Adoh! tak suka toL kaLau sakit, tapi dah nak kena kan nak buat camne, minggu Lepas dak Rica yang sakit dok berjangkit kat kengkawan skuL dia gaknya, pastu maLam tadi aku dah rasa semacam, tu r merayap merambu tak ingat donia, kena pLak cuaca sekarang berangin je pas tu angin datang tah dari mana2 gaknya, sejuk tak payah cakap r...sampai ketuLang.
Bangun tido je nari dah tahu dah yang aku akan sakit, kepaLa pening, badan gegeL pas tu macam tak Larat nak jaLan, pas makan ubat aku pun meLepek je kat depan tv, dah tak tahu apa nak buat, tak Larat, pas tu tengok gaya dak Rhea semacam je muka dia, rasa punya rasa badan dia pun panas, ya adoh! sekali 2 beranak ni sakit, apa nak jadik! kita orang dah dewasa ni Leh r tahan2 tapi dak kecik tu apaLah tahu, kesian tengokkan dia, bukan demam je, batuk Lagi tu, mmm...memang confirm r berjangkit kat aku.
DaLam sakit2 tu aku gagahkan jugak bangun, kaLau tak maunya anak2 dan Laki aku kebuLuran, nak suruh Rica masak yang simpLe2 kesian pLak dak tu baru je sihat, tu pun tengok macam lemau je! nak harapkan Aby? ya hampon! masak apa je yang dia tahu, masak bubur pun FAIL! huhu.. Mmm nak taknak kena gak bangun, tapi Aby temankan r kat dapo, gaknya takut aku pitam! pas masak cincai2 dan rasa macam nak ji'un, aku cepat2 baring kat sebeLah Rhea, alahai! cian kat anak koret aku tu, panas badan sampai putih pucat muka dia, aku tak payah cakap r...korang nak tahu teruk ke tak, korang tengok je r muka seposen aku, ngan mata cengkung dah macam jerangkong! panas badan sampai muka pun nampak Lebam! aL-makLom r orangnya kureng putih! (taknak ngaku hitam)
Apapun korang doa2 kan aku supaya cepat2 sihat eh..macehhh!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 300 gm perut lembu (babat)
  • 4 biji bawang merah - dihiris *
  • 4 biji cili padi merah - dihiris *
  • 1 helai daun kunyit - dimayang halus *
  • 1 s/b perahan jus limau purut
  • Sedikit garam halus
CARA-CARANYA:
  • Rebuskan perut lembu (babat) sehingga lembut kemudian buangkan airnya, hiris nipis perut lembu tadi dan masukkan kedalam mangkuk.
  • Masukkan bahan yang bertanda * kedalam mangkuk berisi perut lembu tadi, gaul rata kemudian tuangkan perahan jus limau purut dan sedikit garam, kacau rata dan hidangkan.
SUMBER DARI: Mak


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4-5 keping ikan merah potong - dibersihkan
  • 6 tangkai batang lengkuas muda - dipotong panjang
  • 1 tangkai daun kari
  • 8-10 batang bendi
  • 2 inci halia - diketuk
  • 1 s/b rempah campuran
  • 3 s/b rempah kari ikan
  • 1 s/b serbuk cili
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Santan secukupnya
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak didalam periuk, tumiskan bahan tumbuk bersama halia, rempah campuran dan daun kari hingga naik bau, bancuhkan rempah kari ikan bersama serbuk cili dengan sedikit air dan masukkan didalam periuk, kacau sehingga agak garing dan masukkan air asam jawa, kacau lagi hingga pecah minyak dan masukkan pula santan secukupnya, kacau sehingga mendidih perlahan, masukkan ikan, garam, perasa dan sedikit gula, kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih, akhir sekali masukkan batang lengkuas dan bendi, kacau rata sehingga bendi masak, bolehlah ditutup apinya.
Oleh kerana akan ditinggalkan oleh Aby selama beberapa minggu, uhuk uhuk seminggu lebih jew, hehe...jadinya bekalan makanan untuk aku anak beranak haruslah distanby awal2, dari semalam kije merayap beli apa yang perlu dan tak cukup dengan semalam, aku dok sambung lagi hari ni tapi bukan beli banyak mana pun, cari beras je! hari ni gi ke Full House dengan Din, kawan seangkatan jawa dengan aku kat Denmark ni, kiranya Full House ni kalau kat Mesia macam Makro r, fikir2 kawan yang lain banyak gi bercuti tak balik lagi so yang tinggal hanya beberapa family termasuk Din ni hah, so ajak r dia sekali cz kalau kesitu memang selalunya orang akan beli beras paling beso kat situ 20 kilo, nak menggangkut pun susah gak so kalau gi satu kete kan senang, leh angkut bebanyak sikit kan, aku idak ler menggangkut barang bebanyak cz semalam pun baru beli barang, yang nyoping sakan si mamat jawa tu r..memacam yang dibelinya, biasa r jenis tembolok alien, makan banyak! hahaha...Hampon Din!
Pas beli barang, nyinggah plak kat rumah dia, dah orang pelawa kan, singgah r..nak2 orang pelawa makan! lagi r laju aku tuju! hehe, nak2 plak tengah kebulo sejuk2 ni dihidangkan dengan Sup tomato makaroni tulang lembu, mak aihhh punya r panjang, pepandai r korang bayangkan macam mana ghopenya, yang penting rasanya memang mabeles, hakak tambah 3 x, Aby 2 x dan Poji pun 2 x, huhu oppsss Poji pun ada! mmm...mesti r dia ada cz dia tu kekasih gelap Aby, wakakaka

(Abaikan je r gambar orang kebulo kat atas tu!)

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin