Ahaaa....tak sabar nak citer nih! seperti yang telah aku canangkan pada kawan2 aku beberapa hari yang lepas, aku nak ke motorshow kan...hari ni aku gi ler sekeluarga...anak2 mesti r ikut terutama Rico cz dia tu suka sangat dengan kereta, daddy dia tu tak payah cakap r sampai hobi pun kije mengadap buat kete je...kiranya anak-beranak tu memang suka pada kereta, aku pun minat gak kan...kalau dah hari2 dok kiri kanan telinga asyik dengar cerita pasal kereta je manjang...tv pun asyi tengok pasal kereta je..mmm...hidup dengan kereta je r aku nih!
Apapun aku enjoy gi motorshow nari..
Sampai je kat sana memula kena r beli tiket masuk...
Gambar kat atas tu ialah Rico dan Rica masuk simulator motosikal, kata dak2 tu best cz rasa macam bawa motor betul2..hehe seronok!



Puas r meround tengok kereta sana sini dan ada satu booth dari Shell tu tengah buat contest paling jauh kereta boleh lari dengan 1 liter petrol, so Aby isi r borang, Aby tu bukan boleh tengok contest yang boleh bawa kereta lelaju ni, mesti gatal tangan nak masuk, tapi kira macam cabutan bertuah juga r..kalau dalam masa 2 minit selepas hantar borang nama tak dipanggil tu maknanya lupakan je r...tetiba tak sangka r plak dalam ramai2 manusia kat situ yang masuk contest tu nama Aby dipanggil plak! so suka r Aby dapat masuk! mmm...apa lagi, tunjuk skill r merempit dengan mat salleh yang kat sebelah tu...Yes r B..apa lagi...ni r masanya...kalahkan mat salleh tuuu



Mak aihhh...serious je muka tapi masa ni memang Aby tengah pecut r...nampak tayar kereta tu punya r laju...tapi aku tahu mat salleh sebelah tu kalau betul2 kat jalan raya memang cium bau asap je r...ada berannnn...hahaha belagak r plak!



Dah semestinya...yeayyy! Aby menang! dan hadiahnya ialah....



Dkk 500 (Rm 380) isi minyak free dekat Shell, jadilah...rezeki nih!



Masih tak abis lagi meround, tapi yang tak bestnya motorshow kat sini takde model2 cantik2 atau seksi2 macam kat Mesia dan Spore yang pernah aku gi dulu, kat sini kalau ada model pun 3-4 orang je, tu pun yang macam gambar kat atas tu..harap make-up je 5 inci tapi dorang tinggi r pas tu dok pakai hill lagi r tinggi nak dibandingkan ngan aku...mmm...kat bahu dorang jew..huhu..terselit hakak kat tengah2 tu u



Hah! bergambar dengan model ni lagi best..sama tinggi! hehe
Aku bersama Lin Abdillah, minah ni gi jugak tengok motorshow, dia ni memang minat menda2 cenggini, ganazzz...wa caya lu!



Antara gambar anak2 yang sempat diambil, Rhea bersama Rica..bebudak ni suka plak dengan kereta barbie pink ni! hehe biasa r budak pompuan, pantang tengok warna pink!



Rhea bersama Rico naik kereta perang omputeh!



Sempat ngetes ye abang Rico, amboih...nak tunjuk bakat gak ke macam daddy?




Senyum jew B, amacam...best ke?



Dapat bergambar pun jadilah...nak dapat pakai keretanya tu tak tahu r ntah bila tapi angan2 musti ada! tak ke usaha itu tangga kejayaan, eh tah apa yang nko merepek ni kak oi, ada kena2 mengena dengan kereta tu kew?



Fuyooo! yang ni memang cun! korang bayangkan r kalau aku bawa kete ni kat Mesia time ambil anak2 aku balik skul! wakakaka...lesen pun tarak, berangan jew lebey! mmm...balik Mesia sok amik lesen r...dulu masa kat Mesia selalu gak bawa kete takde lesen ni, tapi aku ni tak berani r jalan jejauh...yang dekat2 je, sok dah amik lesen aku pulun r dok merempit dengan kereta nih! oppsss salah! berangan jap! bukan kete ni, mati idop balik pun lom tahu dapat pakai kete ni, tapi siapa tahu, tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusia...Tuhan je yang tahu!



Minah kecik dengan motor kecik! cute sey motor tu!



hahhh! kalau bab2 motor memang aku minat giler kat motor, tapi motor besar r...motor berkuasa tinggi! walaupun badan aku kecik tapi aku suka motor berkuasa tinggi! baru gerek! dan motor yang aku idam2kan bukan r motor pink kat atas tu, mmm...tak ganaz langsung walaupun motor besar! Pink? apa yang ganaz nyer???



Yess zerr! inilah motor idaman kalbu! DUCATI wa cakap lu! motor ni memang untuk perempuan kot cz kecik sikit saiznya dari ducati yang biasa tu, tapi kalau jenis lelaki kecik leh r gak pakai motor ni kot? ducati yang kat belakang2 aku tu hah! memang besar2 dan regenya pun besar jugakkk!



Beberapa jenis kereta yang sempat aku ambil gambarnya...



Motor...


Dan motor lagi, tapi motor2 jenis macam ni aku tak minat!
So sampai disini saja catatan aku untuk hari ni, aku dah penat dan nak beradu, insyaallah kalau ada motorshow lagi yang dapat aku gi, akan aku pampangkan lagi dalam blog aku ni.
Cauuu


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus pasta fettucini
  • 3 biji bawang putih - dicincang halus
  • 10 biji cendawan butang - dihiris nipis
  • 4 cawan susu segar
  • 1/2 cawan krim segar
  • 2 s/b serbuk pati ayam maggi
  • 1/2 s/t serbuk lada sulah
  • 1 s/t oregano - yang telah dikisar
  • 2 s/b mentega
  • Sedikit bancuhan air tepung jagung
  • Sedikit chives - dihiris
  • Sedikit cheese parmesan
  • Garam dan gula
  • Air
CARA-CARANYA:
  • Celur pasta sehingga lembut, angkat dan toskan.
  • Didalam periuk, panaskan mentega dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau, kemudian tuangkan susu segar, krim segar dan air mengikut banyak mana sos yang dikehendaki, tapi jangan terlalu banyak kerana kuah akan cair, kacau sehingga mendidih perlahan, masukkan pula serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, oregano, garam dan sedikit gula, kacau lagi sehingga sebati, masukkan cendawan dan tuangkan sedikit bancuhan air tepung jagung, kacau sehingga kuah agak pekat dan akhir sekali taburkan chives, kacau seketika dan bolehlah ditutup apinya.
  • Masukkan sedikit pasta kedalam pinggan dan tuangkan sos cendawan kedalamnya, taburkan sedikit cheese parmesan keatas sos tadi dan hidangkan
Pembuka blog hari ni aku letakkan gambar muka2 yang tak glamour atau dalam bahasa tak bestnya muka2 tak cun tengah makan eskim, hahaha
Memang tak cun pun, memasing jelongok membedal eskim sampai tak dulik pun orang tengah ambil gambar, sejuk2 pun nak makan eskim! yang besau kat atas sekali tu chief nya yang dok mengajar makan eskim nih...hakak tak makan pun, sejuk r ngilu gigi lagipun hakak selalu nak control cun...huhu...



Hah! baru nak cerita yang sebenarnya...hari ni Aby tak kije, alasannya nak pi service kereta, tapi memang dia gi pun, pas abis service kereta Aby terus ambil aku kat rumah n menuju ke skul Rico&Rica, tujuannya ada meeting dengan cikgu Rico untuk mengetahui tentang perkembangan terbaru tentang pelajaran Rico, aku yang berdebar-debar sebenarnya, maklom r takut gak kalau2 cikgu dia cakap Rico takde peningkatan apa2 ke atau apa2lah yang tak best didengar.
Mula tu Aby je yang dok bertanya-tanya macam2 dengan cikgu Rico, tapi bila banyak perkara cikgu Rico mulai cakap pasal Rico ni aku pun start r mengepo tanya memacam plak! mana taknya sebagai mummy dia aku ni happy dan terharu r gak bila cikgu dia kata banyak peningkatan, nampak perubahan dan yang elok2 r pasal dak ni, Oh Tuhan! kembang kempis kembang kempis perut aku dengar!
Pemes ke anak aku sorang ni kat sekolah? minggu lepas ada birthday kawan dia dan mak dak tu ada r hantar kad pada kawan2 dorang semua termasuk Rico tp kitorang bagi alasan tak dapat datang sebab ada hal lain, sekali mak budak tu sampai call Aby pujuk suruh hantar Rico kat birthday anak dia tu cz anak dia nak sangat Rico datang! aku pun pelik cz Rico cakap dia tak berapa rapat pun ngan dak tu tapi kenapa ye ye sangat nak Rico datang? mmm...tu yg aku cakap, pemes ke anak aku kat sekolah? walaupun cam tu aku happy tak terkata, mudah-mudahan anak2 aku jadi anak2 yang baik dan berjaya walau dalam segala hal, amin.
Bulan depan lagi satu debaran plak, iaitu kena jumpa cikgu dak Rica r plak! perhhh yang tu aku ada kecut sikittt! seremmm hakak!
K r lupakan pasal sekolah dorang, pas gi sekolah tadi sambung terus ke Fisketorvet iaitu shopping complex favourite aku, mana lagi kan...dekat pun ye jugak nak kesana...



Biasa r kalau dah kesana mesti r nak cuci2 mata, tengok tu...tengok ni...pegang tu...penang ni...



Ambik tu...ambik ni...tapi idak ler banyak mana pun, ambil yang penting2 jew.



Sabo ye banggg! muka bengang tunggu lama2 kat situ, biasa r kalau dah beli barang kena r sabo nak membayarnya yer...tapi aku tahu Aby tak kisah pun cuma dia bengkak yang cashier tu punya r lemau! nak scan barang punya r slow...mmm...memang jenis lemau r gaknya...sabau jew r..


BAHAN-BAHANNYA:
  • 6-8 ulas durian - dibuang bijinya
  • 1/2 cawan gula pasir atau lebih
  • 4 cawan santan
  • Secubit garam
CARA-CARANYA:
  • Masukkan durian yang telah dibuang bujinya kedalam periuk, kemudian tuangkan santan dan gula.
  • Letakkan diatas api sederhana sambil dikacau perlahan, masukkan secubit garam dan kacau lagi hingga kuah agak pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Sejukkan dan hidangkan bersama roti.


Tak tahu r pada korang budak umur 3 tahun kalau pandai pakai pampers sendiri tu perkara biasa tapi pada aku idak ler biasa cz anak2 aku yang Rico & Rica takde r belajar pakai pampers cuma berenti pakai pampers je! dulu r masa kekecik!
Tapi sepatutnya dak Rhea ni dah ditrain tak payah pakai pampers lagi dan kena r selalu bawa gi bilik air tapi oleh kerana bilik air kat atas dan bawah so aku adalah malas nak bawa dia kebilik air jadi
dalam seminggu ni aku ajar dia tukar pampers sendirik dan dia dah terror tukar pampers sendirik sekarang! wakakaka pemalas punya mummy!
Meh kita tengok cara2 Rhea tukar pampers sendirik!

Step 1: Memula buka seluar..


Step 2: Lompat2 sampai pampers jatuh kebawah!



Step 3: Lipat pampers



Step 4: Ambil wipes dan lapkan kat tuttttt...



Step 5: Pakai pampers yang baru



Step 6: Oppp tak mayuuu nampak peyut!



Step 7: Pakai seluar semula dan Rhea ni kalau pakai seluar walau senget sikit pun dia akan betulkan kasi elok! mandainyerrr...



Step 8: Tadaaa...dah siap! senang jewww
Mummy pun senang, tak banyak kije! hehe
Tapi tau r budak bersihkan pun idak ler bersih sangat, agak2 dah besey 2-3 kali tu aku pi r bawa cebokkan...takkan aku malas sampai ketahap pengotor plak kan..
Sekarang ni time nak pupu (memerut r) pun dia akan buka pampers sendiri dan ajak aku temankan pi pupu kat toilet, mandainyerrr...siapa lagi nak puji Rhea kalau tak mummy kan kan kan.

Dah macam rancangan tv r plak! arhhh...apapun yang nak dikatakan, lantak pi r...ada aku kesah!
Seperti hari2 sebelum ni, kalau Aby out station je mesti aku tetap dapat jumpa dia, tapi cuma depan laptop ni je r kan...jadilah dari takde iyer dak?
Memula tu dok r borak2 dengan anak2 n last2 sekali baru dengan mummy dorang, tapi idak ler lama mana pun bebual dengan aku cz bukan ada cerita sensasi pun yang nak diceritakan, tapi yang akan tetap ditanya dan takkan lupa ialah hari ni aku masak apa? kalau nak tahu, Aby ni tiap2 hari akan tanya apa yang aku masak? mmm...ingat muka aku ni muka makanan ke, asik tanya pasal masak! hehe...nak tahu masak apa? oleh kerana Aby takde so today aku masak cekodok dengan buat pizza je! malas nak masak bagai nak rak, bukannya ada tukang makan pun, bebudak lagi suka makan pizza, sesekali leh r kan...kalau selalu anak2 aku makan pizza, maunya tinggal rangka je dak2 tu.
K r...nak tido! biar cepat esok n lusa...pastu Aby dah balik! yahooo!

Selepas selesaikan tugasanku disubuh hari, biasa r...mesti sambung tido, pas tu nak bangun semula sebab kejutkan anak2 untuk pi skul, tapi nampaknya hari ni aku tak dapat nak sambung tido semula, mana taknya...rasanya aku baru nak terlelap tapi terasa kat mata ni macam disuluh-suluh dek lampu picit! ghopenya sinaran matahari kat luar tu sampai masuk kat celah2 langsir bilik aku, perhhh...sekali aku selak je langsir tu...mak aihhh...silau! tak nampak pape, kelabu jap mata aku! huhu...padahal jam baru menandakan pukul 6 lebih pagi tapi matahari dah terpacak keluar! mmm...nampaknya pasni aku kena r sumbat celah2 tingkap aku dengan xtra kain, kalau tak maunya tiap2 hari aku tak leh sambung tido lagi walaupun sekejap! mesti korang pelik eh tengok aku ni, pas bangun leh sambung tido jap, pastu kejut anak2 pi skul, pas bebudak pi je aku sambung tido lagi jejaklah ketengahari...bangun...tido...bangun...tido...tak ke itu dinamakan buruk mataaaa?
Haaa...ni baru dinamakan spring! idaklah kalau bangun je tengok luar ada ais...tengok luar ada salji..dah habis r nampaknya yer...wah! pas ni mesti sonok, idak ler sejuk sangat cuaca kat luar nu, mmm...pasni adalah yang nak buat spring party kannn..

Hari ni memang takde mood! maklom r Aby nak gi ke Amsterdam, boring tol aku rasa kalau Aby takde nehhh...tensen tau! sib baik ada anak2, kalau tak lagi r boring, bukannya Aby tak pernah tinggalkan aku atas urusan kije cuma sejak dok kat Denmark ni kurang r sikit berbanding masa dok kat Mesia dulu, tapi masa kat Mesia aku idak ler kisah sangat cz dekat dengan family aku, bila Aby takde je mak atau kaum kerabat aku yang lain akan temankan r...tapi kat sini hakak bawa diri sendiri ok! siapa kata tak takut kan...tapi alhamdulillah...Tuhan sentiasa jaga aku anak beranak, kita ni kalau tak kacau orang mesti Tuhan sayang kan, Tuhan akan jaga kita walau dalam keadaan apa sekali pun.
Mmm...apapun semoga Aby selamat pergi dan kembali, 3 hari je! bukan r lama sangat pun dan jangan lupa belilah barang yang sesuai untuk isteri kesayanganmu ini yer...anak2 tak payah belikan! kat Denmark ni pun melambak! wakakaka tetiba!



Bye! bye! aku akan merinduimu Abyyyy
Ek eleh nak muntah ko tahu tak orang2 yang baca neh! cover2 r line sikit!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin