
Pagi2 lagi hari ni dah berangan nak gi picnik berBBQ dengan kengkawan tapi memandangkan rancangan tergendala aku mengambil keputusan gi bershopping je, tempat utama yang dituju hari ni ialah Fredericksberg centret iaitu shopping complex yang tak berapa besar sangat r..tujuannya nak cari topi untuk aku dan apa2 yang boleh dibeli, maklom r kengkonon dah nak masuk musim panas, berangan r nak pakai topi, tapi yang dalam fikiran banyak benda lain yang nak dibelinya, mmm...ada niat tersembunyi yer ghopernyer...

satu complex meround, orang boleh tahan ramai, weekend r katakan tapi napa nampak anak beranak aku je r? yer r takkan nak posing maut depan orang ramai2 plak, menghalang jalan orang r plak kan..
Round punya round benda yang dicari takde yang berkenan, aku cari topi r..
yang ada topi semua jenis macam bebudak sangat, ada yang berkenan takde saiz plak! semua besar2 nko! gaknya orang Denmark ni jenis kepala besar2 kot? kepala besar ok bukan besar kepala! pada orang Denmark, sila jangan salah sangka!

Hah! yang ni ok tak? masa pakai topi ni memang sedap je, Aby pun cakap cantik! bukan aku yang cantik tapi topi tu hah! tapiii! tak jadi beli, nak tahu nape? sebab keliling topi tu besar memang sesuai pakai waktu panas, kiranya leh cover semua muka r tapi bayangkan kat Denmark ni walaupun panas tatapiiii! berangin nko! bayangkan kalau aku pakai, baik punya sarung sekali hangin tiup, memang terbang r topi tu, kompom terbang! jadinya idak ler sesueiii! puas gak dok cari topi hari ni, tapi nampaknya benda lain yang dapat! hehe...tahu kak oi! perangai nko memang selalu cenggitu!

Pas puas meround, anak2 burung dan bapak burung dah berciap-ciap minta makan, biasa r keluarga aku ni jenis perut stokin, nampak kecik tapi leh isi banyak2, kalau berjalan mana pun mesti nak makan2 r, jajan2nya lain, macam2 songel r dorang ni, tengok aku, diam jew..amik barang letak kat cashier pas tu cuit2 Aby suruh gi bayar, tak banyak bunyi pon! hehe
Apapun korang layan r gambar raja bersiong ni makan, orang siong ketepi! yang dia siong ketengah! ni raja bersiong gigi tak rata! burok tol perangainyer...

Like father like daughter! ya hampon! dorang anak beranak ni, apa nak jadik pun aku tak tahu r..memasing buat perangai tak senonoh!

Hah! yang ni kalau buat memang makan penampo! sib baik tak ikut perangai daddy dia, tahu bebudak ni takut ngan mummy dia, aku kan bini raja bersiong! musti mau garanggg! muahahaha

Nak kata supan pun idak ler nampak supannyer..molot tu masih melebar! tapi dah nama pun makan burger so dimaapkan r kan...napa nko makan muka nko macam tengah senyum r?

Pas makan, sambung lagi meround, tah apa kenama tempat ni aku pun tak pasti tapi yang pasti kat tempat ni banyak kedai2 yang aku suka, alah! dok cuci2 mata jew! tengok pokok limau ni teringat kat Mesia masa Chinese New Year, banyak pokok2 limau ada buah limau sekali, huwaaa...aku ghindu Mesia!

Penat yer banggg? kesian dia dok melayan aku meround sana sini sampai kepenatan, sambil2 duduk hilangkan penat, sambil2 menikmati sinaran teriknya matahari, makin petang makin terik plak! tapi masih lagi berangin dan sejuk!

Yo bro! macam Amitabh belachan r tengok dari jauh! hahaha sesueiii!

Aku anak beranak menikmati cuaca yang sangat cantik hari ni dan gambar ni menutup tirai catatan aku pada hari ini, esok apa cer?























