahu apa yang aku buat pada hari cuti macam ni kan? kan? kan? seperti biasa r, asal hari Aby tak kije je, semestinya aku akan ajak dia bawa aku anak beranak gi berjalan-jalan, makan2, nyopping2 (window shopping jew) dan apa2 yang patut r...yang penting kena keluar dari rumah, buhsan ah! asik dok kat dapo je hidu asap masakkan, bukannya jadik genduts pun, makin kering lagi ada r...menci! so sesekali kena gak masukkan udara luar kedalam badan supaya segerrr kata mak aku! hehe
Tadi masa dalam perjalanan nak merayap tu aku terpandangkan kedai yang dalam gambar kat atas tu, pastu aku cakap ngan Aby, ''B, kita lalu depan Melacca la!'' hehe..terubat kejap rindu pada Melacca, kesian kan? sejak dok kat Denmark ni asal nampak apa2 benda r yang mengingatkan aku pada Mesia, semestinya aku jadi jakun kejap! dulu masa dok Mesia, nampak je apa2 kat Negara omputeh, terus je macam jakun! tapi sekarang dah terbalik r plak! selepas 2 tahun dok kat Denmark ni aku semacam dah tak heran apa2 pun pasal omputeh, nak heran apanya, dorang kulit putih, aku pun putih jugak ok, cuma kureng r sikit berbanding dorang, rambut dorang blond, rambut hakak pun perang jugak ok walaupun celup jew, mata dorang biru, ijo, kelabu, hakak pun ada mata gak! kaler hitam! wakakaka...ah! dulik hapa aku, pada aku sama je, takde beza pun, dorang pun manusia juga sama ngan kita, selama aku kat Denmark ni kalau gi mana2 je kebanyakkan omputeh selalu dok senyum2 dengan aku, yang pompuan r...lelaki ada gak! hehe..(lariiii! Aby kejar aku dengan payung, dah macam ceti r plak!)
Pada aku dorang tu semua jenis yang peramah, walaupun tak bercakap dan tak kenal tapi aku dapat rasakan yang dorang tu tak pandang rendah pada orang kita, kadang orang kita ni kalau kat Negara sendiri pun sesama kita takde mananya nak senyum2, tapi kat sini lain, orang Denmark ni baik2 tau! maksut aku yang omputehnyerrrrrrr lahhh!

Sampai je kat tempat yang dituju, keluar kete terus posing! ya hampon! nko ni tak abis2 dengan bergambar! biasa r nyah! hakak kan ada blog, kena r selalu ambil gambar, yer dak? huhuiii!

Kedai pertama yang dituju ialah TDC kalau kat Mesia kedai talipon r, tujuannya nak sekodeng hp untuk bang Rico tu, biasa r mamat tu, kat sekolah ramai kawan2 dia yang ada hp so dia pun nak gakkk! so mummy n daddy dia ni baru nak sekodeng2 je, ingat nak belikan masa balik Mesia sok cz kat Mesia hp lagi murah berbanding kat sini, mmm...tengok r nanti, kupikirkan dulu, hari ni baru sekodeng2 je, cerita pasal abang Rico tapi kenapa gambar Rhea yang diletakkan eh? itu kerana hanya Rhea dan mummy dia je yang pantang nampak kamera, yang lelain tu kalau suruh posing, buat muka macam seposen, menci tau! daripada letak muka seposen, beh baik letak muka budak sengeh! ok apa!

Arhhh...senang citer banyak kedai r yang aku masuk tapi masuk je! huhuiii! dan salah satu kedai yang aku suka masuk ialah kedai ni, selalu sangat sale pastu yang best sekali banyak saiz aku, selalunya aku masuk kedai ni ditemani dengan dak Rica, gunakan Rica sebagai umpan untuk cover malu masuk kedai ni, tapi aku belikan jugak ok Rica baju2 kat sini, senang citer kalau aku beli baju kat sini 4 lai, Rica 2 lai jer..ngeh..ngeh..ngeh

Pada sesiapa yang dok kat Denmark ni yang nak gi kedai baju yang aku maksutkan, nama kedai tu yang terpampang kat atas tu, dan kalau nak masuk kedai tu korang bawa r atau pinjam anak sesapa yang tengah sunti2, leh cover sikit! mana taknya, masuk kedai baju budak 8-16 tahun, wakakakaaaa

Selepas naik senggugut tapak kaki aku ni dok merayap sana sini, aku ajak Aby balik, penat nko! seharian merayap merambu kehulu kehilir dengan askarnya lagi berderet, macam2 karenah yang aku nak kena handle, apa lagi kan, apa yang nak dicari pun dah dapat, balik r tunggu apa! kedai pun kebanyakkannya pukul 5 dah tutup, hampeh tol r dok Denmark ni, apa kedaruknya hari cuti2 cenggini kedai tutup awal, tapi dah memang dari azali lagi kedai2 kat Denmark ni dok tutup pukul 5, hambek nko! sapa suruh dok Denmark! kalau kat Mesia tu, kena plak hari cuti, lagi lambat r tempat2 tutup, selagi ada umat kat situ, selagi tu r tempat tu tak tarik bebawah pintu besi! sonok nyah kalau kat Mesia, merayap sampai terkopak tapak kaki pun kedai2 atau tempat2 belum tentu tutup! hakak sukeeee!
Sambung citer...sampai je kat rumah, takde apa nak buat, nak tido masih awal nko, nak masak! kenyang lagi sebab makan kat luar tadi pulun beriye-iye macam dapat makan nasik berlaukkan asam pedas ikan sembilang, padahal makan KFC je! takpe r..bayangkan je r makan asam pedas ikan sembilang yang mak aku masak, makkk aihhh! meleleh nyah! mmm...untuk menghilangkan tekanan tu aku dok sekodeng r apa Aby tengah buat, senyap je sejak balik tadi, ghopernya...tu diaaa! kat bengkel kete dia ghopernya dok kijekan kete2 yang masih lagi belum siap! nak tahu tak? mamat tu kalau dok kat situ sehari suntuk pun dia boleh tahan nko, kadang geram aku tengok! apa taknya, kadang dok panggil2 bagai nak tercabut tekak tapi bukannya dengar! hayal dengan dunia kete dia tu, aku sebenarnya tak kisah langsung dia nak pasang2 kete2 dia tu, dah itu hobi dia, tapi kadang buat aku hangin satu badan, yang dok panggil2 tu dia tak dengar, memang hayal nko kalau dok tenung kete tu lama2, aku faham! tapi jangan r sasau sangat, hakak hangin nyahhh!

Cekik kang baru tahu, aku ni kuntilanak tahu takkk!!! adik beradik dengan puntianak! ada berannn
Masa dok amik gambar ni pun rasanya dia tahu tapi penangan kete tu lagi asikkk, sampai toleh pun dah tak mampu! kete tu lagi penting nko! ya hampon laki aku ni, sekolah tinggi2 akhirnya jadi mekanik, kesian.

Korang tengok r ni salah satu enjin kete yang Aby pasang tu, gambar ni aku besarkan cz sebenarnya enjin kete ni kecik je, camne r mamat ni leh ada kesabaran nak pasang dan leh ada kelebihan kat mata dia untuk tengok benda2 kecik cenggini, enjin tu sebelum dipasang lagi r kecik, kadang ada piece tu Aby gunakan penyepit untuk ambil dan guna kanta untuk tengok, pastu nak sambung2 lagi main pakai hujung2 jari jew, ya rabbi! kalau hakak dah lama aku lontar kat laur, takde kesabaran, aku!

Ni r bengkel Aby, kat atas meja ni dah berpuluh-puluh kete yang dibuatnya, macam2 jenis kete, macam2 kaler, yang bilik spray atau cat kereta kat basement cz bau spray tu memang kuat, kalau kat meja tu je dia dok spray kete2 dia, maunya pitam aku, sib baik dia pi bawa bilik lain, sendiri mau ingat r...kadang bila aku tengok meja tu, nyampah pun ada, menci pun ada, nak tahu nape? menyerakkkkkk!
Kenanya ada orang datang tetiba! kelam kabut dok kemas2, kalau kawan2 terdekat tu rasanya dorang dah biasa tengok meja ni lintang pukang, tapi kalau orang yang tak biasa tu, buatnya ternampak r meja ni, ya hampon! maluuu! ni pun dia tahu aku dok amik gambar meja dia, tahu plak cepat2 dok tolak2 barang2 kat atas meja tu kasi nampak ok sikit walaupun pada mata aku masih nampak macam kapal karam! layan je r eh gambar atas meja tu, bayangkan je apa yang ada kat atas meja tu adalah hidangan yang lazat2, huhuiii.
















