
Sesi bual bicara dari hati ke hati antara aku dengan anak2 tadi, mak aihhh macam dalam tv r plak , hehe
Idak ler apanya, memandangkan kije aku dah abis, takde nak buat apa2 pun dan hanya dok ngangkang kat depan tv ni hah, sesekali nak gak bebual-bual ngan anak2 iyer dak...nak tahu gak hati dan perasaan dorang ni so soalan yang aku tujukan pada anak kesayanganku iaitu abang Rico ialah adakah dia seronok sekolah kat Denmark ni? nak tahu apa dia jawab? katanya dia taknak sekolah kat Mesia, dia suka sekolah kat Denmark ni walaupun banyak homework tapi cikgu semua baik2 tak garang, kawan2 ramai dan yang paling best leh pakai baju apa je yang dia nak, rambut leh stylo dan leh ada girlfriend, ya hampon anak aku nih, maunya makan pelempangggg!
Yang lelain tu leh r terima, yang dok ada girlfriend tu yang tak leh terima! mana taknya umur baru nak masuk 11 tahun dok, kau jangan memacam!
Beh tu aku tanya r lagi, nak balik Mesia ke tak? katanya taknak tapi hanya nak balik Mesia time2 cuti je! ya hadoh dak ni, kesian r plak kan dia dah dok selesa kat sini, tak dapek den nak nolong eh.

Aku tanya soalan yang sama pada kesayanganku Rica, jawapannya sikit lebih kurang sama juga dengan abang dia, katanya dia tak suka nak sekolah kat Mesia cz cikgu garang! tapi cikgu kat sini tak pernah marah2 hanya kalau buat salah cikgu akan bawa kesatu bilik dan nasihatkan dari hati kehati, tak pernah nampak rope rotan tu macam mana, tak pernah kena cubit, jentik atau sebagainya, tapi yang bagus budak2 kat sini idaklah ambil kesempatan kalau cikgu semua baik2, kalau kat Mesia tu kena r cikgu baik, maunya ditunjal-tunjalnya kepala cikgu tu!
Dan yang ni lagi tercengngang aku dengar, kata Rica sekolah kat sini leh berfesyen-fesyen bagai, kadang dia balik sekolah tu aku tengok cikgu siap dok make up kan atau pakaikan apa2 tah macam gambar kat atas tu dan ini menggalakkan lagi budak2 ni suka nak kesekolah, kalau pepagi tu time nak gi sekolah macam dah tak sesabo masing2, seronok tengokkan dorang ni dan pelajaran pun ok r makin lama nampaknya memasing leh kejar walaupun dulu katanya susah, alhamdulillah...maybe dah nak masuk 2 tahun kat sini budak2 ni baru leh catch up lagipun aku hantar dia gi tuition gak.
Rica kata dia taknak sekolah kat Mesia cz tak dapat nanti semua ni, mmm...ni pun tak dapek den nak nolong eh, kesian plak kan kalau gi sekolah masing2 dalam keadaan terpaksa! bih tu nak buat macam ne, dah undang2 sekolah kat mesia macam tu, sabau jew r

Yang ni apa tahu, kecik lagi tapi saja je dok tanya kat dia, Rhea nak balik Mesia tak? katanya nakkk! bis tu aku tanya Rhea nak balik Mesia nak jumpa mak, maklong, makngah dll eh? nak tahu apa dia jawab? Rhea nak Uncle Ji, ya hampon budak ni, ko paham ke tak aku tanya nihhhh, duhhh