
Semekom...seperti selalunya kalau aku nak catatkan sesuatu kat blog aku ni, harusnya aku tepekkan dulu gambo aku, manalah tahu ada yang tak kenal lagi pemilik blog yang biasa2 je ni dan agak sewel sikit orangnya kalau nak dibandingkan ngan orang lain, kesian hakak, selalu sewel, tapi takpe kan..hakak tak kacau orang! hehe
Hari ni buat yang kedua kalinya aku keluar rumah setelah lebih seminggu aku demam melepek kat rumah, tengok r tu muka hakak nko ni, lemau dan kering kontang, takpe! kumpul tenaga dan lemak balik, esok2 ok r tu.
Berbalik pada cerita aku hari ni, pepagi lagi dah bangun kerana kalau ikutkan Aby akan terbang (dah macam superman r plak) ke Mesia atas urusan kije, tapi memandangkan airport kat Denmark ni masih ditutup akibat abu tebal gunung berapi dari Iceland tu, jadinya tak jadi r dia pergi, hahaha...hakak suke walaupun barang kiriman aku tak dapat nak dibelikan dan tak dapat nak kirim pezen tok anak sedara aku CeQ Bulann, huhu sorry Wok, nampaknya kena tunggu aku bawa balik tak lama lagi r eh..
So hari ni dengarnya kawan2 aku nak pergi ke Sakura Festival, ala orang Jepun punya pesta r...memacam ada jual kat sana selain dari pakaian, sushi dan joget lambak cara Jepun pun ada! sambil2 tu kawan2 aku tu dok ajak perpicnic cara bebas, hah! nak tahu apa picnic cara bebas? tanya dak Dayang? hehe

Hah! ni dia picnic cara bebas! wakakaka
Selalunya orang picnic akan bawa mee goreng, sandwich, kuih-muih dan jajan2 r...tapi bila kata cara bebas tu aku dok bawa nasik berlaukkan lauk kampong! nko meroyan ke apa? ada ke picnic bawa nasik lauk kampong? laaa...dah nama pun cara bebas so aku bebas ler bawak apa yang aku nak bawak! sebenarnya aku teringin r sangat nak makan lauk2 kampong tapi takde geng kat rumah yang sehati sejiwa selera nak makan lauk2 cenggitu, ni dah alang2 jumpa geng, apa kata kita makan lauk kampong acara melambak, baru beshhh kan..kan..kan..
So hidangan kampong hari ni ada lemak daun turi, lemak cili api babat letak rebung, ikan kembong goreng, sambal belachan, ulam daun pegaga, timun dan kacang panjang, kek suji dan jajan2 yang aku bawa berpicnic nari.

Orang makkk aihhh! punya r ramai, macam2 pesen, macam2 ragam, yang penting memang seronok walaupun cuaca hari ni agak berangin dan sejuk sikit tapi dek kerana orang ramai, idak ler terasa sejuk sangat, matahari pun kadang keluar kadang sembunyi, macam malu2 kucin r plak!

Macam2 acara juga ada dipersembahkan untuk hiburan pengunjung yang datang, kiranya idak ler boring, dengan lagu2 jepun berkumandang...walopun tak paham tapi bunyinya macam kelako r plak! kawan2 aku dok bantai ketawakan lagu2 tu, hancus nko lagu2 dia! apapun layan je r lagu2 tu, dah nama pun tak paham! memang r nko kata hancus! cuba nko paham! mesti nko pun ikut nyanyi sekali kan? lalalalaaa

Hah! ni r part yang paling besh sekali, part makannn! selain dari lauk kampong aku, kawan2 aku ada yang bawa mee hoon goreng daging, karipap sardin, sandwich sardin, spaghetti, buah-buahan dan tah apa2 lagi r...
Amboih! hakak tu sampai tak toleh kiri kanan ye dok bedal nasik tu? nekmat!

Ya hampon! laki sapa r ni oi? ada ke sampai macam tu sekali dibedalnya ikan tu, orang lain makan gak, idak ler ghope cenggitu!
din! nko ke tu? burok bebeno ghope nko Din! napa nko tak telan sekali dengan tulang2 ikan tu Din? poyo tol r kawan aku sorang ni, ya adoh! takleh bawa gi majlis nih!

Hampon! ni bini sapa r plak? burok bebeno ghope muka tu membedal sudu! opsss nasik! nampak macam nak makan dengan sudu2 tu sekali wei!
kalo korang nak tahu, hah! ni bini Din yang style makan ala2 seghope je dengan laki dia!
Nko termenung napa Yang? Sara abiskan makanan ke? kihkihkih
Ya hampon! mampoih aku pas ni kena tapak kaki Din dengan Sara sebab dok tepek gambo ni, hampooonnn!

Alah..alah..alah..sayangnya kat bini dia, siap pakaikan kasut ni! tak kose hakak tengok nyah! jangan caya kat Kama ni, baik ngan bini dia tu ada maknaaa! aku tahu niat sebeno nko Kama, suami misali konon! pirahhh!
Tapi walo apapun aku tahu sebenarnya Kama ni baik! kan Kama kan? takpe r kalo orang nak burok sangka ngan kita, yang penting kita tak kaco orang kan Kama? huhu

Yang ni nape r plak? adoh korang ni macam ragam r...
Kalo nak tahu ni acara bergambo tutup jerawat ok! ahawww!

Dah! dah! dah! gambo betol2! tegak! senyum simpul! serlahkan keayuan semampunya...hah! cam tu r..

Sebelum balik, sempat jugak ambil lagi gambo dengan anak koretku! dah nak balik baru matahari nak keluar, eeeee...

Bersama kawan2 sebelum masing2 beredar...la! yang lelain mana? malu nak bergambo kew? atau tetiba taknak enterframe? menci tau cenggini!
Apapun aku sekeluarga enjoy merayap hari ni berpesta dan berpicnic walaupun cuaca agak sejok! sok kalo sakit jangan nak salahkan orang ok, cari penyakit sendiri namanya ni! harap takde pape r kan..
Cauuu!

















