Napa r memasing muka seposen, ada apa2 yang tak kena ke? atau ada apa2 yang tak dapat?
Sebenarnya tadi keluar jap tujuannya nak pi cari radio kecik untuk aku dengar kat bilik, bukan tak leh nak pakai ipod ke atau hp tok dengar lagu tapi cari radio yang leh buh c.d, banyak c.d lagu best2 yang aku bawa dari Mesia masih tak sempat nak dengar, lagipun saja gatal nak radio kecik yang kaler pink r kengkonon, leh buat perhiasan sekali, hehe
Tapi kenapa memasing muka cenggitu eh? tak jumpa ke menda yang dicari?



Hahaha...yang ni memang majuk betul cz kena marah, mana taknya..kije bertekak je dengan adik dia Rica, pas tu memasing taknak mengalah so yang tua r yang kena marah! hah tu yang konon bawa diri jauh2! orang dok berlonggok sesama tetiba dia dok jauh2 buat muka bonyok! ingat orang nak pujuk r tu, pirahhh
Tapi yang geramnya masa nak balik daddy leh plak pujuk belikan dia bola dengan tiang gol besi (goal post) lak tu, leh pasang kat garden belakang umah, besar juga r tiang gol tu, kiranya orang tua punya bola sepak r...menci aku tau, daddy dia selalu je cenggitu, marah kejap pas tu tak sampai hati belikan memacam, mana r dak tu tak ngada2, sikit2 nak majuk, sikit2 nak majuk! heee



Ni r yang Rico dapat dari merajuknya tu, menci aku tau!



Ye r Aby ni jenis yang tak suka nak majuk2, dia suka kalau orang sume happy, terutama keluarga sendiri r...tengok r tu happy je kan? atau saja tayang gigi kot anak beranak ni? tak paham aku r dorang ni! orang sume majuk, dia berdua je happy!



Arhhh tak dulik! tak dulik! kalau nak aku happy, carikan jugak radio kaler pink! cepatttttt! wakakaka zalim aku ni, tak menyabau tol! cian kat Aby tu, berusha betul2 dok carikan radio kaler pink tok aku!



Mana satu yang nak? mmm...tak banyak pilihan r plak, semuanya biasa2 je, kiranya kalau kat Mesia ni orang dah tak pandang pun radio cenggitu, nak r gak cari yang canggih2 sikit kan? ya hampon nko ni memilih r plak! dah jumpa yang pink nak cari yang canggih r plak! apa nak jadi r hakak ni! tobat! tobat!

SUMBER DARI: FA'E

BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN A:
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 s/t baking powder
  • 1 s/t soda bikarbonat
  • BAHAN B:
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 4 biji pisang emas -
  • BAHAN C:
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 s/t esen vanilla
  • 1 s/t esen pisang
  • Secubit garam
CARA-CARANYA:
  • Panaskan oven pada suhu 180c.
  • Campurkan semua BAHAN A kedalam mangkuk dan ayak, ketepikan.
  • Didalam bekas lain, lecek pisang dan gaulkan dengan gula kastor (BAHAN B)
  • Didalam bekas yang lain juga, pukul telur hingga sebati dan masukkan kesemua BAHAN C.
  • Tuangkan BAHAN C ke BAHAN A, gaul sebati gunakan whisk, setelah sebati gunakan pula senduk kayu dan masukkan BAHAN B, gaul rata.
  • Tuangkan sedikit adunan kedalam mangkuk muffin (3/4), taburkan pula sedikit coklat chip diatasnya.
  • Bakar selama 20-25 minit atau hingga masak.
Dapat jemputan lagi, kali ni daripada orang lama kat Denmark ni iaitu Kakct dan Pak Herman Nivo, jemputannya idak ler ramai mana memandangkan ramai yang masih bercuti makan angin.
Layan je r gambar yang ada eh kerana hari ni aku memang kureng mood untuk bergambar sana sini, masih lagi dengan suasana sedih dalam hati atas pemergian kawanku kerahmatullah tadi di Malaysia, masih macam tak percaya tapi itulah hakikat sebenar hidup ini dan sebagai manusia walaupun se gah mana kita ni, kaya mana kita ni dan berkuasa mana pun kita dalam dunia ni tapi bila ajal dan maut telah menanti, tiada satu apapun dalam alam maya ni boleh menahan.
Berbalik pada jemputan hari ni sebenarnya Kakct dan Pak Herman menjemput kita datang untuk makan tengahari, suasana disini tadi biasa2 je, maklom r ada geng yang masih bercuti tak balik lagi jadinya keriuhan tu semacam kureng sikit, walaupun begitu masih lagi meriah kerana tuan rumahnya sememangnya jenis yang peramah.



Antara makanan yang dihidangkan ialah nasi berlaukkan lauk kampung, ada lemak nangka, kari kambing, sambal belacan, ulam-ulaman dan memacam lagi r..banyak r tak tahu apa kenama lauknya, aku main bedal je r kan..layannn



Kuih-muih dah semestinya ada! kuih bom atau onde2, popia, goreng pisang, rojak buah dan ya hampon! memacam r...aku tak tahu apa ilmu Kakct ni ada, sekali masak, mak aihhh...semeja! tu belum yang kat belakang2 meja lagi! huhu



Cikgu Din bersama Rhea (anak aku) dan anaknya Hazlam, korang tengok r mamat ni dok paksa anak dia enterframe tapi anak dia taknak!
Ek-eleh Din, nko yang nak enterframe over2 kan, konon dengan harapan ada aweks yang berkenan! pirahhh! kena zazzz dengan Sara baru tau!



Seperti biasa, muka aku kat blog aku musti ada hokke!
Sara bersama anaknya yang ala2 cek nyet, Kakct (tuan rumah) dan LinAbdillah (kawan seangkatan sewel dengan aku), mmm...aku tak payah r nak diperkenalkan lagi kan, takkan tak kenal aku kot? opss lupa! hakak tak fofuler so maybe ada yang tak tahu hakak yang mana satu? hah! pompuan yang macam plywood tu hakak r...kesian kan kering kontang macam orang dari Afrika, wakakaka

Al-fatihah buat kawanku yang tersayang Haslina Binti Hashim yang telah meninggal dunia hari ni di Malaysia kerana mengidap penyakit semput, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman, amin.
Dikejauhan ini, hanya doa yang dapat mengiringi pemergianmu long, kau kawanku yang berhati mulia, pengasih dan penyanyang, kenangan bersamamu tak dapat aku lupakan dan akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup aku.
Semoga kau tenang disana, amin.

Hari ni Aby balik dari France, yeayyy! hakak suke tak terkira, biasa r aku ni mana leh takde Aby, maunya mati akal! sehari dua ok r lagi, niiiiiii....3 hari! wakakaka ingatkan lama sangat, 3 hari punya r kecoh satu alam nak pukul canang! korang tak tahu, pada aku 3 hari tu macam 3 tawun woo.
Kesian kat mamat tu, baru je sampai tadi aku terus ajak dia keluar pi cari makan, bukannya tak masak tapi tekak gatal aku ni macam teringin r plak nak makan berdaging-daging ni, so ajak r Aby gi cari daging, sib baik dia nak melayan aku, penat2 pun dibawaknya jugak aku pi melilau cari daging dan barang2 yang aku nak termasuk doyan, semerbak bau satu kereta nko! bestnyerrr.
Macam r dah takde hari lain nak pi cari kan? tapi aku ni lain sikit, kalau aku kata nak la ni, maknanya la ni jugak kena ada! hisss! teruk tol perangai cenggini, korang jangan r ikut perangai cam aku eh...
Masa nak balik umah tu nyempat gak r singgah umah kawan aku si Sara dan yang bestnya petang2 dapat keledek goreng, paneh2 lagi nko! mmm dap! dap! cicah ngan sambal kicap!
Nyempat jugak ambik gambar Rhea tido dalam kete masa dalam perjalanan nak balik kerumah, hehe cute tak Rhea tido? walaupun tido tatap bergaya u dengan kepala senget dan cermin mata yang senget!



BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 biji kentang saiz besar
  • 1/2 s/t lada sulah
  • 2 s/b susu tepung
  • 1/2 s/b tepung jagung
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • Sedikit garam
  • Serbuk roti kasar secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • BAHAN INTI DAGING:
  • 300 gm daging cincang
  • 1/2 tin kecil jagung (berbiji)
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 batang lobak merah - dipotong dadu kecil
  • 2 pokok daun bawang - dihiris halus
  • 1/2 s/t lada sulah
  • 1/2 s/b serbuk pati ayam atau daging
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARANYA:
  • Kupas kulit kentang dan potong kentang kecil2, cuci bersih dan gorengkan kentang sehingga masak, angkat dan toskan minyaknya, kemudian biarkan sejuk sedikit dan lecekkan halus, masukkan susu tepung, tepung jagung, serbuk lada sulah dan sedikit garam, gaul rata dan ambil sedikit adunan kentang dan buatkan seperti bebola sederhana besar, buat hingga habis adunan kentang tadi, ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu, kemudian masukkan daging cincang tadi, kacau rata sehingga berubah warna, kemudian masukkan lobak merah, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam/daging, garam, sedikit gula dan sedikit air jika perlu, kacau lagi sehingga rata dan agak kering, akhir sekali masukkan daun bawang, kacau sehingga inti kering dan bolehlah ditutup apinya, biarkan inti sejuk sedikit.
  • Ambil bebola kentang tadi dan leperkan, sudukan sedikit inti daging tadi dan tutupkan semula dan bentukkan lonjong dan leperkan sedikit, buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali, gunakan api sederhana.
  • Celupkan kentang tadi kedalam telur dan golekkan pula pada serbuk roti sehingga menutupi kesemua permukaan kentang, gorengkan sehingga masak kuning keemasan, angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama cili sos dan mayonis.
SUMBER DARI: Mamafami

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 1/2 telur - dipukul sedikit
  • 120 gm gula kastor
  • 120 gm fizzy drink (7up, sprite atau cream soda)
  • 1/2 s/t esen vanilla
  • 155 gm tepung
  • Sedikit pewarna
  • Kertas cawan secukupnya atau acuan
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Pukul telur sehingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi hingga ringan.
  • Masukkan tepung dan kaub balik perlahan, masukkan fizzy drink dan diikuti dengan esen vanilla, kacau sehingga sebati, bahagikan adunan menjadi dua bahagian, sebahagian lagi biarkan pada warna asal dan satu bahagian lagi diletakkan pewarna.
  • Sudukan adunan asal kedalam kertas cawan atau acuan, diikuti pula dengan adunan bewarna diletakkan diatas adunan asal tadi.
  • Kukuskan selama 15 minit.
Terima kasih kepada Ben Ashaari kerana promote blog aku agar lebih dikenali, catatan dibawah adalah catatan daripada beliau didalam blognya tentang aku dan blog aku, terima kasih lagi sekali kepada Ben, jasamu dikenang. http://www.benashaari.com/


Diari Blogger Perantau: Aku, Sue Dan Mummy

Kali ni kita ke Denmark lak ...Perghh.. tak sampai sehari dah tiga negara kita g neh ... Australia , Sepanyol dan Denmark ... Ketiga tiga blog ni pasti ada cerita bab masakan .. hehe.. mesti korang pelik kan .. nape lak aku gile nak masuk blog blog gini .. Mana la tauuuu satu hari aku kena masak lak ... blog blog gini la penyelamat aku .. kan kan ... hehehe

Ok..tamo panjang panjang , empunya blog ni namanya .. sat nak tengok balik ..kang salah , aku kena saman .. Di butiran peribadinya terteraSUEJOSHUA ... haaa.. aku pasti bukan nama betul ... mesti nama glemer.. cam aku gak ni ... hehehe .. kalau ikut nama betul aku , BRAT PITT .. heheh..jgn nyampah .. ok ok sambungggg..

Blog Puan SUEJOSHUA ni , mmg penuh ciri ciri kewanitaanlah ..ngan warna pink beserta bunga-bunga mataharii..anggun mesra..eh.. ternyanyi lak... bunga bunga gituuu ... haaa..Erk....

Aku tak leh lama lama kat blog ni ... Kelaparan wehh ... masakan sajaaaa.. tapi ada gak kisah peribadinya .. kalau korang g ke tahun 2008 , banyak gak la kisah peribadi ...

Aku rasa blog ini pun sesuai untuk melepak lepak kalau teringin nak keluar sebentar dari 'negara' kita ni .. untuk meredakan ketegangan urat sarat , boleh la ke sini ... menarik blog neh ..

Award dari Idda Hashim yang kini berada di Riyadh, Saudi Arabia. Terima kasih kerana sempat bagi aku award ni sebelum bertolak ke Melbourne dan lepas tu ke Malaysia pulak! semoga selamat sampai kedestinasi pergi dan kembali.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm perut lembu (babat)
  • 10 biji cili padi *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 2 biji buah keras *
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 helai daun limau purut - dimayang halus
  • 1 keping asam gelugor
  • Santan pekat
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Rebuskan perut lembu tadi dengan sedikit garam sehingga lembut, angkat dan cuci sehingga bersih, kemudian potongkan kecil2, ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan tumbuk bersama serai, kacau sehingga agak garing, kemudian masukkan santan pekat dan sedikit air mengikut kepekatan yang mahu, kacau rata dan masukkan asam gelugor bersama daun limau, kacau perlahan sehingga mendidih dan masukkan pula perut lembu tadi, kacau lagi dan akhir sekali masukkan garam, perasa dan sedikit gula, kacau sebati sehingga kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya dan hidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus mee wantan
  • 6 keping wantan
  • 6 tangkai daun sawi - dicelur hingga layu, toskan
  • 2 biji fishcake - dicelur sekejap dan dihiris nipis
  • 1 s/b minyak bawang putih
  • 1 s/t minyak bijan
  • 1 biji kiub pati ikan bilis
  • Stok ayam secukupnya
  • Bawang goreng
  • Garam
CARA-CARANYA:
  • Rebus mee wantan hingga lembut, buang airnya dan bilas mee dengan air sejuk, toskan dan ketepikan.
  • Gorengkan wantan sehingga garing, angkat, toskan dan ketepikan.
  • Didihkan stok ayam, masukkan kiub pati ikan bilis, garam, minyak bawang putih dan minyak bijan, kacau rata dan biarkan mendidih lagi, bolehlah ditutup apinya.
  • Masukkan sedikit mee wantan kedalam mangkuk hidangan, kemudian tuangkan supnya, masukkan juga sawi, hirisan fishcake dan wantan goreng, taburkan sedikit bawang goreng dan hidangkan bersama hirisan cili padi yang telah dicampurkan dengan sedikit kicap cair.


Award,Award


Seperti yang dah aku katakan, musim dapat award sudah bermula dan award ni telah aku ambil dari blog kawanku yang berada di Malaysia iaitu http://aidafidah02.blogspot.com/
Terima kasih daun keladi, ciptalah lagi award banyak2 pas tu kasi lagi k.

Musim dapat award nih, seronok r kan...bukan artis pun boleh dapat award gakkk! hehe
Terima kasih kepada kawanku Idda Hashim yang berada di Riyadh kerana sudi bagi aku award ni, walaupun blog aku bukanlah seTOP mana pun..
Terima kasih lagi sekali dan salam dari Denmark.



Salam dihari ahad, hari ni takde apa yang istimewa nak di updatekan, lagi pun takde gi memana, hari mengemas sedunia so hakak mengemas bagai nak rak! habis semua habuk dan debu licin dibersihkan, hahaha...tipuuu! alah, kemas macam biasa jew, ingat aku ghajin sangat ke nak mengemas bagai nak rak, agak2 sedap mata mandang dah r..tak kose hakak nyah nak layan habuk dan debu tu, bior lah dia tebal kat situ, agak2 dah 5 kilo sok boleh buat bedak! huhuiii
Walaupun tak kemana-mana nari tapi terasa bz juga kat rumah, banyak benda gak yang aku dok buat, abis masak aku dok ngemas, peh tu makan r apa lagik! dan yang tak bestnya nanti kena ngemas baju Aby cz mamat tu nak gi France, tapi bukan nari r, kalau tak esok, lusa! papepun kena r ngemas awal2, standby! mmm...dan sempat aku gunting rambut Aby yang macam ala2 mat kombet gitew, hahaha mbek nko, cepat sesangat panjang, asal masuk 2 minggu je nak gunting, hah! kalau ala2 kombet tu maybe lambat sikit kot baru nak panjang, tapi aku tak dapat nak tepekkan gambar Aby rambut ala2 kombet, mamat tu taknak! katanya ensem sangat nanti korang tak tahan dok terbayang2 kat dia, pirahhh! perasan kemelandaan betoL! dan disebabkan itu aku tepekkan gambar aku je r ehhh.. cun gek aper!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin