
Nak tahu apa 2 in 1? hah! sebenarnya hari ni aku sekeluarga telah dijemput oleh kawanku, Din dan isterinya Sara, kerumah dorang kerana ada majlis masuk rumah baru dan birthday anak dia sekali, hah! begitulah ceritanya...
Seperti biasa r kalau baru2 masuk umah baru tu kena r baca yassin kannn...nak2 jenis2 rumah yang ala2 seram jew kan...mesti kena buat semua ni dok pi halau hantu jembalang dan segala jadi-jadian yang tak diundang kat dalam rumah tu! hehe..tapi rumah dorang tu ok2 je, idak ler seram pun cuma mereka dan keluarga mereka je yang tahu kisah2 sebenarnya! wakakaka...lariii...Sara perambat aku dengan kuali!

Selepas selesai je bacaan, kitorang dihidangkan dengan berbagai makanan, ada nasi daging, laksa penang kaw punya! best! biasa r anak mami yang buat, mesti kaw! dan memacam lagi r...dah kebuloQ sampai tak perasan apa lagi yang ada, main maham je macam 10 hari tak makan, burok lantak tol! biasa r..rezeki depan mata jangan ditolak, bedaL r sampai senak perut! dan nama pun burok lantak kannn

Dayang bersama Rhea ( gambar ni buat tatapan Pok'de, ahaaa! )

Yang ternganga macam singa kebuloQ tu r tuan rumahnya, dia ni geng jowo aku kat Denmark ni dan kepala pun jenis2 yang gonjol macam aku gak! kan Din kan..kan..kan
Kenapa anak aku tu eh? makan sambil tido ke atau tido sambil makan? huhu

Seperti biasa aku bersama geng bas sekolah, hehe

Bersama orang lama kat Denmark ni iaitu Kakct Nivo.

Bermulalah upacara Upin & Ipin memotong kek, ni sapa punya birthday ni? aku tengok Dayang yang beriye dok bedah kek tu? ek-elehhh relax r Yang, tak lama lagi turn nko kan? sabarzzz

Apa lagi, hadiah dah dapat! takkan dok tengok jew birthday boy oi! AfiQ dah aim je tu!

Mak dia yang tulun bukakkan hadiah2 tu, mana taknya si birthday boy semacam terkezut je hari ni tengok hadiah2 tu, pas tu tetiba jadi pemalu so mak dia yang tak malu tu ler terpaksa dok tulun bukakan, wakakaka
Apapun Aunty SueJ sekeluarga ucapkan Happy Birthday untuk Hazlam, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, jadi anak yang baik dan soleh, juga berjaya dalam hidup.



















