Hari ni bz sikit tapi aku tetap bangun lambat, biasa r aku ni kalau tak jejak tengahari memang tak bangun...''membangkong'' bak kata kakak aku, hehe
Siap makan mandi segala bagainya, keluar rumah dah dekat pukul 2 petang, memula pi hantar Rico ke party dirumah kawan dia, amboi! kecik2 dah pandai berparty yer...takpe sekali sekala mummy & daddy bagi channn...pas tu aku gi ke Fisketorvet pi cari barang sikit.



Lepas hantar Rico tadi sepanjang jalan menuju ke Fisketorvet tu dak Rhea ni asik merengek je dok tanya abang dia, macam tak tentu arah cz abang dia takde, adoh dak ni! abang nak berparty jap pun tak boleh! pujuk2 bape kali pun macam tak makan saman, last2 aku buat bodoh je...dia dok r bebel sorang2 sebut2 nama Rico, kesian plak tapi nak buat cam ne kannn


Kat Fisketorvet pun tak lama cz tak tenteram dak Rhea ni dok tanya Rico jew...tensen tol aku! baru nak cuci mata nengok barang!
Pas pi amik Rico, kitorang kerumah kawanku Jasmine, minah tu memang dah jemput aku sekeluarga daripada kemarin lagi, awal2 dah tempah! hehe...manalah tahu kot2 aku ada jemputan lain gaknya! ececehhh konon artis r kan..bz manjang! bla r perasan je lebihhh!
Berparty r plak kat rumah Jasmine ni dan sepatutnya Poji sekeluarga pun ada gak, tapi apakan daya cz isteri Poji masih dalam hari so idak ler dapat menghadirkan diri, mmm...kalau ada Poji sekeluarga maunya lagi gempak kannn, tak pe..maybe lain hari kan...bukannya tak jumpa lagi, boleh dikatakan tiap2 minggu nengok muka dorang tu.
Gambar kat atas tu biasa r aku ni, kat mana2 pun akan tetap ambil gambar so tidak heran r kalau orang yang dah kenal aku memang tahu perangai aku, kaki posing.



Tak sah kalau tak makan, ye tak?
Makanan aku sekeluarga hari ni ditaja oleh En Adam, mak aihhh! ko ingat ko artis ke apa, siap ada tajaan makanan, pirahhhh...
Tapi memang enjoy aku makan hari ni, Adam ni masak punya r sedap! selalu makan nasik je kan..sesekali makan International food, mak aihhh...terangkat wei! boleh jadi chef r Adam ni.


Sebahagian dari makanan yang telah dihidangkan oleh Jasmine dan Adam, mmm...aku tak boleh nak cakap apa dahhh...memang sedap! ada lasagne, daging panggang dan tah apa kenamanya yang lelain tu aku pun tak tahu, main bedal je! dessert itu tersangat r sedapnya...arhhh aku tak tahan, dua kali tambah sey dengan muka selambanya.


Ni adalah pinggan aku, tahu tak berapa besar pinggan ni? memang besar so kalau penuh sepinggan ni dengan makanan, maknanya memang aku melantak bagai nak rak r gamaknya, bukan seround ok tapi 2-3 round, burrppp...ya hampon! hakak kenyang macam nak pengsan!


Aku ngan Jasmine r sapa lagi, wahhh nari sama2 hitam ehhh..biasa r warna yang akan menyelamatkan tempat2 yang terlebih...terbabat dan terjojol, hehe



Pas melantak macam orang tak pernah jumpa makanan, bebudak sebok main dan yang mak paknya sebok berborak sambil dengar lagu2, seronokkkkk!



Rica dan Rhea


Rhea bersama teddy bear yang ''Aunty Amin n Uncle Atam give'', tu yang Rhea cakapkan r...
Terima kasih bebanyak r Jasmine n Adam oi! dah macam2 yang korang ni kasi kat anak2 aku dari kenal korang dulu sampai r la ni, macehhhhh


Bukan teddy bear je, dengan coklatnya, colouring book n colour pencils lagik! ya hampon korang ni baik tol r...terima kasih lagi sekali untuk semua ni.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 cawan biskut oreo - dibuang krimnya dan dihancurkan halus
  • 250 gm krim keju - dicairkan
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 s/b jus lemon
  • 1/2 cawan krim segar
  • 2 s/b gelatin sayuran
  • 6 s/b air suam
  • Biskut oreo - dibuang krimnya untuk lapisan bawah kek
  • Cawan kertas secukupnya - saiz muffin
CARA-CARANYA:
  • Masukkan cawan kertas kedalam loyang muffin, kemudian letakkan sekeping biskut oreo yang telah dibuang krimnya tadi kedalam setiap mangkuk kertas, ketepikan.
  • Campurkan gelatin bersama air suam, kacau sebati.
  • Masukkan gelatin kedalam mangkuk bersama krim keju tadi dan pukul sehingga lembut, masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati, kemudian masukkan jus lemon dan krim segar, pukul rata.
  • Masukkan adunan kedalam nozzle dan picitkan adunan kedalam mangkuk kertas tadi hingga penuh permukaan mangkuk kertas, kemudian taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan terlebih dahulu tadi sebagai hiasan.
  • Simpan kek kedalam peti sejuk kira-kira 2-3 jam atau sehingga adunan keras, setelah itu bolehlah dihidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN NASI:
  • 5 pot beras wangi - dibersihkan dan toskan
  • 2 s/b mentega
  • 2 cm halia - diketuk
  • 2 ketul kiub pati ayam maggi
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • Rempah tumis
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya mengikut sukatan beras
  • 6 biji telur - dipukul sedikit
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk diatas dapur (periuk untuk rice cooker) masukkan mentega dan kacau sehingga cair, kemudian masukkan halia dan rempah tumis, kacau sehingga naik bau, tuangkan air, beras dan masukkan daun pandan, kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih, masukkan pula sedikit garam dan kiub pati ayam maggi, kacau rata dan alihkan periuk kedalam rice cooker, tekan ''ON'' dan biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya, kacau perlahan supaya nasi tidak melekit.
  • Panaskan sedikit mentega didalam kuali leper non-stick, kemudian tuangkan sedikit telur yang telah dipukul tadi, ratakan nipis dan biarkan sehingga telur masak, angkat dan letakkan diatas piring, kemudian ambil sedikit nasi tadi dan letakkan ditengah-tengah telur, bungkuskan.
  • Buat proses yang sama sehingga nasi dan telur habis dibungkus, bolehlah dihidangkan bersama ayam panggang, sup dan sambal cili, resepi ada dalam Blog di ''Dapur anak mak''


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4-6 keping kulit tortilla segera (soft tortilla)
  • 3 tin corned beef
  • 1 tin besar kacang pis - ditoskan airnya
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat
  • Lada sulah
  • Sedikit garam
  • Daun salad
  • mentega - untuk menyapu
CARA-CARANYA:
  • Masukkan corned beef kedalam kuali non-stick, gunakan api sederhana, kemudian sentiasa dikacau sehingga daging lembut dan tidak berketul-ketul.
  • Masukkan lada sulah secukupnya dan sedikit garam, kacau lagi hingga daging agak garing, kemudian masukkan kacang pis, kacau sebentar, angkat dan ketepikan.
  • Dikuali non-stick yang lain, panaskan kulit tortilla kemudian angkat dan sapukan permukaan kulit tortilla dengan sedikit mentega, letakkan pula daun salad dan sedikit bawang besar yang telah dihiris tadi, letakkan pula corned beef yang telah dimasak tadi sebagai intinya dan gulungkan.
  • Buat proses yang sama sehingga habis dan hidangkan bersama cili sos.

SUMBER DARI: Periuk tanah


BAHAN-BAHANNYA:
  • Kulit Pai
  • 150 gm tepung gandum diayak
  • 1/2 sudu teh gula aising
  • 65 gm mentega sejuk - dipotong dadu
  • 45 ml air ais
CARA-CARANYA:
  • Campurkan tepung, gula dan mentega. Gaul ramas hingga menjadi serbuk roti. Campurkan air dan uli hingga menjadi doh. Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20
  • minit.
  • Sediakan loyang pai berukuran 8 inci. Lenserkan dengan majerin. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan canai mengikut saiz loyang. Letakkan ke dalam loyang. Cucukkan dengan garpu untuk menghilangkan gelembung udara ketika memasak. Panaskan oven ke suhu 200 darjah C. Masukkan loyang dan bakar selama 10 minit.
  • Kastard:
  • 1 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan susu sejat
  • Topping
  • 4 biji pisang montel - dihiris nipis
  • 2 biji strawberry - dipotong dadu kecil (optional)
  • 1 sudu besar gula pasir/ perang
  • 1 biji kuning telur - dipukul sedikit
CARA-CARANYA:
  • 1.Pukul semua bahan kastard menggunakan 'whisk' hingga sebati. Masukkan ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan hingga campuran pekat. Kacau sentiasa agar tidak hangus.
  • 2. Tutup api dan tuang kastard ke atas doh pai. Susun hirisan pisang dan strawverry di atas kastard dan taburkan gula pasir di atas pisang, hiaskan lebihan kulit pai diatas pai sebagai hiasan dan sapukan kuning telur diatas permukaan pai. Turunkan suhu ke 160 darjah dan bakar pai selama 20 minit.
  • Keluarkan dan sejukkan sebelum dihidang.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 1/4 cawan biskut oreo - dibuang krimnya dan dihancurkan halus
  • 50 gm mentega
  • 500 gm krim keju - dicairkan
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 s/b jus lemon
  • 1 cawan krim segar
  • 100 gm biskut oreo - dibuang krimnya dan dipatah-patah
  • 3 s/b gelatin sayuran
  • 1/4 cawan air suam
CARA-CARANYA:
  • Campurkan biskut oreo yang telah dihancurkan bersama mentega, ramas sehingga sebati dan terapkan kedalam loyang 20cm sebagai dasar kek sehingga padat, sejukkan didalam peti sejuk.
  • Campurkan gelatin bersama air suam, kacau sebati.
  • Masukkan gelatin kedalam mangkuk bersama krim keju tadi dan pukul sehingga lembut, masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati, kemudian masukkan jus lemon, krim segar dan biskut yang telah dipatah-patah terlebih dahulu, kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disejukkan didalam peti sejuk tadi dan masukkan semula kedalam peti sejuk kira-kira 2-3 jam atau sehingga adunan keras, setelah itu bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Hari ni dok melayankan dak Rhea pi cari baju untuk cat dia yang Uncle Ji belikan tu, so hari ni memang hari Rhea r ye, kitorang gi ke Lyngby je cz semalam dah kesana tapi macam kelam kabut je cz kedai dah nak tutup so hari ni macam lepaskan geram r kan...memula tu dok cuci mata kat Magasin n masuk plak ke Lyngby storcenter, dah puas menipiskan kocek Aby, baru gi cari baju untuk cat Rhea tu, ya hampon! aku plak yang rambang mata, cute2 betul barang2 untuk menda alah tu, tapi aku cuma capai mana yang Rhea nak je r...sepasang kasut, denim dress dan beg dukung untuk Rhea senang nak dukung cat tu, makan hatus kroner jugak, kalau ikutkan nak semua lengkap kat cat tu maunya jejak ribu riban, hakak tak kose nyahhh..beli lauk lagi bagus, ni pun dah rasa membazir tapi ku tahan jebat! macam pernah dengar r plak ayat ni, mmm...gara2 tengok citer P. Ramlee r ni pinjam Poji punya c.d, rindu plak kan nak tengok citer2 melayu kat sini, selalu main bantai tengok citer omputeh atau citer danish je, jelak r...walaupun aku dok terpelanting jauh dibumi omputeh ni tapi citer melayu tatap menjadi pojaan hattiku! Wei dah jauh merapu ni, lari topik rrr...

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin